Saturday, March 25, 2023

PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA? (Part 6)

PATOLOGI TUMBUHAN
(Plant Pathology) adalah bidang ilmu yang berurusan dengan masalah penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh mikrob seperti Kulat, Bakteria, Virus dan Nematod. Ilmu Penyakit Tumbuhan adalah ilmu yang mana ia mempelajari kerosakan tumbuhan yang disebabkan oleh organisma yang tergolong ke dalam dunia tumbuhan seperti Parasit, Kulat, Bakteria, Cendawan, Mikroplasma, Virus dan patogen lain. Kerosakan akibat penyakit tumbuhan ini boleh berlaku dalam seua peringkat pertumbuhan daripada benih, anak benih sehingga penuaian hasil dan aktiviti lepas tuai. Penyakit tumbuhan dapat diperiksa melalui dua sudut iaitu sudut biologi dan sudut ekonomi serta tahap kerosakan disebabkan oleh serangan penyakit. Penting untuk lebih ramai agar mempelajari Ilmu Penyakit Tumbuhan kerana akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit tumbuhan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar terhadap petani dan negara. Kerosakan ini selain disebabkan oleh faktur kehilangan hasil ternyata ia menimbulkan gangguan terhadap pengguna dengan adanya racun yang digunakan semasa kawalan dilakukan (sisabaki racun). Dalam pada itu ilmu sains patologi ini menekankan kepada asas kepentingan dalam kemahiran sebagai pakar dalam bidang yang digelar 'Plant Pathologisr'. Bidang ini melibatkan banyak rujukkan dan penyelidikan termasuk kawalan biologi dan juga teknologi dalam pengurusan penyakit, epidemiologi dan diagnosa dan penilaian penyakit tumbuhan. Pada penulis blog yang belajar di universiti dahulu subjek teras ini memang agak sukar berbanding dengan subjek-sunjek lain. Sebenarnya patologi tumbuhan (atau Fitopatologi) ialah kajian mengenai penyakit tanaman khususnya mengkaji bagaimana proses-proses penyakit tumbuhan berkembang dimana merangkumi jenis penyakit, agen punca penyakit, penyebaran, kerosakan yang dilakukan serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran dan merawat penyakit tersebut. Kedatangan patogen tertentu (virus, bakteria, kulat dan nematod) adalah penyebab atau punca kepada faktor penyakit yang menyerang tanaman. Bidang fitopatologi adalah juga termasuk patologi tumbuhan iaitu skop analisis dan teori, bakteriologi, biokimia dan sel, kawalan biologi, kawalan penyakit dan serangga perosak, ekologi, biologi populasi, epidemiologi, etiologi, genetik dan ketahanan, mikologi, nematologi, tekanan tumbuhan dan masalah abiotik, patologi pascatuaian dan mikotoksin, serta virologi. Pendek kata memang luas dunia seorang patologis yang perlu dikuasai untuk membolehkan ia pakar didalam bidang ini. Selalunya semua proses-proses ini amat penting dalam bidang pertanian dan hortikultur bagi mempastikan segala masaalah kesihatan tumbuhan dapat dilakukan. Seorang pakar patologi bertugas mengikut disiplin masing-masing dimana bagi pakar patologi untuk kesihatan manusia adalah berlainan dengan seorang pakar patologi dalam bidang pertanian (skop tanaman, haiwan dan perikanan). Pakar patologi yang memeriksa manusia biasanya akan mendiagnosis dan memeriksa sampel dan biopsi pesakit dan kemudian akan mentafsirkan ujian makmal perubatan untuk tujuan bagaimana mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. Sistem imun manusia memegang banyak rahsia dimana ujian ini akan mengukur perkara seperti paras hormon, antigen virus dan respons antibodi serta penanda kanser kepada pesakit. Patologi Tumbuhan pula walau pun cara bekerjanya agak sama tetapii tumbuhan agak banyak jenisnya dan komplikated. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai perkara berkaitan dengan patologi tumbuhan untuk dijadikan bagan rujukkan dan bacaan semua.


