Tuesday, May 31, 2022

KEPENTINGAN HUTAN DI JAGA

KEPENTINGAN HUTAN
kepada manusia dan alam sekitar merupakan satu perkara yang agak jarang diperkatakan kecuali pada sambutan Hari Hutan Sedunia saban tahun. Apa pun lazimnya dalam meniti arus kemodenan ini selalunya apa yang berlaku adalah kawasan hutan telah menjadi mangsa kerakusan manusia yang mengejar kekayaan. Hakikatnya adalah dimana hutan merupakan kawasan alam semula jadi dan khazanah yang tidak ternilai harganya. Kewujudan hutan telah meliputi keluasan muka bumi sebanyak lima puluh peratus. Hutan memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia sejak kelahiran manusia terawal dalam keadaan alam semesta. Antaranya ialah hutan membekalkan sumber bahan mentah kepada manusia untuk tujuan pembangunan perindustrian dan perumahan antaranya dimana hutan telah membekalkan manusia dengan kayu kayan seperti kayu jati, cengal, meranti dan sebagainya untuk penghasilan bahan-bahan industri khususnya perabot. Ini secara tidak langsung adalah peranan hutan didalam menyediakan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat dalam industri perabot di samping ia juga signifikan didalam menjana ekonomi negara. Selain itu juga hutan perlu dikekalkan untuk memberi keseimbangan ekosistem alam. Perkara ini demikian disebabkan oleh hutan yang berperanan mampu mengurangkan kepanasan bumi dan pelindung sinaran ultraungu daripada terkena pada kulit manusia dan haiwan. Sinaran ini merupakan salah satu punca penyakit kanser kulit menular. Dalam pada itu hutan berpaya mengurangkan bencana alam seperti kemarau, hakisan tanah, banjir dan sebagainya yang akan menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa manusia secara besar jumlahnya. Penulis blog merujuk keada satu peribahasa Melayu iaitu pepatah 'Sedikan Payung Sebelum Hujan' yang berkait dengan isu kehilangan hutan sebelum segala-galanya sudah terlambat. Sebenarnya hutan ialah kawasan tadahan hujan secara semula jadi. Umum mungkin faham jika hutan telah mnjadi bekalan air dan habitat benyak jenis haiwan yang berada didalamnya. Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di hutan dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh kerana akar mereka dapat menahan hakisan muka bumi di hutan dengan cengkaman tumbuhan punya akar. Akarnya akan menyerap air yang mengalir seperti air hujan. Hutan telah membeikan kepada manusia perkhidmatan dalam menangani masalah-masalah seperti masalah sumber untuk penerokaan industri baharu dan masalah alam semula jadi. Di samping itu penulis blog percaya dimana hutan merupakan habitat bagi flora dan fauna seperti harimau, singa, ular, burung kakak tua, pokok kelapa sawit, bunga rafflesia, bunga ros, pokok ru, pokok gaharu dan sebagainya. Ia berkait juga dimana hutan dapat mengelakkan kepupusan spesis serangga, flora dan fauna yang berharga. Kehilangan hutan menyebabkan generasi yang akan datang tidak berpeluang lagi untuk menikmati keindahan antara benda abiotik dan biotik yang terbentuk secara semulajadi. Mereka cuma dapat merasainya melalui peninggalan gambar ataupun catatan yang ditinggal oleh generasi lepas.  Pada penulis blog dimana hutan ialah tempat bagi perindustrian 'ekopelancongan' atau 'agro forestry' untuk ianya terus dimajukan. Kerajaan harus mengorak langkah dengan mewartakan hutan simpan dan taman negara sebagai usaha memulihara hutan. Inisiatif ini akan menarik perhatian rakyat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk memberikan kerjasama yang erat untuk memelihara hutan di dalam negara. Hutan merupakan harta benda semua hidupan yang percuma dan manusia dapat menikmati keaslian mereka yang tidak tercemar dan pengekalan yang sempurna. 
Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk pemeliharaan dan pemuliharaan hutan negara dengan semangat bagai aur dengan tebing, Semangat ini harus dicontohi oleh semua pihak dalam mewujudkan keharmonian antara manusia dengan alam semula jadi. Kesedaran dalam melahirkan rakyat yang mencintai alam sekitar dan rakyat yang mempunyai kesedaran tentanga tanggungjawab diri untuk menyumbang tenaga dalam penyelesaian masalah alam dan hutan. Artikel malam Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kepentingan hutan agar di jaga dengan baik untuk dijadikan bahan rujukkan.

Dalam pada itu k
epentingan hutan yang mesti dipelihara dan dijadikan rujukan perlu dilaksanakan dengan betul. Kini ada kesedaran dimana hutan yang dianggap sebagi sumber yang boleh diperbaharui bagaimana pun bagi memperbaharuinya mengambil masa yang lama. Hutan tropika yang sudah dimusnahkan oleh manusia atas dasar pembangunan memang sukar untuk pulih seperti sediakala. Fungsinya sebagai biodiversiti menjadikan Malaysia sebagi salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai kehidupan biotik dan abiotik. Sesungguhnya hutan mempunyai peranan yang sangat besar di dalam kehidupan manusia. Pertama diantara kepentingan hutan adalah ia sebagai perkara asas kepada kewujudan sungai. Selalunya legeh sungai atau punca sungai adalah kebanyakkanya berasal dari kawasan tanah tinggi yang dilitupi hutan. Lihat sahaja contohnya sungai Perak dan Sungai Pahang berasal dari Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang Negara. Banjaran Titiwangsa menjadi legeh sungai kerana hutan di situ berfungsi seolah-olah span yang menyerap air. Hutan akan menyimpan air kerana air hujan diserap ke dalam tanah dan dikeluarkan semula di dalam bentuk punca sungai (kawasan air terjun dan mata air). Kepentingan kedua adalah dimana hutan sebagai habitat flora dan faunaMalaysia diiktiraf sebagai salah satu mega biodiversiti yang hanya berjumlah 12 kawasan sahaja di seluruh dunia. Biodiversiti merujuk kepada keseluruhan hidupan dari mikro kepada hidupan sebesar gajah yang membentuk ekologi dan habitat yang sangat unik,rencam serta hebat. Lihat sahaja Malaysia bersama hutannya gah dengan bunga terbesar di Malaysia, gah dengan pelbagai hidupan liarnya yang unik. Penulis blog dapati dimana haiwan orang utan yang ada adalah ‘the one and only’ diseluruh dunia untuk dikekalkan. Hutan yang dipelihara serta dipulihara akan menjadi khazanah dan tempat tinggal hidupan liar serta perlindungan flora yang hebat. Selalu dinyatakan dimana 'Hutan Penstabil Suhu Dunia' yang unik. Dengan sifatnya yang melakukan fotosintesis maka hutan menggunakan karbon dioksida dapat menyejukkan suhu bumi. Suhu setempat juga dapat dikawal melalui penanam pokok yang besar,terutama di kawasan Bandar. Hutan penting sebagai agen penyejuk serta menyederhanakan kawasan yang panas. Dengan pembalakan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan suhu dunia bertambah panas. Fenomena pemanasan global dimana ia biasanya dikaitkan dengan kesan rumah hijau dan pertambahan karbon dioksida sering dibincangkan dalam banyak forum.


