Sunday, June 26, 2022

HEBATNYA KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (PART 3)

MINYAK KELAPA DARA
adalah satu produk yang dihasilkan daripada Teknologi Bio (Biotechnology) daripada buah kelapa (Cocos nucifera) melalui beberapa teknologi pemprosesan termasuk proses pemanasan, penapaian dimana ia tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Ia berbeza dengan proses penghasilan minyak masak (coking oil) yang biasa. Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO) diperakui mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik yang dibuktikan sangat baik untuk kesihatan. Walau pun minyak ini telah lama dijadikan satu industri di seluruh dunia terutama di Indonesia, Filipina dan beberapa negara tropika pengeluar kelapa lain diseluruh dunia akan tetapi tetapi kempen penggunaan minyak VCO ini di Malaysia hanya popular sekitar 10 -15 tahun lepas sahaja. Ramai usahawan minyak kelapa dara di Malaysia yang menghasilkan minyak ini untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan teknologi yang didapati dari agensi kerajaan, rakan perniagaan dan sebagainya. Minyak kelapa dara adalah minyak yang dihasilkan daripada santan dari pokok kelapa tua yang terdapat di kebun. Kualiti minyak kelapa dara dari pokok dan buah kelapa muda dipercayai kurang berkualiti. Minyak ini mengandungi Asid Laurik iaitu sejenis asid lemak berantai sederhana yang bersifat antivirus, anti bakteria dan juga anti protozoa serta baik untuk kesihatan pada tubuhbadan manusia. Apa pun penulis blog dapati sejak masa dahulu, nenek moyang kita di Malaysia sudah lama mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara bagi tujuan untuk menjaga kesihatan seharian mereka. Malah amalan penggunaan Minyak Kelapa Dara telah direkodkan seawal 1,500 tahun dahulu di India di dalam Kitab Ayurveda mereka. Memang walaupun pada zaman dahulu tiada kajian yang dijalankan ke atas pengamalan Minyak Kelapa Dara namun diakui bahawa mereka pada zaman dahulu sangat kurang menghadapi masalah kesihatan seperti di zaman sekarang. Kini seiring dengan kemajuan teknologi, kini pelbagai kajian saintifik dan perubatan telah membuktikan Minyak Kelapa Dara (VCO) sangat baik diamalkan dan mempunyai pelbagai kehebatan khasiat dan manfaat kepada manusia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira paparkan kehebatan khasiat Minyak Kelapa Dara untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Banyak penyelidikan diseluruh dunia oleh saintis mendapati antara faktur yang menyebabkan minyak ini hebat termasuk ujudnya kandungan bahan berhasiat. Bahan tersebut dikenali sebagai bahan iaitu MEDIUM CHAIN FATTY ACID (MCFA), HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL) dan juga HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL). Bagi komponen Medium Chain Fatty Acid (MCFA) terkandung didalam Minyak Kelapa Dara mempunyai kira-kira 50-55% kandungan iaitu dikenali sebagai Asid Laurik. Diantara kelebihan utama MCFA yang sangat jarang ditemui adalah sifatnya yang sangat mudah diproses menjadi tenaga. Selain itu ianya juga bersifat Anti-Fungal, Anti-Microbial serta Anti-Viral. Minyak Kelapa Dara mengandungi MCFA kedua tertinggi selepas Susu Ibu. Komponen kedua iaitu High Density Lipoprotin (HDL) pula yang dikenali sebagai bahan bernutrisi yang sangat-sangat dicari-cari pakar perubatan diseluruh dunia kerana ia telah diketahui sebagai kumpulan jenis Kolestrol Baik. Fungsi utama HDL adalah mencuci saluran darah dari Kolestrol Jahat yang melekat di dinding-dinding saluran darah. Komponen ketiga yang ada didalam Minyak Kelapa Dara adalah kandungan bahan berfungsi sebagai Anti Oksidan. Anti-Oksida adalah sejenis nutrien yang bertanggungjawab untuk melawan radikal bebas didalam tubuh manusia. Kehadiran bahan radikal bebas yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah masaalah seperti Penyakit Diabetis, Penyakit Jantung serta Kanser. Pengambilan minyak VCO ini antara pilihan terbaik kepada manusia.

