Sunday, April 23, 2023

BELAJAR TENTANG TUMBUHAN (PART 2)

TUMBUHAN
(Plants) merupakan salah satu alam hidupan eukariot yang terdapat di alam semesta dengan ia terletak dalam kumpulan Plantae. Tumbuh-tumbuhan mendapatkan tenaganya dari cahaya matahari dengan menjalankan proses fotosintesis melalui kloroplas lalu menghasilkan kanji. Unsur udara, air dan juga nutrien merupakan keperluan asas bagi setiap tumbuhan untuk hidup. Hidupan tumbuhan apa yang penulis blog belajar merupakan hidupan yang merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan klorofil (zat hijau) untuk ianya menjalankan proses fotosintesis. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa kajian dimana didapati yang sel tumbuhan mempunyai dinding sel. Apa pun saintis telah membahagikan tumbuhan kepada Tumbuhan Yang Berbunga (sama ada ia pokok berbuah atau pokok tidak berbuah) dan Tumbuhan Tidak Berbunga. Ilmu untuk belajar tentang tumbuhan ini sudah diajar diperingkat sekolah rendah di Malaysia lagi. Apa pun dari perspektif biologi dimana tumbuhan memang ia merujuk kepada organisma hidup dalam alam tumbuhan. Tumbuhan vaskular sama ada herba atau berkayu dimana umumnya tumbuhan berkayu selalunya pokok dengan satu atau beberapa batang dan dahan yang tumbuh jauh dari tanah atau pun jenis tumbuhan renek tanpa batang yang jelas dan dahan yang hampir dengan permukaan tanah. Dalam pada itu ada dikenali Tumbuhan Saka Vaskular yang mana ia mungkin malar hijau, daun kekal sepanjang tahun, atau daun luruh berlaku pada musim luruh dalam setahun. Kebanyakan tumbuhan luruh diman aia biasanya dijumpai di kawasan beriklim sederhana dan sesetengah tumbuhan dikawasan tropika dan subtropika meluruhkan daun mereka pada musim kemarau (Seperti pokok getah). Apa pun penulis blog ingin kongsikan asas pembahagian jenis tumbuhan dimana ia mengikut penggunaan ia dalam kehidupan manusia. Paling penting adalah jenis Tanaman Makanan (food crop) termasuk buah-buahan, bijirin, sayur-sayuran, herba, rempah ratus dan sebagainya. Bagaimana pun Tumbuhan Bukan Makanan tetap penting dari segi ekonomi. Jangka hayat tumbuhan juga ada dijadikan asas pengkelasan tumbuhan iaitu jenis Tumbuhan Semusim, Tumbuhan Dwimusim, Tumbuhan Herba Saka dan Tumbuhan Berkayu Saka. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan hidup di darat dimana ada juga tumbuh yang menumpang pada pokok kayu lain. Ia juga terbahagi kepada efifit dan parasit. Terdapat juga tumbuhan yang hidup di atas air seperti keladi bunting dan alga. Pokok teratai sebagai contoh walaupun hidup di air tetapi akarnya tertanam di dalam tanah. Tumbuh-tumbuhan membiak untuk mengekalkan kemandiriannya dimana ada tiga cara proses pembiakan tumbuhan iaitu melalui biji benih, keratan batang, tunas dan spora. 
Komponen tumbuhan penting dipelajari iaitu terdiri daripada bahagian Akar, batang, Daun, Bunga dan Buah untuk dirujuk. Artikel pada pagi Rabu 27 Ramadan 1444H ini saya gembira menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan dan maklumat berkaitan untuk dipelajari sebagai bahan rujukkan semua.


