Friday, July 8, 2022

MENANAM TOMATO DI KAWASAN RUMAH

MENANAM TOMATO
(Solanum lycopersicum) boleh dibuat di kebun secara komersial atau pun dikawasan rumah secara hobi sahaja. Tomato dari adalah sejenis tumbuhan kategori sayur buah dari keluarga Solanaceae merupakan sejenis tanaman yang di tanam dan di makan oleh manusia diseluroh dunia. Tomato dipercayai berasal dari Amerika Selatan dan disebarkan keseluroh dunia oleh orang2 Sepanyol. Tomato diklasifikasikan sebagai kategori Sayuran Jenis Buah tetapi lebih popular juga sebagai sayur atau salad dalam kaedah penggunaannya. Pada tahun 2021 terdapat seluas 2,251 hektar tanaman tomato di Malaysia dengan pengeluaran hasil sebanyak 206,923 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Kawasan pengeluaran utama tanaman tomato berada di Pahang (Khususnya di Cameroon Highland) dengan keluasan 1,302 hektar (hasilkan 120,322 mt) diikuti dengan Kelantan (600 hektar - Kawsan Lojing) dan Perak (121 hektar - Dekat Sempadan Cameroon Highland). Di Kawasan tanah tinggi sekitar Cameroon Highland kebanyakan tanaman tomato dibuat secara fertigasi didalam Rumah Pelindung Hujan (SPH) dimana mereka mampu menghasilkan buah tomato sepanjang tahun untuk pasaran domestik dan  pasaran eksport terutama ke Singapura. Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan teknologi kekawsan kebun tomato di Cameroon Highland semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang dahulu. Bagaimana pun penanaman tomato tanah rendah sebenarnya boleh dilakukan dengan mudah dikawasan keliling rumah sama ada dilakukan menggunakan pot atau pun cara didalam polibeg sahaja. Artikel di subuh yang hening ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menyediakan teknologi bagaimana menanam tomato dikawasan rumah untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Mereka yang mempunyai hobi menanam tumbuhan dan bunga-bungaan sesuai melakukan penanaman pokok tomato dikawasan keliling rumah. Ini kerana jika mempunyai minat, ilmu pengetahuan dan masa untuk penjagaan tamaman sayuran termasuk tomato maka hasilnya pasti diperolehi. Apa pun asasnya pembaca 
perlu tahu jika sayuran ini boleh tumbuh dengan subur dan lebat berbuah. Buah tomato segar yang memiliki rasa masam dan manis ini akan berbuah dengan lebat bila ditanam dan dijaga dengan baik. Tomato memang digunakan dengan meluas sebab ada kandungan bahan antioksidannya yang luar biasa tinggi sama ada dimakan segar atau dimasak. Secara keseluruhan tomato memberikan banyak kebaikan kepada manusia dan jika dikaji akan jumlah banyaknya khasiat dari buah tomato masak yang berwarna kemerahan ini maka tidak salah jika pembaca juga akan ingin menanamnya sendiri di rumah. Selalunya buah tomato akan dimakan sebagai pelengkap makanan seperti membuat sambal, salad, sebagai pelengkap roti sanswich serta ada yang menjadikannya sebagai minuman jus dan diletakkan didalam makanan sup. Namun untuk membuat pokok tomato tumbuh subur dan cepat berbuah maka pastinya tanaman ini mesti dijaga dari sejak penanaman lagi. Berbeza kaedahnya dengan menanam tomato berskala komersil dan besar untuk dijual dimana ia memerlukan teknik khusus. Tanaman tomato memerlukan banyak cahaya dimana pemasangan lampu bagi membekalkan cahaha selama 14 - 18 jam dilaporkan mampu meningkat penghasilan buah tomato bergganda dan lebih berkuliti. Ini kerana cara menanam tomato ini lazimnya secara fertigasi dengan memerlukan pekerja khusus dan bahan input yang banyak serta perlu berbelanja besar juga. Jika menanam dirumah hanya perlukan kawasan kecil dengan beberapa pot atau polibeg yang mudah untuk dijaga.