Kepentingan hutan didalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan 
kepelbagian biologinya apabila hutan merupkan khazanah Negara yang sangat bernilai. Beberapa penyelidikan tentang perubatan sebenarnya masih meluas dan berpotensi untuk dimajukan. Kini dengan nilai perubatan yang sangat tinggi hanya sebahagian kecil sahaja khasiat perubatan hutan diketahui serta dikaji dimana diantaranya kehebatan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang popular itu dan ia memang masih banyak lagi sebenarnya yang belum diterokai dan dikaji. Kepentingan hutan memang dikaitkan sebagai faktur untuk bencana dan pencegahan banjir. Dalam kes dimana disebabkan aktiviti pembalakan yang berleluasa Thailand dimana pada tahun 1988 telah menyebabkan berlaku kes banjir yang dashyat di Bangkok. Ia dikaitkan apabila hutan di sebelah utara negara itu sudah dimusnahkan secara meluas. Hutan berfungsi untuk menahan air larian permukaan bila tanah tidak lagi mampu menampung jumlah air hujan yang turun. Jadi jika hujan turun dengan lebat sekali pun hutan akan menyerap air dengan baik kerana titisan air hujan akan turun dengan perlahan-lahan akibat rintangan daun, ranting, batang pokok serta humus yang begitu tebal di kawasan tanah hutan dimana dengan ini banjir akan dapat dielakkan. Ramai tahu dimana kepentingan hutan adalah berkait dengan komuniti Orang AsliSejak sekian lamanya hutan merupakan tempat tinggal orang asli serta bumiputera di Kepulauan Borneo dimana walaupun bersama dengan arus kemodenan akan tetapi kepentingan hutan masih merupakan tempat tinggal ramai kaun pribumi di seluruh dunia. Hutan juga didakwa mampu menjadi tempat tinggal yang sangat sebati dengan kehidupan pribumi seperti memburu dan bercucuk tanam. Hutan merupakan perlindungan yang unik sehingga melahirkan budaya hidup dan adat yang unik menjadi satu daripada kebanggaan budaya. Aspek 'agro-forestry' kini semakin popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong asing. Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat. Konsep eko-pelancongan sangat bertepatan di mana di Malaysia ada hutan hujan tropika yang hebat termasuklah hutan paya bakau yang mampu dalam menyerlahkan suasana alam semulajadi kepada pelancongan. Hutan juga mampu menjana kepada Ekonomi Negara. Ini apabila dilakukan aktiviti pembalakan secara terancang boleh menjamin kelangsungan hutan negara. Pemuliharaan hutan sangat perlu dilakukan dimana kaedah pembalakan secara terpilih atau menebang pokok yang betul-betul matang sahaja perlu dilaksanakan. Penanaman semula hutan perlu terus dijalankan secara kerap. Kawasan hutan simpan dan taman negara memerlukan pemantaun yang lebih kerap dan terancang.Kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air perlu dipantau,tindakan undang-undang perlu tegas.Undang-undang perlu digubal untuk menjamin kawasan hutan atau kawasan tadahan air terpelihara. Hutan juga dilaporkan mampu untuk menjadi sumber makanan kepada penduduk tempatan. Hutan sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagi sumber makanan seperti buah-buahan (terutama untuk buah nadir) dan bebeapa jenis sayuran dan ulaman (petai, jering, kerdas) dan sebagainya. Keberadaan buah-buah atau tumbuhan di dalam hutan boleh menjadi sumber makanan melalui kajian serta penyelidikan yang mendalam.

Kempen dalam kesedaran umum dalam menjadikan hutan perlu dipulihara demi keseimbangan alam sering dipaparkan kepada umum. Keunikan b
iodiversiti telah dipilih sebagai tema bagi Hari Alam Sekitar Sedunia saban tahun. Hari Alam Sekitar Sedunia akan diraikan bagi menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat seluruh dunia tentang kepentingan untuk menjaga dan memulihara hutan dan juga alam sekitar. Biodiversiti mencakupi semua spesies tumbuhan dan haiwan di bumi ini serta ekosistem yang melibatkan semuanya membentuk komuniti yang saling berkaitan. Dalam konservasi peringkat antarabangsa telah mengenal pasti 17 negara- negara yang memiliki kepelbagaian biologi pada 1998 dan sebilangan besar daripada negara-negara tersebut terletak di kawasan iklim tropika atau subtropika termasuk Malaysia. Apa pun  Malaysia adalah negara bertuah kerana terpilih di antara 17 negara-negara kepelbagaian biodiversiti tersebut. Istilah tersebut merujuk kepada salah satu kumpulan negara yang menyimpan sebahagian besar spesies Bumi dan jumlah spesies endemik yang tinggi. Klasifikasi ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana sebilangan kecil negara termasuklah Malaysia dimana ia  memegang sebahagian besar didalam kepelbagaian biologi, sekali gus bertanggungjawab politik dalam pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar. Hutan hujan tropika merupakan gedung kepada khazanah negara yang tidak ternilai dan berharga. Namun, sebahagian besar spesies flora dan fauna ini terancam akibat perubahan iklim serta kesan pemanasan global. Apa pun sejak kebelakangan ini dilaporkan keprihatinan dan kesedaran masyarakat seluruh dunia terhadap isu-isu alam sekitar seperti perubahan iklim dan pemanasan global semakin terserlah. Sebagai contoh dimana perkara ini dapat dilihat menerusi peningkatan dan penglibatan masyarakat seluruh dunia dalam aktiviti seperti penanaman pokok bagi melestarikan alam sekitar. Aktiviti penanaman pokok secara besar-besaran acap kali dijalankan serta semakin mendapat sambutan di hati masyarakat seluruh dunia. Masyarakat mengambil peluang untuk turut serta dalam aktiviti penanaman pokok yang dianjurkan bagi mendekatkan diri mereka dengan alam sekitar serta menambah ilmu pengetahuan berkaitan alam sekitar. Perkara ini membuktikan bahawa masyarakat memahami tanggungjawab masing-masing terhadap aspek kelestarian alam sekitar. Senario ini adalah suatu perkembangan positif yang harus dipraktikkan dan diteruskan pada masa akan datang.

