Saturday, December 10, 2022

POKOK PAULOWNIA - APA CERITANYA?

TANAMAN POKOK PAULOWNIA
di Malaysia merupakan salah satu strategi yang dilakukan pihak tertentu bertujuan bagi menyediakan bekalan bahan kayu untuk industri berkaitan. Pada penulis blog yang beberapa kali membuat tinjauan mendapati dimana spesies tumbuhan Paulownia ialah sejenis pokok Scrophulariaceae yang dilaporkan ia berasal dari China. Dilaporkan dimana pokok Paulownia mempunyai ciri-ciri pertumbuhan yang cepat dimana ia adalah salah satu sebab untuk dibangunkan di negar ini dan ia merupakan bahan utama yang baik serta penggunaan yang hebat dan balak yang bernilai tinggi. Tumbuhan Paulownia juga adalah spesies pokok pilihan yang sangat berpotensi dimajukan dinegara ini dalam usaha untuk mengatasi masaalah seperti hakisan tanah (soil eroison) serta membersihkan tanah dan yang tercemar dan dilaporkan ia juga mampu untuk dapat mengembalikan aspek kesuburan tanah. Tumbuhan jenis Paulownia ini juga dilaporkan mampu untuk membersihkan udara gas berbahaya kerana hasil kajian mendapati dimana pokok paulownia boleh berkemampuan menyerap 10 kali lebih banyak Karbon Dioksid (CO2) jika dibandingkan dengan mana-mana spesies pokok lain. Dilaporkan dimana sifat ini dengan cara melepaskan kuantiti O2 yang banyak menjadikan ia mat diperlukan untuk klestarian alam sekitar. Terdapat tiga jenis Paulownia yang ada untuk dijadikan bahan rujukkan iaitu Paulownia jenis liar, Paulownia jenis separa liar dan Paulownia jenis premium. Dilaporkan dimana spesis paulownia jenis liar terletak di kawasan gunung dengan ciri-ciri yang tidak berapa komersil dan ia jelas kurang tahap kapasiti penjanaan semula jadi yang kuat. Kajian oleh saintis menyatakan dimana hasil kajian yang dijalankan oleh bekas Akademi Pertanian dan Perhutanan Kebangsaan China nyatakan kini terdapat lima spesies paulownia jenis liar dikenalpasti iaitu jenis Paulownia albiphloea Z.H.Zhu sp.nov, P. photeinophylla, P. catalpifolia Gong Tong, P. fargesii Franch dan P. kawakamii Ito. Fakta ini merujuk kepada kajian mengenai paulownia yang dilakukan dimana ia adalah jenis separa liar yang telah melalui jangka panjang penngadaptasian dilapangan. Dalam pada itu dilaporkan kini terdapat empat spesies paulownia jenis separa liar iaitu dikenali sebagai P. fortunei (Seem) Hemsl, P. elongata S.Y.Hu, P. catalpifolia Gong Tong, P. tomentosa (Thunb.) Steud. Paulownia jenis liar dan paulownia jenis separa liar memang dilaporkan masih tidak sesuai dikomersilkan kerana ia tidak dapat memenuhi tujuan yang dikehendakki industri perkayuan. Akhirnya spesis paulowina jenis premium dimana ia telah dibuat program biakbaka didapati mempunyai ciri-ciri yang dikehendakki. Baka ini sesuai dikomersilkan sebagai tanaman perladangan kerana ia memempunyai ciri-ciri kadar pertumbuhan yang pesat, skop pertumbuhan yang luas, baka tumbuhan yang tahan lasak, kualiti kayu yang tinggi, kuantiti pengeluaran yang besar serta sesuai untuk perladangan termasuk di Malaysia. Artikel petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai potensi tanaman pokok Paulownia di Malaysia seperti dilaporkan beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Merujuk kepada portal pihak Jabatan Perhutanan dimana ada '
Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH)  dimana ia adalah salah satu usaha untuk mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai sumber bahan mentah kayu dimana ia bertujuan untuk memastikan ketersediaan berterusan bagi industri kayu tempatan. Dilaporkan dimana kerajaan sedang terus menggalakkan pembangunan ladang hutan komersial besar-besaran iaitu ia adalah selaras dengan dasar perhutanam negara. Dilaporkan kabinet pada Mac 2005 memberikan satu tugas yang penting iaitu kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) untuk menjalankan satu program agresif untuk pembangunan ladang hutan di Malaysia. Di bawah PPLH ini pihak kementerian terlibat telah merancang untuk membangunkan sebanyak 375,000 hektar ladang hutan pada kadar penanaman tahunan 25,000 hektar setahun bagi tempoh 15 tahun akan datang. Dijangkakan iaitu bagi setiap 25,000 hektar tanah yang akan ditanam akan dapat menghasilkan sebanyak 5 juta meter padu kayu. Apa pun dalam program ini terdapat sebanyak sembilan (9) jenis atau spesies ladang hutan telah tersenarai di bawah PPLH dan ia termasuk dua (2) spesies yang menjadi tumpuan iaitu Getah (Timber Latex Clone) dan Acacia spp. (Acacia mangium dan Acacia hybrid). Dalam pada itu ada tujuh (7) spesies ladang hutan cepat tumbuh yang disyorkan untuk dimajukan iaitu Jenis Bambuseae (Pokok Buluh), Tectona grandis (Pokok Jati), Azadirachta excelsa (Pokok Sentang), Khaya spp. (Spesis Khaya ivorensis), Neolamarckia cadamba (Pokok Kelempayan atau Pokok Laran), Paraserianthes falcatari (Pokok Batai) dan Octomeles sumatrana (Pokok Binuang). Ditambah pula bagi permohonan PPLH popular termasuk tanaman pokok buluh yang melibatkan semua jenis spesies buluh yang komersial di Malaysia.

