Saturday, November 12, 2022

KUIH TRADISIONAL MALAYSIA POPULAR (PART 3)

ADA BANYAK KUIH TRADISIONAL MALAYSIA
atau Kuih Tradisional Melayu yang sering di sediakan atau dijual untuk dinikmati oleh semua pembaca blog setiap masa. Pada penulis blog memang sering juga menikmati kuih mueh tradisional Melayu sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang atau sering dihidangkan semasa bermesyuarat rasmi. Teringat dahulu dizaman kemelesetan ekonomi dimana ada arahan rasmi pihak kerajaan agar hanya diberikan dua (2) jenis kuih dan segelas air (lazimnya Teh-O atau Kopi-O) sahaja dibenarkan untuk jamuan semasa mesyuarat dijalankan. Seingat penulis blog antara yang paling lazim dihidangkan adalah kuih Karipap (epok-epok) dan juga kuih apam. Kalau hendak melihat kepelbagaian jenis kuih-kuih Melayu pastinya pembaca blog boleh berkunjung ke Bazaar-bazaar Ramadan seluruh negara saban tahun sehinggakan ada beratus-ratus jenis kuih-kuih tradisisonal yang selalunya tidak dijual pada bulan-bulan biasa. Kalangan rakyat Malaysia lazimnya makanan kuih-muih diambil tiada masa khusus untuk dihidangkan dimana memang ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh panas atau kopi panas. Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan, masjlis rasmi kerajaan serta jamuan hari kebesaran. Kuih tradisional Melayu ada beberapa kategori iaitu Kuih Basah dan Kuih Kering. Antara beberapa jenis kuih tradisional yang penulis blog ingat mengikut abjad adalah Kuih Agar-agar kering, Akok Berlauk, Apam hitam manis, Apit-apit, Asam gumpal, Bahulu, Batang buruk, Beluda, Bengkang berkuah, Bengkang gandum, Bengkang ubi, Bebola bijan, Kuih buah bidara, Kuih buah rotan, Kuih bunga tanjung, Kuih Cara berlauk, Kuih cucur badak, Kuih denderam, Kuih Loyang, Kuih gulung, Halwa maskat, Kuih hasidah, Kuih Isabella, Jala mas, Kuih jemput-jemput, Karipap, Kuih keria, Kuih keseri, Ketupat palas, Ketupat sotong, Kuih koci, Kuih Apam, Kuih apam tepung beras, Kuih bakar, Kuih bangkit, Kuih butir nangka, Kuih cara, Kuih cek mek molek, kuih gunting, Kuih Jeram-jeram, Kuih karas, Kuih kasturi, Kuih lopes, Kuih mas sejemput, Kuih nagasari, Kuih nekbat, Kuih pauh dilayang, Kuih peria, Kuih sepit, Kuih talam, Kuih lapis, Lemang, Lepat pisang, Kuih makmur, martabak, Kuih ocong-ocong, Pau (kuih), Kuih pengat, Pulut berinti, Pulut lepa, Pulut manis, Pulut panggang, Roti jala, Kuih serabai, Seri muka, kuih siput,Kuih sopang, Kuih tahi itik, Kuih Tat, Kuih Tat Nangka, Tat nanas, Tepek, Tepung bungkus, Kuih tepung gomok, Kuih tepung pasung, Kuih tiram, Wajik dan banyak lagi. Pada tengahmalam yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa jenis kuih tradisional Melayu sekadar untuk mengenali dan resepi untuk membuatnya sebagai bahan rujukkan pembaca blog ini semuanya.

Kuih tradisional yang penulis amat suka makan adalah Kuih Cara Manis dimana sering membelinya di pasar malam atau di Bazaar Ramadan. Kuih cara berlauk dengan Kuih Cara Berlauk agak sama cara membuatnya cuma intinya sahaja yang berlainan iaitu inti sama ada ia dari daging atau dari inti gula. Kuih cara manis mudah dibeli di waktu pagi untuk sarapan dan harganya juga murah berbanding dengan kuih cara berlauk. Pada penulis blog untuk membuatnya juga mudah kepada mereka yang ada kemahiran membuat Kuih Cara Manis. Bahan yang diperlukan adalah d
aun pandan (kalau tidak ada daun pandan boleh menggunakan esen perisa pandan sahaja), 2 cawan air, 1 kotak santan 200 ml, 2 biji telur ayam, 3 cawan gandum, sedikit garam dan gula secukupnya. Cara membuat Kuih Cara Manis dengan memotong daun pandan dan dikisar dengan pengisar (blender) dengan 2 cawan air dan kemudisn perlu ditapiskan. Masukkan telur 2 biji, 1 kotak santan, 3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. Adunan ini kemudian perlu dikisar lagi dan ditapis semula. Panaskan acuan 'logam kuih cara' dangan api kecil dan kemudian apabila panas disapu minyak masak (jangan bagi minyak bertakung dalam acuan). Seterusnya adunan cair tersebut dituang dan pastikan ia tidak melimpah. Masak selama 1-2 minit dan kemudian ia boleh masuk gula dan tutup rapat. Seterusnya dibakar lebih kurang 4-5 minit dan tidak perlu diterbalikkan. Apabila masak dikeluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan. Awas agar jangan terus mssuk dalam mulut kerana panas dan boleh sebabkan kes melecur mulut.