Kefahaman kepentingan hu
tan sebagai khazanah alam perlu dipelihara secara mampan demi memacu pembangunan sosio-ekonomi negara dan menyumbang kepada kestabilan persekitaran buat generasi akan datang. Hutan adalah khazanah alam yang perlu dipelihara secara mampan demi memacu didalam pembangunan sosio-ekonomi negara dan menyumbang kepada kestabilan persekitaran buat generasi akan datang. Kempen sering dilakukan demi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai perihal pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Mungkin masih ramai lagi yang kurang cakna dengan kepentingan menjaga hutan. Kempen dan saranan tersebut mampu untuk membawa satu isyarat penting kepada dunia bahawa isu kelestarian alam sekitar termasuk masalah yang berkaitan perhutanan perlu diselesaikan secara tuntas. Isu perhutanan sering kali dikaitkan dengan aspek keluasan kawasan hutan. Pada 1946 dilaporkan sebanyak 77.07% daripada keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia dilitupi hutan. Kemudian pada 1992 dilaporkan Malaysia bersama-sama negara dunia lain berjanji ingin memberikan komitmen untuk mengekalkan sekurang- kurangnya 50 peratus daripada tanah negara sebagai kawasan berhutan. Namun pada 2019 dilaporkan dimana hanya 43.4 peratus kawasan hutam yang berada di Semenanjung Malaysia. Walau pun ada pihak yang berpendapat bahawa kita perlu berbangga kerana negara kita masih berjaya mengekalkan kawasan berhutan yang secara relatifnya luas jika dibandingkan dengan negara lain. Kalangan mereka berpendapat aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram masih terkawal. Satu lagi pihak berpendapat bahawa masalah berkaitan perhutanan di negara adalah begitu serius sehingga mendatangkan bencana alam seperti banjir besar, tanah runtuh dan lain-lain. Tatkala satu dunia masih bergelut mendepani pandemik Covid-19 dilaporkan masih ada juga pihak yang mengambil peluang menceroboh kawasan hutan. Contohnya pada Mac 2021 telah menyaksikan penangkapan beberapa individu yang membersihkan hutan dengan tujuan menanam pokok getah dan buah-buahan. Pada sekitar April 2022 pula ramai dikejutkan dengan berita ada pihak yang menebang pokok, membakar dan meratakan tanah untuk tujuan pertanian tanpa kebenaran. Terdapat juga kilang papan haram yang beroperasi dalam hutan untuk memproses balak. Kegiatan haram ini jika tidak dikawal rapi akan memberikan implikasi buruk kepada iklim negara kita dan dunia. Dampak yang ketara daripada aktiviti penerokaan tanah secara haram yang berleluasa bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada sumber pendapatan kerajaan, malah rakyat juga menanggung kesengsaraan apabila kegiatan haram ini acapkali dikaitkan dengan gangguan bekalan air. Di Raub, Pahang pula ada pihak yang mendakwa aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah secara haram mengakibatkan air menjadi keruh terutama ketika musim hujan dan menyebabkan gangguan bekalan air di daerah terbabit. Kegiatan haram yang berlaku di hutan juga akan memberikan kesan kepada suhu di sesuatu kawasan. Lihat sahaja di Cameron Highlands yang berlaku peningkatan suhu yang sedikit sebanyak ada kaitannya dengan perubahan guna tanah akibat daripada kegiatan penebangan hutan semula jadi di sana. Peningkatan suhu yang berlaku di daerah itu sudah pasti memberi kesan negatif kepada dua sektor ekonomi di sana iaitu sektor pertanian dan pelancongan. Jika penebangan hutan dilakukan tanpa kawalan, kesan perubahan iklim di daerah itu mungkin akan mengurangkan hasil tanaman kerana jangka masa kitaran tanaman yang singkat mungkin akan berlaku disebabkan peningkatan suhu di kawasan terbabit. Selain itu berlaku kes peningkatan suhu di kawasan terbabit juga berkemungkinan akan mengurangkan daya tarikan pelancong yang selama ini berkunjung ke kawasan berkenaan kerana faktor iklimnya yang dingin. Sebenarnya memang ada banyak inisiatif yang dijalankan kerajaan demi memastikan keselamatan hutan di negara kita terkawal. Antaranya dimana kerajaan sudah melaksanakan pindaan ke atas Akta 313 demi meningkatkan penguatkuasaan dan kadar hukuman bagi membendung kesalahan hutan. Selain itu juga kerajaan kini juga sudah menubuhkan war room yang bertindak sebagai bilik gerakan untuk memperkasa aktiviti pemantauan sumber hutan negara.  Kerajaan juga sudah mengadakan aktiviti penguatkuasaan seperti risikan, rondaan di kawasan hotspot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan menggunakan helikopter dan dron untuk memantau kawasan pembalakan haram. Tanpa mengetepikan pembangunan, semestinya pemeliharaan dan pemuliharaan hutan patut dijadikan agenda utama kerajaan. Maksudnya, perlu ada keseimbangan yang dinamik antara pembangunan dan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan semula jadi. Aktiviti pengezonan kawasan dan pembangunan yang membabitkan konsep guna semula kawasan yang sudah dibangunkan mungkin berupaya untuk mengekalkan kelestarian hutan negara. Selain daripada pentingnya untuk meningkatkan pemberat hukuman kepada pesalah yang menceroboh hutan, kerajaan juga dinasihatkan untuk sentiasa berkomunikasi dengan rakyat dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama melontarkan idea demi membangunkan sesebuah kawasan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pe,baca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA HUTAN... HUTAN TROPIKA...
BANYAK KEPENTINGAN.. SILA BACA....
PERANAN HUTAN... BIODIVERSITI SAMA...
MEMBACA ARTIKEL...KINI  FAHAM JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ta,an Cendana, Jalan Istana,
Bukit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(28 Syawal 1443H).

Monday, May 30, 2022

HARGA BARANG MAKANAN MAHAL - BAGAIMANA

HARGA BARANG MAKANAN
di negara kita dan mungkin dibeberapa negara lain didunia semakin mahal sekarang. Isu ini amat membimbangkan apabila saban hari ia dilaporkan didalam media dimana aduan pengguna yang bukan sahaja terpaksa membayar kos yang tinggi untuk berbelanja bahan makanan akan tetapi yang lebih merisaukan adalah ketiadaan barangan tersebut dipasaran. Antara yang sering dilaporkan dalam media utama dan media sosial adalah kelangkaan bahan seperti minyak masak dan tepong. Beberapa punca yang paling sering diperkatan yang menyebabkan barang mahal adalah disebabkan oleh isu Perang Rusia-Ukraine, faktor iklim dan suhu panas yang melampau, kos bahan pertanian yang terus mahal (baja. bahan kimia dan makanan haiwan ternakan) selain daripada permintaan yang meningkat. Ia juga berkait dengan isu didalam keadaan menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar dimana negara mungkin tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi apabila kenaikan harga barang berlaku secara holistik. Pada penulis blog mendapati dimana senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata terutama golongan yang masih berpendapatan rendah dan pengguna kebanyakkan. Walau pun di Malaysia masih belum berlaku rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara harus menjadi iktibar dan pihak tertentu perlu mencari jalan untuk mengatasi isu ini. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi terkait juga dengan isu kenaikan harga minyak. Kita di Malaysia masih beruntung kerana harga minyak petrol diantara terendah di rantau Asia dan ia sedikit sebanyak membantu didalam mengawal kenaikan harga makanan. Kenaikan minyak yang sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan kerana ia akan menyebabkan harga semua barangan turut naik dengan serentak. Faktur bencana alam juga didakwa merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Pada tahun 2021 dan 2022 ini berlaku banjir atau dilaporkan akan berlaku suhu panas dan kemarau yang berpanjangan yang boleh menyababkan hasil tanaman pasti berkurangan. Sejak beberapa tahun ini dilaporkan ada negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India, Ukraine dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan dan kini akibatnya terdapat beberapa negara ini yang telah mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal. Terbaru India menghantikan eksport tepong gandum yang menyebabkan bekalan di Malaysia terjejas dan rak-rak tepong di pasaraya telah 'Kosong' (Sila lihat foto diatas). Isu juga terkait dengan kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini. Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dilaporkan nilai mata wang Malaysia telah terjunam dan kesannya adalah para peniaga negara kita terpaksa terus mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing. Sebagai realiti dimana negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar. Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu negara tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum. Walau pun ada didakwa dimana ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang. Demi meragut keuntungan yang lumayan masih terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan. Mereka ada yang enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu. Hal ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang. Penulis blog percaya dimana rakyat Malaysia perlu sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan menyababkan tercetusnya inflasi. Para pengguna kita juga perlu bertanggungjawab dalam konteks ini dimana perlu faham tentang ilmu kepenggunaan. Mereka sebaiknya hanya perlu membeli-belah dengan berdasarkan nafsu dan bukan berpaksikan keperluan. Contohnya iaitu ketika musim perayaan, penduduk Malaysia sering membeli barangan secara berlebihan sehingga berboros kerana tidak dapat menghabiskannya antaranya membeli daging ayam dan telur dan sebagainya. Mereka membuat kuih-muih dan juadah dengan terlalu banyak. Artikel subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai isu harga barangan makanan yang naik dan menrisaukan ramai pengguna untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah bagaimana ramai kalangan peniaga barang makanan yang tersepit apabila harga manjadi mahal sering dilaporkan. Kini pada tahun 2022 berlaku k
enaikan harga bahan makakan yang ketara yang berlaku sejak Januari lalu. Ia kini terus mencatatkan kenaikan dari semasa ke semasa sehingga menyukarkan peniaga dan juga pengguna. Isu kenaikan harga barangan telah membawa kepada rungutan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara termasuk para peniaga. Merujuk kepada satu laporan media dalam Berita Harian dimana bagi peniaga pasar bernama Ah Seng (51 tahun) yang merupakan seorang peniaga sayur di Pasar Chow Kit sejak 30 tahun mendakwa dimana kenaikan harga bahan makanan amat merunsingkan. Kenaikan harga ini mencatatkan kenaikan dari semasa ke semasa sehingga menyukarkan peniaga. Dakwanya mereka selalu ikuti harga sana (pasar borong) dimana jika harga di pasar borong naik maka dia pun akan menaikan harga runcit kepada pengguna. Pengguna akan merungut apabila peniaga runcit ini sepertinya menaikkan harga dan pengguna tidak mahu memahami keadaan sebenar dipasaran dan mahukan harga yang biasa dibeli. Pengguna akan mengadu kepada pihak KPDNHEP dimana kalangan mereka ada yang akan marah-marah kepada peniaga sebagai 'harga cekik darah' walau pun pengeluar barang makan sebenarnya libatkan banyak pihak dlam sistem rantaian pasaran. Pelbagai usaha biasanya akan dilakukan oleh pihak berkuasa didalam usaha mengawal kes-kes kenaikan harga dibanyak lokasi terutama di pasar dan di pasaraya serta premis lain yang sering menjadi tumpuan. Apabila ada aduan dengan segera pihak berkuasa akan membuat pemeriksaan dalam banyak sudut dimana semuanya akan menyusahkan pihak peniaga. Ada kalangan peniaga yang mendakwa 'keuntungan' yang diperolehi tidak seberapa tetapi merasa terhimpit diantara kehendak kerajaan dengan kawalan harga dan kehendak pengguna yang sering hendakkan harga murah tetapi mahukan produk berkualiti. Peniaga mendakwa dimana antara alasan harga barang keperluan dapor naik seperti minyak masak, tepong dan sayuran import adalah berlaku kekurangan bekalan, jika harga petrol dan diesel mengalami kenaikan dan kesan bencana alam. Ada peniaga yang pening melayan rungutan pembeli yang akan  diterimanya yang rata-rata marah apabila kenaikan barang makanan keperluan naik. 
Namun sebagai peniaga pula cuba dia sedaya upaya untuk menjelaskan situasi yang sebenar. Peranan media dalam memberitahu perkara sebenar kenaikan harga mungkin boleh meredakan situasi ini. Bagi peniaga ayam seperti Mohamad Ariff yang terpaksa berdepan dengan kecaman pembeli ysng mahukan agar kerajaan dapat menangani isu kenaikan harga ayam. Ini kerana ia bukan hanya mengakibatkan pembeli tertekan malahan peniaga kecil sepertinya turut tertekan gara gara-gara harga ayam yang melambung tinggi.

