Friday, November 4, 2022

SANI - PENCARI BUAH KELUBI

BUAH KELUBI
(Eleiodoxa conferta) adalah sejenis buah nadir yang sering dicari didalam hutan dan ia adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae yang menyerupai pokok nipah yang terdapat banyak dikawasan lembab hutan berpaya tepi sungai di negara kita. Kisah Sani sebagai pencari buah asam paya atau kelubi lebih 30 tahun ini di Kg Tengah, Oya, Sarawak dilaporkan oleh Utusan Borneo untuk dikongsi sama. Pokok Kelubi juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti Asam Paya, Asam Kelubi, Salak Hutan dan juga Kelumi. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia (Khususnya Sumatera), Thailand dan Borneo iaitu dikawasan paya air tawar serta tumbuh dalam bentuk berkelompok. Tidak terdapat maklumat rasmi dari mana-mana rujukkan mengenai keluasan tumbuhan kelubi di Malaysia. Mungkin tumbuhan ini bukan dari jenis yang penting kerana ianya tidak direkodkan secara rasmi atau terdapat mana-mana petani yang menanam secara komersil dilaporkan. Saya pertama sekali banyak lihat pokok kelubi di sekitar Sungai Endau dan Sungai Mersing ketika bertugas di daerah tersebut dan banyak lagi lokasi di Negeri Sarawak ketika bertugas sekitar tahun 1990'an dahulu dikawasan seperti Mukah, Dalat, Samarahan dan lain-lain kawasan. Banyak nama-nama tempat di Malaysia yang menggunakan nama Kelubi seperti Paya Kelubi, Lorong Kelubi, Kampong Kelubi, Lembah Kelubi dan sebagainya. Pokok Kelubi adalah sejenis tumbuhan yang serupa pokok nipah iaitu tumbuh secara berumpun menegak dengan ketinggian maksima sehingga 5 meter (Nipah lebih tinggi lagi). Daun Pelepah keluar dari perdu pokok dan mempunyai daun berwarna hijau yang lurus dengan susunan bertentangan sepanjang 1.5 m panjang dan 3-5 cm lebar. Panjang pelepah daun sekitar 3-4 meter dan pelepah akan mati apabila ianya telah mula untuk mengeluarkan bunga dan buah. Akar pokok kelubi adalah akar serabut seperti pokok palmae yang lain iaitu keluar disekeliling perdu pokok. Selalunya pokok kelubi tumbuh berkelompok dan rapat diantara satu sama lain. Pokok ini banyak tumbuh dikawasan lembab dan mempunyai bahan organik mencukupi. Subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah seorang pencari asam paya atau kelubi selama 30 tahun yang menarik untuk bahan rujukkan semua.

Kisah mengenai pencari asam paya ini berkait dengan tajuk artikel kerana mungkin r
amai antara pembaca blog yang mengetahui kesedapan buah kelubi atau lebih dikenali sebagai asam paya dalam masakan seharian. Makanan unik ini boleh dijadikan campuran menjadikan sesuatu bahan makanan sedikit berasa masam seperti limau. Namun begitu ia mempunyai satu rasa masam yang unik dan sudah tentu ada para penggemarnya yang tersendiri. Bagaimanapun penulis blog percaya agaknya berapa ramai yang tahu dari manakah buah ini diambil dan bagaimanakah caranya?. Adakah caranya senang sahaja seperti memetik buah limau yang ditanam di halaman rumah atau perlu ke tengah hutan belantara hanya untuk memetik mutiara hutan paya ini?. Ia hanya segelintir pengusaha yang menjadikannya sebagai punca rezeki sepertiEn Sani yang menjadikan buah asam paya sejak 30 tahun lagi. Memang tidak ramai orang yang mengetahui apa kerja sebenar seorang lelaki yang berasal dari Kampung Tengah, Oya, Sibu Sarawak ini. Walau pun jika dikira umurnya sudah pun menjangkau 82 tahun dengan sedikit gempal tubuhnya, namun mungkin kerana kerap masuk ke hutan dilihat fizikal beliau tampak sihat walafiat dan sedikit pun tidak kelihatan dimamah usianya (Sila lihat foto paling atas). Bagi Sani Ali dilaporkan kalangan masyarakat tempatan dia bukanlah seorang lelaki biasa kerana sudah lebih 30 tahun hidupnya hanya dihabiskan untuk masuk ke dalam hutan. Kesukaran beliau didalam mencari buah kelubi ini memerlukan banyak kesabaran dan pengalaman yang dilalui lama sehingga kini. Walau pada beberapa individu lain dikawasan kampong berhampiran akan tetapi dia adalah diantara yang masih aktif didalam industri ini. 

