Wednesday, August 10, 2022

PISANG NIPAH - CIRI TENIKAL

PISANG NIPAH (Musa sp.) merupakan salah satu varieti pisang yang di daftarkan dengan senarai varieti tanaman di Jabatan Pertanian bernombor MP 5. Pisang ini selalunya akan di tanam di Malaysia untuk tujuan dimkan segar dan di proses menjadi makanan berasaskan pisang yang lain. Tanaman pisang di Malaysia merupakan salah satu jenis tanaman buah-buahan yang popular untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog mendapati seluas 26,213 hektar pisang ditanam menghasilkan sebanyak 318,518 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Apa pun dilaporkan kawasan utama penanaman pisang di Malaysia adalah di Johor seluas 7,544 hektar menghasilkan sebanyak 108,810 mt diikuti dengan Sabah (3,879 ha) dan Pahang (3,457 ha). Dari segi namanya dimana pisang Nipah merupakan antara jenis pisang yang penulis blog suka kerana rasanya, saiznya sederhana dan aromanya yang cukup enak kalau masak. Pisang ini lazimnya berwarna hijau semasa muda dan akan masak dengan warna kuning bercorak dengan warna hijau (Sila lihat foto diatas). Pisang Nipah ini paling sedap kalau di goreng salut teping yang rangup dan dimakan ketika panas lagi apa lagi kalau dicecah dengan sambal kicap. Nama asal pisang nipah jangan dikaitkan buahnya yang munglin seakan buah pokok nipah. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pencirian teknikal bagi Pisang Nipah (MP5) untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. Artikel ini ditulis dengan merujuk dan berasaskan laporan teknikal serta penelitian bersama dengan Jabatan Pertanian Malaysia.


(1) Bentuk Pertumbuhan Pokok
Pokok Pisang Nipah adalah diantara pokok pisang yang tinggi dan mempunyai batang yang besar dan kukuh. Batangnya tumbuh menegak dengan selalunya meribun disatu kawasan. Cara tradisional menanam pokok psiang di kawasan rumah dikatakan 'sekali menanam untuk menuai sepanjang masa'. Ini kerana pokok nipah mudah membesar dengan subur jika dijaga dengan baik. Bagaimana pun pada tahun 2006 dilaporkan dimana pokok pisang nipah menjadi punca kepada serangan awal penyakit Moko di Malaysia.


(2) Susunan pelepah pangkal daun
Susunan pelapah daun pada pisang nipah dilihat sebai PADAT. memang benar kerana rimbunan beberapa pokok pisang nipah selalunya agak padat keadaanya. Saiz belepah daun pisang nipah juga dilihat memang besar. Daun pisang nipah sering dijadikan pilihan utama kepada pengusaha makanan, Daun pisang nipah paling sesuai dijadikan alas makanan Masakan India, alas untuk ikan bakar, pembungkur Satar, pembungkusn nasi lemak, pembungkus banyak jenis kuih tradisional dan sebagainya. Daun pisang nipah agak tebak dan mempunyai aroma yang sesuai dijadikan bahan pembungkus.


(3) Kandungan Antosianin pada batang
Pisang nipah dilihat mempunyai kandungan antosianin yang jelas sederhana. Antosianin yang berwarna coklat kemerahan ini boleh dilihat dengan jelas bercorak tidak menentu. Ia agak ketara apabila kulit tua dibahagian luar dikoperk untuk melihatnya. Pisang nipah mempunyai kadar pertumbuuhan yang cepat dengan batangnya kukuh diatas tanah. 


(4) Bentuk bahagian pangkal daun
Pisang nipah mempunyai bentuk dimana kedua-dia sisi kiri dan kananya adalah berbentuk membulat dan tidak simeteri. Ia dilihat jug amempunyai saiz pangkal pelepah yang besar dan kuat untuk menampung ukuran panjang daun yang panjang dan lebar berbanding dengan jenis pisang lain. Biasanya pelapah pisang nipah juga mudah dipoting dengan pisau tajam sebelum ia digulog untuk dijual dipasaran.


