Sunday, July 10, 2022

PENYEDIAAN TANAH PERTANIAN - MEMBAJAK

KERJA PENYEDIAAN TANAH PERTANIAN (Ploughing - Land preparation) merupakan salah satu amalan agrnomi awal didalam sistem pertanian khususnya sebelum kerja penanaman dapat dijalankan diladang. Membajak Tanah (Ploughing) merupakan salah satu kaedah yang serng dijalankan oleh petani dimana alat seperti 'Bajak' iaitu benda dan merupakan sejenis alat yang digunakan dalam aktiviti perkebunan untuk menggemburkan tanah sebagai persediaan menanam benih tanaman. Pelbagai jenis bajak telah lama digunakan seenjak zaman dahulu daripada jenis bajak kuno sehingga kepada teknologi penggunaan alatan jentera sepeti trektor moden menjadi alat asas dalam usaha menentukan kemajuan sektor pertanian. Penggunaan peralatan bajak moden di Malaysia banyak dilihat dikawasan jelapang padi dimana tanah sawah perlu dirotor atau dibajak pada setiap kali musim penanaman padi dilakukan setiap musim penanaman. Keperluan kritikal ini didalam membajak tanah sawah adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan membajak tanah mineral untuk tanaman industri seperti kelapa sawit dan gertah atau tanaman makanan seperti sayuran dan buah-buahan. Bilangan jentera bajak banyak tertumpu dikawasan tanaman padi berbanding dengan kawasan tanaman lain di negara ini. Apa pun penulis blog mendapati dimana istilah "bajak" umumnya adalah ia merujuk kepada proses yang mana ia membolehkan gumpalan tanah mendatar sebenar tercabut dari permukaan tanah semasa pembajakan dijalankan. Asasnya tanah-tanah ini kemudiannya akan diterbalikkan dan dihancurkan untuk mengembalikan tanah kepada fasa awal dan memudahkan untuk laluan bahan organik, menjamin ruang dan pemakanan untuk tanaman baru. Mesin yang digunakan untuk membajak ditakrifkan dengan tepat "bajak" dimana secara moden ia akan ditarik oleh traktor berkuasa tinggi dan adalah bahagian dan papan acuan. Teknologi ini membolehkan petani boleh bekerja pada kedalaman pembajakan tanah yang berbeza mengikut keperluan tanaman dan jenis tanah. Secara umum 'Bajak' adalah mesin yang mengolah tanah di permukaan sebelum aktiviti menyemai atau menanam. Amalan membajak ini berkait dengan cara bagi mengeluarkan lapisan atas tanah dan menyediakan tanah untuk tanaman seterusnya dimana akan ujud sistem pengudaraan sesuai dan memasukkan sisa-sisa tanaman sebelumnya untu menjadi baja organik apabila terurai. Dizaman moden sekarang dilihat dimana bajak boleh didapati dalam pelbagai bentuk dengan jumlah berat, bingkai ringan, dipasang atau separuh dipasang, bajak mudah atau boleh balik, bajak tunggul dan banyak lagi. Amalan sebelum membajak perlu diteliti dimana faktur ini adalah sangat penting untuk memeriksa keadaan peralatan mesin serta bahagian-bahagian bajak dan juga keadaan tanah. Tanah yang terlalu basah tidak optimum untuk dibajak disebabkan ia adalah ia kurang baik untuk penanaman dan merupakan tanah yang sensitif kepada hakisan berbanding tanah kering. Artikel malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info berkaitan penyediaan tanah dan pembajakan tanah untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Berlainan jenis tanah memerlukan jenis pembajak yang berlainan. Banyak ada lagi kawasan pertanian diseluruh dunia yang masih menggunakan kerbau atau lembu untuk membajak tanah terutama petani dikawasan jauh dipendalaman (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini dalah satu kaedah yang paling murah, efektif, mesra alam dan sesuai dikawasan kebun terutama jenis tanaman makanan yang berskala kecil dan berteres. Berlainan jenis tanaman dan keadaan cuaca juga memerlukan peralatan membajak yang tidk sama. Apabila bercakap tentang peralatan membajak di ladang perlu ada asas keseimbangan dalam jentera seperti jenis peralatan digunakan didalam keadaan baik. Bergantung pada keadaan kerja pada plot yang hendak dibajak seperti keadaan rupa bumi (rata, tidak rata atau bercampur), jenis tanah, cuaca dan peralatan akan menentukan kesan kepada penghasilan tanaman kelak. Ini kerana kepentingan membajak tanah selain daripada meyediakan tanah untuk sesuai ditanam ia juga akan dapat menghapuskan rumpai dan serta semua sisa-sisa tumbuhan dari tanaman sebelumnya. Dalam amalan agronomi dimana kerja pembajakan selalunya akan dilakukan pada akhir fasa penuaian. Pembajakan boleh dilakukan pada masa yang berbeza dalam setahun mengikut jadual walaupun hasil terbaik diperoleh pada musim tertentu sahaja. Di negara beriklim 4 musim dimana selalunya kerja membajak dilakukan selepas musim tertentu mengikut keadaan dimana aktiviti penanaman dan penghasilan dimusim seterusnya dijadualkan. Ada terdapat banyak sebab mengapa pentingnya pembajakan dijalankan diladang dimana amalan ini ternyata menjadi teknik yang sangat penting dalam proses menyediakan tanah. Konsep membajak tanah adalah terkait dengan kaedah pemprosesan keadaan tanah yang perlu dipulihkan untuk penanaman baru. Pembajakan akan memberikan ruang yang sesuai untuk tumbuhan dapat menyebarkan akarnya di dalam tanah. Kesan dari membajak dimana struktur dan testur tanah dapat diperbaharui dan membolehkan ada rongga tanah meningkat dimana ia akan memastikan laluan air, oksigen dan bahan organik lain. Sisa-sisa tuaian sebelumnya yang berada didalam tanah pula akan menjadi baja organik dan ia adalah sumber makanan untuk tumbuhan baru. membajak juga sebagai satu kaedah didalam pengawalan rumpai. Cara dalam memindahkan tanah juga bermakna memusnahkan rumpai dan mengurangkan aktiviti parasit makhluk perosak tanaman yang boleh menyerang tanaman kelak. Didalam tanah yang juga dihuni oleh mikroorganisma yang mempunyai keperluan yang berbeza mengikut lapisan samaada ia mikroorganisma aerobik hidup di permukaan yang memerlukan banyak oksigen untuk terus hidup atau berada jauh kedalam tanah seperti jenis bakteria dan kulat anaerobik yang masih perlu sentuhan dengan udara.  

