Monday, March 13, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (PART 4)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO. Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Perkara ini juga selalu membawa makna kepunyaan atau berasal daripada bagaimana sekumpulan manusia atau tumbuhan di sesuatu tempat tertentu. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info penting mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Seterusnya adalah jenis s
erangga Pengorek Buah atau Fruit Borer (Conopormorpha cramerella) terutama bagi buah rambutan dan koko. Serangga perosak utama tanaman koko di Malaysia ini telah mula ditemui di Sabah pada tahun 1980 dan kemudian di Sarawak pada tahun 1983 dan akhirnya di Jasin Lalang Estate, Jasin, Melaka pada 1986 (sewaktu itu saya bertugas di Melaka) dan akhirnya diistiharkan sebagai serangga perosak di seluruh Malaysia pada tahun 1993. Peringkat larva (Ulat) merupakan tahap paling merbahaya menyerang buah koko oleh UPBK. Serangga dewasa akan bertelur 1 - 3 hari ahaja dan telur akan menjadi larva dalam tempoh 14 - 17 hari sebelum menjadi peringkat 6 - 7 hari dan akhirnya peringkat serangga dewasa hanya 6 - 7 hari menjadikan jumlah lama kitaran hidupnya elama 27 - 33 hari (Sila lihat foto paling atas sekali). Mengenalii simptom atau tanda serangan oleh UPBK adalah penting. Akibat pemasakan buah yang tidak sekata kita boleh lihat dimana buah yang masih hijau terdapat tompokan kuning manakala buah berwarna kuning mempunyai tompokan hijau. Buah yang diserang UPBK lazimnya akan menjadi lebih berat dan tidak bergoncang isinya berbanding dengan buah yang tidak diserang yang ringan dan bila digoncang ada ruang biji didalamnya. Seterunys serangga ke 24 adalah serangga Koya atau Mealybug (Dysmicoccus brevipes) yang menyerang tanaman nanas yang juga dikenali sebagai Dysmicococcus neobrevipes dan Pseudococcus jackbeardsleyi.  Serangga Koya sama juga ada yang menyerang rambutan (Dysmicoccus brevipes),  Exallomochlus hispidus,  Planococcus spp.dan  Pseudococcus spp.. Serangga yang menyerang jenis sayuran iaitu Lelompat Hijau (Empoasca  fabae) juga telah disenaraikan sebagai perosak endemik. 


Turut disenaraikan sebagai serangga endemik oleh Jabatan Pertanian adalah s
erangga Pianggang atau Rice Bug (Leptocorisa oratorius, L. lepida, L. chinensis atau  L. acuta) yang mana ia menyerang tanaman padi. Serangga ini adalah merupakan sejenis serangga dari genus Leptocorisa iaitu dari kumpulan Hemiptera dalam kelas Insecta yang berbau busuk dan sering merosakan tanaman terutamanya padi. Nama lain serangga ini adalah Pianggang dan juga Cenagau. Serangga ini juga mampu untuk merosakan tanam-tanaman lain yang terdapat di dalam kebun di negara kita. Pianggang merupakan serangga yang digelar sebagai Rice Gundi Bugs dalam sawah padi dengan menghisap cairan susu semasa pembentukkan padi dari biji padi yang mula terbit.Kawalan serangga perosak tanaman Kesing ini boleh dijalankan dengan kaedah Amalan Kultura dan juga cara Kawalan Kimia. Jika hanya terdapat beberapa ekor sahaja dikawasn kebun atau depan rumah boleh dikawal cara mekanikal dengan menangkap dan memicitnya sehingga mati. Bagaimana pun kawalan ini dilakukan apabila tahap serangan mencecah 'treshold level' untuk dibuat kawalan. Bagi kawalan secara kultura lazimnya perlu dijalankan dan jaga kebersihan ladang dengan membersihkan rumput-rumput seperti rumput sambau di sekeliling sawah, batas dan di dalam petak. Rumput ini merupakan tumbuhan yang dijadikan bahan makanan dan rumah altenatif bagi kesing terutama semasa tanaman padi telah dituai. Rumput-rumput ini boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai dan menebas atau kaedah manual lain yang sesuai. Kaedah mengeringkan air sawah selama 3-5 hari dari kawasan diserang didakwa mampu mengurangkan serangan kesing dikawasan padi. Adalah digalakkan agar amalkan penanaman secara serentak kerana penanaman tidak seragam akan memberi makanan yang berterusan kepada kesing. Seterusnya dalam senarai ke 28 adalah serangga endemik adalah Ulat Pelombong Daun atau Leaf Miner (Liriomyza huidobrensis atau L. sativae) yang selalu menyerang sayuran dan bunga. Sererusnya adalah serangga Pengorek Buah Nangka (Margaronia caesalis) yang merosakkan buah nangka tersebut.  


Agak jarang dipaparkan perosak endemik Ulat Pengorek Biji Durian atau Durian seed borer (
Mudaria magniplaga) yang mana ia merosakan biji dengan cara memakannya.  Dikalangan pesawah dimana perosak endemik Bena Hijau atau Green leaf hopper (Nephotettix virescens atau Nephotettix nigropictus) adalah perosak yang ditauti mereka.  Bena hijau merosakkan tanaman padi samada dengan menghisap cecair dari pokok padi atau membawa virus yang menyebabkan penyakit merah (PMV). Kerosakan yang disebabkan oleh kehilangan cecair tidaklah begitu penting juka populasi bena hijau rendah. Walaubagaimana pun kejadian penyakit merah virus(PMV) boleh berlaku jika populasi ia meningkat dan membawa virus. hanya pembawa yang "infective" sahaja yang boleh menjangkitkan virus tersebut dimana kebanyakan bena hijau yang "infective"akan menjadi pembawa bukan infective setelah 4-5 hari atau setelah menjalani proses salin kulit. Selepas itu bena hijau mesti mendapatkan virus baru dari tanaman padi yang berpenyakit supaya ia boleh menjangkitkan virus kepada pokok padi yang lain. Nephotettix virescens juga membawa virus yang menyebabkan penyakit padi jantan. Edaran hidup bena hijau antara 17-41 hari di mana bena betina bertelur antara 100-300 biji telur warna putih, berbentuk curut dalam kumpulan di bahagian belakang seludang daun dan akan menetas antara 4-12 hari. Nim (anak bena) melalui 5 peringkat instar dan tempoh peringkat anak antara 14-29 hari. Dewasa berwarna hijau di mana bena betina lebih besar dari bena betina. Ada beberapa cara kawalan seperti menggunakan racun serangga dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti cabaryl, cartap hydrochloride,  buprofezin, malathion atau fenubucarb. Tersenarai pada kedudukan ke 32 adalah serangga Bena Perang atau brown plant hopper (Nilaparvata lugens) yang menyerang tanaman padi. Pada kedudukan yang ke 33 adalah Ulat Layar atau rice case worm (Nymphula depunctalis) yang menyernag tanaman padi terutama ketika padi baru ditanam. 
Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....
PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...

PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.