Monday, November 7, 2022

KUIH TRADISIONAL MALAYSIA POPULAR (PART 8)

ADA BANYAK KUIH TRADISIONAL MALAYSIA
atau Kuih Tradisional Melayu yang sering di sediakan atau dijual untuk dinikmati oleh semua pembaca blog setiap masa. Pada penulis blog memang sering juga menikmati kuih mueh tradisional Melayu sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang atau sering dihidangkan semasa bermesyuarat rasmi. Teringat dahulu dizaman kemelesetan ekonomi dimana ada arahan rasmi pihak kerajaan agar hanya diberikan dua (2) jenis kuih dan segelas air (lazimnya Teh-O atau Kopi) sahaja dibenarkan untuk jamuan semasa mesyuarat dijalankan. Seingat penulis blog antara yang paling lazim dihidangkan adalah kuih Karipap (epok-epok) dan juga kuih apam. Kalau hendak melihat kepelbagaian jenis kuih-kuih Melayu pastinya pembaca blog boleh berkunjung ke Bazaar-bazaar Ramadan seluruh negara saban tahun sehinggakan ada beratus-ratus jenis kuih-kuih tradisisonal yang selalunya tidak dijual pada bulan-bulan biasa. Kalangan rakyat Malaysia lazimnya makanan kuih-muih diambil tiada masa khusus untuk dihidangkan dimana memang ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh panas atau kopi panas. Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan, masjlis rasmi kerajaan serta jamuan hari kebesaran. Kuih tradisional Melayu ada beberapa kategori iaitu Kuih Basah dan Kuih Kering. Antara beberapa jenis kuih tradisional yang penulis blog ingat mengikut abjad adalah Kuih Agar-agar kering, Akok Berlauk, Apam hitam manis, Apit-apit, Asam gumpal, Bahulu, Batang buruk, Beluda, Bengkang berkuah, Bengkang gandum, Bengkang ubi, Bebola bijan, Kuih buah bidara, Kuih buah rotan, Kuih bunga tanjung, Kuih Cara berlauk, Kuih cucur badak, Kuih denderam, Kuih Loyang, Kuih gulung, Halwa maskat, Kuih hasidah, Kuih Isabella, Jala mas, Kuih jemput-jemput, Karipap, Kuih keria, Kuih keseri, Ketupat palas, Ketupat sotong, Kuih koci, Kuih Apam, Kuih apam tepung beras, Kuih bakar, Kuih bangkit, Kuih butir nangka, Kuih cara, Kuih cek mek molek, kuih gunting, Kuih Jeram-jeram, Kuih karas, Kuih kasturi, Kuih lopes, Kuih mas sejemput, Kuih nagasari, Kuih nekbat, Kuih pauh dilayang, Kuih peria, Kuih sepit, Kuih talam, Kuih lapis, Lemang, Lepat pisang, Kuih makmur, martabak, Kuih ocong-ocong, Pau (kuih), Kuih pengat, Pulut berinti, Pulut lepa, Pulut manis, Pulut panggang, Roti jala, Kuih serabai, Seri muka, kuih siput,Kuih sopang, Kuih tahi itik, Kuih Tat, Kuih Tat Nangka, Tat nanas, Tepek, Tepung bungkus, Kuih tepung gomok, Kuih tepung pasung, Kuih tiram, Wajik dan banyak lagi. Pada tengahmalam yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa jenis kuih tradisional Melayu sekadar untuk mengenali dan resepi untuk membuatnya sebagai bahan rujukkan embaca blog semua.

