Gula Enau (Arenga pinnata) atau Gula Kabung kaya khasiat dimana ada kebaikan dan manfaat untuk kesihatan. Gula kabung manisan dibuat dengan cara menggunakan nira atau tuak pokok kabung atau enau tertentu. Gula Enau ini dilihat seakan-akan sama dengan gula melaka, gula pokok nipah dan gula pokok tal (Sila lihat foto disebelah). Kesemua jenis pokok itu dalam keluarga Arecaceae iaitu kategori pokok palma dimana ia boleh menghasilkan tuak atau nira mengikut proses tertentu. Pokok kabung juga dipanggil pokok enau, pokok aren dan pokok kantau (kantor). Nira pokok kabung dihasilkan dari tangkai atau tandan bunga jantan. Kaedah atau cara untuk menghasilkan nira kabung, hampir sama cara mendapatkan nira nipah. Air nira kabung yang ingin dibuat gula kabung biasanya dimasak menggunakan kawah kerana mudah untuk mengacau. Mengacau memasak gula kabung sama seperti mengacau membuat dodol. Bezanya masa mengacau gula kabung lebih singkat. Air nira kabung yang dimasak perlu dikacau sehingga pekat dan berwarna coklat kmerahan. Apa pun setelah betul-betul pekat ia perlu segera dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang yang berbentuk bulat untuk dikeraskan. Proses pengerasan hanya kira-kira 5 minit selepas diambil dari kawah. Keenakan gula kabung memang tiada tandingannya kerana rasa manisan itu berbeza dengan gula biasa yang diperbuat daripada tebu. Rasa gula yang enak dan tidak terlalu manis menjadikan menyebabkan gula kabung menjadi pilihan di dalam masakan tradisional seperti dodol, kuih-muih atau dijadikan manisan untuk minuman. Gula kabung boleh menggantikan gula biasa atau gula tebu. Gula kabung mengandungi kandungan glukosa yang lebih rendah berbanding gula pasir. Selain itu gula kabung kaya dengan Vitamin C, Thiamine, Nicotinic acid, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat protein. Memandangkan kepada kandungan zat galian dan nutrisinya yang tinggi, maka gula kabung amat sesuai bagi pengidap diabetes, lelah atau asma, anemia atau kurang darah. Gula kabung juga boleh mereda panas pankreas, membantu pertumbuhan gigi dan tulang, menghalang kegemukan dan baik untuk proses pembesaran kanak-kanak.
Perkataan 'Belukar' pada penulis blog memang agak sering ianya didengar dikalangan oleh penduduk kampong dan ada sedikit dikawasan bandar. Belukar mudah dilihat terutama dikawasan kampong tradisional dimana ia adalah tanah bermilik, tidak bermilik atau tanah rizeb kerajaan yang pernah diterokai kemudian ditinggalkan lama sehingga semk samun atau pokok menumbuh bebas sehingga seakan menjadi hutan muda (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog merujuk kepada istilah daripada Dewan Bahasa dimana 'Belukar' dimaksudkan sebagai kawasan tanah yg ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil; hutan atau hutan kecil atau ia sudah menjadi rimba. Dalam maksud lain dikaitkan pula belukar sebagai kesalahan yangg tidak dapat diperbaiki lagi atau sama maksudnya sebagai 'bersesapan' yang bermakna sebagai pekerjaan yg tidak sempurna. Memang tidak banyak (macam seakan tiada) artikel khusus membincangkan belukar yang penulis bloh jumpa. Kewujudan belukar dikawasan pertanian selalunya akan mengundang masaalah kepada petani kerana di belukar inilah selalu datangnya masaalah yang mana ia menyebabkan serangan perosak dan penyakit kepada tanaman. Ada banyak tumbuhan yang membolehkan patogen seperti kulat, virus atau bakteria yang mungkin tinggal didalam belukar yang beoleh mengancam tanaman petani. bagaimana pun kehadiran belukar dekat kebun adalah 'perumah' atau habitat terbaik kepada serangga dan haiwan perosak tanaman. Dalam belukar ini adalah tempat tinggal perosak tanaman yang paling ganas iaitu Babi Hutan yang hanya akan keluar pada malam hari untuk merosakkan tanaman. Haiwan lain termasuk juga seperti ular, musang, tikus dan beberapa haiwan bahaya lain yang bersembunyi dalam belukar. Apa pun memang dalam peribahasa ini disebutkan bagaimana pokok enau adalah salah satu tumbuhan yang hadir dalam belukar dengan ketara dilokasi tertentu di Malaysia.