(7) VCO MENAMBAHBAIK FUNGSI BUAH PINGGANG
Buah pinggang (Kidney) adalah antara organ yang paling penting dalam tubuh manusia. Kerosakan buah pinggang boleh membawa kepada penyakit yang serius atau kematian. Setiap buah pinggang mempunyai struktur dan fungsi yang sangat kompleks. Buah pinggang mempunyai dua fungsi penting iaitu pertama untuk menyingkirkan sisa bahaya yang toksik dan yang kedua untuk mengekalkan keseimbangan air, cecair, mineral dan bahan kimia iaitu elektrolit seperti natrium, kalium dan sebagainya. Buah pinggang menghasilkan air kencing dengan mengeluarkan produk sisa toksik dan air berlebihan daripada badan. Air kencing yang dihasilkan dalam setiap buah pinggang akan melalui ureter, mengalir ke dalam pundi kencing sebelum akhirnya disingkirkan melalui uretra. Kebanyakan orang (lelaki dan perempuan) mempunyai dua buah buah pinggang. Buah pinggang yang mana ia terletak di bahagian atas dan belakang abdomen iaitu pada sisi tulang belakang (lihat rajah). Tulang rusuk melindungi dua buah pinggang tersebut. Buah pinggang terletak di dalam abdomen dan biasanya tidak boleh dirasa dari luar badan. Buah pinggang adalah sepasang organ berbentuk kacang. Bagi orang dewasa, buah pinggang adalah kira-kira 10 cm panjang, 6 cm lebar dan 4 cm tebal. Berat setiap buah pinggang adalah kira-kiranya 150-170 gram. Menurut k
ajian saintifik yang telah dijalankan pada 2014 oleh Universiti Okure, Nigeria mendapati Minyak Kelapa Dara (VCO) dilaporkan akan dapat membantu menambahbaik fungsi Buah Pinggang yang mana telah merosot disebabkan oleh masalah diabetis. Kandungan MCFA yang diproses di hati tanpa melibatkan gula akan membantu mengurangkan beban buah pinggang. Mengamalkan Minyak Kelapa Dara secara berterusan dapat membantu mencegah penyakit buah pinggang serta hempedu. Malah dengan mengamalkan Minyak Kelapa Dara dapat membantu pesakit batu karang dalam menghancurkan batu karang di dalam buah pinggang.


(8) VCO MAMPU MENGURANGKAN MASALAH 
     OSTEOPROSIS DAN ARTHRITIS
Osteoporosis
adalah keadaan biasa yang melemahkan tulang manusia. Ia berlaku apabila usia seseorang itu semakin lanjut, perubahan dalam paras hormon menyebabkan tulang anda kehilangan mineral. Peringkat pertama berlaku kehilangan tulang dipanggil 'osteopenia' yang bermakna tulang anda tidak sekuat yang sepatutnya. Tulang anda mula patah lebih cepat daripada apa yang boleh dibina semula oleh tubuh anda. Dan dari masa ke masa ia kehilangan kekuatan dan struktur. Jika seseorang itu mengalami osteoporosis maka tulangnya akan lebih mudah patah walaupun akibat jatuh yang ringan, terlanggar atau bersin. Tulang patah boleh berlaku kepada diri mereka dimana dilaporkan 1 dalam 3 orang wanita dan 1 dalam 5 orang lelaki berumur lebih 50 tahun akan mengalami keadaan tulang patah disebabkan osteporosis. 
Tulang ialah tisu hidup yang boleh memberikan struktur tubuh seseorang dimana ia dibina semula berterusan dan digantikan sepanjang hayat anda. Jika anda mengalami osteoporosis, tulang anda patah lebih cepat daripada ia boleh dibina semula oleh badan. Ini juga boleh menyebabkan ia menjadi rapuh dan lebih cenderung untuk patah, walaupun akibat hanya sedikit hentakan atau jatuh.  Hasil dari kajian dari Unit Farmakologi UKM pada 2012 mendapati kandungan MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara dapat membantu mengukuhkan struktur tulang serta mampu mencegah osteoprorosis. Sekitar 60% MCFA di dalam Minyak Kelapa Dara sangat menyerupai dengan komposisi susu ibu yang sememangnya diketahui ramai sangat baik untuk pertumbuhan tulang manusia. Bahan Anti-oksidan di dalam Minyak Kelapa Dara juga yang dikenali sebagai Polyphenol didapati dapat membantu mengurangkan bengkak serta keradangan yang disebabkan oleh masalah Arthritis.


