Monday, June 27, 2022

HEBATNYA KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (PART 4)

MINYAK KELAPA DARA adalah satu produk yang dihasilkan daripada Teknologi Bio (Biotechnology) daripada buah kelapa (Cocos nucifera) melalui beberapa teknologi didalam pemprosesan termasuk proses pemanasan, penapaian dimana ia tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Ia berbeza dengan proses penghasilan minyak masak (coking oil) yang biasa. Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO) diperakui mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik yang dibuktikan sangat baik untuk kesihatan. Walau pun minyak ini telah lama dijadikan satu industri di seluruh dunia terutama di Indonesia, Filipina dan beberapa negara tropika pengeluar kelapa lain diseluruh dunia akan tetapi tetapi kempen penggunaan minyak VCO ini di Malaysia hanya popular sekitar 10 -15 tahun lepas sahaja. Ramai usahawan minyak kelapa dara di Malaysia yang menghasilkan minyak ini untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan teknologi yang didapati dari agensi kerajaan, rakan perniagaan dan sebagainya. Minyak kelapa dara adalah minyak yang dihasilkan daripada santan dari pokok kelapa tua yang terdapat di kebun. Kualiti minyak kelapa dara dari pokok dan buah kelapa muda dipercayai kurang berkualiti. Minyak ini mengandungi Asid Laurik iaitu sejenis asid lemak berantai sederhana yang bersifat antivirus, anti bakteria dan juga anti protozoa serta baik untuk kesihatan pada tubuhbadan manusia. Apa pun penulis blog dapati sejak masa dahulu, nenek moyang kita di Malaysia sudah lama mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara bagi tujuan untuk menjaga kesihatan seharian mereka. Malah amalan penggunaan Minyak Kelapa Dara telah direkodkan seawal 1,500 tahun dahulu di India di dalam Kitab Ayurveda mereka. Memang walaupun pada zaman dahulu tiada kajian yang dijalankan ke atas pengamalan Minyak Kelapa Dara namun diakui bahawa mereka pada zaman dahulu sangat kurang menghadapi masalah kesihatan seperti di zaman sekarang. Kini seiring dengan kemajuan teknologi, kini pelbagai kajian saintifik dan perubatan telah membuktikan Minyak Kelapa Dara (VCO) sangat baik diamalkan dan mempunyai pelbagai kehebatan khasiat dan manfaat kepada manusia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira paparkan kehebatan khasiat Minyak Kelapa Dara untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Banyak penyelidikan diseluruh dunia oleh saintis mendapati antara faktur yang menyebabkan minyak ini hebat termasuk ujudnya kandungan bahan berhasiat. Bahan tersebut dikenali sebagai bahan iaitu MEDIUM CHAIN FATTY ACID (MCFA), HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL) dan juga HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL). Bagi komponen Medium Chain Fatty Acid (MCFA) terkandung didalam Minyak Kelapa Dara mempunyai kira-kira 50-55% kandungan iaitu dikenali sebagai Asid Laurik. Diantara kelebihan utama MCFA yang sangat jarang ditemui adalah sifatnya yang sangat mudah diproses menjadi tenaga. Selain itu ianya juga bersifat Anti-Fungal, Anti-Microbial serta Anti-Viral. Minyak Kelapa Dara mengandungi MCFA kedua tertinggi selepas Susu Ibu. Komponen kedua iaitu High Density Lipoprotin (HDL) pula yang dikenali sebagai bahan bernutrisi yang sangat-sangat dicari-cari pakar perubatan diseluruh dunia kerana ia telah diketahui sebagai kumpulan jenis Kolestrol Baik. Fungsi utama HDL adalah mencuci saluran darah dari Kolestrol Jahat yang melekat di dinding-dinding saluran darah. Komponen ketiga yang ada didalam Minyak Kelapa Dara adalah kandungan bahan berfungsi sebagai Anti Oksidan. Anti-Oksida adalah sejenis nutrien yang bertanggungjawab untuk melawan radikal bebas didalam tubuh manusia. Kehadiran bahan radikal bebas yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah masaalah seperti Penyakit Diabetis, Penyakit Jantung serta Kanser. Pengambilan minyak VCO ini antara pilihan terbaik kepada manusia.