Dalam pada itu ada 'Projek BCDP Tanaman Revotropix Paulownia yang akan Mampu Tingkat Pendapatan Usahawan Rompin' yang mana 
Syarikat Green Afforestation International Network (Gain-Green) telah menandatangani perjanjian bersama peserta-peserta Rompin yang diwakili oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Tanaman Semula Berkelompok (TSB) untuk menjalankan Projek Penanaman RevoTropix Paulownia di Rompin, Negeri Sembilan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun dilaporkan projek di bawah Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) yang diseliai oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) itu melibatkan 163 orang peserta yang akan membekalkan kayu Paulownia kepada syarikat Gain-Green untuk digunakan sebagai bahan mentah. Didakwa melalui Projek Penanaman RevoTropix Paulownia di bawah BCDP dimana Bioeconomy Corp akan menyediakan sokongan, koordinasi, pemantauan dan pemilihan peserta kepada Gain-Green, iaitu syarikat utama bagi projek ini. Pihak Gain-Green pula akan turut dapat menyediakan benih, pengetahuan teknikal dan latihan, penanaman, nasihat dan reka bentuk pertanian, serta menjamin pembelian balik untuk pokok Paulownia yang dituai oleh peserta-peserta projek ini. Projek ini melibatkan tanah seluas 978 ekar yang telah dijamin di bawah Rancangan Pinggir Felcra Rompin. Selaras dengan hasrat Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) untuk memperkasa golongan petani di Malaysia, projek ini dijangka dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan tani di kalangan peserta. Projek BCDP ini dapat menambah baik kemahiran teknikal dan pengalaman kerja mereka dalam pertanian, terutamanya dalam penanaman pokok Paulownia. Projek ini dapat menyumbang kepada industri kayu di Malaysia disebabkan keunikan pokok Paulownia seperti kadar pertumbuhan yang cepat serta nilai komoditi jualan kayu sangat tinggi,” kata Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp semasa majlis tandatangan baru-baru ini. Dalam model baru ini iaitu Projek Penanaman RevoTropix Paulownia akan dapat dilaksanakan secara lebih komersial dan lestari kerana akan melibatkan pembiayaan dan penglibatan langsung antara sektor swasta (Gain-Green) dengan peserta. Bagi fasa pertama Projek Penanaman Revotropix Paulownia, projek ini dijangka untuk menyumbang sekitar 600,000 meter padu bekalan kayu kepada industri, serta memberi manfaat kepada lebih kurang 600 individu dan melahirkan sekurang-kurangnya 50 agropreneur bio. Pada masa ini dilaporkan sudah ada 41 projek BCDP sedang dijalankan dalam pelbagai peringkat dan melibatkan hampir 3,000 orang peserta. Projek-projek ini dijangka membawa impak kepada lebih kurang 13,000 individu.

