Saturday, November 5, 2022

TANAM ANGGUR SEBAGAI HOBI

HOBI TANAM ANGGUR
(Vitis vinifera) atau grapes di kalangan peminatnya di Malaysia merupakan satu usaha yang agak jarang dilakukan tetapi ia selalu dilaporkan didalam media sebagai 'tanaman suka-suka'. Beberapa akhbar memberikan liputan mengenai tanaman anggur yang mana ia berbuah dan pengusaha menjalankan penjagaan pokok mengikut amalan pertanian baik bertujuan untuk mendapatkan hasil berkualiti. Diseluruh dunia dimana aktiviti penanaman anggur pada masa ini didunia di monopoli oleh beberapa negara seperti China, Itali, Turki, Sepanyol, Perancis, Turki dan dan juga beberapa negara lain dengan purata pengeluaran melebihi 70 juta metrik yan setahun. Teknologi penanaman anggur telah mencapai tahap maju dimana penanaman berskala besar dan luas akan di buat mengikut sistem seperti estet dengan cara pengurusan yang baik. Penanaman secara kecil-kecilan juga banyak dijalankan oleh pekebun kecil dengan teknologi pengurusan yang hampir sama. Pemilihan varieti anggur yang sesuai penting untuk menghasilkan buah yang tinggi dan berkualiti dan tahan kepada penyakit. Bahan tanaman menggunakan keratan batang (vine cuttings) adalah sesuai digunakan jika tidak ada masaalah dengan nematod dan phylloxera. Bahan tanaman cantuman baji (bench graft) sesuai dengan pokok penanti yang tahan dari serangan tersebut. Buah anggur dilaporkan mengandungi bahan kimia piceatannol yang menghalang perkembangan sel lemak dalam badan. Tanaman ini pernah diusahakan secara komersil di Malaysia oleh beberapa syarikat tempatan tetapi sehingga kini belum menampakkan peratus kejayaan yang memuaskan. Ada beberapa syarikat di Selangor, Negeri Sembilan, Sabah yang mengupah pakar-pakar menanam anggur daripada negara Thailand untuk menjadi pengurus malahan pekerja ladang tetapi masih banyak masaalah perlu diatasi. Minat orang Malaysia terhadap buah anggur memang tinggi dimana komoditi ini banyak diimport untuk makan segar. Buah anggur juga mudah dibeli di negara kita dan sering juga dijadikan 'buah tangan' untuk pesakit dihospital, bahan hantaran perkahwinan dan tujuan lainnya. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan akhbar aktiviti percubaan penanaman anggur yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog.

Media melaporkan dimana '
Pegawai pertanian tanam 100 varieti pokok anggur' boleh dijadikan contoh. 
Bagi Zairizal Zainon yang menanam buah anggur yang berjaya di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah memang berbaloi melihatnya. Kisah ini menyatakan seorang Pegawai Pertanian berjaya mengusahakan tanaman anggur di kebun seluas 0.14 hektar di Jalan Datuk Kumbar di sini sejak 2001. Dia yang menanam kira-kira 100 varieti pokok anggur dari pelbagai negara seperti Ukraine dan Jepun. Pokok anggur yang kini ditanam di kebun itu mengeluarkan buah berkualiti dan manis. Diantara varieti yang ada ialah Akademik, Dixon, Veles dan Krasothka yang sangat digemari ramai. Dia yang mula menanam anggur di halaman rumah di Taman Merbau sejak 2001 dengan dua varieti anggur sahaja dan tidak menyangka hasil kajian serta minatnya dalam tanaman itu kini berjaya mengeluarkan buah yang berkualiti. Kini selepas melihat hasil tanaman yang baik maka dia terus mengorak langkah dengan membuka kebun tanaman anggur seluas kira-kira 0.14 hektar. Zairizal yang merupakan graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum ini membelanjakan kira-kira RM20,000 untuk membina rumah pelindung hujan bagi mengusahakan semua tanaman tersebut. Biasanya setiap kali musim buah, ramai yang datang mengunjungi kebun anggur saya ini dan antara varieti yang paling digemari ialah Akademik dari Ukraine kerana buahnya hitam, manis dan rangup. Pengunjung juga akan turut bergambar yang mana suasananya seperti berada di luar negara. Gia tidak pernah menjual kepada pihak luar kecuali mereka yang berkunjung ke kebun anggur untuk merasai serta memetik buah yang segar saya ini secara bersedekah. Hasil kajiannya mendapati anggur sangat sesuai ditanam di negara ini terutamanya di utara kerana musim panas ketara akan menyuburkan tanaman serta memaniskan buah. Dia mendapati setiap kali memetik anggur pada musim kemarau terutamanya pada Januari dan Februari dimana buahnya sangat manis dan setanding dengan buah di negara Eropah. Kalau di Eropah halangan utama penanam anggur ialah pada musim salji yang mana kesemua pokok anggur terpaksa ditutup supaya tidak rosak. Selalunya dia mampu memetik antara 50 hingga 60 kilogram anggur pada setiap musim. Teknik Tanam Anggur Cepat Berbuah (TACB) yang dihasilkan mampu mengeluarkan hasil seawal lima bulan dan terbaharu tanaman berbuah.