Bagaimana menjalankan rawatan dan kawalan terhadap tumbuhan yang boleh diserang penyakit amat penting diketahui petani. Paling asas adalah kemampuan membuat diagnosa daripada simptom serangan dan apakah jenis patogen yang menyebabkan penyakit. Secara umum ada empat (4) prinsip perlu diketahui iaitu bagaimana proses E
ksklusi patogen, Pembasmian patogen (eradikasi), Perlindungan kepada tanaman diserang dan Kaji akan ketahanan tanaman yang diserang. Prinsip pertama iaitu Eksklusi Patogen adalah bertujuan untuk dapat mencegah bagaimana cara kemasukan patogen ke lokasi tanaman (kebun) yang masih bebas patogen yang berkaitan. Selama patogen dan tanaman dikebun terpisah maka tidak akan terjadi penyakit yang berlaku. Prinsip ini berhasil kalau digunakan terhadap patogen yang kaedah penyebarannya melalui bahan tanaman walau pun ia agak susah untuk patogen yang disebarkan oleh angin dapat dikawal jangkitannya. Ilmu pengetahuan tentang cara penyebaran suatu patogen sangat penting dalam cara tentukan pengasingan (eksklusi). Beberapa cara kawalan yang ikuti prinsip eksklusi adalah Karantina dan Pemeriksaan serta  Penghindaran patogen. Prinsip penguatkuasaan  Karantina dan Pemeriksaan dimana karantina adalah suatu cara melarang secara resmi pengangkutan bahan tanaman tertentu terhadap kemungkinan terbawanya patogen yang berpotensi merosakkan tanaman di suatu negara atau pun dikawasan yang baru. Ia bertujuan bagi melindungi tanaman yang ada di suatu wilayah atau lokasi tertentu terhadap potensi serangan patogen baru. Aktiviti karantina antara lain meliput menghalang (embargo) secara total terhadap tanaman tertentu dan produk-produknya, melaksanakan pemeriksaan dan certifikasi bahan tanaman dari negara asal dan juga menjalankan pemeriksaan terhadap bahan tanaman di pintu masuk negara pengimport. Kuaratina ini juga dengan memusnahkan bahan tanaman dalam apa juga bentuk dengan segera dipintu masuk, memeriksa dan meneliti kemasukan bahan dan hasil tanaman yang dilarang dan juga bekerjasama dengan ujudkan sistem karantina dengan luar negera asal bahan tanaman dikeluarkan. Prinsip kedua adalah bagaimana menghindarkan patogen melalui kaedah menanam bahan tanaman dikawasan bebas atau terasing (isolated) yang mana patogen tidak boleh membiak dan tidak ada vektornya. Anakbenih bebas penyakit tanaman terpilih ditanam dan diawasi dari awal sehingga ia matang untuk mengawasi ia bebas dari serangan patogen. Akhirnya akan dapat anakbenih tanaman tertentu yang telah disahkan bebas dan tahan dari serangan penyakit. Di Malaysia antara tanaman tersebut adalah seperti kelapa, buah tin, sacha inci, guarana dan sebagainya. 
 

Prinsip Pembasmian (Eradication) Patogen adalah p
rinsip yang bertujuan untuk memusnahkan atau mengurangkan keberadaan atau populasi patogen yang berada dalam negara atau kawasan tertentu. Prinsip ini boleh dilakukan dengan Kaedah Kultural dimana dimusnahkan perumah (host), amalan penggiliran tanaman, sanitasi ladang, memperbaiki keadaan kesihatan tanaman agar patogen lemah, Sungkupan, sistem pengairan dan perparitan sempurna. Bagi amalan secara fizikal diladang dimana aktiviti secata pensterilan tanah dan peralatan ladang amat membantu. Antaranya pembasmian patogen melalui rawatan tanah dengan kawalan suhu dan radiasi. Kaedah  pembasmian dengan menggunakan bahan kimia seperti dengan melakukan fumigasi tanah dan rawatan benih dengan racun serangga dan nuklear. Di kawasan kebun pula boleh dilakukan penggunaan tanaman perangkap dan menggunakan serangga atau mikrob berfaedah yang menjadi musih atau antagonis terhadap patogen. Sebaiknya apabila ada patogen baru yang berbahaya diketahui telah menyerang tanaman penting disuatu kawasan maka pendekatan terbaik adalah dengan cara untuk mencegah wabak dengan cara membasmi atau memusnahkan tanaman yang telah dijangkiti. Di Malaysia seingat penulis blog pernah jalankan aktiviti pemusnahan tanaman benti di seluruh Negeri Johor pada tahun 2010 - 2012 daripada serangan Penyakit Papaya Ringspot Virus (PRSV) yang memunnahkan industri betik di Malaysia. Betik mempunyai masaalah serangan penyakit dan perosak dalam pengendaliannya dimana semua pokok dijangkiti di tebang dan dibakar. Antara penyakit yang serious adalah Papaya Ringspot Virus (PSRV) dan Penyakit Papaya Dieback (PPD). Kedua-dua penyakit ini di gazetkan dibawah Akta Perlindungan Tanaman 1974 yang mana pokok betik yang dijangkiti perlu dimusnahkan segera. Industri betik Negara terjejas teruk dengan serangan kedua-dua penyakit ini sejak 10 tahun dahulu yang menyebabkan kerugian berjut ringgit setiap tahun.  boleh baca artikel tulisan saya dengan pautan berikut (Sila klik disini). Pengalaman saya dalam operasi membenteras kedua-dua penyakit ini diseluroh negeri Johor. Pastikan menjag akebersihan kebun dengan sanitasi baik kerana ia menyingkirkan atau mengurangkan populasi inokulum yang terdapat di lokasi. Aktiviti memangkas dan membakar bahagian tanaman yang dijangkiti akan membantu. Selain itu peralatan ladang sebaiknya dicuci dengan bahan kimia sesuai untuk selamat digunakan dan tidak menyebarkan kepada tanaman lain.


