TANAMAN NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang Portugis pada abad ke-16 dimana iaitu selaras dengan perkembangan tanaman getah diperkenalkan pada tahun 1921. Sejarah tanaman nanas bermula ditanam di Singapura, Johor, dan Selangor sebagai tanaman kontan. Di Malaysia tanaman nanas terangkum dalam buah-buahan iaitu dalam kumpulan tanaman makanan. Malaysia masih merupakan salah sebuah negara pengeluar utama nanas dunia di Asia Tenggara dahulu selain Thailand, Filipina, dan Indonesia. Negara pengeluar utama lain termasuk Costa Rica, Brazil, India, Mexico dan Columbia. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat, dan Singapura (FOASTAT, 2019). Buah nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) dilaporkan ia berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus, manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium dan sodium dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin yang digunakan secara meluas semasa pembedahan untuk mengawal pembengkakan and jangkitan dan menghalang pembekuan darah. Terkini ada lima pengeluar nanas utama dunia ialah Costa Rica, Brazil, Filipina, Thailand dan Indonesia. Dilaporkan pengeluaran nanas dunia meningkat dengan ketara iaitu dari 11.1 juta tan pada tahun 1980 kepada sebanyak 29.9 juta tan pada tahun 2018. Negara Costa Rica merupakan pengeluar utama nanas di dunia dimana ia mampu menghasilkan sekitar 11.42% (3.42 juta tan) pada tahun 2018. Pengeluaran ini juga diikuti oleh negara Filipina iaitu jumlah sebanyak 9.12% (2.73 juta tan), Brazil iaitu seitar 8.86% (2.65 juta tan), Thailand sekitar 7.06% (2.11 juta tan) dan negara Indonesia sebanyak 6.03% (1.81 juta tan). Malaysia yang berada di kedudukan ke-22 dunia mengeluarkan sebanyak 0.32 juta tan (1.1%) seperti sumber (FOASTAT, 2019). Nilai ini sudah sedikit berubah pada tahun 2023. Costa Rica juga merupakan pengekport utama nanas dunia dengan jumlah eksport sebanyak 2.3 juta mt pada tahun 2018. Destinasi utamanya ialah Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Ini diikuti oleh Filipina dengan jumlah eksport sebanyak 0.4 juta metrik tan. Manakala Malaysia yang berada di kedudukan 19 dunia mengeksport sebanyak 0.17 juta metrik tan nanas pada tahun 2018. Artikel pada malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai satu analisa industri nanas di Malaysia untuk inya dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Dalam beberapa penulisan yang saya buat sebelum ini dinilai bagaimana industri nanas Malaysia sungguhpun dari segi sumbangan dan kedudukan dari Malaysia di peringkat global secara relatifnya
adalah kecil, namun di peringkat domestik buah nanas yang terangkum dalam kumpulan buah-buahan dinilai sebagai ia amat signifikan. Ia dinilai dan dianalisa bagi ekonomi Malaysia dalam aspek pekerjaan, pendapatan dan bekalan makanan terutama tanaman makanan kategori buah-buahan tidak bermusim.
Tanaman nanas pada penulis blog yang pernah menerajui LPNM dilaporkan telah menjana pekerjaan kepada sektor pekebun kecil dan estet dengan jumlah guna
tenaga masing-masing 2,700 orang pekebun dan 22 buah estet dan mini-estet. Manakala sektor industri asas tani (IAT) terdiri
dari kilang nanas dan kilang industri kecil sederhana (IKS) telah berdaftar dengan bilangan seramai 1,264 orang usahawan tempatan.
Industri nanas merupakan salah satu sektor agromakanan yang berperanan penting dalam
pembangunan sosio-ekonomi pengusaha tani negara. Industri agromakanan pada asasnya amat berkait rapat
dengan jaminan bekalan makanan negara. Isu jaminan bekalan makanan menjadi fokus utama
dunia termasuklah Malaysia ekoran kenaikan harga makanan terutama beras pada tahun 2008 dan lebih parah pada ptahun 2022 dan 2023. Pengenalan Menu Rahmah dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan dalam mempastikan ada peluang mereka yang kurang bajet untuk mendapatkan makanan murah. Di
Malaysia industri agromakanan memang ditumpukan untuk meningkatkan pendapatan negara kasar
menerusi pembangunan komoditi dan produk bernilai tambah yang tinggi (Dasar Agromakanan
Negara DAN).
Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 sebelum ini telah pun memberi fokus kepada peningkatan kecekapan
industri agromakanan di sepanjang rantaian nilai supaya industri ini menjadi lebih produktif,
berdaya saing, dan berintensifkan pengetahuan. Ini bertujuan untuk menjamin bekalan makanan
yang mencukupi dan selamat dimakan, menjadikan industri agromakanan sebagai industri yang
berdaya saing dan mampan dan dapat meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani. Pengeluaran
buah-buahan pula dijangka meningkat dari 1.8 juta tan metrik pada tahun 2010 ke 2.6 juta tan
metrik pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 3.8 peratus. Tumpuan
diberikan kepada peningkatan produktiviti dan pengeluaran nanas, pisang, tembikai, durian, dan
betik selaras dengan peningkatan permintaan.
Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) digubal secara holistik untuk meneruskan Dasar Agromakanan Negara (DAN) pertama dengan memfokuskan kepada pemodenan dan perkembangan sektor agromakanan serta meningkatkan sekuriti makanan negara. DAN 2.0 telah dirangka hasil daripada sesi libat urus bersama-sama pihak berkepentingan seperti agensi Kerajaan, ahli akademik, wakil industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam. Kalau dalam DAN pertama tanaman nanas yang terangkum dalam kategori buah-buahan merupakan tanaman yang berpotensi tinggi
berbanding buah-buahan lain. Dalam tempoh 2010 hingga 2019 dilaporkan dimana nanas sudah pun berada di kedudukan ketiga sebanyak 377,300 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Ia tmeletakkan nanas sebagai salah satu tanaman yang teratas dari aspek keluasan bertanam dan pengeluaran dalam kategori buah-buahan di Malaysia. Pada tahun
2022 dilaporkan dimana pengeluaran pisang adalah pada ranking kedua terbanyak selepas iaitu sekitar 335,207 tan metrik. Pada 2022 seluas 7,599 hektar tanaman tembikai ditanam dengan jumlah sebanyak 129,433 tan metrik. Dari aspek produktiviti pula apa yang penulis blog analisis dimana pada tahun 2022 tanaman nanas tertinggi nilai produktivitinya sebanyak sebanyak 23,283 kg/ha, diikuti dengan tanaman betik sebanyak 21,547 mt/ha dan tanaman pisang sebanyak 12,254 mt/ha. Ini kerana kepadatan tanaman nanas adalah paling tinni berbanding dengan jumlah kepadatan tanaman betik dan pisang. Penghasilan daripada tanaman nanas dengan menggunakan teknologi tanaman nanas berkepadatan tinggi pula akan meningkatkan penghasilan sehingga sebanyak 70,000 pokok sehektar berbanding dengan kadar biasa sebanyak 45,000 pokok sehektar. Analisa ini penuis merujuk kepada data daripada Jabatan Pertanian yang dikira semula (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman -Subsektor Tanaman
Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Dalam kajian dijalankan pihak LPNM dan FAMA dinyatakan dimana pasaran buah nanas adalah semakin luas dapat memberi impak yang positif bagi pengusaha tanaman nanas khusunya bagi nanas var=ieti premium seperti MD2. Pernah penulis blog rekodkan dimana pada tahun 2019 dimana nilai eksport produk nanas negara mencecah RM419 juta
berbanding RM343 juta pada tahun 2018 (Sumber: Bernama, 2020).
Berdasarkan statistik di atas memang tanaman nanas amat berpotensi tinggi untuk dibangunkan dan
dikembangkan di pasaran domestik dan global. Laporam artikel kali ini penulis blog kupas mengenai prospek dan cabaran industri nanas dalam menjana ekonomi
Malaysia. Ini belum lagi potensi tanaman bromeliads yang telah saya perkenalkan drmsds menerjui LPNM sebagai Ketua Pengarah kepada LPNM pada tahun 2018 dahulu. Sebelum ini Malaysia sudah mengeksport sebanyak RM70 juta bromeliads setahun dimana ia boleh dipertingkatkan lagi di masa akan datang dengan signifikan.
