Sunday, March 12, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (PART 3)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO. Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Perkara ini juga selalu akan  membawa makna kepunyaan atau berasal daripada bagaimana sekumpulan manusia atau tumbuhan di sesuatu tempat tertentu. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Didalam buku diterbitkan Jabatan Pertanian Malaysia dimana ada sebanyak 46 jenis Perosak Endemik yang disenaraikan untuk diketahui pembaca blog semua. Perosak endemik adalah ditakrifkan sebagai perosak yang terdapat di sesuatu kawasan tertentu secara berkala, dengan kejadian serangan pada tahap rendahWalau pun ada disebahagian perosak tersebut yang mungkin agak jarang dijumpai sesetengah petani tetapi kemungkinan ia menyerang tanaman boleh berlaku sehingga merugikan hasil petani. Sebahagian besar dari kategori perosak adalah Serangga (Pest) dan diikuti dengan Kulat (Fungi), Bakteria, Nematod, rumpai dan juga vetebrataPerosak ini boleh menyerang tanaman dari fasa peringkat benih sebelum menanam sehingga kepada fasa pasca lepas-tuai hasil tanaman selepas dituai. Paling terkenal dikalangan petani adalah serangan oleh serangga Lalat Buah (Bactrocera carambolae, Bactocera dorsalis, Bactocera latifrons, Bactocera umbrosa dan juga jenis Zeugodacus cucurbitae). Serangga ini menyerang pelbagaai jenis sayuran dan buah-buahan yang ditanam pada banyak peringkat tanaman. Sebagai contoh bagi tanaman cili besar (Capsicum annum) dimana serangan lalat buah sama ada dari jenis Bactrocera latifrons atau Bactrocera cucurbitae akan menyebabkan simptom buah cili jadi reput dan berair dimana apabila buah cili dikoyakkan dilihat akan terdapat ulat kecil berwarna putih kekuningan. Kaedah kawalan yang selalu diamalkan adalah dengan menyembur racun serangga. Ia juga dikawal dengan menggunakan perangkap feromon (bahan pemikat) dimana dibubuh bahan iaitu Methyl eugenol sebagai hormon penarik. Kaedah lain adalah dengan membuang buah-buah cili yang diserang dan gugur dan dimusnahkan serta pastikan agar sentiasa menjaga kebersihan ladang. Racun serangga yang sesuai digunakan adalah yang ada bahan aktif seperti Permethrin (seperti Arsato®, Kilset 10EC®, AGR Pilar 10EC®), bahan aktif fenthion, Malathion (ZA Malathion 84EC®, WESCO Malathion®) dan juga Cypermethrin. 


Dalam senarai yang ke 18 adalah serangga 
Lalat Putih atau White fly (Bemisia tabaci) yang menyerang tanaman sayuran, bunga keratan dan tanaman akuatik juga perosak yang perlu diawasi. Seterusnya adalah serangga  Kumbang Hispid Kelapa atau Coconut hispid (Brontispa longissima) yang selalu menjadi musuh tanaman kelapa dengan memakan daunnya.  Kajian yang dibuat pakar menunjukkan bahawa hanya pada peringkat larva yang akan memakan tisu pucuk kelapa dan pucuk pokok-pokok palma. Apa yang terjadi kemudian keluar simptom yang menyebabkan daun seperti terbakar 'leaf burn' dimana ianya boleh dilihat dengan mata kasar. Selau juga berlaku serangan teruk yang beoleh menyebabkan pengurangan hasil buah kelapa. Apa yang menyedihkan adalah jika ia melakukan serangan ke atas pokok muda menyebabkan pertumbuhan terbantut dan akhirnya anakbenih kelapa boleh mati jika tidak dikawal dengan baik. Dalam senarai serangga perosak endemik ke 20 adalah serangga  Teritip atau Scale insect (Chrysomphalus  aonidum) yang mana ia menyerang tanaman hiasan. Teritip adalah sejenis serangga penghisap yang tinggal dan bertelur di permukaan daun, kelopak bunga atau batang yang lembut. Kepompong teritip akan menghisap cecair tumbuhan dimana ia mematikan sel-sel tanaman dan menjadikannya bertukar kepada warna kelabu perak, menghilangkan klorofil daun dan mengurangkan fotosintesis. Ia juga merosakkan buah (terutamanya tomato, timun dan lada benggala). Ia juga akan memindahkan virus yang akan menyerang buah terutamanya pada tomato.  Kawalan secara semulajadi oleh jenis Kumbang pemusnah iaitu sejenis kumbang bersaiz kecil yang memiliki tubuh yang leper dan mulut yang tersembol keluar yang digunakan untuk menghisap kepompong dan tubuh Teritip Saya mencadangkan penggunaan serangga pemangsa sebagai kawalan. Hanya jika ia tidak dapat dikawal, barulah anda boleh menggunakan racun serangga. Racun serangga perosak yang sesuai untuk mengawal Teritip antaranya ialah Minyak Putih, Albolineum No 2 atau Malathion (Racun sentuh). Racun ini menggunakannya dengan berhati-hati dan berkala serta elakkan dari membunuh serangga pemangsa yang bermanfaat.


