Sunday, November 13, 2022

KUIH TRADISIONAL MALAYSIA POPULAR (PART 2)

ADA BANYAK KUIH TRADISIONAL MALAYSIA atau Kuih Tradisional Melayu yang sering di sediakan atau dijual untuk dinikmati oleh semua pembaca blog setiap masa. Pada penulis blog yang memang sering juga menikmati kuih mueh tradisional Melayu sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang atau sering dihidangkan semasa bermesyuarat rasmi. Teringat dahulu dizaman kemelesetan ekonomi dimana ada arahan rasmi pihak kerajaan agar hanya diberikan dua (2) jenis kuih dan segelas air (lazimnya Teh-O aatau Kopi) sahaja dibenarkan untuk jamuan semasa mesyuarat dijalankan. Seingat penulis blog antara yang paling lazim dihidangkan adalah kuih Karipap (epok-epok) dan juga kuih apam. Kalau hendak melihat kepelbagaian jenis kuih-kuih Melayu pastinya pembaca blog boleh berkunjung ke Bazaar-bazaar Ramadan seluruh negara saban tahun sehinggakan ada beratus-ratus jenis kuih-kuih tradisisonal yang selalunya tidak dijual pada bulan-bulan biasa. Kalangan rakyat Malaysia lazimnya makanan kuih-muih diambil tiada masa khusus untuk dihidangkan dimana memang ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh panas atau kopi panas. Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan, masjlis rasmi kerajaan serta jamuan hari kebesaran. Kuih tradisional Melayu ada beberapa kategori iaitu Kuih Basah dan Kuih Kering. Antara beberapa jenis kuih tradisional yang penulis blog ingat mengikut abjad adalah Kuih Agar-agar kering, Akok Berlauk, Apam hitam manis, Apit-apit, Asam gumpal, Bahulu, Batang buruk, Beluda, Bengkang berkuah, Bengkang gandum, Bengkang ubi, Bebola bijan, Kuih buah bidara, Kuih buah rotan, Kuih bunga tanjung, Kuih Cara berlauk, Kuih cucur badak, Kuih denderam, Kuih Loyang, Kuih gulung, Halwa maskat, Kuih hasidah, Kuih Isabella, Jala mas, Kuih jemput-jemput, Karipap, Kuih keria, Kuih keseri, Ketupat palas, Ketupat sotong, Kuih koci, Kuih Apam, Kuih apam tepung beras, Kuih bakar, Kuih bangkit, Kuih butir nangka, Kuih cara, Kuih cek mek molek, kuih gunting, Kuih Jeram-jeram, Kuih karas, Kuih kasturi, Kuih lopes, Kuih mas sejemput, Kuih nagasari, Kuih nekbat, Kuih pauh dilayang, Kuih peria, Kuih sepit, Kuih talam, Kuih lapis, Lemang, Lepat pisang, Kuih makmur, martabak, Kuih ocong-ocong, Pau (kuih), Kuih pengat, Pulut berinti, Pulut lepa, Pulut manis, Pulut panggang, Roti jala, Kuih serabai, Seri muka, kuih siput,Kuih sopang, Kuih tahi itik, Kuih Tat, Kuih Tat Nangka, Tat nanas, Tepek, Tepung bungkus, Kuih tepung gomok, Kuih tepung pasung, Kuih tiram, Wajik dan banyak lagi. Pada tengahmalam yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa jenis kuih tradisional Melayu sekadar untuk mengenali dan resepi untuk membuatnya sebagai bahan rujukkan para pembaca blog semua.

Penulis blog sering dapat ujirasa Kuih Lompang terutama semasa hadir majlis kenduri dikampong dahulu. Kuih ini diberi nama 'Lompang' kerana setiap kuih tersebut mempunyai lubang atau lompang yang akan diisi dengan kelapa parut. Membuat sendiri kuih lompang sebenarnya sangat mudah dengan bahan dasar yang murah dan mudah didapati. Antara bahan yang diperlukan hanya bahan-bahan untuk air gula iaitu 1/4 cawan gula putih, 0.5 cawan gula merah, 0.5 keping gula nisan (kalau tak letak gula nisan, masuk sukatan gula putih menjadi 0.5 cawan), 2.5 cawan air serta 1 helai daun pandan. Sementara itu bahan-bahan untuk kuih lompang adalah terdiri dari 1.5 cawan tepung beras, 1 sudu membukit tepung ubi, 0.5 sudu kecil air kapur serta sedikit minyak yang diguna untuk sapuan pada acuan. Bahan-bahan untuk hiasan kelapa parut pula adalah 0.5 biji kelapa parut, 0.5 - 1 sudu kecil garam dan juga sehelai daun pandan. Membuat kuih lompang dengann cara memasak kesemua bahan untuk air gula dan dikacau rata sehingga gula larut dan mendidih. Kemudian adunan ini perlu ditapis dan disejukkan. Kemudian dimasukkan tepung beras dan tepung ubi ke dalam mangkuk. Tuang air gula dan air kapur dan kacau sebati. Setelah sebati maka boleh di tapis adunan supaya dapat pastikan tidak ada ketulan2 yang masih tertingggal. Kemudian disapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Susun dalam tray dan kukus acuan kosong selama 5 minit. Setelah dikukus maka boleh di tuang adunan lompang sehingga ¾ penuh. Kukus kembali selama 15 - 20 minit. Apa pun setelah kuih lompang masak keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Sebenarnya tujuan menguus dulu acuan selama 5 minit ialah supaya kuih lompang menjadi 'lesung pipit di tengahnya nanti bila dikukus. Air kapur berfungsi sebagai bahan untuk menjadikan tepung lebih kenyal apabila dikukus nanti. Jangan keluarkan dari acuan ketika panas. Sementara menunggu maka boleh digaul sekata bahan hiasan atas iaitu kelapa parut, garam dan daun pandan. Kukus selama 5 minit dan boleh dihias atas kuih lompang dan sesuai dihidangkan. 