Dalam laporan lain yang dirujuk dalam kosmo.com.my bertajuk '
Barang mahal, pengguna tertekan' dari Petaling Jaya melaporkan bencana banjir yang pernah melanda beberapa ne­geri mula memberi impak kepada rakyat apabila mereka kini terpaksa membeli barang keperluan harian terutama ikan, ayam, da­ging dan sayur-sayuran pada harga lebih mahal berbanding biasa. Apa pun didakwa kenaikan harga itu antaranya berpunca daripada kekurangan bekalan bahan mentah dan pe­ningkatan kos pengangkutan apabila kebanyakan lori terpaksa melalui jalan alternatif bagi mengelak kawasan yang dinaiki banjir. Terkini pada tahun 2022 harga makanan ayam yang melambong tinggi menjadi lebih parah sehinggakan ada penternak yang menghentikan pengeluaran ayam. Di beberapa negeri ada laporan bekalan ayam tidak mencukupi dan yang ada pun dijual dengan harga mahal. Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna tertekan terutamanya di kawasan terjejas bah apabila terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi demi mendapatkan barang keperluan. Di Melaka dan di Selangor dilaporkan beberapa peniaga daging ayam meluahkan rasa keresahannya apabila perlu berdepan dengan masalah bekalan ayam yang tidak mencukupi. Peniaga tidak boleh untuk menjual mahal kerana kesannya pelanggan lari akan tetapi apabila harga daripada pembekal tinggi dan sentiasa naik setiap hari memang membebankan semua pihak. Mengimbas masa dulu sebelum berlaku isu ini, hanya lima tahun sekali baru harga ayam dan daging naik akan tetapi sekarang ini setiap hari naik dalam anggaran RM2 hingga RM3 sehingga ramai pengguna berfikir banyak kali untuk membelinya. Ada peniaga yang hanya ambil untung RM1 daripada harga modal bagi setiap jenis sayuran yang dijual dipremis di pasar mengikut kesesuaian. Dalam pada itu di Kedah seorang peniaga dikenali Muhammad Shah Rizal (40 tahun) pula mendedahkan dia ha­nya mendapat keuntungan RM1 bagi sekilo ayam kerana bahan mentah itu diperolehi pada harga tinggi daripada pembekal. Keuntungan seperti ini agak membebankan beliau kerana dia akan menanggung kos lain seperti sewa tapak, bil air, api dan upah. Di kedai runcit pula bagi seorang runcit, Mohd Fauzi Sharip dakwa apa yang menjadi masalah adalah bekalan minyak masak (peket dalam plastik dan botol) memang kini agak sukar mendapatkan bekalan daripada pengedar. Pernah di dimaklumkan bekalan akan sampai pada 4 Januari ini dan pengguna sanggup membayar RM2.70 sepeket berban­ding RM2.50 untuk mendapatkan minyak tersebut. Sementara itu di Perak bagi seorang suri rumah bernama Arbakyah Salim memberitahu dimana antara sayur yang mahal ialah kacang panjang iaitu RM8 sekilogram berbanding sebelumnya RM7, kacang buncis (RM11, sebelumnya RM9), kangkung (RM5, sebelum­nya RM4) dan telur gred C (RM13) sepapan. Ada peniaga yang memberitahu sesetengah barang dijual mengikut jualan daripada pemborong atau pembekal dan sebagai pengguna kita tidak ada banyak pilihan kerana mahu atau tidak kita memang kena belinya. Kenaikan harga sayur menyebabkan ada peniaga terpaksa mengurangkan kuantiti bagi tujuan untuk mengelakkan pelanggan mengeluh. Kalau dulu misalnya duit sekitar RM10 boleh dapat tiga jenis sayuran yang dijual dalam pinggan dengan jumlah agak banyak tapi sekarang harga masih sama cuma kuantiti sedikit. Mungkin ada bahan yang sudah dikawal harganya akan tetapi ada juga bahan yang lain mahal dan tidak masuk akal.