Varieti tanaman yang mudah dihinggapi penyakit atau yang rentan perlu untuk  sentiasa diberikan perhatian khusus dengan pelbagai cara agar tidak diserang patogen yang membawa penyakit. 
Racun Kulat (Fungicide) adalah racun yang digunakan untuk mengawal penyakit tumbuhan yang mana ia disebabkan oleh Kulat (Fungi). Terdapat berbagai-bagai jenis racun kulat sama ada kompoun kimia atau microrganisma biologi di cipta bagi mengawal berbagai-bagai jenis kulat mengikut kaedah saintifik. Sila baca tulisan saya mengenai racun kulat dengan pautan berikut (Sila klik disini)Racun Kulat bertindak samaada secara SENTUHAN atau secara SISTEMIK untuk ianya dapat menghalang atau membunuh kulat. Cara sentuhan ialah racun yang disembur terus kepada kulat dan cara sistemik dengan disembur pada tumbuhan dan meresap masuk kedalam kulat yang ada pada tumbuhan tersebut. Kebanyakkan racun kulat disediakan dan dijual dalam bentul Cecair dan kebanyakkanya mengandungi unsur SULFUR. Racun kulat yag disediakan dalam bentuk Serbuk atau Tepong sangat kuat dan merbahaya. Racun kulat meninggalkan kesan sisabaki pada hasil tanaman dan memberikan kesan toksik serta menjejaskan kesihatan kepada manusia jika tidak diuruskan dengan sempurna. Patogen Kulat yang disembur racun ini juga akan membentuk kekebalan apabila disembur racun kulat yang sama secara berulang-ulang. Oleh itu perlu digunakan racun kulat yang mengandungi bahan aktif yang berbeza-beza bagi mengelakan kekebalan pathogen tersebut. Di Malaysia terdapat 64 jenis bahan aktif yang digunakan sebagai bahan asas racun kulat daripada jenis axoxystobin (Kumpulan strobrilurin : methoxyacrylate) sehingga bahan aktif ziram (Kumpulan dithiocarbamate). Kaedah terakhir adalah dengan menyediakan biakbaka bagi mendapatan varieti tanaman yang Tahan Penyakit (Plan RĂ©sistance Variety). Ia dilakukan dengan kajian biakbaka berulang kali dengan menjalankan pemilihan (selection) varieti unggul yang tahan dari serangan sebarang bentuk patogen sama ada kulat, bakteria, virus dan juga nematod. Di Malaysia telah banyak varieti padi yang di istiharkan dimana terkini adalah varieti Padi MR315 yang kini luas ditanam diseluruh negara. Sebelum ini ada Mr219, MR220, MR220CL yang mana ia sudah tidak resistant lagi dengan mutasi patogen perosak dilapangan. Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang mana ia sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!...
PATOLOGI TUMBUHAN... APA DIA...
PENYAKIT TUMBUHAN...BERPUNCA....
BAKTERIA, KULAT... VIRUS JUGA....
PATOGEN LAIN ... NEMATOD JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1444H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.