Ketika berada di Melaka memang sering juga menikmati Kuih Sagu Gula Melaka pada masa dulu ketika masih bertugas. Bagaimana pun kuih ini kini sudah boleh dicari diseluruh negara jika tahu dimana untuk membelinya. Membuat kuih ini sendiri dirumah juga senang dilakukan asalkan ada bahan mencukupi dan sedikit ilmu membuatnya. Bahan yang digunakan adalah terdiri daripada 2 cawan biji sagu (rendam 1/2 jam ), 5 cawan air, tambah air bila perlu, Sedikit gula, Daun pandan dan juga beberapa jenis pewarna pilihan.  Cara memasaknya dengan memasak sagu dahulu iaitu dengan mendidihkan air dalam periuk kemudian baru masukkan sagu dan perlu sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan periksa hingga tidak ada sagu putih didalamnya. Kemudian pembaca boleh ditambahkan lagi bahan pewarna (paling sering adalah merah dan warna hijau) dan dibiarkan sejuk. Bagi menyediakan kuahnya pula perlukan bahan 2 tin susu cair, 2 cawan air dana juga daun pandan. Cara membuatya adalah dengan memanaskan susu dan juga air, daun pandan biar sebentar dan ditutup api. Bubuh juga santan dan juga sedikit garam, daun pandan ,  dan periok dipanaskan sebentar. Bagi membuat air gula disediakan bahan asas gula melaka, sedikit gula pasir, daun pandan dan sedikit air (dimana kalau mahu gula pekat boleh di kurangkan air). Cara sediakan dengan memanaskan sedikit air, gula melaka, daun pandan kemudian ia dimasak hingga gula cair dan pekat. Ada kalangan peminat kuih ini yang tambah bahan kacang merah dan jagung dalam tin untuk hiasan tambahan. Akhir sekali boleh di campurkan dengan sagu, air gula melaka, susu cair, kacang merah dan jagung sert disejukkan sebelum dihidang untuk dimakan.

Penulis blog pernah ke Kelantan untuk menikmati Kuih Cek Mek Molek buatan lokal disana pada masa dahulu. Bagaimana pun kini kuih ini ada dijual dipasar malam dan pasar biasa dimana sahaja asalkan ada yang menjualnya. Penulis blog masih kuraang faham bagaimana kuih ini diberikan nama Cek Mek Molek kerana seakan tiada kaitan tapi berkemungkinan kuih ini asalnya dibuat oleh mek-mek yang cantik sahaja. Membuat sendiri kuih ini sangat mudah dan boleh dimasak bila-bila masa sahaja. Bahan membuatnya adalah terdiri dari 400 - 450 gm ubi keledek (2 cawan keledek lecek), 1 cawan tepung gandum atau secukupnya, gula putih serta minyak masak yang boleh menjadi 10 biji kuih cek mek molek. Membuatnya dengan mana bahan ubi keledek direbus hingga empuk (masukkan sedikit garam) dsn kemudian dibiarkan sejuk sebelim ianya dilecek halus. Seterusnya dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan diuli atau diadun seboleh dibentuk. Sebagai ingat elakkan dari memasukkan terlalu banyak tepung sebab ianya nanti menyebabkan kuih ini akan menjadi keras.  Pastikan ubi keledek cukup  sejuk barulah masukkan tepung kerana kalau keledek ini masih suam sebenarnya ia akan menambahkan penggunaan tepung. Apa pun perlu tahu dimana jika adunan masih melekat kat tangan, sapukan tangan dengan tepung supaya kuih boleh dibentuk.Buat kepalan sebesar bola bola pingpong sebelum kemuidan ianya dileperkan dan pastikan untuk memasukkan setengah sudu kecil gula kat tengah. Kemudian dibentukkan seperti kuih cek mek molek. Seterusnya adalah proses mengoreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Artikel ini ditulis dalam 9 segmen iaitu Part 1 hingga Part 9 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
KUIH TRADISIONAL... BANYAK NAMANYA...
BERATUS JENIS... ADA DIMANA SAJA....
BUAT SENDIRI... BELI PUN MUDAHNYA...
BACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).
Kemaskini artikel pada 11.11.22

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.