Sunday, March 26, 2023

EGGFLATION - KRISIS KEKURANGAN TELUR!

'EGGFLATION'
merupakan satu perkataan baru yang bermakna kekurangan telur (terutama telur ayam' yang kini dilaporkan melanda dunia. Penulis blog acapkali mendengar terminologi 'Inflation' atau inflasi yang s
ecara umumnya ia  merupakan kenaikan harga yang berlaku bagi barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa tertentu. Kadar inflasi lazimnya diukur melalui pengiraan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi perubahan harga item-item di dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa.  Ekonomi sesebuah negara yang mengalami inflasi semestinya akan memberikan kesan besar kepada perbelanjaan isi rumah pengguna. Dilaporkan isu eggflation ini bermula di USA, Eropah, Jepun, New Zealand dan disebut juga di Malaysia apabila berlaku kekurangan bekalan telur yang menjadi sumber protin penting dan harganya menjadi begganda kali mahal. Di USA dilaporkan harganya mencecah USD10 (RM44.20) untuk sedozen (12 biji) telur di California yang bermula sejak penghujung tahun 2022 sehingga awal tahun 2023. Di USA penyebab utama isu ini adalah disebabkan serangan oleh Penyakit Burung Avian Flu yang membunug lebih 58 juta ekor burung dimusnahkan (culled) setelah terjangkit termasuk ayam telur dan faktor kenaikan harga bahan bakar serta bahan makanan asas ayam. Kekurangan bekalan telur ini menyebabkan dilakukan catuan pembelian telur kepada pengguna yang menhadkan hanya 18 biji telur boleh dibeli oleh seorang pengguna di rangkaian Wallmart. Oleh kerana telur merupakan makanan penting yang selalu diambil untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam serta proses pembuatan makanan lain seperti kek, biskut maka kesan eggflation amat membimbangkan. Laporan menyatakan di USA dan beberapa negara lain yang mana menghadapi eggflation harga telur meningkat sehingga 60% lebih tinggi daripada sebelumnya pada hujung tahun 2022. Ini menjadikan berlaku kes penyeludupan telur daripada Mexico sehingga kes tangkapan penyeludupan meningkat 198% daripada sebelumnya oleh pihak kastam. Berlaku juga aktiviti penjualan 'black market' dalam pasaran telur yang mana isu ini membimbangkan Jabatan Pertanian Amerika (USDA). Isu eggflation ini terkait dengan kisah 'Ayam Bertelur Emas' kerana ia sudah menjadi mahal. Pekerja sosial telah menjadi kreatif dengan isu ini dimana mereka menjadikan telur kepada 'dehydrated egg' agar tahan lama untuk disimpan dan lebih menjimatkan perbelanjaan. Cara lain dimana penjual akan menjadikan telur kepada 'dried egg' menggunakan teknik 'free drying' pada suhu minus 23 - 40 celcius dimana tekstur telur masih elok selepas dipanaskan untuk membuang cecair dan kelembapan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh 2 Ramadan 1444H ini saya paparkan berkaitan isu eggflation termasuk apa yang berlaku di Malaysia untuk rujukkan semua.