Memang satu kelainan apabila peminat tanaman anggur berani menyatakan dimana rezeki menanam anggur adalah satu kepuasan baginya. Masih ada p
ersepsi bahawa tanaman anggur hanya sesuai ditanam di kawasan atau negara beriklim sejuk ternyata tidak benar apabila buah itu dilihat mampu hidup subur di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia. Ini terbukti melalui usaha bekas pereka grafik iaitu Wan Yusoff Abdul Rahman (37 tahun) yang berjaya 'menghidupkan' tanaman anggur di Kampung Belukar dekat Wakaf Bharu, Kelantan dengan menggunakan teknik dan pembajaan bersesuaian. Dilaporkan terdapat puluhan tangkai anggur pelbagai warna yang hampir mekar menghiasi halaman rumahnya semasa berbuah. Tanaman anggur ini di sekeliling rumahnya sahaja terdapat 60 pokok anggur pelbagai jenis termasuk varieti Ninel, Trans, Jupiter dan Dixon yang mana dia juga mampu mengutip hasil tanaman itu hampir 100 kilogram sebulan. Kebanyakan spesis anggur ini berasal dari Ukraine, Uzbekistan dan Korea Selatan. Apa yang agak  mengejutkan kesemuanya dapat hidup subur malah rasa manisnya hampir menyamai rasa buah anggur di negara asal. Tanaman anggur yang diusahakan di halaman rumah sejak dua tahun lepas itu pada mulanya hanya sebagai projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengkaji 'perangai' tanaman berkenaan. Dia yang tidak menafikan tanaman anggurnya mampu mengeluarkan hasil hingga menjadi tumpuan orang ramai berkunjung ke rumah bagi melihat dan merasai sendiri anggur yang ditanam. Walaupun sukar dipercayai tetapi setiap pokok boleh mengeluarkan sebanyak 500 tangkai dengan berat yang mampu mencapai 500 hingga 700 gram setiap tangkai dan itulah hasil dikeluarkan pokok anggur tanamannya yang mempelajari teknik tanaman dan pembajaan melalui internet. Pokok anggur sebenarnya satu tanaman yang lasak dan mampu hidup lama serta perlukan cuaca panas. Berdasarkan R&D yang dia buat dimana hujan adalah musuh utama tanaman anggur ini dan memerlukan struktur perlindungan hujan bagi memastikan pokok anggur dalam keadaan baik. Selepas mengeluarkan putik, baki bunga kering dan masih melekat serta daun perlu dibuang bagi menghasilkan buah yang cantik. Kebiasaannya, selepas buah habis dipetik, saya pangkas daunnya kemudian ia akan berbuah lagi dalam masa 90 hari. Tanaman anggur di negara ini mampu mengeluarkan hasil lebih banyak kerana boleh berbuah tiga hingga empat kali setahun. Dia berusaha agar selepas ini untuk membuka ladang anggur berkonsepkan agropelancongan di kawasan seluas 0.4 hektar di Tumpat dengan tanaman sebanyak 500 pokok. Projek ini sudah dimulakan yang mana saya sedang menyiapkan benih dan tapak dengan kerjasama beberapa agensi. Dia juga sedang 'mengintai' dan berhasrat menanam spesis anggur dinamakan shine musket dari Jepun yang bersaiz lebih besar dan manis hingga boleh dijual dengan harga hingga RM500 sekilogram.

