Tuesday, September 20, 2022

PAGAR LETRIK - PEMASANGAN

TEKNOLOGI PENGGGUNAAN PAGAR LETRIK (Eletrical Fencing System) dalam sektor pertanian di Malaysia adalah merupakan satu teknologi yang dikatakan masih agak baru dan kurang banyak diamalkan. Penggunaan pagar letrik adalah bertujuan untuk melindungi tanaman dan ternakan daripada musuh yang berkemungkinan akan merosakkan apa yang berada dikawasan kebun. Pada penulis blog ada dua fungsi berlainan diantara sektor tanaman dengan sektor ternakan mengenai tujuan pemasangan pagar letrik. Pemasangan pagar letrik bagi kawasan tanaman di kebun lazimnya bertujuan untuk menghalang haiwan perosak tanaman makanan seperti babi hutan, monyet, gajah atau haiwan ternakan seperti lembu, kambing, bebiri dan sebagainya daripada memasukki kebun dan merosakkan tanaman. Bagi sektor ternakan ia kawal keberadaan ternakan agar selamat. Bagaimana pun yang sering dilaporkan adalah cara  pemasangan pagar letrik untuk menghalang daripada pencerobohan kebun oleh gajah liar. Dikawasan kebun yang berhampiran dengan hutan atau semak belukar dimana ada banyak babi hutan keperluan memasang pagar letrik adalah perkara yang signifikan. Penulis blog yang telah banyak kali membuat tinjauan teknologi kekawasan kebun tersebut sering diajukan bagaimana hendak mengurangkan serangan haiwan perosak terutama babi hutan pada malam hari atau waktu sunyi. Kini dengan adanya sistem solar panel yang boleh membekalkan kuasa eletrik membolehkan petani memasang pagar letrik dengan lebih berkesan seperti tulisan saya sebelum ini dikebun nanas (Sila klik disini). Dalam sektor ternakan pula pagar letrik lebih kerap digunakan sebagai pagar yang signifikan untuk ternakan ruminan seperti lembu agar mereka tidak keluar daripada kawasan ragutan. Pagar letrik Jenis Mudah Alih paling sering digunakan dikawasan ragutan yang berubah-ubah sementara bagi pagar tetap dipasang dengan sistem lebih tetap. Lazimnya sebarang hidupan bergerak yang menyentuh dawai yang ada arus eletrik akan terkejut dan lari menjauhi pagar tersebut. Pada hemat penulis blog, haiwan lembu merupakan ternakan yang paling berkesan kerana memang apabila terlihat kawat pagar letrik direntang memang sudah tidak berani mendekatinya lagi. Artikel pada subuh pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan maklumat mengenai pemasangan sistem pagar eletrik dalam usaha untuk menghalang kebun daripada pencerobohan haiwan liar seperti gajah yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.

Berita daripada media melaporkan daripada Daerah Bentong, Pahang dimana ada yang terjatuh ke dalam gaung semasa meredah hutan dimana ini di antara cabaran berat terpaksa dihadapi untuk membina pagar elektrik berkuasa solar. Pemasangan ini adalah bagi menghalang gajah daripada menceroboh kawasan kebun buah-buahan termasuk ladang getah serta kelapa sawit. Cabaran lain turut dihadapi mereka yang terbabit dalam projek berkenaan apabila terpaksa untuk mendaki bukit sambil memikul tiang dan dawai besi sepanjang laluan yang memisahkan antara hutan simpan dengan kawasan pertanian. Perkara itu diakui oleh Mohd Haziq Hafif Sidek yang berumur 24 tahun yang terbabit membina pagar elektrik sepanjang empat kilometer (km) di Hutan Simpan Kemasul Tambahan. Difahamkan projek ini adalah bagi mengawal gajah daripada memusnahkan tanaman penduduk di empat kampung-Kampung Chemomoi, Kampung Gapoi, Kampung Manchis dan Kampung Telemong, Daerah Bentong. Beliau menambah dimana untuk membina pagar elektrik berkuasa 7 - 12 kilovolt (kv) itu dia terpaksa mengambil masa lebih sebulan apabila terpaksa berdepan pelbagai cabaran yang menguji kesabaran sebagai kontraktor. Dakwanya dimana sebelum pagar dapat dibina beberapa proses seperti penyediaan pelan, menentukan sempadan kawasan dan laluan pagar perlu dilakukan dengan pemantauan pegawai daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang agar ianya mengikuti aspek spesifikasi yang telah dditetapkan.