Dilaporkan dimana 
Sani kerap ke hutan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mencari buah mutiara keluaran hutan paya iaitu asam paya atau kelubi. Sejak 1985 setelah dia berpencen, hutanlah tempatnya mencari rezeki. Dia beritahu wartawan Utusan Borneo ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bakong, Oya, Sarawak dimana dia sebelumnya pernah melakukan beberapa pekerjaan termasuklah sebagai pemandu lori dan juga penambang, namun jangkamasanya tidak lama. Dia yang  lebih sesuai dan selesa untuk ke hutan agaknya dakwanya yang memang suka berseloroh. Beliau hanya ke hutan mencari asam paya bagi menyara isteri dan dua anaknya. Dakwanya di samping mencari asam paya, dia juga sering diminta pelanggan untuk mencari tumbuhan di hutan sebagai ubat, atau kadang-kadang memasang bubu di pinggir sungai untuk mendapatkan ketam. Asam paya siap salai mempunyai harga pasaran lebih mahal iaitu menjangkau sekitar RM30 sekilogram. Dalam pada itu hasil tangkapan bubu adalah ketam dan daripada penjelasannya, ia mendatangkan pendapatan jauh lebih lumayan daripada asam paya yang kini harganya RM3 satu kilogram (kg). Namun seeenarnya dia memang mempunyai perasaan dan hatinya mungkin lebih terpaut dan cintanya kepada asam paya lebih mendalam. Aktiviti mengambil buah asam paya bagi Sani dinilai dari segi penceritaannya didengar mamang amat mudah. Tetapi bukan bagi setiap orang kebanyakkan yang tidak ada pengalaman.  Cerita tentang pencari asam paya yang menemui ajal dipatuk ular sebelum ini di Mukah tidak sedikit menggentarkannya untuk terus dia meredah hutan.  Malahan dalam pengalamannya lebih 30 tahun mencari asam paya seingatnya hanya dua kali terserempak ular. Kali pertama saya terserempak ular tedung putih ketika masuk hutan pada 2005, sebesar lengan. Malang bagi haiwan itu katanya apabila dia juga sangat terkejut hingga melepaskan satu das tembakan yang terus terkena pada ular dan tamatlah riwayat hidupnya. Kali kedua beliau menemui ular sama besar seperti yang ditembaknya, namun ia sudah tidak bernyawa lagi. Bagaimana pun ada sesuatu yang menarik mengenai cerita terjumpa bangkai ular itu yang menurut Sani pada mulanya tidak disedari atau kelihatan segera pada pandangan. Ia salah satu kisah paling menarik yang beliau kongsikan.

D
ilaporkan semasa ditemubual dia sudah seminggu katanya tidak pergi ke hutan disebabkan demam yang melanda. Dia meneruskan cerita pengalamannya kepada Utusan Borneo ketika mencari asam paya di hutan. Penemuan bangkai ular dakwanya memberikan satu cerita menarik untuk dikongsikan. Setelah balik ke rumah pada hari bangkai ular ditemuinya dilaporkan Sani dikatakan mengigau ketika tidur malam. Dia bermimpi didatangi oleh seorang tua dan mengatakan ular itu telah mengacau isteri orang. Dia menambah dimana diberitahu oleh sebab itulah maka ular berkenaan telah dibunuh. Cerita itu kemudiannya disahkan oleh anak perempuannya yang mengatakan ayahnya memang mengigau ketika tidur pada hari Sani menemui bangkai ular tersebut. Satu lagi daripada pengalaman yang beliau tidak dapat lupa ialah ketika diekori oleh penunggu atau makhluk halus setelah balik dari hutan. Ketika itu dia baharu balik dari mengambil asam paya dari hutan, saya mula mencuci bersih semua buah asam dimana dia tiba-tiba terhidu bermacam bau-bauan yang hinggap di hidungnya. Ia bermula dengan bau wangi, busuk dan kemudian hanyir dan Sani terus melangkah masuk ke rumah kerana ada makhluk yang mengekorinya sehingga ke rumah. Beliau terus bergegas masuk ke rumah dan terus teringat beberapa petua yang diperturunkan oleh orang tua-tua dahulu bagi menghalau makhluk berkenaan. Sani mengakui ada petua diamalkan olehnya ketika masuk ke hutan dimana selain jangan bermulut cabul serta celupar, katanya beliau ada petua dan doa yang dibaca sejurus sebelum masuk ke hutan. Mungkin sebab itulah sepanjang mencari asam paya, beliau tidak pernah tersesat. Malahan rakannya hairan kerana setelah balik dari meredah hutan ketika mencari asam paya selalunya tidak nampak pula ada sebarang luka atau pun kes kecederaan dialami Sani. Ini kerana mungkin kerana dia tidak tergopoh-gapah ketika mengambil asam paya.

