Friday, August 5, 2022

KACANG PANJANG DAN KISAHNYA

TANAMAN KACANG PANJANG
(Vigna unguiculata subsp. sesquapedalis L) merupakan sejenis tanaman sayuran jenis buah dari keluarga Fabaceae (Dulu Leguminaceae) yang ada ditanam di Malaysia. Tumbuhan ini ditanam secara komersil oleh petani tempatan untuk pasaran domestik dan juga untuk pasaran ekspot. Dalam Bahasa Inggeris ianya juga di panggil sebagai Yardlong Bean, Snake Bean, Bora, Long-poded cowpea dan Asparagus bean. Pemerhatian penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai pelbagai jenis sayuran didalam blog ini mendapati, kaedah penanaman sayur kacang panjang ditanam dengan sistem para terutama teknologi 'Para Trellis' dimana ianya adalah ekonomik, praktikal dan mudah diuruskan. Keluasan tanaman kacang panjang di Malaysia adalah 4,338 hektar pada tahun 2021 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 56,489 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Penulis blog dapati dimana kawasan utama penanaman Kacang Panjang pada tahun 2021 adalah berada di Negeri Johor seluas 1,672 hektar dengan pengeluaran sebanyak 
21,096 metrik tan diikuti dengan Negeri Perak (589 hektar) dan di Sarawak (520 hektar). Kacang Panjang adalah jenis sayuran buah yang ke dua terluas dan popular ditanam di Malaysia selepas tanaman Cili Besar (Capsicum annum). Jika hendak dibandingkan dengan tahun 2005 hanya seluas 2,866 hektar kacang panjang ditanam dimana trend turun naik bergantung kepada banyak faktur iaitu seluas 3,319 hektar (2006), 2,781 hektar (2007), 2,772 hektar (2008) dan 2,614 pada tahun 2009. Apa pun penelitian penulis blog juga mendapati dimana daripada hasil temubual dengan beberapa pekebun yang menanam kacang panjang di Johor adalah dianggarkan purata hasil kacang panjang sekitar 14 metrik tan sehektar. Kacang Panjang selalu dimakan segar sebagai ulam, di masak tumis, sayur campur dan sebagai bahan ramuan nasi goreng dan sebagainya.  Artikel ini ditulis dalam kesepian pada subun Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan beberapa kisah mengenai kacang panjang seperti didalam media tempatan untuk dikongsi bersama pembaca blog semua.

Kisah mengenai sejenis makanan 'Urap Tradisional Makanan Sihat' yang mana penulis blog suka makan ada dipaparkan didalam media sinarharian.com untuk ianya dapat ditulis semula dan dikongsikan. Ia adalah merujuk kepada keadaan dimana ada ramai orang tempatan yang memakan daging lembu korban semasa sambutan hariraya Aidiladha. Laporan ini juga mengingatkan agar jangan lupa untuk tetap banyakkan makan sayur-sayuran demi kesihatan. Selain menambah nutrisi dimana ia juga bagi membantu melancarkan kepada sistem penghadaman. Dinamakan sebagai 'Urap' yang dalam bahasa Jawa bermaksud hidangan 'salad berupa sayuran' yang dimasak (direbus) yang dicampur kelapa parut yang boleh digaul dengan perasa memang enak dimakan bersama keluarga. Resipi Urap ini gunakan banyak bahan murah termasuk taugeh dan kacang panjang. Bahan-bahannya yang diperlukan adalah 2 gelas kelapa parut putih, Belacan sebesar ibu jari, 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 8 biji lada merah besar (yang masih segar), 6 biji lada padi(kalau nak pedas boleh tambah), 1 sudu besar asam jawa, Cekur sebesar ibu jari dua biji, 2 helai daun cekur di hiris2 halus(optional), garam, gula dan serbuk perasa. Cara-cara membuatnya dengan mengupas bawang merah, bawang putih dan dibelah empat. Kemudian dikikis kulit cekur dan potong-potong tebal. Lada besar hiris, buang biji dia. Proses seterusnya adalah memanaskan kuali, letakkan sikit minyak dan goreng bawang merah, bawang putih, lada besar, cekur dan belacan hingga layu. Angkat dan toskan. Kemudian ambil asam jawa rendam dengan 1 gelas air dan asingkan biji. Seterusnya disediakan mesin pengisar (blender) dan kemudian ia dimasukkan kesemua bahan goreng berserta air asam jawa dan mesti dikisar sehingga halus. Panaskan kuali dan kemudian dimasukkan kesemua bahan blender dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih dalam 10 minit, masukkan gula, garam dan serbuk perasa (optional). Selepas itu perlu dimasukkan kelapa putih dan dikacau gaul sehingga kering dan api perlahan dan kemudian apabila kering angkat dan ketepikan. Bagi bahan sayur disediakan 1 bungkus sayur taugeh dan 1 ikat kacang panjang tetapi bagi penulis blog mesti ada Daun Ubi yang direbus. Panaskan air dalam periuk dan disyorkan untuk dibubuh sedikit minyak masak. Masukkan sayur kacang dan daun ubi dicelur hingga masak. Setelah masak angkat dan toskan. Selepas itu baru celur lagi togeh (jangan lama) celur kira-kira 5 minit saja terus angkat. Akhir sekali di masukkan sayur celur yang dah tos tadi dalam satu bekas. Masukkan kelapa goreng tadi dan gaul guna penyepit kueh atau garpu. Gaul hingga bercampur semua diman jika rasanya masih tawar boleh ditambah sedikit garam dan gula. Rasa dia mesti ada manis-manis masin sikit. Boleh dimakan terus atau bersama nasi putih.