Menarik paparan dalam sinarharian.com yang bertajuk 'Dunia kini dilanda masaalah eggflation' dilaporkan pada 25 Januari 2023. 
Dinyatakan 'Ayam atau telur...mana satu keluar dahulu?. Ia adalah satu teka-teki unik ini agak sukar untuk dijawab hingga menjadi topik perbincangan ilmiah banyak pihak selain turut menjadi soalan agak popular dalam kalangan masyarakat. Kini, timbul 'soalan' yang lebih membingungkan dan sedang dihadapi kebanyakan negara Barat. Kenapa harga telur menjadi sangat mahal dan tidak masuk akal hingga wujud istilah eggflation. Sejak beberapa minggu lalu, rangkaian media telah melaporkan tentang kenaikan melampau harga telur di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada yang didakwa berpunca daripada wabak selesema burung. Menurut data Jabatan Pertanian AS (USDA), virus avian influenza tersebut yang 'menyerang' pada awal 2022 telah menyebabkan kematian kira-kira 58 juta burung dan disifatkan sebagai wabak terburuk sejak 2015 yang menyaksikan 50 juta burung dimusnahkan. Hal itu menyebabkan inventori telur di Washington menjadi 29 peratus lebih rendah pada minggu akhir Disember berbanding awal 2022. Selain itu, harga telur dikatakan meningkat sebagai sebahagian daripada inflasi makanan secara keseluruhan yang didorong oleh kenaikan kos buruh dan logistik. Pakar berpendapat kos pengangkutan dan makanan yang lebih tinggi dihadapi pengeluar akan menyebabkan pembeli terus berdepan kenaikan harga telur walaupun impak selesema burung sudah reda. Pada Disember lalu, harga sedozen telur di AS meningkat sehingga 60 peratus kepada AS$4.25 (RM18.31) berbanding tahun lalu dan menjadi lebih mahal berbanding barangan runcit lain. Indeks harga pengguna menunjukkan harga sedozen telur pada Januari 2022 hanya AS$1.93 (RM8.32). Di sesetengah negeri di AS, harganya boleh mencecah sehingga lebih AS$7.30 (RM31.45) untuk sedozen telur. Kenaikan harga telur yang merupakan produk ruji di Washington dianggap agak melampau oleh kebanyakan pembeli walaupun penjual runcit cuba untuk mengekalkan harga yang kompetitif. Selain itu, tiada banyak pilihan untuk menggantikan telur ayam. Pengusaha pasar raya juga cuba mendapatkan lebih banyak telur alternatif berasaskan tumbuhan atau jenis khusus seperti telur organik. Krisis telur yang dihadapi AS turut mengakibatkan rampasan telur yang dijual pada harga lebih rendah dan cuba diseludup masuk ke negara tersebut meningkat kepada lebih 100 peratus. Bagi mengekang aktiviti penyeludupan telur dari Mexico atau Kanada, pihak berkuasa telah memberi amaran denda sehingga AS$10,000 (RM43,085) terhadap kesalahan sedemikian. Bukan hanya di AS sahaja dilaporkan di Britain juga berdepan situasi sama. Kenaikan harga telur kepada hampir enam peratus pada Disember 2022 telah mendorong peningkatan kos bahan 'sarapan pagi' kepada kira-kira 5 pound (RM27). Di Kesatuan Eropah (EU) harga untuk telur bersaiz besar dan sederhana meningkat kepada 69.3 peratus di seluruh blok tersebut bermula November 2021 hingga November 2022. Krisis telur pada 2023 akan bergantung kepada perkembangan virus avian influenza dan konflik Rusia-Ukraine. Pengeluaran telur mungkin dapat kembali kepada tahap normal jika jumlah ayam yang dilupuskan berkurangan.  Agak berbeza dengan situasi di New Zealand apabila isu kekurangan bekalan telur di seluruh negara telah pun ianya 'mengancam' hidangan pencuci mulut popular, pavlova yang berasaskan meringue berkerak rangup dan isi dalamnya yang lembut serta bertekstur ringan. Pengarah Eksekutif Persekutuan Pengeluar Telur di Wellington, Michael Books berkata, jumlah ayam bertelur tidak dapat memenuhi permintaan pembeli. Kekurangan bekalan telur yang semakin meruncing telah mencetuskan idea yang semakin menjadi 'kegilaan' iaitu membela ayam dan kosnya dikatakan semakin meningkat berikutan permintaan yang tinggi. Ayam penelur biasanya dijual pada harga NZ$18 (RM50), namun harganya kini mencecah NZ$80 (RM223) seekor dimana ia akan juga menyebabkan kos untuk membuat pavlova dengan telur segar dikhuatiri akan menjadi lebih mahal. Melihat kepada eggflation yang semakin meruncing, media sosial kini dibanjiri meme lucu yang menganggap telur sebagai 'simbol kekayaan dan kejayaan' selain lebih berharga berbanding memiliki rumah besar serta kereta sport.