Dalam pada itu penting juga dia dan rakannya untuk mempunyai asas dan kemahiran menggunakan GPS (sistem pengesan global) dan kompas. Alatan moden ini diperlukan bagi memastikan pagar yang dibina lurus seperti dalam pelan selain mengelak pekerja tersesat dalam kawasan hutan. Biasanya kadah untuk meredah hutan dan mendaki bukit memrlukan pada setiap individu perlu cergas sambil tidak terlalu memikirkan perkara lain seperti ancaman gajah hingga menyebabkan rasa bimbang dan takut. Pertama sekali selepas sahaja kerja-kerja membina laluan asas dibina menggunakan jentolak maka tugas seterusnya adalah menyusun tiang pagar seberat lapan kg sebelum aktiviti mencocok ke dalam tanah dengan jarak enam meter antara tiang dilakukan. Dia yang memiliki Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan dakwa dimana tugas seterusnya adalah menarik dawai besi seberat 25 kg segulung. Memang kerja ini memerlukan kekuatan dan ilmu pengetahuan yang terbaik didalam usaha pemasangan sistem pagar letrik agar ianya mampu mengaliran arus letrik dan seterusnya boleh atau dapat mengelakan penceroboh untuk melaluinya.

Biasanya proses menarik dawai besi itu menggunakan beberapa tenaga manusia sepenuhnya kerana ada bentuk muka bumi yang berbukit yang menyebabkan kejadian seperti terjatuh ke dalam gaung mudah berlaku. Beliau yang melakukan kerja pemasangan sistem pagar letik ini turut juga di bantu tiga pekerja lain yang memang sudah mahir dimana kebolehan mereka berjaya melancarkan lagi projek berkenaan yang kos kesemua pprojek tersebut menelan belanja RM181,000. Dakwanya dimana pada setiap 4km akan dipasang sebuah pusat simpanan bateri solar perlu bersama pagar elektrik. Teknologi yang dibina ini menggunakan teknologi New Zealand yang ternyata lebih berkualiti dan tahan lama berdasarkan kepada spesifikasi yang diberikan. Sebenarnya tugas membina pagar elektrik tidak bermakna jika individu terbabit tidak akan terkena kejutan elektrik tetapi sesekali akan terkena kejutan letrik juga walaupun hanya berkuasa antara tujuh hingga 12 kv namun ia cukup melemahkan anggota badannya. Ini kerana walaupun dia dan rakanya sentiasa berhati-hati ketika waktu menjalankan tugas namun disebabkan sedikit kecuaian dan kesilapan teknikal kejutan elektrik pasti dapat dirasai terutama apabila tersentuh dawai pagar yang ada karan. Menjelaskan lanjut dimana ia merupakan pojek kedua dilakukannya sebab projek pertamanya dengan ianya membabitkan pagar elektrik sepanjang 12 km di Hutan Simpan Som, Jerantut telah pun selesai. Dari pengalaman tersebut telah itu memberi peluang meneruskan projek kedua di Hutan Simpan Kemasul Tambahan oleh kerajaan Negeri Pahang. Dia juga bersyukur dua projek diusahakan itu berjaya dan menepati kehendak dan syarat PERHILITAN, pengalaman yang ada diharap memberi peluang kepada saya meneruskan projek sama pada masa akan datang. Dalam pada itu Pengarah PERHILITAN Pahang Datuk Khairiah Mohd Shariff berkata dimana pihaknya menyediakan peruntukan lebih RM1.5 juta untuk membina empat projek pagar elektrik sepanjang 34km di Pahang iaitu bajet di bawah program kawalan gangguan gajah. Empat projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan 10 (RMK9 dan 10) itu membabitkan kawasan hutan Mentelong, Rompin, sepanjang 2km, Manchis, Bentong (4km), Sementih, Temerloh (8.3km) dan Som, Jerantut (20km). Dakwanya berlaku kes konflik gajah dan manusia sejak lebih 20 tahun lalu dan pelbagai usaha dilakukan PERHILITAN bagi memastikan ia tidak terus berlarutan dengan kaedah pemasangan pagar letrik dikawasan yang sering dan berpotensi berlaku serangan gajah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. 
Wasallam!!...

PAGAR LETRIK... DIPASANG JUGA...
SEMPADAN HUTAN... ADA TIANGNYA....
KARAN 7 - 12 VOLT... ITU KUASANYA...
HALANG GAJAH... SUDAH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Rejab 1442H).
Posted From:
Taman Cendana, Air Keroh,
Melaka, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.