Akhbar sama melaporkan di Temerloh dimana 'Tanaman kacang panjang dan petola musnah akibat banjir' sesuai dikongsikan. Dilaporkan b
anjir besar yang melanda pada 19 Disember 2021 telah menyebabkan sepasang suami isteri kehilangan punca dalam pendapatan selepas tanaman kacang panjang dan petola yang diusahakan musnah dalam bencana tersebut. Petani Nazaton Saharuddin berusia 53 tahun dari Kampung Batu Kapor Bawah dekat Mentakab mendakwa mereka mengalami kerugian kira-kira RM10,000 akibat kejadian tersebut. Ia berlaku apabia kira-kira 500 pokok kacang panjang dan puluhan pokok petola ditanam di atas tanah berkeluasan kira-kira 0.4 hektar (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang sedih kerana ia adalah sumber pendapatannya dan kebanyakan tanaman itu sudah sedia untuk dijual kepada peraih sebelum banjir melanda. Ia juga kejadian kali kedua pada tahun 2021 selepas kali pertama berdepan insiden sama. Nazaton memerlukan masa lebih sebulan untuk mengusahakan kembali tanaman tersebut. Ini disebabkan faktor tanah yang masih lembik selepas banjir surut baru-baru ini dan dia berharap situasi selepas banjir segera pulih. Nazaton yang mula mengusahakan tanaman itu bersama suaminya Zainudin kira-kira 10 tahun lalu dakwa rumah yang didiami mereka juga ditenggelami banjir. Mereka hanya termenung dibuatnya melihat tahap kemusnahan kali ini namun kami reda dengan ujian diberikan dan akan mengusahakannya semula kemudian. 

Merujuk kepada sumber alodokter.com dari negara jiran bertajuk '4 manafaat utama kacang panjang untuk kesihatan' sesuai dijadikan rujukkan. Dilaporkan ada 
beragam manfaat kacang panjang untuk kesihatan. Manfaat ini berasal kerana terdapat nutrisi berada di dalamnya yang diperlukan oleh manusia. Kacang Panjang didakwa bukan sahaja menyihatkan dimana ia juga mudah diperolehi dengan kadar harganya murah. Terdapat pelbagai jenis hidangan dari kacang panjang yang enak. Kacang panjang merupakan sayuran kekacang yang sesuai hidup dikawasan beriklim subtropika dan tropika. Sayuran ini rendah kalori serta tinggi protein, vitamin, mineral dan unsur antioksidan yang dapat memberikan banyak manfaat kepada manusia. Kacang panjang boleh menjadi bahan tambahan dalam bermacam jenis hidangan masakan daripada ditumis, dibuat sup atau di masak dengan gulai. Kandungan nutrisi pada Kacang Panjang bagi setiap 100 gram mengandungi 47 kalori, 3 g protein, 1 g lemak, 8 g karbohidrat, 3 g serat, 50 mg kalsium, 44 mg magnesium, 59 mg fosforus dan juga 240 mg kalium. Kacang panjang juga mengandung zat besi, zinc, mangan, selenium, vitamin A, vitamin B, vitamin C dan folat. Selain itu, kacang ini juga mengandung senyawa fenolik yang berperan sebagai antioksidan. Diantara khasiat Kacang Panjang dilaporkan mampu mengawal berat badanKacang panjang merupakan salah satu sayuran rendah kalori dimana memakannya akan  tidak menambah berat badan secara signifikan dan baik untuk mengawal berat badan. Sebaiknya kacang panjang dimakan secara rutin setiap beberapa hari. Ia mampu tingkatkan metabolisma dalam badan. Kedua dimana kacang panjang mampu menjaga kesihatan sistem pencernaan. Kehebatan sayuran ini adalah ia menjaga kesehatan sistem pencernaan. Kandungan serat yang cukup tinggi dalam kacang panjang dapat menjaga kesihatan usus dan melancarkan saluran pencernaan. Bahan tersebut akan mengurangkan risiko berbagai masalah pencernaan seperti sembelit atau sindrom iritasi usus besar. Kehebatan kacang panjang ke tiga dimana ia dilaporkan mampu menurunkan tekanan darahKacang panjang juga bermanfaat untuk mengawal tekanan darah tinggi atau hipertensi. Manfaat kacang panjang ini dimana bahan seperti unsur mineral seperti kalium dan serat yang tinggi pada kacang panjang juga berguna untuk ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Kacang panjang sesuai menjadi pilihan makanan sihat untuk menjaga kesehatan pembuluh darah dan jantung. Ke 4 dimana kacang panjang dilaporkan mampu mengawal kadar gula dalam darah. Kacang panjang juga berperanan dalam mengawal kadar gula dalam darah. Kandungan serat pada kacang panjang mampu melambatkan proses penyerapan gula dalam darah. Selain itu juga kacang panjang juga mempunyai kadar indeks glikemik rendah sehingga tidak akan menaikkan gula darah secara drastik. Kacang panjang sesuai dimakan kepada mereka mengidap diabetik yang berisiko baru kena diabetes mahupun mereka yang telah lama menderita diabetes. Disyorkan agar mencuci dulu kacang panjang dalam jumlah yang memadai agar tidak akan menimbulkan perut jadi kembung. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!. 
KACANG PANJANG... MUDAH DAPATNYA...
LUAS DI TANAM... DIDALAM MALAYSIA ADA....
IA BERKHASIAT... DIMAKAN BANYAK CARA... 
HARGA MURAH.. DIJUAL DIMANA-MANA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.