Penulis blog memang banyak menulis mengenai POKOK KABONG (Arengga pinnata) atau ada yang memanggilnya sebagai Pokok Enau yang merupakan sejenis pokok sama dengan keluarga kelapa dibawah keluarga Arecaceae. Saya menulis banyak artikel mengenai enak atau kabong untuk dibaca dari blog ini dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Pokok Kabung dalam bahasa bahasa Inggeris disebut sebagai 'Common Sugar Palm' iaitu merupakan sejenis tumbuhan yang didapati berasal dari Asia Tenggara dan Australia Utara. Kita di Malaysia mungkin sudah biasa dengan Gula Kabong dan Halwa Kabong yang dimakan sebagai produk makanan yang eksotik. Gula Kabong yang manis ini disediakan dengan mengutip air nira kabong daripada mayang yang dikutip dan dimasak setiap hari. Gula kabong selalunya dijadikan bahan membuat kueh tradisional seperti inti Buah Melaka. Pokok enau atau kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bagaikan 'Bulu burung'. jika dilihat dari kejauhan (Sila lihat foto paling bawah). Ini disebabkan susunan daunnya yang melempai kebawah dari pelepah daun dengan kelihatan meurun seperti bulu burung merak atau burung kawasari. Batang pokok Kabong seperti pokok Arecaceae lain adalah berdiri kukuh dimana ia mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang boleh juga digunakan untuk membuat penyapu dan tali. Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun atau dalam jambak dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung apabila dipotong dan dikutip air niranya boleh diproses untuk menghasilkan tuak, todi dan sebagainya serta boleh diproses untuk dijadikan cuka atau gula. Ia sama juga dengan kaedah pemungutan air nira pada pokok nibong, pokok kelapa yang lebih dikenali ramai. Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun seperti bentuj bulu burung dengab ketinggian pokok mencecah 25 meter. Batang pokoknya adalah kukuh dengan akar kuat. Pokok kabung selalunya mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun dimana dicelah pelepah ini akan keluar mayang. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali. Pada saya pokok kabong adalah unik kerana ia akan menghasilkan bunga yang mana ia selalunya keluar secara berumpun-rumpun dimana bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Hebatnya tangkai bunga jantan (Male flowers) pokok kabung menghasilkan air nira yang manis dimana jika diproses ia boleh manjdai air todi dan yang istimewa manjadi cuka atau gula kabong. Jika diperhatikan buah kabung keluar dengan berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki) atau lebih panjang lagi. Setiap tangkai atau tandan buah kabong yang lazimnya mempunyai 10 tangkai dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung. Buah kabong berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal. Memang itu adalah cabaran getir untuk memproses biji buah kabong dikalangan pengusaha kerana ceceir gatal ini memeritkan. Harga halwa kabong memang agak sederhana mahal juga akibat proses mengeluarkan isi buah kabong ini. Peribahasa ini lahir daripada pemerhatian orang-orang dahulu berdasarkan sifat pokok enau yang tumbuh di dalam belukar yang hanya akan melepaskan pucuknya sahaja tanpa menghiraukan belukar yang berada di bawah. Maka bersesuaianlah kalau dikatakan maksudnya sifat pokok enau hanya mementingkan diri sendiri. Apa pun diharapkan semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.