Komponen BUNGA (Flower) merupakan penting didalam proses untuk struktur pembiakan untuk tumbuhan dimana ujud dalam kumpulan Angiosperma. Bunga mempunyai beberapa bahagian organ yang mampu untuk menghasilkan biji benih tumbuhan yang baru. Didapati bagi jenis tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi dimana kehadiran biji benih (seeds) merupakan akan membolehkan ia kemudian tumbuh untuk menjadi pokok baru seterusnya akan boleh berkembangbiak dengan lebih banyak lagi. Selain fungsi praktikal pembiakan dimana secara botaninya bunga lazimnya cantik dimana manusia memang telah lama kagum dengan kecantikan bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan taman serta keliling rumah. Selain ditanam untuk dilihat cantik dimana bunga dijadikan sebagai objek cinta, upacara agama, perubatan dan malah sumber ekonomi apabila ia sudah pun dikomersilkan. Anatomi bunga perlu diketahui simana bunga mempunyai kelopak atau rangi, stamen, pistil, nektar dan debunga. Organ-organ yang berlainan dalam tumbuhan berbunga menghasilkan dua jenis spora untuk pembiakan iaitu Debunga (spora jantan) dan Ovul (spora betina). Kedua-dua jenis spora ini berada bersama-sama dalam strobilus (iaitu sekumpulan sporofil yang kelihatan seakan-akan kon) atau bisporangiat (terdiri daripada mikrosporofil dan megasporofil) yang merupakan bunga yang tipikal. Bunga dianggap sebagai jenis daun yang terubah suai. Buku-buku pada ruas yang pendek menghasilkan struktur-struktur yang dapat diubah suai untuk menjadi daun. Sebuah struktur bunga terbentuk pada tunas terubah suai atau paksi yang mempunyai meristem apeks yang tidak bertumbuh secara berterusan. Tangkai bunga atau pedikel dan hujungnya mempunyai torus atau pudung. Bahagian-bahagian bunga diatur dalam bentuk sepusar di sekeliling torus. Terdapat empat bahagian atau sepusar yang utama (bermula daripada bawah bungga atau buku terendah naik ke atas) seperti berikut:kaliks atau [un juga kelopak yang luar dimana ia biasanya berwarna hijau. Corolla atau ranggi pula biasanya nipis, lembut dan berwarna-warni untuk menarik serangga supaya dapat membantu didalam proses pendebungan. Androesium terdiri daripada satu atau dua sepusar stamen dimana setiap stamen merupakan sebatang filamen yang mempunyai anter pada hujungnya untuk menghasilkan debunga. Debunga selalunya dmemang ada mengandungi gamet jantan. Karpel ialah sejenis organ pembiakan betina yang mengandungi ovari serta ovul-ovul yang mengandungi gamet betina. Sebatang pistil mungkin terdiri daripada satu karpel yang tunggal atau sebilangan karpel yang digabungkan bersama-sama untuk menjadikan satu pistil bagi setiap bunga (bunga yang sebegini digelarkan apokarpa). Stigma pula merupakan bahagian hujung pistil yang lekit bertujuan untuk menerima debunga. Stil atau pun tangkai yang menyangga stigma akan menjadi laluan untuk penumbuhan tiub debunga dari butir-butir debunga yang terlekat pada stigma ke ovul, dan membawa bahan-bahan pembiakan.