(5) Bentuk Tandah Buah
Bentuk tandan buah oisang nipah mudah dikenali kerana selalunya ia adalah besar dengan berat diantara 15 - 28 kilogram setandan. Disesetengah pokok berat setandan pisang nipah mampu mencapai lebih dari 35 kilogram juga. Biasanya setiap tandan akan mempunyai sebanyak 12 - 18 sisir dengan setiap sisir apabila dikira mempunyai sebanyak  12 - 20 jejari. Cuba kira berapa harga setandan buah pisang nipah jika dijual dipasaran dimana dilaporkan memang berbaloi menanamnya. Ramai petani yang menanam pisang nipah sudah boleh tersenyum jika dijaga dengan baik.


(6) Bentuk Buah Pisang Nipah
Pisang Nipah mempunyai bentuk yang bersegi agak berlainan dimana diihat mempunyai bucu yang jelas. Pisang nipah selalunya mempunyai ukuran sekitar 10 - 15 cm panjang dengan ukuran garispusat adalah 3 - 5 cm. Buah yang berwarna hijau ceraah semasa muda akan menjadi warna kuning dengan corak tompok-tompok hijau apabila sudah matang (Sila lihat foto paling atas). Buah yang masak ranum juga sesuai dihidangkan sebgai pisang makan segar walau pun agak jarang.


(7) Bentuk apeks buah psiang nipah
Bentuk bucu dihujung buah pisang nipah dilihat sebagai berbentuk TUMPUL. Ia jelas dilihat dimana pisang nipah yang selalu mempunyai kulit yang tebal dimana apeks ini akan taham bentuknya sehingga lama. Apa pun buah pisang nipah uang masak ranum sangat manis dengan aromanya yang khusus. Memang enak sekali makan goreng pisang masih panas dicicah dengan sambal kicap.


(8) Kehadiran Permatang buah pisang
Pisang nipah dilihat mempunyai kehadirn permatang yang sangat jelas dan KUAT. Jika dipotong rentas akan dapat dilihat bentunya yang bersegi dengan ketara berlainan dengan kebanyakan jenis pisang lain. Juga dapat dilihat ia mempunyai kulit yang tebal membolehkan ia mudah semasa proses pengangkutan untuk jarak agak jauh juga. 


(9) Anahbenoh pisang Nipah
Pisang Nipah sering ditanam dari zaman dulu dengan menggunakan benih sulur yang diambil dari pokok induk sebeum dirawat dan ditanam. Benih suur selalunya mempunyai pelbagai saiz dan perlu dibuat penggredan sebelum menanam. Bagaimana pun terkini dengan adanya teknilogi pembiakan melalui makmal kultur tisu (TC) makan ramai petani komersil mendapatkan benih pisang nipah TC. Ia lebih cepat untuk mendapatkan dengan kuantiti banyak dan dijamin kualitinya. Benih TC dijual dalam polibeg yang sedia untuk ditanam terus doladang selepas prose pengerasan.


(10) Ciri pada daun Anakbenih
Daun anakbenih pisang nipah TC selalunya berwarna hijau seragam dan bentuknya adalah Eliptik. Antara ciri unik yang ada pada daun anakbenih pisang nipah adalah dimana ia mempunyai urat daun lateral yang timbul dan amat jelas kelihatan dan ciri seperti ini tiada pada kebanyakan pisang lain. Semuga tulisan dalam artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Maklumat teknikal ini juga merujuk kepada pencirian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Wasallam!!!...
PISANG NIPAH.... RAMAI YANG SUKA...
BANYAK DI GORENG... DIMANA-MANA...
RASANYA MANIS ... HEBAT AROMANYA...
PERMINTAAN TINGGI...SUDAH ADA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Muharam 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.