Pada masa ini penulis blog dapati sudah ada beberapa teknologi dan kesedaran mengenai sains bagaimana untuk semua pihak menangani pencemaran sungai. Ini termasuk dalam usaha untuk sentiasa jalankan kerja-kerja pemantauan dan juga pengawasan sungai dijalankan bagi mengesan sebarang pencemaran. Isu pencemaran sungai di negara ini ini bukan lagi menjadi baharu tetapi masih lagi tiada penyelesaian yang konkrit bagi menyelesaikan masalah tersebut. Dilaporkan dimana pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) memang sudah pun melaksanakan Program Pengawasan Kualiti Air Sungai sejak tahun 1978. Bagaimana pun bermula tahun 1995 dimana program tersebut dilaksanakan dengan lebih komprehensif bagi merangkumi sebahagian sungai-sungai utama di seluruh negara. Merujuk kepada laporan Laporan Kualiti Alam Sungai 2018 dimana pihak JAS sebelum ini mewujudkan program pengawasan air sungai bagi menentukan kualitinya dan mengesan jika ada sebarang perubahan. Sampel-sampel air sungai diambil daripada stesen-stesen yang telah ditetapkan dan diukur kualitinya secara in-situ serta dihantar ke makmal untuk dianalisis bertujuan menentukan kriteria dari segi fizik-kimia dan biologi. Dilaporkan dimana sebanyak 8,118 sampel air sungai yang diambil daripada sejumlah 1,353 stesen bagi tujuan pengawasan manual yang merangkumi 638 sungai. Uniknya dimana berdasarkan hasil analisis dimana sejumlah 357 (56%) menunjukkan indeks kualiti air bersih, 231 (36%) adalah sederhana tercemar dan 50 (8%) adalah tercemar. Walau bagaimanapun beberapa insiden pencemaran yang dilaporkan dalam media baru-baru ini telah pun mencetuskan kebimbangan ramai pihak. Ramai pakar berpendapat dimana salah satu daripada jalan penyelesaiannya adalah dengan cara menggunakan sains dan teknologi bagi menangani masalah tersebut.
Diantara pakar termasuk penjelasan oleh Pensyarah Kimia Persekitaran Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Poh Seng Chee yang mana dia berpendapat dimana kaedah pengambilan sampel dan menjalankan analisis secara perlu dijalankan secara konsisten. Dengan itu sebaiknya kualiti air sungai dapat dipantau sepanjang masa dan kerja- kerja tersebut perlu dilakukan oleh JAS. Agensi tersebut juga perlu menetapkan piawaian kualiti air untuk standard alam sekitar dan kegunaan manusia Selain aktiviti penguatkuasaan sebaiknya pihak JAS juga perlu melakukan kerja kerja mitigasi jangka pendek dan jangka panjang. Mungkin negara perlu juga melaksanakan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBS) iaitu proses mengkoordinasi kerja- kerja pemuliharaan pengurusan dan pembangunan air, tanah dan sumber berkaitan. Manfaat ekonomi dan sosial kawasan lembangan sungai perlu untuk dimaksimum kan dengan agihan saksama selaras dengan usaha memulihara dan mengembalikan ekosistem air tawar. Dalam pada itu di UPM pakarnya berpendapat penggunaan sains, teknologi dan pengetahuan sepatutnya menjadi teras kepada usaha -usaha pemuliharaan sungai ketika ini. Jika amalan melalui aplikasi sains dan teknologi dimanfaatkan akan dapat memastikan pengurusan sungai dilakukan dengan lebih sistematik bergantung kepada sama ada ianya untuk pemantauan, penyelesaian kes atau pencegahan. Contohnya bagi tujuan pemantauan teknologi penggunaan dron sesuai untuk mengawal sebarang insiden pembuangan sampah dan bahan kimia ke dalam sungai. Selain itu disarankan agar teknologi penggunaan kaedah telemetry atau sistem dalam pemantauan kualiti air secara dalam talian patut diperluaskan ke kawasan titik panas serta sensitif dengan pencemaran. Cara ini penambahbaikan parameter sistem ini perlu agar disegerakan bagi mengesan kehadiran bahan cemar lebih awal. Dalam aspek pencegahan pula dimana bagi zon penampan yang diwujudan ianya perlu pada jarak bergantung kepada aktiviti berhampiran tebing sungai serta darjah kecerunannya. Perkara lain yang lebih penting adalah penggunaan kaedah sains forensik yang dapat membantu mengesan punca pencemaran dengan mencari bukti bukti yang membawa mereka yang disyaki ke muka pengadilan. Forensik alam sekitar merupakan satu bidang kepakaran khusus yang menggunakan kaedah dan teknik analisis yang bermatlamat untuk mengenal pasti komposisi dan identiti bahan cemar serta punca-puncanya.