Bagaimana pun apa yang terjadi selepas proses pendebungaan yang berjaya maka bunga akan menjadi buah yang dimakan manusia dan haiwan dan menghasilkan biji didalamnya. Pendebungaan adalah proses pemindahan 
pemindahan butir debunga matang dari anter ke stigma. Selalunya terdapat dua jenis bunga iaitu Uniseks dan juga Biseksual. Uniseks adalah bunga yang mempunyai satu jantina sahaja sama ada bunga jantan atau bunga betina sementara biseksual ada keduanya dalam satu kuntum bunga. Ada beberapa cara proses pendebungaan iaitu sama ada melalui proses Pendebungaan Sendiri (Self Pollination) atau Pendebungaan Kacuk (cross pollination). Pendebungaan sendiri dimana butir debunga akan dipindahkan ke stigma bunga yang lain tetapi pada pokok yang sama atau butir debunga dipindahkan ke stigma pada bunga yang sama. Cara pendebungaan kacuk pula dimana butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang lain dan pokok yang lain tetapi meati daripada spesies pokok yang sama. Apa pun penulis blog dapati dimana antara ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh agen tersebut selalunya ia mempunyai ranggi besar dan berwarna-warni, mempunyai nektar dan berbau harum, mampu untuk menghasilkan butir debunga yang kasar dan melekit. Antara tumbuhan yang penting didalam proses pendebungaan termasuk bunga durian, bunga rambutan, bunga raya, bunga matahari, bunga ros dan banyak lagi.  Proses pendebungaan pada bunga dibantu oleh agen pendebungaan seperti oleh jenis haiwan dan serangga dimana butir debunga melekat pada paruh atau badan haiwan ini apabila ia hinggap di atas bunga untuk menghisap nektar akan dipindahkan kebunga lain seperti oleh Lebah madu, semut, burung dan sebagainya. Agen lain adalah seperti oleh tiupan angin, pendebungaan berbantu oleh manusia dan sebagainya. Bunga yang sesuai didebungakan oleh angin cirinya adalah ia berwarna putih atau pudar, mempunyai bentuk stigma yang panjang dan berbulu serta selalu mempunyai butir debunga yang banyak, kecil, licin dan selalunya ringan, mempunyai saiz filamen dan stil yang panjang seperti bunga jagung, rumput, padi, lalang dan sebagainya. 
Antara kelebihan cara Pendebungaan Kacuk dimana ia merupakan salah satu aktiviti pembiakan bagi mendapatkan varieti baru tumbuhan adalah hasilnya ia akan mendapat pokok lebih sihat dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, pokok baharu mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap perosak dan penyakit, mendapat biji benih lebih berkualiti dan juga mendapatkan varieti baru.


Komponen BUAH (Fruit) 
merupakan bahagian dari sesebuah tumbuhan yang mengandungi biji benih terjadi daripada ovari bunga atau putik tumbuhan tersebut selepas berbunga. Kebanyakan buah mengandungi air tetapi juga mempunyai serat makanan pada kulit buah. Pada penulis blog yang menikmati buah durian sama ada durian premium (Musang King, Duri Hitam dsb) atau durian kampong memang ada pelbagai citarasa dan harga. Buah bagi tumbuhan berbunga mampu untuk menyebarkan benih yang menjadi makanan untuk hidupan lain seperti haiwan dan manusia. Buah-buahan yang boleh dimakan khususnya selalu dibiakkan melalui pergerakan dan juga secara perhubungan simbiotik dengan hidupan-hidupan tersebut yang banyak bergantung kepada buah-buahan sebagai sumber makanan. Buah-buahan menyumbangkan sebahagian besar daripada hasil pertanian di seluruh dunia dan sesetengahnya (seperti epal dan delima) dimana ia telah memperolehi maksud lambang dan budaya yang penting. Apa pun bahagian 'Buah' biasanya bermaksud struktur tumbuhan (atau hasil) berkaitan dengan biji yang biasanya mempunyai rasa yang manis atau masam dan boleh dimakan mentah begitu sahaja seperti epal, pisang, anggur, lemon, oren dan strawberi. Buah sesuai dimakan segar dan diproses menjadi pelbagai produk lain seperti kerepek, jus, jeruk, halwa, jem dan banyak lagi untuk kegunaan manusia. Khasiat buah memang ia berbeza berdasarkan faktor-faktor seperti jeni buah, kesegaran buah, kematangan buah, kelainan varieti, amalan agronomi tanaman dan sebagainya. Buah yang masak ranum dengan buah bru masak adalah berlainan cirinya. Ada buah yang perlu dibuang kulitnya untuk dimakan (durian, duku, rambutan, betik, pisang) dan ada buah yang boleh dimakan bersama kulitnya (belimbing, jambu air, jambu batu dan epal). Ada buah yang boleh dimakan terus bijinya dan ada yang bijinya tidak boleh dimakan. Pemasaran buah dan ketahanan simpanan buah amat penting didalam pengedaran buah dengan jarak jauh. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. 
Wasallam !!!... Beraya di Melaka....
NAMA TUMBUHAN... BANYAK CIRINYA...
AKAR TUNJANG... SERABUT PUN ADA...
BATANG MENEGAK... MENJALAR JUGA...
DAUNNYA HIJAU... PELBAHAI BUNGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
28 Ramadan 1444H.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!..
Published on 2 Syawal 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.