Pertama sekali bagi menanam tomato dikawasan rumah adalah menyediakan peralatan dan keperluan asas yang mestu ada. Pertama adalah Pot atau Pasu atau Polibeg yang sesuai dengan kepakaran dan kos. Ada kalangan mereka yang hany amenggunakan barang terpakai seperti tong plastik, bekas minyak, tin terpakai dan sebagainya. Kini ada banyak kedai yang ada menjual 'pasu plastik' dengan harga murah dimana-mana lokasi. 
Pastikan bekas pot yang akan pakai tersebut memiliki beberapa lubang di bahagian bawahnya untuk ianya dapay memudahkan saliran air keluar. Letakkan batu kerikil halus atau pasir hingga seperempat dari dari kedalaman pot tersebut yang bertujuan agar air akan cepat keluar dari bawah tanah nantinya. Sediakan media tanaman sesuai sama ad dari tanah campuran 3:2:1 yang dibuat sendiri atau membelinya sahaja di kedai pertanian yang mudah dan ada jaminan baja didalamnya. Kini ada penjualan benih tomato secara online di Lazada dan Shopee yang mudah didapatkannya. Masukkan media tanaman didalam pot tersebut. Pilih varieti tomato tanah rendah yang ada jaminan untuk disemai. Semasa memilih bijibenih tomato adalah satu langkah kritikal jika membuat sendiri benih tersebut sebaiknya pilij buah matang yang sihat, berwarna yang merah dan kulit yang nipis. Biji tomat disemai terlebih dahulu di dalam kotak pesemaiandengan media sesuai dan diletakkan diletakkan di tempat yang teduh disiram sehingga bercambah. Benih ini sesuai untuk dipindahkan ke dalam polybag kecil setelah bibit mempunyai 5 helai daun (sekitar berumur sebulan disemai). Masukkan benih didalam pot dengan kemas pada waktu sesuai (Sila lihat foto disebelah). Pastikan ia diletakkan dilokasi dimana ada cahaya matahari mencukupi.   

Sebagai paduan sebaiknya sekitar anakbenih berumur 20 hari keatas maka ia sesuai untuk dipindahkan kedalam pasu atau pot. Letakan 1-2 anakbenih didalam pot tersebut dan disiram sebaik sahaja penanaman. Jika menanam dikawasan tanah dikeliling rumah pula sebaiknya dibuat batas dahuu dan jangan lupa untuk menggemburkan tanah tersebut dan juga diberikan baja organik dahulu. Penting untuk berhati-hati semasa menanam benih tomato diatas tanah atau polibeg agar bahagian akar tidak rosak. Diperingkat awal dan seterusnya penting untuk menyiram tanaman tomat setiap hari kecuali pada hari hujan. Pada masa ini ada banyak sistem pengairan automatik mini yang berada dipasaran sesuai dipasang kepada paip air dan alat kawalan automatik khusus didalam penyiraman. Jika mengamalkan sistem tanaman mini fertigasi lebih baik lagi dimana baja campuran Set A dan Set B disimpan didalam tong kecil dan terus dihantar kepada polineg tanaman secara automatik. Kaedah ini mudah dilakukan dan tidak merisaukan jika pembaca ingin meninggalkan rumah untuk jangkamasa agak lama. Sentiasa dilihat tanaman tomato ini dan diperiksa sama ada terdapat serangan perosak atau penyakit yang menyerang. Jika tidak memasang sistem fertigasi maka pemberian baja mengikut panduan dan amalan biasa yang disyorkan. Lazimnya setelah 60 hari hingga 90 hari selepas menanam makan pokok tomato ini biasanya sudah berbuah dan sedia untuk dituai. Penuaian buah tomato mengikut keperluan sama ada memetik buah tomato matang berwarna kehujauan atau buah tomato cukup matang yang berwarna kemeraham. Menanam tomato sendiri dirumah terutama dengan teknologi fertigasi amat disyorkan kepada mereka yang berminat dan mempunyai kawasan sesuai serta mempunyai ilmu teknologi penanaman tomato. Semuga artikel ini memberi  info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Jika info ini tidak mencukupi maka pembaca blog boleh google sahaja dalam internet atau berjumpa dengan pegawai pertanian yang berhampiran. Wasallam!!!..
TANAM TOMATO... MUDAH SAHAJA...
TANAM DIRUMAH... FERTIGASI CARA...
GUNAKAN BENIH... PERLU DIBAJA...
CUKUP MASA... MEMETIK HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
]WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Zulhijjah 1443H).

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.