Sunday, August 28, 2022

MANFAAT HERBA JERUSALEM ARTICHOKE

JERUSALEM ARTICHOKE.   
(Helianthus tuberosus) adalah merupakan sejenis tumbuhan yang juga dipanggil sebagai sunroot, sunchoke, topinambur, wild sunflower atau earth apple adalah spesies bunga matahari berasal dari tengah benua Amerika Utara. Ia dilaporkan ada ditanam secara meluas di seluruh zon iklim sederhana untuk bertujuan bagi mendapatkan umbinya yang digunakan sebagai sayur (Sila lihat foto diatas)
Rakyat dan petani di Malaysia ramai yang belum pernah mekihat tumbuhan ini ditanam secara komersil dimana akan tetapi ia mungkin ada ditanam di pusat-pusat penyelidikan. Dalam habitat semulajadi tumbuhan ini yang lasak dikategorikan sebagai rumpai. Penulis blog sempat melihat bagaimana penanaman untuk kajian lanjut dibuat oleh pihak Felda baru-baru ini. Dilaporkan dimana tumbuhan  Helianthus atau bunga matahari ialah genus tumbuhan yang terdiri daripada lebih kurang 70 spesis dalam keluarga iaitu Asteraceae yang asalnya dari Amerika Utara kecuali ada tiga spesis dari Amerika Selatan. Nama lazim biasa yang selelu dijadikan tumbuhan arnamental sebagai "bunga matahari" jdan popular adalah Helianthus annuus. Saya ada menulis mengenai bunga matahari dalam blog ini dan untuk pautan (Sila klik disini). Walau pun namanya macam nama sebuah bandari di Bandar Jerusalem akan tetapi ia bukan berasal dari negara tersebut. Botani tumbuhan ini jenis herba saka tumbuh setinggi 1.5 - 3.0 meter dengan mempunyai daun yang akan tumbuh setentang di bahagian atas batang tetapi berselang seli di bawah; Daunnya mempunyai tekstur kasar dan berbulu. Daun yang lebih besar pada batang bawah adalah ovoid-akut lebar dan boleh mencapai 30 cm panjang. Daun yang lebih tinggi pada batang lebih kecil dan lebih sempit. Pokok ini mengeluarkan bunga dibahagian hujung pokok terkumpul berjambak banyak berwarna kuning dengan ukuran diameter 5 -10 cm dengan selalunya ada 10 - 20 kuntum anak bunga segugus. Dilaporkan dimana antara kegunaan dari tumbuhan ini adalah dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan (health food). Bahagian umbi pokok boleh dimasak secara digoreng, dipanggang atau dijadikan inti pai dengan cara sama seperti kentang tetapi umbi nya lebih boleh dimakan mentah termasuk dalam salad. Umbinya juga didakwa boleh dimasak dalam menjadi pai atau dijerukkan. Apa pun dilaporkan umbi pokok ini menyimpan kandungan karbohidratnya sebagai inulin yang tidak kanji seperti yang biasa ada pada tumbuhan-tumbuhan lain. Tumbuhan ini merupakan sumber penting inulin yang digunakan sebagai bahan serabut dalam industri makanan. Artikel malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai manfaat tumbuhan Jerusalem Artichoke sebagai tumbuhan potensi untuk dimajukan diMalaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Tanaman ini lazimnya dapat ditanam dimana tumbuh dengan ketinggian sekitar 2 meter dengan menghasilkan umbi didalam tanah (Sila lihat foto disebelah). Daunnya adalah berbentuk tombak hingga bulat menyerupai telur dengan tepi daun yang licin atau bergigi. Umbi Jerusalem artichoke yang berwarna putih hingga kuning, merah atau ungu yang terbentuk dari pengisian ruasnya dibawah tanah. Bentuk dan ukuran umbinya sangat bervariasi dan umumnya agak bulat dengan daun bersisik kecil. Bunganya  majmuk sama dengan seperti bunga matahari iaitu ada sebanyak  10 - 60 bunga kecil (floret). Warna bunganya kuning keemasan dan berbentuk seperti tabung dengan panjang 6 - 7 mm sedangkan hujung bunganya berwarna kuning kehijauan. Belum ada nama tempatan untuk tumbuhan ini akan tetapi di Thailand tumbuhan ini lebih dikenal dengan nama 'kaentawan'. Tumbuhan ini merupakan sumber yang paling umum digunakan untuk penghasilan bahan inulin dalam skala industri. Umbi tanaman ini boleh di makan secara dimakan mentah, direbus, dipanggang atau kcara lain. Makanan ini merupakan salah satu makanan yang sangaat popular di Eropah akan tetapi kurang dikenali di Malaysia.  Ada yang suka makanan ini kerana ia sebagai sayuran yang sangat lazat, lembut, berair, manis dimana didakwa rasanya seperti asparagus. Bunganya juga sangat popular untuk dijadikan tanaman hiasan yang menarik.  Bagaimana pun dalam keadaan liar tidak dikawal ia akan menjadi ancaman sebagai rumpai terutama apabila tumbuh dikawasan pastura dan rumput ragutan ternakan.