Berlainan jenis tanah mempunyai ciri-ciri yang berbeza disesuaikan untuk tujuan pertumbuhan tanaman. Apa yang penting adalah bagaimana untuk menjadikan tanah sebagai lebih subur dan sesuai ditanam dan menghasilkan bahan makanan. Sifat tanag yang mampu menyerap cecair, menguraikan bahan organik, habitan mokrob dan patogen, ada berbagai kandungan zat kimia akan diulang guna dengan tanaman mengikut pusingan tanaman tersebut. Membajak tanah yang juga satu proses mengubah sifat tanah dengan kedah guna peralatan pertanian sehingga ia sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Membajak umumnya dilakukan dua peringkat iaitu Bajak Pertama (Primer) dan Bajak Kedua (Sekunder). Proses Bajak Pimer (primary tillage) biasanya dilakukan dengan menggunakan mesin pembajak sehingga sering disebut dengan pembajakan.Tujuan dari bajak primer untuk membalik atau membongkar tanah menjadi gumpalan-gumpalan tanah. Kegiatan pembajakan dilakukan sedalam 30 - 50 cm. Alat yang digunakan dalam bajak primer antara lain Mold board plow, Bajak priring (Disk plow), Bajak Rotor (Rotary plow), Chisel plow, Subsoil plow dan Giant plow. Bajak Kedua atau sekunder (secondary tillage) pula perlu dilakukan setelah pembajakan primer bertujuan untuk menghancurkan dan mengemburkan permukaan tanah dengan kedalaman 10 - 15 cm.  Alatan digunakan dalam bajak sekunder termasuk Bajak Harrow, Sub surface tillage and Field cultivation dan sebagainya. Pembajakan optima adalah dimana pembajak dibuat secara intensif diseluruh ladang untuk penanaman. Kawasan siap dibajak akan menjadi bersih dari rumpai, objek yang tidak dikehendakki (kayu atau batu) yang dijalankan secara berulang-ulang semenjak pembukaan ladang dahulu. Tanah yang gembur ini akan membolehkan akar tumbuhan dapat berkembang dengan baik berbanding dengan tanah padat tidak dibajak.

