Wednesday, March 15, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (PART 6)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO. Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang selalu akan mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Perosak endemik seterusnya Kumbang Pengorek Buah Mangga atau fruit borer (Sternochetus frigidus atau Sternochetus olivieri) akan menyerang buah Mangga sehingga buah tersebut rosak. Kumbang pengorek buah mangga adalah perosak berbahaya kuarantin di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Perosak ini boleh menjejaskan industri buah mangga negara kerana ia menyebabkan buah mangga tidak dapat dieksport ke luar negara. Perosak ini tersebar dengan meluas di beberapa buah negara seperti India, Indonesia dan Thailand. Perosak ini telah berjaya dipintas oleh Merinyu Kuarantin Tumbuhan dari memasukki Malaysia melalui pengimportan buah mangga segar dari negara-negara berkenaan. Kumbang dewasa membuat teresan kecil pada kulit buah dan bertelur di situ ketika buah mangga masih di peringkat putik lagi. Bila menetas, larva akan mengorek lubang terus ke biji dan akan membesar di dalam sehingga dewasa. Kaedah Kawalan dilakukan dengan cara amalan membungkus semua buah pada peringkat 40 - 50 hari selepas berputik iaitu apabila buah mangga sebesar telur ayam.Sembur dengan racun serangga yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian setiap dua minggu dari 40-45 hari selepas berputik sehingga buah dituai. Bagi amalan kultur sebaiknya buah mangga yang diserang atau gugur di atas tanah perlu dimasukkan ke dalam beg plastik, diikat dan ditanam sedalam 1 inci. Sekiranya perosak ini dijumpai sila berhubung dengan pejabat Jabatan Pertanian yang berdekatan. Serangga endemik ke 41 adalah Hama yang menyerang tanaman hiasan, bunga keratan dan juga sayur-sayuran. Serangga ini dikenali juga sebagai spider mite (Tetranychus urticae) selalunya kurang diawasi dilapangan. Hama ini akan menghisap cairan tumbuhan dimana ia akan merosakkan jaringan saluran makanan.


Serangan serangga endemik Kutu Thrips (
Thrips hawaiiensis, Haplothrips pictipes dan Selenothrips rubocinctus) pada
mangga berlaku dimana serangga yang amat kecil ini merupakan serangga dari Order Thysanoptera dan keluarga Thripidae yang amat kecil dan mampu merosakan banyak jenis tanaman termasuk tanaman mangga. Kutu Thrips merupakan serangga kecil yang merupakan sejenis perosak yang penting dalam industri tanaman dan ternakan. Ramai diantara kita mungkin tiak pernah nampak thirps ini kerana saiznya yang sangat halus sekitar 1 mm (milimeter) dan ianya merupakan serangga yang tidak boleh terbang. Laporan daripada beberapa sumber rujukkan mendapati serangga Thrips ini mempunyai lebih 5,000 spesis yang menyedut cairan dalam tumbuhan atau haiwan dengan menyucuk (puncturing) dan seterusnya merosakan sel tisu dan akan berlaku serangan oleh patogen lain seperti kulat dan sebagainya. Bagaimana pun terdapat sedikit spesis thrips yang berfaedah kerana ianya makan serangga perosak tanaman yang lain seperti kutu daun, kumbang dan sebagainya. Serangga ini bergerak perlahan dan ianya boleh diterbangkan oleh tiupan angin daripada satu pokok kepokok yang lain jika cuaca dang angin sesuai. Serangan pada putik buah juga akan menyebabkan putik buah terdapat tanda seperti parut berwarna coklat kkehitaman dan akhirnya akan gugur dan kelihatan seperti terbakar (Sila lihat foto sebelah). Serangan kutu thrips juga menyebabkan buah yang akan terhasil kelak akan kelihatan hodoh dimana ada tanda-tanda parut pada kulit buah. Kawalan serangan kutu thrips pada pokok mangga perlu dijalankan secara membuat jadual pemantauan kehadiran kutu thrips terutama semasa musim kering. Pemeriksaan kebun pada musim berbunga dan ketika pengeluaran banyak daun pucuk muda juga perlu dibuat sekerap mungkin. Cara untuk mengira populasi thrips dengan mengetuk bahagian daun muda dan tadah dengan kertas dibawahnya. Jika sebanyak 5 ekor atau lebih kutu thrips jatuh keatas kertas maknanya kawalan perlu dijalankan. Serangga perosak endemik ke 43 dalam senarai adalah Kutu Thrips yang menyerang bunga keratan, buah-buahan dan juga tanaman sayuran dikenali sebagai Thrips palmi dan juga Frankliniella occidentalis. Seterusnya adalah serangga Pengorek Buah Durian (Tonica terasella) atau Durian fruit borer yang merosak dan menurunkan kualiti buah durian.


