Tuesday, November 8, 2022

KUIH TRADISIONAL MALAYSIA POPULAR (PART 7)

ADA BANYAK KUIH TRADISIONAL MALAYSIA atau Kuih Tradisional Melayu yang sering di sediakan atau dijual untuk dinikmati oleh semua pembaca blog setiap masa. Pada penulis blog memang sering juga menikmati kuih mueh tradisional Melayu sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang atau sering dihidangkan semasa bermesyuarat rasmi. Teringat dahulu dizaman kemelesetan ekonomi dimana ada arahan rasmi pihak kerajaan agar hanya diberikan dua (2) jenis kuih dan segelas air (lazimnya Teh-O atau Kopi-O) sahaja dibenarkan untuk jamuan semasa aktiviti mesyuarat dijalankan. Seingat penulis blog antara yang paling lazim dihidangkan adalah kuih Karipap (epok-epok) dan juga kuih apam. Kalau hendak melihat kepelbagaian jenis kuih-kuih Melayu pastinya pembaca blog boleh berkunjung ke Bazaar-bazaar Ramadan seluruh negara saban tahun sehinggakan ada beratus-ratus jenis kuih-kuih tradisisonal yang selalunya tidak dijual pada bulan-bulan biasa. Kalangan rakyat Malaysia lazimnya makanan kuih-muih diambil tiada masa khusus untuk dihidangkan dimana memang ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh panas atau kopi panas. Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan, masjlis rasmi kerajaan serta jamuan hari kebesaran. Kuih tradisional Melayu ada beberapa kategori iaitu Kuih Basah dan Kuih Kering. Antara beberapa jenis kuih tradisional yang penulis blog ingat mengikut abjad adalah Kuih Agar-agar kering, Akok Berlauk, Apam hitam manis, Apit-apit, Asam gumpal, Bahulu, Batang buruk, Beluda, Bengkang berkuah, Bengkang gandum, Bengkang ubi, Bebola bijan, Kuih buah bidara, Kuih buah rotan, Kuih bunga tanjung, Kuih Cara berlauk, Kuih cucur badak, Kuih denderam, Kuih Loyang, Kuih gulung, Halwa maskat, Kuih hasidah, Kuih Isabella, Jala mas, Kuih jemput-jemput, Karipap, Kuih keria, Kuih keseri, Ketupat palas, Ketupat sotong, Kuih koci, Kuih Apam, Kuih apam tepung beras, Kuih bakar, Kuih bangkit, Kuih butir nangka, Kuih cara, Kuih cek mek molek, kuih gunting, Kuih Jeram-jeram, Kuih karas, Kuih kasturi, Kuih lopes, Kuih mas sejemput, Kuih nagasari, Kuih nekbat, Kuih pauh dilayang, Kuih peria, Kuih sepit, Kuih talam, Kuih lapis, Lemang, Lepat pisang, Kuih makmur, martabak, Kuih ocong-ocong, Pau (kuih), Kuih pengat, Pulut berinti, Pulut lepa, Pulut manis, Pulut panggang, Roti jala, Kuih serabai, Seri muka, kuih siput, Kuih sopang, Kuih tahi itik, Kuih Tat, Kuih Tat Nangka, Tat nanas, Tepek, Tepung bungkus, Kuih tepung gomok, Kuih tepung pasung, Kuih tiram, Wajik dan banyak lagi. Pada tengahmalam yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa jenis kuih tradisional Melayu sekadar untuk mengenali dan resepi untuk membuatnya sebagai bahan rujukkan embaca blog semua.