Menarik kisah dalan bharian.com apabila petani 'Ubahsuai jentera jadi traktor mini pelbagai guna' untuk dijadikan bahan rujukkan. Kisah dari Jertih, Terengganu ini menyatakan idea kreatif seorang petani mengubahsuai jentera pertanian terpakai menjadi traktor mini membantunya melancarkan kerja sehariannya di kebun. Apau pun beliau walaupun tidak mempunyai sebarang latihan dan kemahiran tetapi ianya tidak menjadi halangan kepada Zulkarnain Deraman (43 tahun) menggunakan kreativiti sendiri melakukan kerja pengubahsuaian mesin. Idea itu lahir apabila dia menghadapi masalah untuk mengangkut hasil tanaman seperti jagung, tembikai dan keledek dari kebun ke jalan utama kerana permukaan jalan yang tidak rata. Dia mula memikirkan kaedah untuk menyelesaikan masalah itu kerana kesukaran membawa keluar hasil dalam kuantiti banyak akan menjejaskan kesegaran hasil pertanian untuk dipasarkan.  Kebetulan dia ada sebuah jentera jenis Jentani yang dibeli dengan harga kira-kira RM4,000. Mesin itu sudah rosak dan tidak boleh beroperasi seperti biasa. Asalnya mempunyai dua tayar utama (tayar getah) di bahagian depan dan satu tayar kecil di bawah kerusi tempat duduk pemandu tanpa stereng dan dikendalikan dengan tangan. Dia mendapat ilham spontan untuk mengubahsuai mesin itu kepada empat tayar serta dilengkapi bumbung, stereng dan brek kaki. Kerja-kerja bagi pengubahsuaian jentera menggunakan hampir semua barang terpakai bermula awal tahun ini dan mengambil masa sebulan untuk disiapkannya. Dia membeli besi terpakai di kedai barang lusuh untuk buat rangka dan badan jentera termasuk alat ganti terpakai. Bahagian belakang guna tayar kereta terpakai manakala tayar utama boleh ditukar ganti dengan tayar besi yang digunakan membajak sawah. Keistimewaan jentera mini ini bukan sahaja boleh mengangkut hasil tanaman tetapi juga boleh melakukan kerja lain seperti menggembur tanah, menggali kerana semua peralatan boleh ditukar ganti mengikut keperluan. Jentera rekaannya itu bukan sahaja boleh digunakan di kebun sayur atau sawit tetapi juga sawah. Dia dakwa selain itu, pemandu yang mengendalikan jentera dapat duduk dengan selesa, berbumbung serta mudah untuk menyesuaikan diri dengan sistem pemanduan kerana hampir sama seperti membawa kereta. Beliau membelanjakan kira-kira RM2,000 untuk mengubahsuai jentera itu dan berpuas hati kerana ia bukan sahaja lasak, malah dapat menjimatkan kos penyelenggaraan serta mampu menjimatkan bahan api. Kini traktor mini itu adalah yang kedua ciptaannya dimana sebelum ini, beliau pernah menyiapkan pengubahsuaian sebuah jentera yang dijual kepada rakannya dengan harga RM5,000. Jentera yang dicipta untuk kali kedua ini menggunakan konsep sama. Ia mempunyai pelbagai fungsi dan mampu meringankan bebanan kerja harian di kebun serta kerja juga dapat disiapkan lebih cepat. Jentera ini mampu mengangkut hingga lima tan hasil pertanian pada satu masa berbanding sebelum ini terpaksa berulang kali membawa hasil ke jalan raya. Saiz jentera yang kecil ini mudah untuk dibawa melalui jalan sempit dan mencabar. Fungsinya yang mampu melakukan banyak kerja dapat menjimatkan tenaga kerja serta memudahkan kerja di sawah termasuk kebun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MEMBAJAK TANAH... BANYAK CARA...
GUNA KERBAU... ITU CARA YANG LAMA...
TREKTER MODEN... PALING SEGERA...
KISAH DI JERTIH...IA MENARIK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Zulhijjah 1443H).
Selamat Hari Raya AidilAdha
 10 Zulhijjah 1443 Hijrah/2022

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.