Tuesday, October 4, 2022

HASIL DURIAN MEROSOT AKIBAT SERANGAN SERANGGA

HASIL DURIAN MEROSOT akibat daripada isu serangan serangga telah dilaporkan oleh beberapa media utama di Malaysia terutama durian premium varieti Musang King (D197) daripada Raub dan kebun di sekitarnya. Tanaman durian (Durio zibethinus Linn) merupakan satu bidangusaha dalam pertanian yang paling diminati oleh kalangan petani disekitar Daerah Raub, Pahang dengan keluasan mencecah 12,000 hektar (Sebelum isu penebangan kawasan durian di tanah ceroboh milik kerajaan negeri). Bagaimana pun penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang dahulu masih percaya bahawa harga durian musang king akan tetap tinggi bagi raja segala buah tersbut sepanjang tahun 2022 Dan 2023. Berita dalam portal  sinarharian.com pada awal Oktober 2022 yang bertajuk 'Serangan serangga kali ini luar biasa' amat memberi kesan kepada ramai penanam durian di Raub. Ada ramai pekebun durian musang king di Raub kini terpaksa menanggung kerugian berikutan kekurangan hasil durian akibat serangan serangga selain faktor cuaca yang tidak menentu sejak beberapa bulan lalu. Bagi seeorang penanam durian iaitu Encik Chang Yee Chin (40 tahun) dari Sungai Lui dakwa memang ada mengakui terpaksa menanggung kerugian lebih 50 peratus dengan nilai kira-kira RM80,000 semusim kali ini. Dia memberitahu kini ada masalah serangan serangga di kebun miliknya berlaku sejak Februari tahun 2022 dan juga mendakwa serangan yang berlaku kali ini adalah lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dakwanya memang serangan kali ini luar biasa kerana kebiasaan pada bulan Julai, Ogos akan berlaku masalah sebegini tapi jumlah putik buah masih lebat berbanding kes sekarang ini. Keadaan daun pokok durian akibat serangan serangga sejak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu dilaporkan dimana bagi seorang lagi yang ditemui iaitu pengusaha Lock Keam Wai (47 tahun) dari Kg.  Tras dakwa dia turut terkejut kerana pertama kali berdepan situasi itu yang disifatkan paling buruk pernah berlaku. Apa pun dakwanya serangan serangga tersebut berlaku sejak Julai lalu menjejaskan pekebun kecil sepertinya. Memberitahu dimana boleh dikatakan hampir 50 pokok urian miliknya sudah pun terkena  serangan ini dan peliknya kali ini serangan berlaku berulang kali walaupun sudah dirawat dengan ubat yang berlaku tidak seperti biasa. Ramai pekebun kecil sepertinya kini perlu mengeluarkan belanja lebih membeli racun selain terpaksa berdepan kekurangan hasil durian. Dia beritahu telah pun mengambil alih kebun milik keluarganya sejak lima tahun lalu. Kenyataan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras iaitu YB Chow Yu Hui juga memberitahu dimana telah ada satu perbincangan dilakukan bersama pekebun-pekebun terlibat susulan situasi terkini yang dihadapi mereka. Dia akan cuba untuk membawa isu ini ke sidang dewan nanti untuk menarik perhatian daripada kerajaan Pahang. Sudah ada laporan dari media sebelum ini yang mendedahkan lebih 30,000 pekebun musang king di Raub berputih mata apabila pokok durian diusahakan mereka mengalami kekurangan hasil sehingga lebih 60 peratus untuk bulan Mei hingga Ogos tahun 2021 seperti dilaporkan media. Masalah tersebut terjadi disebabkan serangan serangga jenis koya dan faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan bunga durian gugur. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan isu serangan serangga pada tanaman durian di Pahang yang menjejaskan pengeluaran hasil untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Sebelum ini ada sebuah portal berita tempatan yang melaporkan dimana 'Musang King Merosot libatkan 30,000 petani bakal rugi' menarik ditulis semula. Dilaporkan dimana seramai sekitar 