Merujuk kepada portal malaysiagazete pula bertajuk '
Harga barangan mahal, peniaga pun bimbang barang tak laku' juga berkaitan dengan artikel kali ini. Berita dari Kuala Lumpur ini menyatakan rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa amat kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang makanan yang masih belum stabil atau dipulihkan. Hasil tinjauan MalaysiaGazette di Pasar Chow Kit mendapati hampir kesemua peniaga menjual sekilogram ayam pada harga RM9.50 sementara kubis bulat pula dijual sehingga RM5.50 sekilogram. Menurut peniaga ayam dikenali dengan  Mohd Yusof Husin menyatakan harga ayam kini bukan sahaja mahal malah peniaga terpaksa menanggung kerugian juga  berikutan jumlah jualan yang semakin merosot. Dakwanya kalau sebelum ini dia mampu menjual sehingga 300 kilogram ayam dalam masa sehari namun kini hanya sekitar hanya100 kilogram sahaja yang dibeli oleh pelanggan. Sekarang jumlah pembeli sudah susut apabila harga ayam semakin naik. Dalam pada itu ramai pelanggan juga asyik merungut kerana harga sekilogram ayam terlalu mahal. Dalam sejarah harga ayam memang tidak pernah sampai RM9.50 dakwanya yang sudah pun berniaga hampir 30 tahun tapi kali ini harga boleh cecah sebegitu tinggi. Dia minta kerajaan untuk mengambil langkah dan tanggungjawab dalam mengawal harga barangan yang semakin meningkat naik terutamanya harga ayam kerana rakyat ketika ini sedang hidup susah akibat impak pandemik Covid-19. Kebanyakan ayam yang sampai memang besar semuanya dimana kalau seekor sudah lebih dua kilogram berapa harga yang perlu pelanggan bayar maka harganya sampai RM27 atau lebih RM30 seekor dan itu baru beli ayam sahaja tak masuk barangan lain. Harga ayam memang mahal sangat sampai orang sudah tidak mampu hendak beli lagi. Bagi seorang peniaga sayur iaitu Yau Heng menyatakan dimana sekiranya harga sayur semakin tinggi maka tidak mustahil pembeli juga akan semakin berkurangan. Pihak berwajib perlu menstabilkan semula (harga) supaya semua orang dapat berniaga dan untung yang berpatutan iaitu dengan harga kalau boleh jangan terlalu tinggi atau rendah. Dakwanya paling ketara harga kubis bulat yang dijual RM70 bagi satu beg dan kita perlu keluarkan modal sekitar RM4.50 bagi sekilogram dan jual antara RM5 sehingga RM5.50. kalau sebelum ini harga kubis hanya RM2.50 sekilogram dan kini mencecah RM5.50 dimana isu ini akan menyebabkan 'lari bajet' dimana pembeli pun berfikir banyak kali sebelum mahu beli dalam kuantiti yang banyak. Kalangan pengguna atau rakyat juga perlu melihat semula setiap perbelanjaan dengan lebih teliti supaya mereka tidak menanggung beban akibat kenaikan harga barang. Sebagai pengguna dimana semua perlukan bahan makanan dan terpaksa hadap jugalah dengan isu kos kenaikan barang mentah dan terpaksa berbelanja lebih sedikit untuk beli barang makanan asas ini. Ramai pengguna perlu mengawal perbelanjaan harian memandangkan barang basah yang meningkat maka secara tidak langsung harga makanan yang dijual di kedai juga akan naik. Kerajaan juga harus lebih jujur dan bertanggungjawab dalam menangani isu kenaikan harga barang yang berlaku hampir di seluruh negara. Pengguna masih berfikir jika pembelian melebihi pendapatan sebulan seseorang individu itu kesannya adalah ia memberi masalah kepada perbelanjaan keluarga. Apa pun pengguna memang terasa (kenaikan harga) akan tetapi sebagai rakyat apa boleh mereka boleh dengan kenaikan harga makanan ini. Isu dimana peniaga menjual pada harga barang yang sampai memang sudah mahal jadi takkan mereka mahu jual murah. Walau pun ada usaha kerajaan untuk berikan bantuan kewangan kepada pemain industri pertanian dalam masa terdekat akan tetapi ia cuma sebagai kaedah meringankan beban kos operasi yang telah memberi impak kepada harga barangan di pasaran. Menurut Menteri KPDNHEP pihaknya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sudah melaksanakan langkah tersebut dalam sektor ternakan ayam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua embaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BARANG MAKANAN... NAIK HARGA...
HARGA AYAM... IA PALING KETARA...
PENIAGA PENINGA... JUGA PENGGUNA...
MASAALAH INFLASI... KESAN YANG NYATA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bukit Baru, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(28 Syawal 1443H).

Sunday, May 29, 2022

TANAM BENDI FERTIGASI

TANAMAN BENDI
 (Hibiscus esculentus) merupakan satu aktiviti perkebunan yang mudah dan mampu memberikan pulangan yang baik. Selain dari menanam di kebun kini penanaman bendi boleh dijalankan dengan Teknologi Fertigasi. Sayuran jenis buah ini juga seringkali dipanggil sebagai 'Kacang Bendi' iaitu tumbuhan daripada keluarga Malvaceae yang mana seluas 3,283 hektar telah di tanam di Malaysia pada tahun 2021 menghasilkan sebanyak 62,796 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Penuis blog mendapati Negeri Perak paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,169 hektar menghasilkan 23,557 metrik tan diikuti dengan Negeri Johor (842 hektar) dan Sarawak seluas 395 hektar. Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman benii juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi. Pertama sekali saya menulis mengenai tanaman bendi adalah diposting pada 29 Disember 2009 iaitu 13 tahun dahulu dengan pautan berikut (Sila klik disini). Artikel pada subuh ini saya terus menulis sekali lagi teknologi fertigasi tanaman bendi dalam blog "Anim Agro Technology" agar ianya boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Teknik menanam bendi secara fertigasi boleh dilakukan diatas tanah, didalam polibeg, dalam pasu dan juga secara fertigasi gantung. Bagaimana pun cara menanam bendi didalam polibeg dan diatas tanah merupakan yang paling lazim dijalankan. Penulis blog pernah menanam bendi dalam polibeg sesuai dikawasan belakang rumah semasa bertugas di Kuching, Sarawak lama dahulu dan memang berbaloi (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun sesiapa yag ingin menanam bendi secara fertigasi perlu mendapatkan teknologi dan ilmunya dahulu terutama mengenai amalan teknologi sistem fertigasi, segala peralatan dan keperluan bahan yang perlu digunakan. Kalangan mereka yang suka bercucuk tanam memang sudah menjadi hobi menanam bendi dan sayuran serta ulaman lain dikawasan keliling rumah. Selain ianya dilihat mencantikan kawasan rumah dilaporkan dimana hobi ini akan memberikan hasil bendi yang segar dan selamat dimakan. Apa tidaknya apabila pokok bendi ini berbuah maka pada setiap hari boleh memetik untuk dimasak sendiri atau disedekahkan kepada jiran malahan jika kuantinunta banyak boleh dijual pula. Cara menanam dan menjaga bendi secara fertigasi diaporkan memang mudah dilakukan oleh semua golongan masyarakat. Apa yang perlu adalah kemahuan dan minat berkebun. 

Bagaimana pun paling penting adalah agar pembaca blog ini mempunyai kawasan sesuai untuk menanam bendi dimana ia memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk proses pertumbuhan terbaik. Pastikan untuk memilih kawasan tanah yang lapang dan tidak mudah bertakung air semasa hujan lebat. Kerja asas yang dijalankan adalah penyediaan kawasan dengan membajak (merotor) sebelum anda membuat batas tanaman setinggi 3-4 inci. 
Kalau tanah kecil memadai batas dibuat dengan gunakan batubata yang disusun dikiri dan kanan batas sebelum dipasang plastik silvershine (Sila lihat foto paling atas sekali). Seterusnya adalah pemasangan 'sistem fertigasi' itu sendiri yang terdiri daripada tong bancuhan larutan baja fertigasi, pam, sumebr bekalan air bersih, sistem penghantaran (paip) dan juga alatan mengukur kepekatan air baja. Sediakan lubang penanaman diatas batas dengan menebuk lubang diatas plastik penutup batas. Sebaiknya dapatkan benih berkuakiti sebelum ianya ditanam dengan meletakkan bijih benih yang boleh ditanam terus atau disemai dulu dalam tray 104 lubang. Gunakan media tanaman seperti peatmoss sebagai media semaian. Lazimnya jangkmasa tempoh semaian antara 8 - 14 hari.  Apa pun digalakkan menanam anakbenih apabila berumur anak 12 hari dimana biasanya masa itu anak benih sudah ada 2 helai daun yang sihat dan berfungsi. Tanam dengan jarak 6’ x 3’ sebab untuk memberikan pokok cukup ruang untuk dapat cahaya dan udara. Bila cahaya matahari mencukupi maka  pokok akan tumbuh secara tegak dan akan banyak cabang. Bila tanaman bendi ada banyak cabang lazimnya buah pun akan banyak.

