Saturday, August 27, 2022

TERNAKAN ARNAB - CEPAT MEMBIAK

PENTERNAKAN ARNAB
(rabbit) kini telah dilakukan secara komersial di Malaysia selain daripada ramai juga yang menternak untuk hobi sebagai haiwan kesayangan. Dalam pada itu usaha peternakan arnab daging secara komersial biasanya meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu untuk tujuan pengeluaran baka atau pun bagi tujuan pengeluaran daging. Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut spesis yang tertentu dimana dalam hal ini adalah jenis arnab pedaging dimana ia kenuddian dipangil stok induk. Dari stok induk ini pula melalui program pembiakan yang dibuat untuk mengeuarkan baka ternakan komersil. Induk arnab naka ini akan kemudiannya melalui program pembiakan akan kemudian akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya. Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan bagi tujuan ini lazimnya adalah belainan sedikit. Merujuk kepada portan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dimana diantara baka-baka yang disyorkan untuk daging diternak di Malaysia adalah seperti New Zealand White, Calfornian, Carolina, New Simonare dan baka Sepanyol. Perbezaan diantara baka arnab tempatan dengan baka import adalah pada baka tempata ia selalu mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit akan tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan pengusaha digalakkan mengambil baka arnab tempatan akan tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging import. Dalam pada itu pemilihan baka pedaging import sebab berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import adalah lebih ketara berbanding pada arnab tempatan. Baka import biasanya mempunyai purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor dimana purata bilangan anak masa cerai susu sekitar 6-8 ekor. Jika ditimbang berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan iaitu sekitar lebih kurang 2 kg. Baka arnab jenis pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis. Kini bagaimana pun dilaporkan sudah ada beberapa ladang yang telah menjual baka-baka ini dengan kadar harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Bagi menternak arnab hobi permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa). Bagi skala ternak arnab sederhana besar sebanyak 50 induk dan 10 pejantan. Bagaimana pun bagi tujuan komersil secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan begaimana ternakan arnab yang cepat membiak ini memberikan pulangan baik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Portal berita hmetro.com dengan tajuk 'Berbaloi ternak arnab, cepat membiak' amat menarik dikongsikan dan ditulis semula. Kalangan pembaca blog mungkin  ada yang berasakan daging arnab sesuatu yang eksotik untuk dinikmati akan tetapi hakikatnya dimana daging haiwan itu mempunyai permintaan tinggi di negara ini. Perkara itu tidak boleh disangkal apabila ada pengusaha arnab pedaging dan penjual induk arnab dari Terengganu ini sentiasa tidak menang tangan untuk dapat memenuhi pasaran setempat. Bagi usahawan Mohd Fadhil Abdul Ghani yang mula menceburkan diri di dalam bidang penternakan, membekal daging dan menjual induk arnab pendaging sejak 2018 dimana mendakwa pada awalnya hanyalah sebagai hobi. Pada permulaannya dia hanya membeli seekor induk arnab betina yang sudah bunting baka hibrid pada harga RM200. Sementara menunggu kelahiran induk pertama itu maka dia membeli empat induk betina yang sudah bunting dan seekor induk arnab jantan. Dalam tempoh sebulan Mohd Fadhil mempunyai lima induk arnab betina bunting itu, dia berjaya mempunyai 40 ekor anak arnab. Apa yang menarik dakwanya dimana arnab ini mempunyai kadar kelahiran yang tinggi iaitu jika di tempatnya paling minimum seekor induk betina mampu melahirkan 4 ekor dan pernah sehingga 16 ekor. Biasanya tempoh arnab untuk bunting juga tidak lama iaitu kira-kira sebulan sahaja dimana didapati seekor arnab betina induk mampu bunting antara lima hingga lapan kali setahun. Dia dakwa daripada enam ekor arnab induk dimilikinya dimana dia sudah mempunyai lebih 600 ekor arnab pedaging yang bukan sahaja dari baka tempatan malah import dari Indonesia, Perancis dan Amerika Syarikat.