Perosak yang ke 45 dalam senarai endemik adalah yang terbaru iaitu Rumput Miang atau Itchy Grass (Rottboelia cochinchinensis) yang memang menyebabkan kegatalan.  Selain itu kehadiran rumpai Rumput Miang Mexico pernah menggemparkan negara apabila ia menjadi rumpai yang merbahaya. Anda boleh menbaca artikel tulisan saya mengenai rumput ini dengan pautan (Sila klik disini) dan banyak lagi artikel saya. Hanya satu perosak vetebrata yang disenaraikan untuk dijadikan bahan rujukkan. 
Haiwan Tikus (Rattus argentiventer) yang menjadi endemik kepada banyak tanaman terutama tanaman padi, kelapa sawit dan sebagainya. Tikus merupakan sejenis mamalia Rodent dari keluarga Muridae yang terdapat diseluruh dunia dan dikaitkan dengan binatang perosak di rumah, kebun, sawah padi dan setor penyimpanan. Terdapat sebanyak 64 spesis tikus di seluroh dunia. Spesis tikus dikelaskan mengikut saiz, lokaliti, warna, pemakanan, perangai dan sebagainya. Ramai manusia geli dan takut akan tikus kerana binatang ini memang selalu berdekatan dengan manusia semenjak kewujudannya. Terdapat juga tikus yang di pelihara sebagai 'pets' dalam rumah seperti 'Hemster' yang mudah didapati dikedai. Tikus paling mudah di kelaskan kepada 'TIKUS HITAM' dan 'TIKUS COKLAT'. Jenis tikus hitam (Rattus rattus) mempunyai kulit bulu warna hitam sementara kumpulan tikus coklat atau dikatakan juga sebagai Tikus Kebun (Rattus norvegicus) mempunyai kulit bulu berwarna kecoklatan. Kita di Malaysia sering mendengar berita mengenai 'kencing tikus' yang boleh menyebabkan kematian dan sakit teruk. Kini peringatan sentiasa diberikan agar berwaspada semasa banjir dan mengunjungi kawasan rekreasi hutan yang tercemar denan kencing tikus. Umumnya petani terutama pesawah memang memusuhi tikus kerana ia mampu merosakkan tanaman padi dengan teruk jika tidak dikawal dengan sempurna. Serangan tikus terhadap tanaman padi menyebabkan kerugian sehingga 100% jika tidak dikawal dan berlaku serangan maksimum. Kamampuan kadar pembiakan tikus sawah yang cepat dalam sarang tikus dalam tanah mampu memakan dan merosakan tanaman padi. Banyak kali kita mendengar bagaimana terdapat banyak kawasan penanaman padi yang menjalankan kempen '1 ekor tikus RM 1.00' untuk musnahkan sarang tikus dalam lubang tanah. Kawalan dijalankan dengan kaedah iaitu menggunakan Racun Kimia seperti jenama "MATIKUS' dan berbagai produk lain (Warfarin). Burung Pungguk Jelapang Padi (Tyto alba) mampu makan 40 ekor tikus jika diletakkan didalam kawasan sawah padi dalam Sarang Burung Pungguk. Pemusnahan sarang tikus juga sangat berkesan memerangi populasi tikus. Terdapat beberapa kaedah atau petua dalam menurunkan populasi tikus di sawah seperti menggunakan semburan jering dengan bakawali dan lain-lain lagi.
Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....
PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...

PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.