Sebenarnya penggunaan sains forensik memerlukan pengambilan sampel bahan pencemar sungai diambil dan dianalisis di makmal bagi mengetahui jenis kimia tersebut. Sebenarnya dengan mengenal pasti pencemar tersebut maka pihak berkuasa boleh mencari di mana puncanya dan siapa pelaku yang harus bertanggungjawab atau siapa pemilik premisnya iaitu secara berdasarkan kepada maklumat simpanan kimia kilang-kilang berhampiran sungai dan bahan buangannya. Kaedah forensik tersebut katanya dapat membantu pihak berkuasa mencari bukti kukuh sebelum membuat pendakwaan. Sains forensik alam sekitar sebenarnya bukan sesuatu yang baharu negara ini. Walau bagaimanapun disebabkan kurang pendedahan mengenai penggunannya, menyebabkan bidang ini nampak seolah tidak pernah wujud. Kaedah ini biasa digunakan bagi mengesan atau mengenal pasti kapal tangki minyak yang bertanggungjawab dalam insiden tumpahan minyak di laut seperti perairan Selat Melaka. Ini sedikit sebanyak berupaya menyelesaikan kes-kes pencemaran alam sekitar yang tertangguh akibat kekurangan bukti selain mendatangkan rasa gerun kepada sesiapa yang berniat jahat. Dalam pada itu untuk jangka panjang disyorkan agar kaedah pencegahan masih merupakan langkah yang terbaik dalam menangani isu alam sekitar di mana-mana jua. Walau pun kini masih banyak perlu dilakukan seperti memasang sistem amaran awal bagi mengesan sekiranya berlaku pencemaran. Penggunaan teknologi juga mendapat pandangan positif daripada pihak NGO seperti oleh Persatuan Pencinta Malaysia (MNS) yang nyatakan agar penggunaan dron dimanfaatkan untuk tujuan pemantauan. Penggunaan dron amat penting kerana kurang pemantauan pembangunan tepi sungai menggalakkan pertumbuhan kilang haram dan tidak mengikuti spesifikasi sesuai untuk kawal pencemaran sungai. Kini dengan teknologi dron sekarang kerja pemantauan akan lebih mudah dan berkesan. Sebaiknya pihak berkuasa mampu merancang pembangunan di tepi sungai manakala pembangunan zon penampan diwujudkan. Bagi NGO seperti Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) pula ada pernah menyarankan beberapa perkara diberi perhatian bagi menyelamatkan sungai di negara ini daripada tercemar. Antara perkara pertama adalah melindungi kawasan tadahan air iaitu semua kerajaan negeri mesti mewartakan kawasan tadahan air termasuk hutan, sungai, tasik, dan lain-lain sebagai rizab kekal dengan segera. Perkara kedua adalah menetapkan tarif air mentah berdasarkan kualiti air mentah bagi memastikan kerajaan negeri menerima pendapatan yang saksama apabila melindungi kawasan tadahan air untuk menjamin sumber air mentah termasuk air mentah yang merentasi sempadan. Pihak AWER juga berharap supaya Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) 1974 dipinda dengan menambah seksyen baharu antara lain supaya ada klausa yang membenarkan JAS membekukan aset pesalah kepada jumlah wang yang mereka perlu tanggung berdasarkan kes yang dibawa oleh JAS. Kini jika ada pindaan tersebut maka pesalah perlu membayar denda, kos pembersihan dan tuntutan daripada pihak-pihak yang terjejas. Digesa agar kaedah siasatan ke atas insiden pencemaran diperbaiki dan kerajaan patut menubuhkan satu unit baharu supaya penyiasatan bersepadu dilakukan. Sebaiknya disarankan agar kerajaan mewujudkan pangkalan data bahan kimia bagi membolehkan semua bahan kimia yang berbahaya dan menghasilkan sisa yang berbahaya (selepas diproses) mesti direkodkan dalam sistem pangkalan data. Semua kgiatan ekonomi yang boleh mencemar air sungai yang menjadi sumber air minuman dan pertanian manakala standard pelepasan air sisa berasaskan beban pencemaran perlu diwujudkan. Ini kerana dilaporkan salah satu masalah pertama yang menjadi punca sungai tercemar adalah pelepasan air sisa yang tinggi. Terdapat operasi kilang tidak bertanggungjawab melepaskan sisa-sisa kilang yang mencemarkan air sungai. Aktiviti seperti penggondolan hutan untuk tujuan pembalakan dan pembangunan juga menjadi masalah ketiga yang menyumbang kepada masalah pencemaran air. Kawasan tadahan yang juga merupakan hutan dara merupakan lokasi penting dalam kitar air. Apa pun isu pengurangan hutan menyebabkan kekurangan taburan hujan, mengurangkan kebolehan tanah menyerap air, meningkatkan kekerapan banjir besar dan banjir kilat serta menjadikan musim panas lebih teruk akibat kekurangan dalam fungsi penyejukan oleh hutan semula jadi. Semuga artikel ini memberi info terbaik kepada pembaca blog anim agro technology senyanya. Wasallam!!!!...
IA BERLAKU... ADA BANYAK PUNCA...
PERLU DIKAWAL.. PENGUATKUASA...
AIR BERKUALITI... SIHAT SEJAHTERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 JamadilAwal 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.