Berdasarka pengalamannya dia kini memilih beberapa baka terbaik antaranya adalah baka arnab seperti baka New Zealand White, New Zealand Rex, New Zealand Black, New Zealand Blue, New Zealand Broken Black, California, Hybrid Hypharm, Hybrid Hycole, Mix Anggora dan Mini Red. Dilaporkan baka arnab Californian antara yang diimport memberikan prestasi terbaik (Sila liht foto disebelah).
Bagaimana pun sejak tahun 2021 dimana Mohd Fadhil mula mengimport arnab dari ketiga-tiga negara itu kerana ia telah pun mempunyai kadar kematangan yang lebih cepat iaitu dalam tempoh 64 hari sudah mencapai dua kilogram (kg) berbanding baka tempatan yang mengambil masa 90 hari untuk mendapatkan berat yang sama. Adalah amat penting memahami tempoh matang kerana jenis arnab yang cepat untuk arnab disembelih iaitu kira-kira tiga bulan selepas kelahiran turut menjadi faktor dia memilih bidang penternakan itu. Pada beliau dimana jik ahendak dibandingkan dengan kalau menternak haiwan ternakan lain seperti lembu atau kambing dia yakin dimana ternakan arnab ini lebih cepat untuk membiak dan tempoh yang cepat. Jika kena cara-cata dalam usaha penjagaannya maka pengusaha akan mampu menjadi penternak yang baik dalam masa lebih cepat. Bagaimana pun perlua ada ilmu pengetahuan bagaimana cara menternak haiwan arnab ini dan sebaiknya mendapatkan ilmu ini elalui kursus atau membuat lawatan belajar daripada pengusaha arnab yang berjaya. Dakwanya k
etika mula menceburi bidang ini dimana harga runcit bagi satu kg daging arnab antara RM28 hingga RM29/kg. Kini dalam segmen runcit ia sudah dijual pada harga RM36 sekilogram. Bagi harga jualan daging borong pula RM30 sekilogram dimana ia adalah memberikan pulangan baik. 

Memang menternak arnab mempunyai banyak cabaran dimana ketika sesiapa mengusahakan ternakan itu penting dipastikan kualiti makanan menjadi isu utama kerana arnab memerlukan palet yang berkualiti bagi memastikan tahap kesihatannya terjamin. Dia ketika ini ada mengalami masalah mendapatkan palet bermutu yang mempunyai standard atau piawaian yang sesuai untuk ternakannya. Justeru itu kadangkala arnab ternakan mengalami masaalah cirit-birit. Dia kini berusaha sendiri untuk menghasilkan palet berteraskan sayur-sayuran yang diproses dengan menggunakan bahan yang mempunyai kualiti dan standard supaya pada masa depan tidak bergantung kepada pihak pembekal sahaja. Didakwa juga dalam menternak arnab di Malaysia sebagai negara yang cuacanya lembap dan panas agar diperiksa suhu kerana ia juga memainkan peranan yang penting untuk 'proses bunting' kerana haiwan itu memerlukan suhu di bawah 30 darjah Celsius. Biasanya dia akan cuba menemukan induk jantan dan betina pada awal pagi kerana waktu itu suhu masih sejuk. Arnab juga tidak boleh mengalami tekanan berlebihan kerana jika berlaku ia boleh seterusnya mengakibatkan kematian. Dari pengalamannya dia pernah berdepan dengan 69 ekor kematian arnab kerana keadaan persekitaran yang bising pada 2019. Bagi memastikan kadar bunting yang tinggi pula adalam kalangan ternakan arnabnya maka Mohd Fadhil bercadang mewujudkan kandang tertutup dalam masa terdekat ini. Bagi memastikan ternakan arnab dalam keadaan baik dan berkualiti pernah dia mengikuti kursus ternakan haiwan itu adalah langkah terbaik kerana perkongsian pengalaman daripada pemain industri dan pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar amat membantu penternak untuk memperbaiki sistem ternakan itu sendiri. Mengenai produk daripada arnab dimana dia selain membekalkan induk dan daging mentah malahan dia juga berjaya menghasilkan daging perap dan minyak daripada lemak arnab (Sila lihat foto disebelah) untuk pasaran. Mungkin pembaca blog tertanya-tanya apakah resepi atau kuliner terbaik bagi menikmati daging arnab. Pernah dengar sate arnab, burger arnab, kari arnab disediakan untuk penulis blog buat ujirasa dahulu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TERNAKAN ARNAB... SATU KERJAYA...
CEPAT MEMBIAK... PILIH JENIS BAKA...
RM36 SEKILOGRAM... ITU HARGANYA...
ARTIKEL DITULIS... PANDUAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(12 Rejab 1443H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.