(11) VCO MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN
Apa itu berat badan yang normal?. Ramai kini dikalangan masyarakat Malaysia yang sudah prihatin dengan isu Berat Badan. Mereka semua inginkan berat badan yang normal tetapi data menunjukkan kini rakyat Malaysia yang yang terlebih berat badan (Obesiti). Ia dinilai melalui nilai BMI iaitu nilai di antara 18.5 sehingga kurang daripada 25, maka berat badan anda adalah normal. Kiraan dilakukan dengan sebagai contoh jika seorang perempuan dengan ketinggian 1.5 meter dan berat badan 53 kg akan mempunyai IJT (Formula) yang digunakan adalah 53/(1.5 x 1.5) = 23.5 kg/m2 iaitu mencapai 'berat badan normal'. Mengapa penting untuk mengekalkan berat badan yang normal?. Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Mengekalkan berat badan yang normal boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat penyakit seperti, darah tinggi, sakit jantung, penyakit pundi hempedu dan masaalah osteoarthritis. Masaalah Obesiti juga meningkatkan risiko bagi sesetengah jenis kanser seperti kanser kolon, rektum, prostat, pundi hempedu, serviks, endometrium dan ovari. Obesiti turut memberi kesan kepada pergerakan , ketahanan fizikal dan fungsi fizikal yang lain. Mereka yang obes juga mungkin mempunyai kurang yakin terhadap diri sendiri. Berbalik kepada kehebatan VCO yang mengandungi unsur 
MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara dapat meningkatkan pembakaran kalori di dalam badan. Hasil dari kajian mendapati dimana dengan pengambilan 15gram - 30gram VCO dilaporkan dapat meningkatkan pembakaran kalori sehingga 5% berbanding asid lemak yang lain. Kedua dimana apa yang yang lebih menariknya adalah MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara tidak akan disimpan sebagai lemak lebihan. Setiap Asid Lemak dari Minyak Kelapa Dara yang diambil akan terus ditukarkan kepada tenaga tanpa disimpan menjadi lemak berlebihan yang menjadi punca utama Obesiti. Penyebab ketiga dimana apabila MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara ditukarkan kepada tenaga dalam bentuk Ketone, ianya akan memberikan kesan “Kenyang” kepada pengambil Minyak Kelapa Dara. Maka secara tidak langsung ianya akan mengurangkan selera makan seseorang. Satu kajian mendapati sesorang yang mengambil Minyak Kelapa Dara di waktu pagi maka ia akan kurang mengambil kalori semasa makan tengahari.


(12) VCO MAMPU MENGAWAL STRES DAN DEPRESI
Dilaporkan dimana hampir setiap orang pernah mengalami stres. Rasa takut, waswas dan kecemasan yang hadir akibat stres boleh menyusahkan dan terasa seperti tidak akan ada habisnya. Ramai orang yang merasa bahawa mereka telah mengalami depresi yang juga berlau selain daripada stress yang menyebabkan 'Kemurungan' Apa perbedaan stres dan juga depresi?. Stres dan depresi sering kali digunakan oleh orang awam sebagai istilah yang dapat bertukar makna dan cara mentafsirkannya. Stres dan depresi memiliki perbezaan dimana selalunya 'Stres' bermula dari rasa kepenatan akibat banyaknya tekanan dari luar dan dari dalam diri sendiri dalam waktu cukup lama. Selalunya semasa dilanda stres, tubuh manusia merasai adanya serangan atau ancaman. Misalnya seperti tekanan untuk mendapatkan tender kerajaan yang dipohon syarikat dalam masa singkat. Sebagai satu tidakbalas dan mekanisme perlindungan diri maka tubuh manusia tersebut akan mengeluarkan berbagai hormon dan zat-zat kimia stres seperti adrenalin, kortisol dan norepinefrin. Ia akan meningkatkan tahap penggunaan tenaga dan berlaku juga kesan peningkatan konsentrasi supaya agar boleh mengatasi sumber tekanan secara efektif. Tubuh juga akan secara otomatik akan mematikan fungsi-fungsi organ atau sistem organ yang sedang tidak diperlukan seperti kepada sistem pencernaan. Apabila stres muncul pada masa yang tidak diinginkan maka bahagian otak dibanjiri dengan hormon deperti adrenalin, kortisol dan norepinefrin tadi. Alhasil, Anda jadi terus menerus  yang akan memberi rasa kalut, cemas, dan gelisah. Masa ini juga darah akan mengalir kesemua bahagian badan serta memberikan respon secara fizikal seperti berlaku kepada organ kaki dan tangan dimana perkara seperti ini akan mengakibatkan fungsi otak menurun. Apa pun dalam membincangkan kehebatan VCO dimana ka
ndungan Anti-Oksida di dalam Minyak Kelapa Dara terbukti dapat membantu mengawal stres atau tekanan dan seterusnya dapat membantu mengurangkan masalah depressi. Bahan  Anti-Oksida di dalam Minyak Kelapa Dara bertindak melawan Radikal Bebas dan seterusnya akan membantu mengimbangi paras anti-oksida di dalam otak manusia dan seterusnya membantu mengawal stres dan tekanan.