Tanaman 
bendi secara fertigasi diatas tanah selalunya akan menggunakan jenis baja larutan Cooper @ Stok AB. Sistem pengairan titis (Drip system) sesuai diguna dimana cara ini adalah amat menjimatkan air dan baja sebab tanaman bendi ini kategori jenis sayur bernilai rendah (atau tidak mahal sangat dipasaran). Jika menanam bendi selalunya menggunakan media cocopeat atau media sekam padi bakar maka kesannya adalah kos baja tinggi dan pokok cepat tumbang pula. Sebaiknya sehari lepas tanam terus disembur dengan racun kulat dan racun serangga yang juga sudah dicampur pelekat dalam racun tersebut untuk lebih lama lekat pada daun. Pembajaan dilakukan pada hari pertama hingga keempat lepas tanam iaitu dengan teknik memberikan air kosong sahaja setiap pagi dan petang. Disyorkan kadar pemberian air ini sekitar 500 ml setiap kali drip. Kemudian pembajaan dimulakan dengan pemberian larutan baja yang dibancuh dalam tong simpanan iaitu bermula pada tanaman berumur 5 hari selepas tanam. Diberikan pengairan titid ini dengan kadar 500 ml setiap pokok pada waktu pagi dengan kepekatan 1.5 mS. Pastikan pada sebelah petang tanaman ini diberika bagi air kosong sahaja.  Berikan drip air kosong dua kali sehari pada hari yang tidak diberikan air baja. Jika terlalu panas pula disyorkan agar diberikan titisan 3 kali sehari. Kuantiti air setiap kali diberikan titisan/drip disyorkan lebih kurang 500 - 1000 ml. Pastikan mengulang semua langkah diatas setiap 3 hari sekali. Kuantiti pemberian larutan ini di antara 500 - 1000 ml. Tambahkan kepada kadar kepekatan 0.1 mS setiap kali siraman dilakukan hingga maksimun 3.0 mS. Sebaiknya seminggu sekali perlu juga disembur dengan foliar AB. Gunakan kadar kepekatan 2.0 mS dan sembur pada awal pagi. Dalam pada itu amalan menyembur racun kulat dan racun serangga jika ada tanda serangan penyakit atau perosak boleh dilakukan. Biasanya bendi ni paling kurang penyakit dan perosak kerana memang ia adalah tumbuhan yang mudah diuruskan dan dijaga. Boleh dibuang daun yang tidak berfungsi dan juga dibuat para seperti para trellis pada umur 2 minggu lepas tanam supaya pokok tak tumbang. Menanam bendi fertigasi diatas tanah lazimnya boleh menjimatkan air dan baja. Bila tanam atas tanah selalunya air baja bagi dua kali sahaja seminggu. Jika tanam menggunakan media cocopeat pula terpaksa untuk memberikan air baja 3 kali sehari dimana ini merugikan kos bahan input. Periksa sentiasa agar keadaan pokok tumbuh tegak kerana pokok menegak akan ada cabang yang banyak dimana pokok bercabang banyak maka buahnya juga akan menjadi banyak. Lazimnya pokok bendi ini akan mula keluar putik bunga pada umur 25 hari lepas tanam dan seminggu lepas itu maka hasilnya sudah boleh dikutip yang perlu dituai pada tiap-tiap hari. Pastikan juga mengamalkan membuang daun yang tak berfungsi secara berkala sebab ia boleh mengurangkan risiko penyakit dan menjimatkan air. Buah bendi yang segar dan muda ini sesuai dimakan segar atau dijual kepada pelanggan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
MENANAM BENDI... ADA BANYAK CARA...
TEKNIK FERTIGASI... MUDAH SAHAJA...
SEDIAKAN BAHAN... BENIH BAIK PULA...
MENUAI BENDI... SUNGGUH BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(27 Jamadilakhir 1443H).

Saturday, May 28, 2022

CABARAN MENTERNAK ARNAB

CABARAN MENTERNAK ARNAB
 (rabbit) secara komersial di Malaysia perlu ditangani bagi mempastikan ia akan berjaya. Selai penternakan arnab komersil kini ada ramai juga yang menternak untuk hobi sebagai haiwan kesayangan. Dalam pada itu usaha peternakan arnab daging secara komersial biasanya meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu untuk tujuan pengeluaran baka atau pun bagi tujuan pengeluaran daging. Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut spesis yang tertentu dimana dalam hal ini adalah jenis arnab pedaging dimana ia kenuddian dipangil stok induk. Dari stok induk ini pula melalui program pembiakan yang dibuat untuk mengeuarkan baka ternakan komersil. Induk arnab naka ini akan kemudiannya melalui program pembiakan akan kemudian akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya. Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan bagi tujuan ini lazimnya adalah belainan sedikit. Merujuk kepada portan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dimana diantara baka-baka yang disyorkan untuk daging diternak di Malaysia adalah seperti New Zealand White, Calfornian, Carolina, New Simonare dan baka Sepanyol. Perbezaan diantara baka arnab tempatan dengan baka import adalah pada baka tempata ia selalu mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit akan tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan pengusaha digalakkan mengambil baka arnab tempatan akan tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging import. Dalam pada itu pemilihan baka pedaging import sebab berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import adalah lebih ketara berbanding pada arnab tempatan. Baka import biasanya mempunyai purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor dimana purata bilangan anak masa cerai susu sekitar 6-8 ekor. Jika ditimbang berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan iaitu sekitar lebih kurang 2 kg. Baka arnab jenis pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis. Kini bagaimana pun dilaporkan sudah ada beberapa ladang yang telah menjual baka-baka ini dengan kadar harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Bagi menternak arnab hobi permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa). Bagi skala ternak arnab sederhana besar sebanyak 50 induk dan 10 pejantan. Bagaimana pun bagi tujuan komersil secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan begaimana cabaran menternak arnab yang banyak dilaporkn mampu untuk memberikan pulangan baik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dilaporkan antara cabaran utama penternakan arnab adalah bagaimana untuk mendapatkan stok arnab secara konsisten. Cabaran ini sering dilaporkan terutama dikalangan mereka yang baru memulakan projek atau mahu mereka yang ingin memperbesarkan jumlah penternakan mereka. Ramai pengusaha yang gagal memenuhi permintaan pasaran daging arnab yang terus meningkat dari pelanggan setia dan juga permintaan dari luar. Dilaporkan kebanyakan penternak arnab sudah ada ikatan tetap dengan membekalkan dagig arnab kepada beberapa restoren. Sate arnab dan daging arnab perap terus meningkat permintaannya sedangkan penternak semakin sukar menambah stok ternakannya. cabaran kedua terhadap industri ternakan arnab adalah disebabkan Kos Makanan Arnab yang semakin neik tinggi. Tinjauan penulis blog kepada beberapa penternak arnab menyatakan dimana apabila harga mananan (pellet) mahal maka daging arnab yang dijual juga akan jadi mahal dimana ini membebankan pengguna. Ini kerana bagi mendapatkan daging arnab berkualiti maka diperlukan makanan berkualiti yang agak mahal harganya. daging arnab yang berkualiti memberikan khasiat lebih baik berbanding dengan daging lain dimana ramai pengguna sudah sika memakannya berbanding dahulu. cabaran lain adalah kadar kematian arnab yang berlaku disebabkan oleh beberapa faktur seperti bunyi bising, makanan tercemar, penyakit, suhu dan sebagainya.