30,000 pekebun Musang King di Daerah Raub dan daerah sekitarnya akan berputih mata tahun 2022 ini apabila pokok durian yang diusahakan mereka kini dilaporkan telah mengalami ke­kurangan hasil sehingga lebih 60 peratus. Masalah ini yang menyebabkan raja segala buah itu tidak menjadi di­sebabkan serangan oleh serangga iaitu seperti je­nis koya dan faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan bu­nga durian gugur. Penulis blog ada menulis mengenai beberapa perosak dan penyakit bagi tanaman durian dalam beberapa artikel sebelum ini dengan pautan yang berikut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini)KOYA (Planococcus citri) merupakan sejenis serangga dari keluarga Homoptera yang menyerang banyak jenis tanaman terdiri dari pokok buah-buahan di Malaysia. Nama lain bagi koya adalah seperti Scale Insects atau Mealybug dalam bahasa Inggeris. Serangga ini mudah kita lihat pada daun, buah, pucuk dan bahagian lain tumbuhan kerana menghasilkan warna putih dan cecair jika di picit. Koya terdapat hidup diseluruh dunia dikawasan beriklim sejuk dan tropika dimana ia menyerang banyak jenis tumbuhan dalam keadaan yang lembab dan berair. Koya mempunyai saiz 3 mm (0.12 inchi) bersegmen atau berketak-ketak berwarna putih berdebu macam tepung gandum. Terdapat filamen atau rambut halus yang keluar dari kiri dan bahagian ekor koya. Koya jantan adalah berbentuk lebih panjang keseluruhan koya menjadi 4.5 mm. Koya betina tidak mempunyai kepak seperti jenis koya jantan berbentuk leper dan oval. Bahagian kulit koya seakan berlilin (waxy). Koya bertelur sebanyak sehingga 400-600 biji telur dalam karung (sac) yang dilekatkan pada tisu tumbuhan. Selepas 2-3 minggu maka telur akan menetas menjadi instar yang mampu bergerak pantas disekeliling tumbuhan untuk mencari sumber makanan. Selepas instar 2 dan 3 maka koya telah menjadi dewasa. Bagaimanapun koya jantan akan menjadi pupa dan keluar sebagai serangga jantan.

Dalam artikel tulisan saya juga dijelaskan bagaimana perosaak k
oya merosakkan tanaman dengan menghisap cairan sap tumbuhan walau pun ada tanaman yang tidak rosak dengan serangan ini akan tetapi jika populasi terlalu banyak sebagaimana kes serangan tanaman durian musang king di Raub ini ia akan menyebabkan kualiti putih buah dan daun durian rosak dan akhirnya akan gigir atas tanah. Sama seperti serangan pada pokok durian dimana serangan koya menyebabkan ujud warna putih pada kulit buah disamping kelihatan jelaga hitam pada kulit putik buah. Selain itu koya akan merembeskan cecair manisan dan akan menyebabkan tumbuhnya sejenis kulat berwarna hitam. Agen seperti semut dan kerengga merupakan agen pembawa koya dan kulat kepada seluruh bahagian pokok durian kepokok lain yang belum diserang pada pokok. Cuaca lembab akibat hujan yang tidak menentu juga membolehkan serangan serangga perosak lebih cepat. Perlu difahami dimana kawalan koya boleh dijalankan dengan kaedah kawalan amalan agronomi atau kultura dengan cara membuat pangkasan pada dahan pokok yang terlalu rendang, lembab dan kanopi yang tertutup. Dahan pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari dan perbaiki sistem pengudaraan pokok rambutan dan buah-buahan lain yang mudah diserang. Dahan yang di potong hendaklah di kumpulkan, dimusnahkan dan dibakar bagi mengurangkan populasi koya di kebun. Kaedah lain kawalan koya adalah dengan membuat semburan menggunakan bahan kimia iaitu minyak putih (White oil) pada koloni koya atau racun serangga jenis Dimethoate pada buah. Seterusnya kehadiran semut dan kerengga juga perlu dikawal menggunakan racun serangga seperti malathion. Bagi mengelakan kulapok hitam perlu gunakan racun kulat seperti Benomyl yang disembur mengikut arahan label. Petani harus kenal akan tahap serangan oleh koya dan simptom serangan serta kaedah kawalannya untuk mempastikan hasil lebih berkualiti.