(13) VCO MENGUATKAN RAMBUT DAN AKAR RAMBUT
Rambut Sihat (Healty Hair) adalah impian bagi semua orang. Rambut sering dirawat kerana ianya akan memberikan 'aura' atau 'personiliti' seseorang. Bagi mendapatkan rambut yang sihat ianya merlu sering dirawat rambut dengan baik. Kini sudah banyak produk perawatan tradisional dan komersil dipasaran yang tersedia untuk menjaga rambut tetap sihat. Mereka yang ada rambut sihat akan dapat meningkatkan kepercayaan diri seseorang. Rambut dilihat lembut dan berkilau dimana perlua ada rutin membersih, menjaga dan menggunting dan sebagainya. Rambut yang berkilau adalah hasil dari kutikula iaitu sejelis lapisan luar rambut yang halus dan rata. Lapisan luar rambut ini berfungsi sebagai pelindung kulit kepala. Apa pun mereka yang ingin mendapatkan rambut yang cantik perlu amalkan menggunakan kondisioner sesuai aturannya. Rambut yang lembut dan elastik, tidak gugur, mudah disikat, tidak kerinting (kecuali yang asli) perlu dikekalkan. Kehebatan minyak kelapa VCO dimana bahan 
Asid Laurik dalam bentuk MCFA memainkan peranan dalam menjaga kesihatan rambut. Pembaca perlu tahu jika punca utama kesihatan rambut merosot adalah disebabkan rambut kehilangan protein yang seterusnya mengakibatkan rambut gugur dan rosak. Hasil daripada kajian saintifik dimana saintis mendapati Minyak Kelapa Dara sangat baik dalam membantu bagi mencegah masalah kehilangan protein pada rambut.


(14) VCO MENJAGA KESIHATAN KULIT DAN AWET MUDA
Kulit terbentuk daripada 3 lapisan dimana lapisan pertama dipanggil 'epidermis' yang terbentuk daripada keratin yang keras. Kemudian lapisan ke dua dipanggil 'dermisIa' mengandungi bahan collagen, fibroblast dan elastic fibers. Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah dan ini menyuburkan epidermis. Ia selalunya mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh. Kelenjar minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak. Seterusnya iaitu lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit atau 'subcutaneous tissues'.  Pembaca blog tahukah apa fungsi kulit?. Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan daripada berlaku kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma (kuman), melindungi organ dalaman daripada kecederaan dan juga mampu untuk mengawal suhu badan melalui perpeluhan. Kulit yang sihat dan cantik selalunya akan menjadi idaman ramai dimana dicirikan sebagai mempunyai kulit yang licin, tegang, anjal dan berwarna agak kemerah-merahan serta bebas daripada jerawat atau kulit merekah. Kulit muka yang normal adalah antara lingkungan kulit kering ke kulit berminyak.

Untuk menjaga kesihatan kulit adalah disyorkan agar pembaca semua amakan mengambil Minyak Kelapa Dara atau juga guna sebagai sapuan. Kandungan bahan MCFA iaitu Asid Laurik yang terkenal dengan sifat AntI-Keradangan membantu Kulit untuk kekal lembap dan anjal. Minyak Kelapa Dara menjadi bahan utama dalam kosmetik premium seperti Make Up Remover dan juga Cleanser yang dapat menjaga kesihatan kulit serta Awet Muda bagi penggunaan jangka panjang. Artikel ini ditulis dalam 5 (Lima) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info berguba kali ini. Wasllam!!!...
MINYAK KELAPA DARA... VCO SAMA....
BANYAK KHASIAT... BERPADA HARGA...
HARGA MAMPU... MUDAH IA DIGUNA....
MEMBACA ARTIKEL... INGIN AMALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Zulkaedah 1443H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.