Kisah kejayaan penanaman anggur di Sabah juga tidak kurang hebatnya walau pun r
amai mungkin tidak menyangka tanaman anggur boleh hidup subur di Sabah. Sebelum ini ada pendedahan mengenainya banyak berkisar tentang kejayaan penanaman anggur iaitu dari Semenanjung sahaja. Apatah lagi ada pengusaha yang mampu tersenyum lebar kerana berjaya mengusahakan tanaman tersebut. Cuaca menjadi masalah memandangkan anggur hidup subur di kawasan beriklim sejuk iaitu sama seperti strawberi. Namun kegigihan pengusaha nampaknya mampu mengatasi masalah cuaca dan mereka membuktikan bahawa tanaman anggur juga mampu hidup subur di kawasan yang lebih panas. Salah seorang pengusaha yang telah membuktikan kemampuannya adalah Jontih Engghihon (57 tahun) kerana dia bukan orang biasa biasa kerana sedang menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan. Dia yang berminat bidang pertanian berkongsi mengenai aktiviti penanaman anggur semasa bertugas di Ipoh. Bertitik tolak daripada minat tersebut maka dia mula mengusahakan tanaman anggur bermula dengan hanya 10 pokok di Kampung Bantayan Tamparuli, Tuaran Sabah. Beliau meneruskan hobi tersebut apabila kembali bertugas dengan jabatan sama di Kota Kinabalu pada 2014 dengan cara untuk memanfaatkan ruang kosong halaman rumahnya. Pada masa yang sama dia juga cuba menanam buah tin atau fig sebanyak 80 pokok. Apa pun tidak lama kemudian dia menubuhkan Nursery JonGrapevines & Figs Garden (JGFG) di Kampung Bantayan dengan menanam 60 jenis anggur dalam rumah hijau. JGFG merupakan syarikat yang dimiliki oleh Nonie Bansunin sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat manakala Jonovan Jontih Enggihon sebagai pengurus. Beliau bertindak sebagai penasihat teknikal. Usaha beliau tidaklah semudah yang disangka dimana dia mengeluarkan wang sebanyak RM5,500 sebagai modal awal membeli ranting-ranting figs daripada Sepanyol, Amerika Syarikat dan Itali pada akhir 2013. Dakwanya memang tiada siapa yang mendorongnya (melakukan semua ini) kerana ia hanyalah self motivated. Dia dakwa tidak pernah mendapat bimbingan daripada mana mana pihak dan sebaliknya mendapat ilmu menerusi pembacaan, belajar sendiri, praktikal sendiri dan banyak melakukan eksperimen. Dia membaca banyak sumber seperti laporan teknikal dan tesis luar negara mengenai pokok anggur dan buah tin. Bagi memajukan projek tersebut, beliau juga tidak mendapat bantuan dana daripada mana-mana agensi.  Semua infrastruktur yang dibina iaitu sebanyak lapan buah rumah hijau, tiga bersaiz besar, satu bersaiz sederhana dan sebuah yang kecil, rumah pekerja, tanki, pam dan paip serta pemasangan wayar elektrik dan peralatan kebun seperti mesin shredder, mesin pemotong rumput dan kanopi menggunakan wang pusingan hasil jualan anak pokok dan buah tin. Malah beliau pernah menyertai program yang dianjurkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) pada 2014 dan 2015 bagi mendapatkan geran projek tetapi gagal memasuki pertandingan akhir. Kini kawasan penanaman projek beliau telah berkembang kepada satu ekar yang ditanam dengan 132 pokok anggur daripada 90 varieti dan 500 pokok buah tin daripada 200 varieti. Jontih memberitahu ladangnya mampu mengeluarkan antara dua hingga tujuh kilogram buah tin sehari yang hasilnya dijual kepada pelawat. Buah anggur pula tidak dijual, sebaliknya untuk memberi peluang kepada pelawat menguji rasanya. Berkongsi mengenai cabaran dalam penanaman anggur dakwanya masalah penyakit antara yang meresahkannya. Penyakit tersebut biasanya melibatkan serangan kulat dan serangga perosak manakala cabaran lain adalah menyediakan infrastruktur yang mahal serta cara bagaimana mendapatkan pekerja yang tetap. Beliau yang kini Presiden Persatuan Figs dan Anggur Sabah dakwa projek tersebut akan dikembangkan lagi dengan membina dua buah rumah hijau tambahan selain kemudahan pejabat dan kafeteria. Pihaknya juga sedang dalam proses selanjutnya bagi menandatangani kontrak perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk membuka kebun anggur di situ. Dia yang turut berkongsi nasihat kepada mereka yang berminat menceburi projek tanaman anggur supaya memanfaatkan tanah terbiar. Dakwanya agar jangan mudah putus asa, perbaiki kesilapan, banyak membaca untuk menambah pengetahuan, sertai kursus yang dianjurkan oleh JGFG iaitu satu-satunya bentuk kursus yang lengkap tentang anggur di Malaysia. Sebelum ini dilaoporkan dia telah berjaya menganjurkan 16 Kursus Asas Penanaman dan Penjagaan Pokok Anggur sejak 2017 iaitu satu diadakan di Shah Alam (2018) dan 15 kursus di Tamparuli. Kini JGFG mempunyai 90 varieti anggur yang benihnya diperoleh daripada Amerika Syarikat, Sepanyol, United Kingdom, Russia, China dan Jepun. Walau pun kebiasaannya anggur yang ditanam di negara ini hanya akan matang selepas tiga tahun diusahakan namun ia berbaloi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM ANGGUR... SUDAH BERJAYA...
SEBAGAI HOBI... KEPADA YANG SUKA...
POKOK DIJAGA... BANYAK CABARANNYA....
SESIAPA BERMINAT... BACA INFO DISEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 RabiulAkhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.