Kalangan pembaca pastinya sudah kenal dan pernah ujirasa Kuih Tako yang unik dan menjadi piihan ramai. Rasa kuih tako yang lemak dan manis memang disukai semua golongan termasuk mereka yang sudah tidak ada gigi juga. Apa lagi dimana kebanyakan kuih tako dibubuh dengan hirisan sengkuang yang akan menambahkan lagi kelazatan kuih tersebut. Bahan untuk membuat kuih tako mudah didapati terdiri daripada bahan untuk la
pisan bawah (Hijau atau pandan) iaitu 1 cawan tepung jagung, 3 cawan air masak, 2 cawan air pandan, 1 cawan gula dan juga bahan pewarna hijau setitik. Cara membuatnya dengan memasukkan semua semua bahan-bahan diatas dan dikacau sampai sebati dulu. Kemudian boleh dimasak diaatas api kecil atau api yang sederhana atau secara perlahan. Apabila adunan dilihat sekan hampir menggelegak likat masak maka di tutup api. Adunan boleh diambil untuk diletak dalam acuan pandan (empat segi atau lonjing) atau bekas plastik kecil (komersial). Mula menuang disiapkan pada lapisan bawah atau nombor satu. Kemudian disediakan lapisan atas yang gunakan bahan terdiri dari santan kelapa, 0.5 cawan tepung jagung dan juga 4 cawan santan serta sedikit garam. Menyediakan kuih ini dengan memasukkan semua bahan-bahan di atas kacau sebati diatas api dan sentiasa dikacau sampai masak atau menggelegak. Tutup api dan boleh diangkat untuk adunan ini dimasukkan dalam bekas atas lapisan bawah atau hijau tadi. Kemudian dibiarkan sejuk dan dimasukkan dalam peti ais sejukkan dan boleh dikeluarkan untuk dijual atau dinikmati. 

Antara 
kuih yang sering diambil untuk sarapan pagi di Negeri Pantai Timur ini termasuk Kuih Apam Bakar Tempatan. Selain kuih ini enak dan mengenyangkan dimana jika membelinya pun memang berbaloi kerana ia murah. Penulis blog pernah juga membeli dan seterusnya memakan kuih apam bakar yang baru siap dibakar semasa berkunjung ke Kelantan dahulu. Kuih ini memang senang disediakan sendiri dirumah dan menggunakan bahan yang senang dibeli dikedai runcit. Bagi bahan membuat Kuih Apam Bakar diperlukan 300 gm tepung beras, 130 gm gula pasir, 1/2 sudu teh garam, 2 sudu kecil yis segera, 1 sudu kecil lada hitam, 2 ulas bawang merah, 1/2 inci halia, 1/2 inci lengkuas, 200 ml air, 200 ml santan atau bahan susu segar, 5 - 6 biji pisang emas, 4 ketul tapai ubi kayu lembut serta kelapa parut putih dan sedikit garam (perlu di kukus dan gaul bersama). Cara membuat sendiri kuih ini dengan mengisar bawang merah, halia, lengkuas, dan lada hitam dengan 200 ml air. Kemudian perlu di tapis dan ketepikan. Kemudian di lecek pisang, tapai, garam dan gula hingga halus dan dimasukkan tepung beras dan gaul hingga rata. Tuangkan santan dan gaul hingga sebati. Langkah seterusnya adalah memasukkan air kisaran tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan seperti pankek. Masukkan yis segera dan gaul rata. Tutup mangkuk adunan dengan plastik dan rehatkan selama 1 - 2 jam atau lebih hingga adunan menjadi ringan dan berbuih. Seterusnya dipanaskan kuali jenis non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit merjerin. Tuang satu senduk adunan dan masak dengan api perlahan hingga permukaan atas berbuih dan kering kemudian adunan ini perlu diterbalikkan. Biarkan ia beberapa minit sebelum diangkat dan sedia untuk dihidangkan bersama kelapa parut. Artikel ini ditulis dalam 9 segmen iaitu Part 1 hingga Part 9 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.

KUIH TRADISIONAL... BANYAK NAMANYA...
BERATUS JENIS... ADA DIMANA SAJA....
BUAT SENDIRI... BELI PUN MUDAHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).
Kemaskini pada 11/11/2022.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.