Berlainan pula kisah dari Sarawak dimana '
Pokok RT-Paulownia masa depan industri perkayuan Sarawak' dimana berita dari Kuching menyatakan tanaman pokok RT-Paulownia yang telah dibangunkan oleh TSG Green Sdn Bhd dan ia diyakini akan menyumbangkan kepada kemampanan industri perkayuan Sarawak pada masa depan. Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia kerana pokok itu sangat sesuai ditanam di negeri ini, sekaligus mencapai dasar kerajaan negeri dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan selaras dengan dasar perhutanan Sarawak iaitu untuk menanam semula pokok. Pokok ini boleh ditebang dalam usianya mencapai empat hingga lima tahun dan selepas ditebang, ia akan tumbuh semula. Ini serupa dengan apa yang saya lihat di Norway dan Finland apabila mereka tanam pokok Pain sehingga mempunyai industri berasaskan kayu kayan dengan bahan mentah datang dari hutan yang ditanam semula. Beliau yang mempunyai dasar yang serupa iaitu ingin pastikan yang hutan Sarawak yang ditebang perlu ditanam semula dan satu-satunya pokok yang paling sesuai dan cepat tumbuh ialah Paulownia. Didakwa dimana selain kayu maka bahagian daun pokok Paulownia juga memberi manfaat kepada kehidupan manusia apabila boleh menyerap banyak karbon dioksida. Kini sudah ada projek semaian pokok RT-Paulownia berada di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Nurseri TSG Green Sdn Bhd di Kota Samarahan yang akan membekalkan benih berkualiti kepada penanam yang dipilih kelak.

Usaha untuk membangunkan industri perkayuan di Malaysia berterusan diimana '
Pinjaman RM1.44 billion bantu usahawan industri perkayuan' sudah disediakan. Kisah daripada Tanah Merah, Kelantan laporkan dimana Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah menyediakan pinjaman sebanyak RM1.44 billion melibatkan fasa satu dan dua yang diberikan khas buat usahawan industri perkayuan bermula tahun 2007 sehingga 2025. Ketua Pengarah MTIB Mahpar Atan nyatakan program pinjaman itu merupakan usaha kerajaan dalam merancakkan projek pembangunan perladangan hutan di seluruh negara yang diperkenalkan sejak 2007. Ia bertujuan sebagai fasa pertama yang mana sudah bermula tahun 2007 sehingga 2020 dimana kerajaan telah memperuntukkan pinjaman sebanyak RM940 juta yang melibatkan 129,000 hektar perladangan hutan telah dibangunkan. Dilaporkan dalam tempoh itu, pihak MTIB telah menandatangani sebanyak 87 perjanjian dengan usahawan perkayuan di negara ini. Antara permohonan pinjaman utama daripada usahawan adalah untuk menanam pokok getah, buluh, jati dan pokok balak jenis paulownia yang proses tumbesarannya lebih cepat. Bagi fasa kedua yang bermula tahun lalu hingga 2025, kerajaan memperuntukkan pinjaman sejumlah RM500 juta bagi menjayakan program itu  katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Projek Perladangan Paulownia oleh Huu Haq Resources Sdn. Bhd. di Hutan Simpan Sokor Taku di Tanah Merah Kelantan. Apa pun dilaporkan menerusi pinjaman perjanjian itu dimana pihak pengusaha ladang diberikan kemudahan pengecualian bayaran balik pinjaman bagi tempoh 15 tahun sehingga hasil dapat di tuai. Dilaporkan dimana syarikat terlibat sudah pun  mengusahakan projek perladangan tiga tahun lalu dengan keluasan 202 hektar dengan membekal dan menjual benih kepada pengusaha yang berminat menceburi industri perladangan paulownia. Pokok jenis ini mendapat pemintaan tinggi untuk membuat perabot dan barangan hiasan di China dan Jepun. Selain itu, beberapa negara turut menggunakan tanaman ini dalam industri pembinaan bot dan marin. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK PAULOWNIA... ITU APA CERITA...
CEPAT TUMBUH... MUDAH TANAMNYA...
SUMBER BENIH TULIN .. ITU SYARATNYA...
POTENSI BAIK... INDUSTRU KAYU NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana,  Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 RabiulAkhir 144H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.