Dalam pada itu Bernama ada laporkan dimana '
Rakyat AS hadapi krisis telur, harga mahal bekalan kurang' juga berkait dengan isu eggflation. Kisah dari Washington, USA ini nyatakan dimana telur muncul barangan runcit yang mencatatkan peningkatan harga tertinggi di Amerika Syarikat (AS) pada Disember 2022 sebanyak 59 pera­tus. Telur juga merupakan antara makanan paling popular sama ada direbus, dimasak hancur atau dimakan mentah. Bagaimana­pun, harganya mencecah paras tertinggi ketika negara berkenaan mengalami kenaikan kadar inflasi. Menurut Jabatan Pertanian AS yang memantau prospek kos makanan, harga telur melambung 59 peratus pada Disember 2022 sekali gus kenaikan tahun ke tahun tertinggi dalam kalangan produk makanan. Harga purata untuk paket 12 biji telur di bandar-bandar AS mencecah AS$4.25 (RM18.10), meningkat AS$1.78 (RM7.58) berbanding tahun sebelumnya. Telur merupakan hidangan mudah dimasak, sarat dengan protein dan membekalkan banyak vitamin harian yang diperlukan untuk kehidupan sihat sekali gus ianya telah menjadikannya makanan atau ramuan popular. Lembaga Telur AS menyalahkan kenaikan harga telur berpunca daripada wabak selesema burung yang begitu pantas menular berbanding sebelum ini, dengan kadar kematian ternakan ayam dan itik hampir 100 peratus. Selesema burung muncul antara faktor yang mengakibatkan harga telur melonjak. Wabak selsema burung memberi kesan ketara kepada harga telur pada tahun lalu berbanding 2015, demikian menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). CDC dakwa dimana kes selesema burung menjejaskan lebih daripada 100 spesies burung di AS dan merebak dengan cepat dengan kadar kematian 90 peratus hingga 100 peratus terhadap ternakan ayam. Sepanjang tahun 2022 dilaporkan ada kira-kira 43 juta daripada 58 juta ayam yang dihapuskan adalah ayam penelur, manakala penghapusan besar-besaran mengakibatkan bekalan telur di pasaran berkurangan, menyebabkan harganya melambung tinggi. Walaupun selesema burung menjadi faktor utama di sebalik kenaikan harga telur, tabiat makan pengguna juga mendorong kenaikan mendadak harga barang makanan itu. Menurut Jabatan Pertanian Amerika (USDA), penggunaan telur me­ningkat 17 peratus antara 2012 hingga 2021, malah permintaan untuk telur mengatasi daging merah, manakala penduduk AS didapati makan lebih banyak telur dan kurang makan daging sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perkembangan itu menyaksikan lebih banyak keluarga menjadikan telur sebagai sumber protein utama mereka, kata wartawan Los Angeles Times, Sonja Sharp kepada CBS News. Inflasi yang mana ia meningkat adalah satu lagi punca di sebalik rekod harga telur kerana petani berdepan kos makanan ternakan, bahan api dan buruh yang melambung tinggi.  


Dalam laporan lain bertajuk 'Kekurangan bekalan telur ayam bukan satu krisis' seperti dalam utusan.com juga berkait dengan tahuk kali ini.  Kisah dari Kuala Terengganu laporkan masalah mengenai kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan seluruh negara yang berlaku ketika ini bukan satu krisis kerana isu tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Isu dan masalah bekalan telur ayam dilaporkan berlaku di beberapa kawasan namun apabila pegawai penguatkuasa kita turun ke lapangan dan mereka  menjalankan siasatan mendapati disebabkan masalah teknikal. Sebagai contoh dimana penghantaran telur ayam yang lambat dan pesanan yang tidak dibuat mengikut masa sepatutnya. Masalah yang berlaku dapat diselesaikan secepat mungkin contohnya aduan kehabisan telur ayam pada sebelah pagi dan bekalan terus dihantar pada sebelah petang atau keesokan harinya, tidak berlaku dalam tempoh yang panjang. Akhbar melaporkan dimana sebelum ini di Langkawi, Kedah, Jerantut di Pahang dan Hulu Terengganu di Terengganu mengalami masalah kekurangan bekalan telur ayam segar menyebabkan kesukaran dalam kalangan masyarakat setempat. Terkini semasa artikel ini ditulis dilaporkan oleh kerajaan dimana bekalan telur ayam di Malaysia  aakan pulih sepenohnya dalam masa enam bulan lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
'EGGFLATION'... ITU APAKAH DIA?...
ISU KEKURANGAN... DAN HARGA...
HARGA MENINGKAT... BERGANDA...
DI AMERIKA, BRITAIN... DIMALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.