Paling penulis blog tersenyum sendiri apabila mendengar sejensi kuih iaitu Kuih Badak Berendam. Memang ramai yang akan bayankan bagaimana badak tersebut akan berendam didalam air untuk menyejukkan badannya. 
Kreativiti orang dulu memang hebat apaabila badak yang berwarna hijau (atau boleh pelbagai warna lain seperti merah, kuning dan putih) diletakkan didalam kuah berwarna keputihan seakan badak sedang berendam. Kuih ini ada 3 komponen iaitu bahagian inti, bahagian badan badak dan juga bahagian kuahnya. Bagi menyediakan intinya diperlukan bahan iaitu 1/2 biji kelapa parut, 2 sudu besar gula pasir, gula melaka secukupnya, 2 sudu besar gula pasir, 1/2 sudu kecil garam, 1/2 sudu besar tepung gandum dan juga sehelai dauh pandan yang akan di ikat simpul. Komponen kedua iaitu bahan untuk badak berendam adalah terdiri dari 2 cawan tepung pulut, 1.5 cawan air pandan (tidak perlu pekat sangat), 1/2 sudu kecil garam dan juga bahan pewarna hijau atau pewarna lain (merah - jika suka). Bagi menyediakan kuahnya pula (untuk badak berendam) maka diperlukan bahan 3 cawan santan kelapa, 3 sudu besar tepung beras (perlu dibancuh dengan sedikit air), 1 sudu kecil garam) dan juga sehelai daun pandan (ikat simpul). Membuatnya juga tidaklah susah dengan bagi membuat inti dengan memanaskan kuali dan dimasukkan kelapa parut, gula melaka dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Periksa sentiasa agar inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang manis maka disyorkan tambah gula melaka. Ia dimasak sehingga agak kering dan kemudian di taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat. Menyediakan kuahnya dengan santan kelapa ini dimasak bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan. Ia dimasak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih din mesti pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul. Ia sesuai dihidangkan bersama bebola badak berendam. paling unik adalah membuat bebola untuk badak berendam dengan membancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat. Bahagikan kepada dua bahagian aiaitu satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna pilihan (merah - jika suka). Bulatkan adunan ini sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas. Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan air dan diangkat. Sejatkan air dan masukkan badak tersebut ke dalam kuah santan dan sedia untuk dimakan.

Memang sejenis kuih yang enak dimakan iaitu Kuih Topi Kelantan dimana ia selalu ada dijual untuk sarapan pagi atau untuk hidangan minum petang. Bentuk kuih ini seakan topi membuatkan ia sesuai dengan namanya. Kuih ini antara yang paling mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan asas yang mudah dibeli dimana-mana. Kuih Topi Kelantan boleh dibuat dengan sediakan bahan terdiri dari 2 cawan tepung beras, 2 cawan tepung gandum, 1 cawan gula pasir, 1/2 sudu kecil garam dan juga 1.5 cawan air kosong. Bagi membuatnya dimasukkan ke semua bahan diatas dan kacau sebati. Kemudian ditapiskan adunan tadi supaya tidak berketul dan kemudian ia perlu dimasukkan dalam bekas kedap udara. Perap semalaman di dalam peti sejuk. Pada keesokan harinya maka bolehlah adunan ini di goreng dengan minyak sederhana sikit dan selalu ditterbalikkan guna agar ia masak sekata. Sebelum menggoreng pastikan yang minyak betul2 sudah panas. Angkat dan toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan dan dimakan.

Kuih ini adalah yang selalu ada dijual dimana-mana kerana ia enak, tahan lama dan mengenyangkan. Kuih Cucur Badak adalah berlainan dengan 
Kuih Badak Berendam dimana ia adalah kuih kering yang digoreng. Keenakan kuih ini adalah pada intinya dan keledek yang membalutnya. Bagi membuat kuih ini pada penulis blog agak mudah dimana sesiapa sahaja boleh membuatnya setelah membaca resepi. Bahan membuatnya bagi Badan Cucur Badak adalah 1 Kilogram keledek (di lecek), 2 cawan tepung gandum dan juga 1/2 Biji kelapa parut. bahan bagi membuat inti adalah 10 biji cili kering, 3 sudu besar udang kering, 8 ulas bawang merah, 3 batang serai, 1/2 sudu teh ketumbar, 1/2 sudu teh jintan manis, 1/2 sudu teh jintan putih, juga 1 inci halia, 1 inci kuncit serta garam secukup rasa. Membuatnya dengan memanaskan minyak dan tumis bahan inti hingga naik baunya, Masukkan kelapa dan sedikit air dan apabila sudah sudah kering diangkat dan sejukkan. Gaulkan ubi keledek dengan tepung hingga sebati, kemudian boleh mula membentukkan bulat. Isikan intinya dan dibulatkan semula sehingga inti berada ditengahnya. Kemudian boleh dipanaskan minyak dan ia di goreng sehingga masak. Toskan dari minyak dan sedis untuk dihidang dan dimakan. Artikel ini ditulis dalam 9 segmen iaitu Part 1 hingga Part 9 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
KUIH TRADISIONAL... BANYAK NAMANYA...
BERATUS JENIS... ADA DIMANA SAJA....
BUAT SENDIRI... BELI PUN MUDAHNYA...
BACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).
Revised on 6 Nov 2022 and posted from,

Room 308, Hotel Grand Baron, Taiping, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.