Pada penulis blog Kuih Ketayap adalah sejenis kuih tradisional yang mudah dibuat, enak dan juga ada selalu dijual dibanyak gerai untuk sarapan pagi. Kini kuih ketayap juga sudah ada dihidangkan di beberapa hotel untuk dijadikan untuk hidangan juga. Kuih Ketayap dikampong saya dipanggil sebagai 'Lempeng Gulung' sahaja dimana selalu dijadikan makanan untuk sarapan pagi sebelum pergi menoreh getah atau kekebun kelapa sawit. Membuat sendiri kuih ini agak ,udah kerana ia memerlukan bahan dan cara yang asas sahaja. Antara bahan yang diperlukan adalah bahan untuk inti iaitu 1/2 biji kelapa parut, 1/4 cawan gula melaka, 1/4 cawan gula pasir, 2-3 helai daun pandan dan juga 1/2 sudu kecil garam. Baha untuk kulit kuih ketayap atau lempeng pula adalah 2 cawan tepung gandum, 2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa, 1 biji telur, 4-5 helai daun pandan, 1 sudu kecil garam dan juga 2-3 titik pewarna hijau (selalu gunakan pewarna asli dari daun pandan). Cara membuatnya dimulakan dengan membuat intinya dulu iaitu memasukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali. Ia dimasak di atas api yang perlahan dan di kacau sehingga sebati dan sedikit kering kemudian disejukkan. Cara untuk membuat kulit atau lempeng dengan mengisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis. Kemudian dibancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan blender atau alatan sesuai dan kemudian tapis supaya tiada ketulan tepong yang ada. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair. Kemudian dipanaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu dengan kadar anggaran 3-4 minit di atas kuali. Kemudian diangkat lempeng tadi dan gulung bersama inti yang sudah disejukkan. Masukan dalam pingan untuk dihidangkan dan dimakan. Kuih ketayap komersi ada yang membalutnya dengan pelapik plastik.


Bagi penulis blog ada beberapa kali membeli dan ujirasa Kuih Belebat Keledek semasa bertugas dahulu. Kuih ini agak unik dimana dari jauh kelihatan seakan kuih nagasari atau kuih koci cara persembahannya. membelih kiuh ini lebih seneng dan berbaloi dari membuatnya sendiri. Bagaimana pun jika ada yang berminat untuk emmbuat kuih ini perlu disediakan bahan iaitu  4 ketul keledek jepun berat dalam 300g, 1 cawan tepung beras, 3 cawan santan, 5 sudu besar gula (Terpulang selera), sedikit garam, 1 helai daun pandan simpul dan daun pisang. Mula-mula direbus (ada yang suka dengan mengukus sahaja)  keledek sampai masak. Kemudian keledek ini di potong dadu atau memanjang (mengikut suka ncara yang digemari). Kemudian disatukan bahan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan. Kacau terlebih dahulu biar gula dan garam hancur. Seterusnya dimasak diatas dapur sampai pekat dengan gunakan api kecil sahaja (perlu sentiasa dikacau biar adunan tidak berketul). Kemudian masukkan ubi keledek dan perlu dikacau dengan cermat biar ubi tidak hancur. Apabila sudah masak diketepikan. Seterusya ambil daun pisang dan ia perlu di potong selebar tapak tangan serta dilayurkan atas api dan lap bersih. Ambil adunan kuih anggaran 2 sudu besar dan balut menyerupai membalut pulut inti. Memasak dengan mengukus selama 10minit. Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus. Seterusnya disejukkan dan disusun untuk dihidangkan. Pada penulis blog makan kuih ini semasa suam paling lazat.

Kuih Tradisional Tempatan dengan nama Kuih Lepat Pisang merupakan 
antara kuih kegemaran penulis blog. Kuih ini apa yang saya ingat dikampong dipanggil sebagai 'lepet pisag' atau Kuih Nagasari juga (sedikit kelaina cara membuatnya). Apa pun bagi menyediakan kuih ini perlu ada bahan iaitu 2 cawan pisang yang sudah dilecek (pilih jenis pisang manis), 1/4 cawan gula putih, 1 cawan tepung gandum, 3 sudu besar tepung beras, 1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis), 1/4 cawan kelapa parut dan juga 1 sudu kecil garam. Cara membuat kuih ini dengan memanaskan periuk untuk kukus. Setelah itu perlu di parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti. Gaulkan bahan ini dengan sekata bersama pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika. Kemudian mesti dibersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit. Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul. Seterusnya dipotong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan. Ambil adunan dengan guna sudu adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat pula bahagian yang satu lagi dengan kemas. Kemudian disusun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 sehingga masa 25 minit. Artikel ini ditulis dalam 9 segmen iaitu Part 1 hingga Part 9 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.

KUIH TRADISIONAL... BANYAK NAMANYA...
BERATUS JENIS... ADA DIMANA SAJA....
BUAT SENDIRI... BELI PUN MUDAHNYA...
BACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.