Perosak serangga jenis Ulat Lipat Daun Padi atau Paddy Leaf roller (
Cnaphalocrosis medialis) akan merosakkan daun padi dengan melipatnya. Ulat Lipat Daun ini merupakan salah satu perosak utama dalam industri tanaman padi. Ulat ini terdapat dikawasan sawah padi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Myanmar dan juga Filipina. Kupu-kupu dewasa mempunyai warna putih kekuningan dengan bahagian kepak terdapat garisan perang merentangi kepak. Kupu-kupu dewasa ini sangat aktif dan bertelur pada waktu malam. Sepanjang dewasa seekor kupu-kupu ini mampu bertelur sebanyak 250 biji. Saya tak boleh nak kira berapa banyak populasi kupu-kupu ulat ini dalam satu lokasi sawah padi yang tidak diperiksa. Telurnya sama ada dalam sebiji-sebiji atau berkelompok dibahagian bawah daun dan lazimnya menetas dalam masa 5 hari sahaja. Larvanya mempunyai 4-6 instar berukuran 12-25 mm dimana hidup selama 15-13 hari. Pada masa itulah larva ini akan menyerang daun padi dari peringkat muda sehingga dewasa. Larva akan menyerang padi daripada peringkat awal pertumbuhan sehingga padi berbuah dengan menggulong daun dan mencantumkannya dibahagian hujung. Larva akan makan bahagian hijau daun sehingga meninggalkan bahagian kutikelnya. Tanda serangan apabila dilihat terdapat jalur-jalur berwarna ceraah yang bertompok-tompok pada daun. Larva akan menjadi kepompong dalam masa 7-8 hari yang berwarna coklat berukuran 9-12 mm sebelum keluar menjadi kupu-kupu dewasa. Kajian mendapati penggunaan baja UREA yang berlebihan akan menyebabkan merebaknya perosak ini. Antara kawalan biologi perosak ini adalah dengan Kumbang, Ladybird dan Labah-labah yang memakan serangga ini disawah. Kawalan kimia sama seperti kawalan kimia diatas.  Dalam senarai seterusnya adalah Ulat Pengorek Buah (Conogethes punctiferalis) yang merosakkan buah durian dan buah rambutan. Tanda serangan apabila terdapat lubang pada permukaan buah dan terdapat najis serta sisa-sisa pada isi atau pangsa buah jika buah dibuka. Kualiti buah akan terjejas apabila buah durian diserang ulat ini dan isi sesuai dibuat lempuk jika tidak terjejas dalam pngsa buah. Kawalan dengan pasang perangkap lampu UV Light dengan jarak 20-30 kaki untuk memerangkap induk dewasa diladang dan bubuh minyak campur air dibawahnya. Gunakan racun serangga peringkat awal ikut label. 
Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....
PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...
PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.