Pokok asam paya menurutnya banyak duri dan perlu berhati-hati ketika memetiknya supaya tidak cedera (Sila lihat foto disebelah)
Dakwanya bila ditanya mengenai sarang ular dimana dia menafikan semua pokok asam paya mempunyai sarang ular di pohonnya. Mungkin kadang-kadang terdapat ular bersarang di dahan pokok asam paya, namun jika ada ia tidak harus diganggu apatah lagi jika ular itu sedang bertelur. Ada kemungkinan juga ular itu akan bersikap lebih garang jika musim bertelur kerana menjaga keselamatan anak-anaknya yang bakal menetas. Sepanjang bekerja sebagai pencari asam paya selama 30 tahun dia memang dikenali oleh penduduk tempatan. Dia tidak perlu menghantar hasil hutan cariannya itu ke kedai namun sebaliknya orang ramailah yang akan datang ke rumahnya untuk mendapatkan hasil hutan itu. Jika ada jumlah tempahan banyak lazmnya dia pernah juga memungut sehingga lebih 200kg asam paya untuk dijual kepada orang tengah. Ia kemudiannya turut dipasarkan di Mukah, Selangau, Brunei, Miri dan di kawasan lain. Mengenai harganya dimana Sani masih menjual asam paya pada harga RM3 sekilogram. Harga itu lebih baik katanya kerana harga sebelum tahun 2004 harga untuk sekilogram asam paya hanyalah RM1 sahaja. Asam paya juga katanya turut juga mempunyai musim tuaian. Sani memberitahu terdapat dua fasa ia boleh dituai dan cukup masak. Ia kelebihan yang ada pada Sani, bukan sahaja tahu selok-belok hutan paya, malah turut mengetahui bila masa sesuai untuk menuai permata hutan paya ini. Asam paya merupakan salah satu bahan yang mampu menambah kesedapan masakan seharian. Selain boleh dihidang secara segar, ia turut boleh dibuat sebagai produk hiliran lain seperti asam kering. Asam paya boleh disalai sehingga kering dan warnanya akan berubah kehitaman. Setelah itu kelubi ini boleh dijadikan campuran dalam masakan. Harga asam kering jauh lebih mahal daripada asam paya segar iaitu boleh menjangkau RM30 sekilogram. Sani turut membuat asam paya salai di rumahnya. Katanya, asam paya bersaiz kecil dan sederhana digunakannya untuk membuat asam paya salai. Selain dikeringkan, asam paya juga boleh dibuat jeruk manis. Ia merupakan makanan ringan paling digemari kanak-kanak terutamanya cucu Sani sendiri yang seramai enam orang. Kebiasaannya, tidak sampai tiga hari, jeruk asam itu pasti akan habis sama ada dijual atau dimakan seisi keluarga. Sani juga kerap makan asam paya bersama nasi dicampur dengan belacan, cili, ikan bilis dan kadang-kadang dengan pekasam.  Menu ringkas tersebut sudah boleh membangkitkan seleranya dan memang tidak menghairankan, itulah antara makanan kegemarannya. Asam paya bukanlah hanya sekadar buah yang berasa masam. Namun, ia lebih daripada itu apatah lagi mengenangkan segala keringat dan penat lelah yang dikorbankan ketika mencarinya. Asam paya bukanlah sekadar buah biasa akan tetapi sebenarnya mutiara di hutan paya. Semuga artikel panjang ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMANYA SANI.... PENCARI ASAM PAYA....
DI DALAM HUTAN... BANYAK CERITANYA...
DIJUAL SEGAR ... RM3 SEKLO SAHAJA...
PRODUK KELUBI SALAI.. RM30 HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malayia.
(11 Jamadilakhir 1443H).
Kemaskini pada 5 RabiulAkhir  1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.