(9) VCO MAMPU MENINGKATKAN IMUNITI BADAN
Imuniti Badan
(Immunity) adalah sistem pertahanan dan kekebalan tubuh badan yang menjaga seluruh sistem tubuh badan kita ini daripada serangan seperti kes penyakit, patogen, racun dan sebagainya. Ia bertindak sebagai tentera yang menjaga tubuh badan supaya kekal sihat dan imunisasi sistem badan ini berada pada tahap optimum. Terkait isu apakah makanan yang sesuai untuk meningkatkan sistem imuniti manusia. Ada bertanya dimanakah letaknya sistem imuniti ini di tubuh badan manusia. Sistem imuniti ini dilaporkan akan berada di dalam sel darah putih yang terdapat pada segenap pelusuk tubuh badan dan dibawah kulit kita dimana kulit merupakan organ terbesar dalam menjadi penghalang daripada kemasukan bakteria dan patogen. Selain kulit, komposisi terbanyak sistem imuniti ataupun antibodi yang terdapat pada badan kita ini adalah berada pada bahagian usus. Jadi perlu dipastikan sistem gastrointestinal berada pada tahap yang sihat dengan memilih makanan yang baik, berkhasiat seperti yang telah digariskan dalam amalan pemakanan sihat. Dalam pada itu minyay VCO memang mempunyai dua (
2) komponen utama di dalam Minyak Kelapa Dara iaitu Asid Laurik dan Asid Caprilik yang memang bersifat Anti-Viral. Kedua komponen ini sangat dikenali sebagai ejen yang sangat baik untuk tujuan melawan jangkitan Kulat (Candida), Bakteria jahat serta kuman di dalam dan luar badan.


(10) VCO MENCEGAH MASALAH GANGGUAN TIROID
Ramai ingin tahu apa itu Tiroid?. Penulis blog menrujuk jurnal dimana kelenjar tiroid adalah bahagian tubuh yang mana ia bertanggung jawab menghasilkan hormon tiroid agar setiap sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Hormon tiroid mengatur metabolisme tubuh atau beri kemampuan untuk mengubah kalori menjadi tenaga yang memiliki pengaruh terhadap degupan jantung, cara bernafas, kitaran datang bulan (menstruasi), kawal suhu badan, kawal tekanan darah dan fungsi vital tubuhbadan lainnya. Gangguan yang berlaku pada pengeluaran hormon tiroid sama ia berlaku  pada kelenjar pituitari, hipotalamus, atau tirod boleh ia akan menyebabkan hipertiroidisme (pengeluaran hormon tiroid berlebihan) atau hipotiroidisme (pengeluaran hormon tiroid yang terlalu sedikit). Kelenjar tiroid terletak di bahagian leheriaitu berada sedikit di bawah dagu atau bahagian tulang rawan yang menonjol. Bentuknya seperti kupu-kupu berukuran dua inci yang sayapnya atau lobus membungkus pada tenggorok dan kadang-kadang menyatu di tengah dengan sepotong jaringan tiroid yang disebut isthmus. Oleh karena ia merupakan sebahagian dari sistem endokrin, kelenjar tiroid menghasilkan dan melepaskan hormon Triiodothyronine (T3) dan Thyroxine (T4). Hormon ini dihasilkan dari iodin yang didapatkan tubuh dari makanan dan garam beryodium. Hasil kajian oleh 
Dr Joseph Mercola dari USA mendapati Minyak Kelapa Dara mampu mencegah masalah gangguan tiroid. Dilaporkan ia tidak seperti efek dari Minyak Soya dan lain-lain minyak sayuran dimana Minyak Kelapa Dara dilaporkan tidak mengganggu fungsi Tiroid. Hasil kajian mendapati ia memang mempunyai sifat anti-keradangan yang dapat mengurangkan keradangan Tiroid yang jika tidak dikawal mungkin berakhir dengan hypothyroidism and hyperthyroidism. Artikel ini ditulis dalam 5 (Lima) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info berguba kali ini. Wasllam!!!...
MINYAK KELAPA DARA... VCO SAMA....
BANYAK KHASIAT... BERPADA HARGA...
HARGA MAMPU... MUDAH IA DIGUNA....
MEMBACA ARTIKEL... INGIN AMALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Zulkaedah 1443H). 
Posted from:
Room 104, Riverside Boutique Hotel,
Kuantan, Pahang .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.