Portal berita bernama melaporkan ada usahawan '
Cabar diri ternak arnab' iaitu Mohd Fauzi dari Kuala Nerus, terengganu sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).Dia kini telah menceburi bidang penternakan arnab untuk dijadikan sumber rezeki baharu.  Dia yang pernah bermain alat muzik, menjadi tukang urut, menjual tisu atau makanan ringan di tempat awam merupakan antara cara biasa Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan mencari rezeki yang bersesuaian dengan keupayaan mereka yang terhad. bagi Mohd Fauzi (50 tahun) yang buta kedua-dua matanya mencabar diri untuk keluar dari 'zon selesa' itu dengan menceburkan diri dalam bidang penternakan arnab sejak dua tahun lalu, selepas yakin dengan potensi cerah dalam industri berkenaan. Dia yang juga sebagai Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu nyatakan pada awalnya beliau kurang yakin dengan kemampuan dirinya untuk menguruskan ternakan itu kerana mempunyai masalah penglihatan. Dia setelah mendengar sendiri penerangan daripada beberapa ahli Persatuan Penternak Arnab Negeri Terengganu berani memulakan langkah dengan memelihara tiga ekor arnab sebagai percubaan dirumahnya di Seberang Takir. Dia menggunakan kaedah penternakan unik iaitu dengan merujuk tarikh yang ditandakan pada setiap arnab peliharaanya agar dapat memantau perkembangan haiwan berkenaan dengan lebih mudah dan sistematik. Data yang akan direkod ialah seperti tarikh mengawan, tarikh lahir dan tarikh cerai susu. Disebebkan dia tidak dapat melihat, setiap arnab akan dimasukkan ke dalam sangkar berserta nombor rujukan khas untuk memudahkannya mengenal pasti identiti haiwan tersebut. Kini dia sudah mempunyai lebih 100 arnab ternakannya dengan pendapatan lebih RM2,000 sebulan dan berkongsi kelebihan menternak arnab dengan OKU cacat penglihatan yang lain agar mereka juga mampu berdikari sepertinya. Seekor anak arnab boleh dijual pada harga antara RM150 - RM180 manakala arnab dewasa berharga lebih RM300 bergantung pada baka dan saiz haiwan berkenaan. Dilaporkan ada 6 ahli persatuan OKU telah mula menternak arnab dan kami sentiasa menganjurkan kursus penternakan dengan modul lengkap seperti pemilihan spesies arnab, jenis sangkar, pemakanan yang berkualiti dan cara membiakkan arnab yang sempurna untuk mendapatkan anak yang berkualiti.

Dilaporkan antara cabaran dalam menternak arnab adalah apabila 'Arnab baka mati kerana masalah bekalan air' yang menyedihkan penternak tersebut. Kisah dimana seorang penternak arnab baka dari Kampung Pengkalan Maras, Tepoh mengalami kerugian lebih RM30,000 apabila 28 ekor ternakannya mati (Sila lihat foto disebelah). Kematian arnab pelbagai jenis baka seperti English Anggora dan German Giant itu dipercayai berpunca daripada kekurangan air bersih selepas berlaku krisis bekalan air di Kuala Nerus sejak 1 Ogos 2921. Bagi Noraisyah Mohd Sofian (28 tahun) dimana dia tidak menjangka masalah air di kawasan Kuala Nerus berterusan. ia tergaman apabila melihat arnab baka yang berharga ribuan ringgit mati begitu saja akibat kekurangan bekalan air untuk diminum seperti biasa.  Arnab import itu manja dan memang tidak tahan jika tidak minum air bersih oleh itu ia mati kerana ketiadaan air. Berita kerosakan paip air di dasar sungai tersebut dilaporkan dalam berita utama semua media. Dia memang tidak buat persediaan awal kerana tidak menjangka masalah air itu berlarutan dalam tempoh yang lama. Dia kini terpaksa memberi arnabnya meminum air daripada kolam ikan namun ia tidak sesuai untuk arnab dan ada yang mengalami cirit-birit. Terbaru dilaporkan ada lapan ekor lagi yang mati kira-kira jam 10.30 malam dan ia sungguh menyedihkannya. Dakwanya arnab baka dari Amerika Syarikat iaitu English Anggora berharga RM3,800 antara yang mati. Lebih lima tahun dia menjalankan penternakan arnab baka itu dan pertama kali mengalami kerugian besar seperti itu. Masalah bekalan air pernah berlaku di kawasannya namun dalam tempoh 12 jam ia kembali pulih seperti biasa. Dia berharap krisis bekalan air di kawasan Kuala Nerus segera diselesaikan supaya kegiatan penternakan arnab yang dijalankan tidak terus terjejas. Jika masalah air itu berterusan kemungkinan lebih banyak arnab yang mati selepas ini.
  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MENTERNAK ARNAB... ADA CABARAN...
KURANG BAKA.. GANGGU PASARAN...
ORANG OKU... SAMBUT TERNAKAN...
AKIBAT AIR TIADA... RUGI KEMATIAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Bukit Baru, Melaka,
Malaysia.
(13 Rejab 1443H).

Friday, May 27, 2022

RAMBUTAN ANAK SEKOLAH DAN KISAHNYA

Sering pembaca dengar akan RAMBUTAN ANAK SEKOLAH. Sebenarnya rambutan varieti anak sekolah (Nephelium lappaceum Linn) merupakan sejenis buah-buahan yang popular di tanam di Malaysia semenjak dulu dengan keluasan direkodkan pada 2021 seluas 15,316 hektar menghasilkan sebanyak 50,642 metrik tan (Sumber dari: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Terdapat sebanyak 62 varieti rambutan tempatan yang telah didaftarkan kepada 'National Listing' Jabatan Pertanian sejak tahun 1930'an lagi. Diantara varieti rambutan yang popular adalah Varieti Anak Sekolah yang di daftarkan dengan nombor rujukan sebagai Klon R191 (Bahasa mudah ramai orang). Sebenarnya varieti Rambutan Anak Sekolah merupakan rambutan varieti 'Rong Rien' (dipercayai berasal dari Thailand) yang telah didaftarkan kepada Jabatan Pertanian pada 1 Jun 1981. Rambutan ini mendapat permintaan yang tinggi dipasaran berbanding dengan beberapa varieti rambutan yang lain kerana ciri-ciri yang ada pada varieti ini. Varieti Rambutan Anak Sekolah (R191) mempunyai bentuk buah yang BULAT dengan panjang buah sederhana iaitu sekitar 4.1 - 4.4 cm dan lebar buah sekitar 3.7 - 3.8 cm iaitu dalam kategori sederhana besar. Kalau di buat perbandingan nisbah antara panjang buah dengan lebar buah adalah pada kadar 1.1:1. Varieti ini mempunyai warna hijau ketika muda tetapi akan bertukar kepada warna merah apabila cukup masak (Kod warna merah rambutan anak sekolah yang masak adalah R45A). Foto sebelah ada menunjukkan yang bulu atau rambut (spintern) rambutan ini adalah nipis sahaja iaitu sekitar 0.2 mm sahaja dengan ketebalan isi Sederhana. Purata panjang bulu rambutan varieti ini adalah sederhana ataau 1.2 cm dengan tekstur bulu yang 'Lembut'. Warna bulu pada buah matang adalah merah (Kod warna R45A). Artikel subuh Selasa ini pada Hari Raya Aidilfitir 2022 ke 4 saya menulis dalam blog  "Anim Agro Technology" tentang beberapa kisah mengenai rambutan Anak Sekolah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog semua.

Dilaporkan dimana varieti rambutan ini asalnya daripada negara Thailand atau juga dipanggil dari 'Siam'. Memang pada orang Malaysia ia di kenali sebagai rambutan varieti 'Anak Sekolah' atau dalam bahasa siam sebagai 'Rong Rien'. Kisan mengenai pemberian nama ini ada beberpa versi dimana yang pertama adalah dimana dilaporkan bermula apabila pada masa dahulu ada sepokok rambutan di depan sebuah sekolah 'Wat Budda' yang berwarna merah dimana isinya manis dan lekang. Raja tersebut yang dapat tahu mengenai keenakan rambutan ini telah merasa akan buah tersebut selepas memakannya. Raja itu kemudian mengarahkan agar benih dari rambutan tersebut dukembangkan untuk diperluaskan penanamannya terutama di Selatan Thailand. Ia diberikan nama 'Anak Sekolah' kerana benihnya berasal dari sekolah tersebut. Penulis blog yang beberapa kali melawat Selatan Thailand dapat melihat bagaimana rambutan ini ditanam dibanyak rumah dan dikutip untuk dihantar kepada pusat pengumpulan sebelum diedarkan dan sebahagian ada dihantar ke Malaysia. Bagaimana pun kisah pemberian nama 'anak sekolah' yang kedua agak lucah apabila dilaporkan bulu rambutan tersebut adalah pendek sahaja menyamai bulu pubis anak-anak sekolah yang mentah lagi. Apa pun yang penting di Malaysia Jabatan Pertanian  sudah didaftarkan sebagai satu varieti rambutan yang di syorkan penanamannya untuk di komersilkan. Benih rambutan anak sekolah sudah ada dijual dibanyak nurseri sama dan juga beberapa pihak GLC serta di Jabatan Pertanian untuk ditanam. Bagaimana pun dinasihatkan agar peminat yang ingin mendapatkan anak benih bertanya dahulu kepada penjual sama banih tersebut ada memmpunyai Sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang disahkan oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia untuk mengetahui akan ketulinan benih tersebut.