Dalam laporan lain dimana hmetro.com melaporkan kisah '
Durian buruk dan berulat akibat penyakit misteri' menarik juga dikongsikan. Kisah dari Tanah Merah, Kelantan menyatakan dimana hampir 100 pengusaha durian Musang King di Tanah Merah dan Jeli kerugian lebih RM1 juta apabila durian di kebun mereka mengalami kerosakan akibat penyakit misteri. Tinjauan yang dibuat ke beberapa kebun durian di daerah berkenaan mendapati majoriti pengusaha menunjukkan durian yang menjadi buruk serta berulat sekali gus mengganggu rasa dan kualiti buah terbabit. Pengusaha durian mendakwa satu pokok yang sebelum ini boleh menghasilkan hampir 500 durian untuk satu musim tetapi tahun ini hanya mampu bagi menghasilkan beberapa buah sahaja yang sempurna untuk dijual. Apa pun bagi seorang pengusaha durian Musang King, Che Mohd Zaid Che Hasan, 65, berkata, keadaan itu adalah kali pertama terjadi sepanjang lapan tahun dia mengusahakan durian terbabit di Kampung Air Gatal, di sini, sehingga menyebabkan kerugian hampir RM100,000. Bagi pekebun durian Che Mohd Zaid bersama Zulkifli Yunus nyatakan dimana akibat serangan penyakit misteri ini maka durian menjadi cepat buruk, luruh belum tiba masanya selain kulit lebam kehitaman serta berulat menyebabkan buah tidak lagi sempurna. Rasa durian juga lebih tawar berbanding kebiasaan. Selain ituvramai kalangan pemborong durian dari seluruh negara yang menjadi kecewa bila pelanggan tetap di kebunnya juga juga sudah 'lari' kerana saya tidak dapat membekalkan kepada mereka Musang King berkualiti tinggi akibat penyakit misteri berkenaan. Selain dari varieti Durian Musang King, durian lain seperti D24, IOI, Tok Litok dan durian kampung juga turut dijangkiti penyakit misteri berkenaan. Boleh dikatakan hampir keseluruhan pokok di tanah seluas 1.2 hektar yang saya usahakan terkesan iaitu dikebunnya di Kampung Air Gatal, Tanah Merah. Majoriti pengusaha durian Musang King yang ditemui mendakwa kejadian penyakit misteri itu adalah pertama kali berlaku di kebun mereka, selain memberi kesan kepada hampir 95 peratus buah durian. Pengusaha durian Musang King kini terpaksa menjual Musang King yang siap dipaket kerana majoriti buah yang terhasil di kebunnya berulat dan rosak. Apa pun usaha yang dilakukan bila buah siap dipaket dijual pada harga lebih murah berbanding dijual sekitar RM35 sehingga RM40 sekilogram. Dengan cara ini, kami boleh memilih sendiri isi yang elok sebelum dijual kepada pelanggan. Umum sudah mengetahui bahawa Musang King adalah antara durian yang harganya sedikit mahal an apabila pelanggan menerima buah yang tidak elok sudah pasti ia menjadi isu besar menyebabkan kami terpaksa menggantikan dengan buah baharu. Kini dilaporkan dimana kebanyakan penduduk yang mana ada mengusahakan tanaman termasuk durian dan ini terjejas akan pendapatan mereka. Mereka minta pihak bertanggungjawab diharap dapat turun padang membantu menyelesaikan masalah penyakit misteri berkenaan sekali gus mengkaji secara terperinci supaya dapat mencari jalan penyelesaian terbaik kepada pengusaha durian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN DURIAN... DISERANG SERANGGA....
BUAH DURIAN KURANG.. ITULAH KESANNYA...
PETANI KERUGIAN... ITU MUNGKIN JADINYA...
PIHAK TERLIBAT... PERLU MENGAWALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(43 RabiulAwal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.