Dalam menganalisa prestasi sesuatu tanaman itu sering dilihat daripada keluasan komiditi ditanam dan juga pengeluaran hasil serta nilai pengeluaran dan bilangan petani yang terlibat. Seperti para diatas dimana keluasan tanaman nanas di Malaysia meningkat dengan ketara sehingga tahun 2022. Tanaman nanas di Malaysia meliputi seluruh negara termasuk projek tanaman nanas oleh PPK di Wilayah Persekutuan Labuan yang berhampiran dengan lapangan terbang Labuan. Walau
bagaimanapun dilaporkan hampir 70% peratus kawasan nanas adalah bertanam adalah di Semenanjung Malaysia
terutamanya di Johor yang menguasai pengeluaran hampir 50%. Negeri Pahang dilaporkan sedang giat memeprluaskan tanaman nanas dengan adanya 3 buah estet nanas iaitu Estet Nanas Rompine, Estet Nanas Sg Kerpal (kedua-duanya adalah di Daerah Rompin) dan satu lagi Estet Nanas di Gambang, Kuantan. Kini Sarawak sudah ada pejabat LPNM untuk menerajui industri penanaman nanas di Sarawak dengan bajet tahunan agak besar setiap tahun terutama bagi tanaman nanas MD2. Sarawak yang sebelum ini popular dengan nanas Moris, Nanas Paun dan beberapa nanas lain seperti Nanas Sarikei masih berpotensi dibangunkan nanas secara besar-besaran dengan ada seluas lebih 2 juta hektar tanah gambut. Dalam hal ini dianalisa dimana penulis blog dapati dalam
tempoh 2009 hingga 2018 keluasan kawasan bertanam di negeri Johor iaitu negeri pengeluar nanas
utama sudah merosot dari 9,528 hektar ke 8,639 hektar pada tahun 2018. Dilaporkan juga keluasan kawasan bertanam
di Pahang, Kedah dan Selangor meningkat pada tahun 2018 dengan masing-masing 1,100 hektar,
624 hektar dan 487 hektar. Pada penulis blog dimana pertambahan luas ini adalah sejajar dengan peranan LPNM untuk meningkatkan
pengusaha tani nanas. Penanaman nanas kian meningkat sejak tahun 2010 terutamanya bagi vareiti nanas premium seperti
Millie Dilard 2 (MD2), N36, Josapine dan Moris. Memang direkodkan sudah lama nanas Moris menjadi jenis nanas yang paling banyak dieksport dalam bentuk nanas segar terutamanya ke negara Singapura. Ini diikuti oleh jenis nanas Josapine, N36, MD2, Sarawak, dan Mas Merah
(Mohd Anim Hosnan, 2017).
Dalam tempoh 2010-2018 dilaporkan pengeluaran nanas Malaysia menunjukkan aliran turun naik dalam
kitaran antara 350 ribu tan metrik hingga 450 ribu tan metrik setiap tahun. Apabila berlaku insiden pengeluaran tertinggi dicatatkan pada
tahun 2022 pula dimana Negeri Johor merupakan antara negeri penyumbang pengeluaran tertinggi (263,368 tan
metrik), diikuti oleh Pahang (29,632 tan metrik) dan Sarawak (26,996 tan metrik) seperti dilaporkan Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel ini mrtujuk kepada beberapa artikel lain dan daripada luasnya pengalaman penulis blog sendiri yang menulis lebih dari 200 artikel mengenai dalam blog ini. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info lebih berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... INDUSTRI NANAS... KEMBANG DIMALAYSIA... PERANAN LPNM... SEJAK 1957 SUDAH ADA...
TERYS BERKEMBANG... RAMAI TANAMNYA...
PASARAN DOMESTIK.. EKSPORT TERBUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.