Kajian mendapati dimana nilai yang didapati dari permakanan Jerusalem artichoke bagi setiap 100 gram yang boleh dimakan adalah terdiri daripada 
306 kcal, 1.6gm serat makanan, 17.4 Kabohiderat, 9.6 gm gula, 2.0 gm protin, 20 IU Vitamin A, 40 mg Vitamin c, 0.2 mg Vitamin E, 0.2 mg Thiamine, 0.1 mg Riboflavin, 1.3 mg Niacin, 0.1 mg Vitamin B6, 13 mg Folate, 30 mg Asid Fenthoate, 30 mg Kolin, 14 mg Kalsium, 3.4 mg zat vesi (Fe), 17 mg Kalium, 17 mg Fosforan, 432 mg Kalium, 4 mg Natrium, 0.1 mg Zink, 0.1 mg Tembaga (Cu), 0.1 mg Manganese dan 0.7 mg Salenium. Memang tumbuhan ini adalah salah satu sumber thiamin, fosforan, zat besi dan kalium yang baik. Bagaimana pun dilaporkan dimana tumbuhan ini merupakan mengandungi serat inulin, protein, asid amino dan antioksidan. Bahan karbohidrat yang paling dominan adalah fruktan (serat inulin) dan serat makanan. Asid folate pula terdapat pada bahagian daun, bunga, umbi dan batangnya. Antara manfaat penting tumbuhan ini didakwa untuk pesakit yang mempunyai kencing manis (diabetis mellitus) kerana ia mampu menstabilkan kandugan gula dalam darah. Jerusalem arichoke ini memang mengandungi tinggi karbohidrat dari serat inulin dimana sesuai diambil oleh mereka yang bermasaalah dengan diabetis. Dilaporkan dimana s
truktur inulin yang tidak dapat dicerna oleh enzim-enzim pencernaan dalam usus manusia alan membantu bahan inulin berperanan penting dalam penyerapan makanan dsn mengawal diabetes type 2, obesiti, dan keadaan tahap kesihatan yang berkait dengan kandungan gula dalam darah. Umbi ini juga didakwa akan mengatasi masaalah sembelit sebagai probiotik. Ini kerana bahan bahan inulin adalah  sebagai bentuk serat makanan yang mudah larut dan dikategorikan sebagai prebiotik (bersifat melindungi kesehatan pencernaan).

Bagaimana pun disebalik manafaat baik  dari Jerusalem Artichike didakwa ada keburukan jika diambil berlebihan. Kandunan bahan Nitrat dan Nitrit didalam umbisinya dilaporkan akan
 dapat menyebabkan keracunan pada beberapa kes disebabkan tidak dapat menyesuaikan atau toleran dengan tubuh seseorang. Dilaporkan diman tahap paling bahaya adalah ia boleh menyebabkan kes kematian. Kajian juga mendapati nilai purata nitrat dan nitrit didalam Jerusalem artichoke yang diuji di Thailand menunjukkan angka yang cukup rendah (masing-masing 500 dan 125 mg / kg) sesuai seperti yang direkomendasikan oleh Kementerian Kesehatan Masyarakat Thailand (2004). Bagaimana pun walau nilai tersebut agak rendah akan tetapi elakkan daripada mengambil secara berlebihan. Nitrat ini sering terdapat berkumpul di akar, daun dan batangnya. Ia juga mengandungi bahan Sianida (Cyanide) iaitu bahan kimia yang dikelaskan sebagai Sangat Beracun. Pembambilan cyanide dengan jumlah yang tinggi didalam makanan membolehkan serangan pada otak dan jantung manusia. Ia boleh menyebabkan koma dan paling dahsyat menyebabkan kematian juga. Kajian makmal mendapati jumlah kandungan cyanide pada umbi jerusalem artichoke sekitar kurang dari 2.79 mg setiap kg. Walau pun ia dilihat sangat rendah, sebaiknya perli dihindari mengambilnya secara berlebihan. Apa pun dilaporkan pengambilan makanan dari Jerusalem ini telah lama digunakan dalam dunia kuliner sebagai sayur dan tepung yang dapat menggantikan gula. Umbinya yang agak lazat dan agak manis ini sesuai dibubuh ramuan lain yang menjadikan makanan sup atau lauk enak. Pilih umbi yang segar dan elok dan elakkan dari mengambil umbi yang telah retak, berkeriput, busuk atau pastikan ia bebas dari tercemar. Apa pun sebelum dimasak sebaiknya dibersihkan dari kekotoran dan kalau perlu dibuang kulitnya. Bagaimana pun dilaporkan bahagian kulit juga sesuai dimakan. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti di panggang, ditumis, di buat sup atau pun dikukus tetapi jangan sampai terlalu lama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
JERUSALEM ARTICHOKE...APA DIA...
TIDAK DIKENALI... DALAM MALAYSIA...
BANYAK KHASIAT.. DAN BAHAYANYA...
BACA ARTIKEL... DAPATLAH INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Guest House, MSM Bhd Chuping,
Chuoing, Perlis,
Malaysia.
(23 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.