Dalam portal berita utusanborneo.com dilaporkan dimana '
Rambutan Anak Sekolah Sarawak gah di pasaran Eropah' adalah kisah yang menarik dirujuk. Kisah daripada Kuching, Sarawak melaporkan dimana pihak FAMA Sarawak membuat promosi Rambutan Anak Sekolah pada majlis program Jualan Istimewa Rambutan Anak Sekolah selama dua hari di Medan Niaga Satok, Kuching (Sila lihat foto disebelah). Kisah bagaimana varieti Rambutan Anak Sekolah dari Sarawak mempunyai kelebihan untuk pasaran antarabangsa termasuk di eksport ke Eropah, China dan Timur Tengah sudah menjadi perancangan strategik. FAMA nyatakan ia berbanding dengan varieti sama yang ditanam di Semenanjung apabia didakwa Rambutan Anak Sekolah negeri Sarawak ini lebih tahan lama, isi tebal dan manis. Kelebihan Rambutan Anak Sekolah dari negeri ini sesuai untuk pasaran luar yang memerlukan masa lama dan perjalanan jauh. FAMA Sarawak telah mengeksport sebanyak tiga metrik tan Rambutan Anak Sekolah untuk pasaran Eropah sepanjang tempoh 2018, manakala secara keseluruhan lapan metrik tan dieksport sejak 2015 hingga sekarang. Selain digemari pelanggan dari Eropah dimana dilaporkan Rambutan Anak Sekolah dari Malaysia menjadi pilihan utama pengimport buah-buahan dari luar. Proses penghantaran rambutan ke Eropah perlu melalui Amsterdam sebelum diedar ke Jerman, Portugal, Republik Czech dan Negara Scandinavian sudah berjaya dan mendapat respon baik. DInyatakan juga dimana jualan promosi selama dua hari itu yang bermula hari ini turut melibatkan jualan buah manggis, nangcem (nangka + cempedak) dan juga nangka dari Pahang.
Dia tambah dimana FAMA mendapat kerjasama yang baik dengan pejabat pertanian di luar negara sehingga aktiviti promosi buah-buahan tempatan berjaya membuka minat pelanggan antarabangsa. FAMA Sarawak mula menjalankan usaha sama dengan Jabatan Pertanian Negeri Sarawak dengan membeli Rambutan Anak Sekolah sejak 2004. FAMA telah membeli Rambutan Anak Sekolah sebanyak 453 metrik tan dengan nilai RM1,133,025 juta sejak 200. Dinasihatkan agar pekebun yang mempunyai kontrak dengan FAMA supaya sentiasa memastikan tanaman yang diusahakan berkualiti dan memenuhi kriteria pasaran eksport. Terdapat pekebun dari Sri Aman yang meraih pendapatan purata semusim di antara RM9,000 hingga RM15,000 hasil daripada tanaman Rambutan Anak Sekolah ini. Apa pun dinasihatkan supaya petani selalu menjaga pokok rambutan mereka bagu mengekalkan kualiti pengeluaran buahnya. Petani rambutan dari Sri Aman juga sudah mempunyai Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) yang merupakan salah satu keperluan untuk tujuan ekport makanan. FAMA juga merancang untuk membawa Rambutan Anak Sekolah menyertai pameran di Berlin, Jerman dalam usaha untuk mempromosi varieti ini ke pasaran lebih luas.

Akhbar sama juga telah pun melaporkan bagaimana 'Rambutan Anak Sekolah laku di Eropah dan Timur Tengah' semasa lawatan bekas Timbalan Menteri Pertanian masa itu iaitu
 Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata program kali ini melibatkan 55 orang peserta dengan keluasan 48 hektar. Dilaporkan dimana rumah panjang yang terlibat dengan penanaman rambutan anak sekolah secara komersil adalah adalah Rumah Nimong, Empelajau apabila seramai 20 orang mengusahakan seluas lebih 20 hektar rambutan ini dan juga Rumah Sepitson, Rapak seramai 20 orang mengusahakan 20 hektar manakala Rumah Helary, Nyelam seramai 8 orang mengusahakan 8 hektar disekitar Bahagian Sri Aman. Lebih menggembirakan Nogeh, seramai 33 orang dari petani telah memperolehi sijil My GAP (Malaysia Good Agriculture Practice) merupakan pengiktirafan rasmi untuk mengeksport hasil pertanian masing-masing. Kini seramai 33 petani itu terdiri daripada 14 orang dari Rumah Nimong dan 19 orang dari Rumah Sepitson. Bermula dengan menghantar buah rambutan Anak Sekolah ke Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 dengan kerjasama pihak FAMA maka kini FAMA Sarawak mengeksport rambutan Anak Sekolah Sri Aman ke negara Dubai dan Eropah pada tahun 2015. Sebanyak 800kg telah dihantar ke Dubai manakala 900kg dihantar ke Belanda pada tahun 2015 dan berterusan. Pada tahun 2016 percubaan FAMA Sarawak menghantar 700kg rambutan Anak Sekolah ke China juga dijalankan.  Dalam usaha memasarkan hasil pertanian penduduk luar bandar dilaporkan dimana sebanyak 250,587kg buah rambutan Anak Sekolah dari Sri Aman telah dibeli FAMA. Nogeh berharap lebih ramai petani akan mengusahakan rambutan Anak Sekolah kerana buah itu mempunyai permintaan yang tinggi di Eropah dan Timur Tengah.

Kisah yang sedih dari portal berita hmetro.com berlaku dimana dilaporkan '
Budak tujuh tahun maut tertelan biji rambutan' tetapi tidak pasti sama ada ia adalah dari jenis rambutan anak sekolah. Murid Tahun Satu meninggal dunia dipercayai tercekik buah rambutan ketika berjalan kaki untuk menemui ibunya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok, di Jitra, Kedah. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, mangsa, Muhammad Fahim Ilmi Mohd Fairuz, 7, dikatakan baru keluar dari sekolahnya dan berjalan menuju ke sekolah ibunya yang terletak berdekatan. Mangsa dilihat rebah oleh guru yang kebetulan melalui kawasan itu dan berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa dimana dia dipercayai makan buah rambutan ketika berjalan. Mangsa sebelum itu dikatakan seperti cuba untuk muntah dan seakan-akan tercekik dan kemudian rebah di tepi jalan dalam keadaan separuh sedar. Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim dakwa mangsa kemudian dihantar ke sebuah klinik kesihatan di Changlun, namun doktor memaklumkan dia perlu dirujuk ke Hospital Jitra. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita sedang menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat. Semuga artikel ini memberi info bergun akepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
RAMBUTAN POPUAR.. SIAM ASALNYA..
ANAK SEKOLAH... DIBERIKAN NAMA...
DI SARAWAK... DI KOMERSILKAN DIA...
KISAH TERCEKIK... INGATAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Shawal 1443)
Posted from:
Room 531, Pinetree Hotel, 
Batu Pahat, Johor.