Tuesday, May 31, 2022

KEPENTINGAN HUTAN DI JAGA

KEPENTINGAN HUTAN
kepada manusia dan alam sekitar merupakan satu perkara yang agak jarang diperkatakan kecuali pada sambutan Hari Hutan Sedunia saban tahun. Apa pun lazimnya dalam meniti arus kemodenan ini selalunya apa yang berlaku adalah kawasan hutan telah menjadi mangsa kerakusan manusia yang mengejar kekayaan. Hakikatnya adalah dimana hutan merupakan kawasan alam semula jadi dan khazanah yang tidak ternilai harganya. Kewujudan hutan telah meliputi keluasan muka bumi sebanyak lima puluh peratus. Hutan memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia sejak kelahiran manusia terawal dalam keadaan alam semesta. Antaranya ialah hutan membekalkan sumber bahan mentah kepada manusia untuk tujuan pembangunan perindustrian dan perumahan antaranya dimana hutan telah membekalkan manusia dengan kayu kayan seperti kayu jati, cengal, meranti dan sebagainya untuk penghasilan bahan-bahan industri khususnya perabot. Ini secara tidak langsung adalah peranan hutan didalam menyediakan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat dalam industri perabot di samping ia juga signifikan didalam menjana ekonomi negara. Selain itu juga hutan perlu dikekalkan untuk memberi keseimbangan ekosistem alam. Perkara ini demikian disebabkan oleh hutan yang berperanan mampu mengurangkan kepanasan bumi dan pelindung sinaran ultraungu daripada terkena pada kulit manusia dan haiwan. Sinaran ini merupakan salah satu punca penyakit kanser kulit menular. Dalam pada itu hutan berpaya mengurangkan bencana alam seperti kemarau, hakisan tanah, banjir dan sebagainya yang akan menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa manusia secara besar jumlahnya. Penulis blog merujuk keada satu peribahasa Melayu iaitu pepatah 'Sedikan Payung Sebelum Hujan' yang berkait dengan isu kehilangan hutan sebelum segala-galanya sudah terlambat. Sebenarnya hutan ialah kawasan tadahan hujan secara semula jadi. Umum mungkin faham jika hutan telah mnjadi bekalan air dan habitat benyak jenis haiwan yang berada didalamnya. Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di hutan dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh kerana akar mereka dapat menahan hakisan muka bumi di hutan dengan cengkaman tumbuhan punya akar. Akarnya akan menyerap air yang mengalir seperti air hujan. Hutan telah membeikan kepada manusia perkhidmatan dalam menangani masalah-masalah seperti masalah sumber untuk penerokaan industri baharu dan masalah alam semula jadi. Di samping itu penulis blog percaya dimana hutan merupakan habitat bagi flora dan fauna seperti harimau, singa, ular, burung kakak tua, pokok kelapa sawit, bunga rafflesia, bunga ros, pokok ru, pokok gaharu dan sebagainya. Ia berkait juga dimana hutan dapat mengelakkan kepupusan spesis serangga, flora dan fauna yang berharga. Kehilangan hutan menyebabkan generasi yang akan datang tidak berpeluang lagi untuk menikmati keindahan antara benda abiotik dan biotik yang terbentuk secara semulajadi. Mereka cuma dapat merasainya melalui peninggalan gambar ataupun catatan yang ditinggal oleh generasi lepas.  Pada penulis blog dimana hutan ialah tempat bagi perindustrian 'ekopelancongan' atau 'agro forestry' untuk ianya terus dimajukan. Kerajaan harus mengorak langkah dengan mewartakan hutan simpan dan taman negara sebagai usaha memulihara hutan. Inisiatif ini akan menarik perhatian rakyat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk memberikan kerjasama yang erat untuk memelihara hutan di dalam negara. Hutan merupakan harta benda semua hidupan yang percuma dan manusia dapat menikmati keaslian mereka yang tidak tercemar dan pengekalan yang sempurna. 
Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk pemeliharaan dan pemuliharaan hutan negara dengan semangat bagai aur dengan tebing, Semangat ini harus dicontohi oleh semua pihak dalam mewujudkan keharmonian antara manusia dengan alam semula jadi. Kesedaran dalam melahirkan rakyat yang mencintai alam sekitar dan rakyat yang mempunyai kesedaran tentanga tanggungjawab diri untuk menyumbang tenaga dalam penyelesaian masalah alam dan hutan. Artikel malam Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kepentingan hutan agar di jaga dengan baik untuk dijadikan bahan rujukkan.

Dalam pada itu k
epentingan hutan yang mesti dipelihara dan dijadikan rujukan perlu dilaksanakan dengan betul. Kini ada kesedaran dimana hutan yang dianggap sebagi sumber yang boleh diperbaharui bagaimana pun bagi memperbaharuinya mengambil masa yang lama. Hutan tropika yang sudah dimusnahkan oleh manusia atas dasar pembangunan memang sukar untuk pulih seperti sediakala. Fungsinya sebagai biodiversiti menjadikan Malaysia sebagi salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai kehidupan biotik dan abiotik. Sesungguhnya hutan mempunyai peranan yang sangat besar di dalam kehidupan manusia. Pertama diantara kepentingan hutan adalah ia sebagai perkara asas kepada kewujudan sungai. Selalunya legeh sungai atau punca sungai adalah kebanyakkanya berasal dari kawasan tanah tinggi yang dilitupi hutan. Lihat sahaja contohnya sungai Perak dan Sungai Pahang berasal dari Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang Negara. Banjaran Titiwangsa menjadi legeh sungai kerana hutan di situ berfungsi seolah-olah span yang menyerap air. Hutan akan menyimpan air kerana air hujan diserap ke dalam tanah dan dikeluarkan semula di dalam bentuk punca sungai (kawasan air terjun dan mata air). Kepentingan kedua adalah dimana hutan sebagai habitat flora dan faunaMalaysia diiktiraf sebagai salah satu mega biodiversiti yang hanya berjumlah 12 kawasan sahaja di seluruh dunia. Biodiversiti merujuk kepada keseluruhan hidupan dari mikro kepada hidupan sebesar gajah yang membentuk ekologi dan habitat yang sangat unik,rencam serta hebat. Lihat sahaja Malaysia bersama hutannya gah dengan bunga terbesar di Malaysia, gah dengan pelbagai hidupan liarnya yang unik. Penulis blog dapati dimana haiwan orang utan yang ada adalah ‘the one and only’ diseluruh dunia untuk dikekalkan. Hutan yang dipelihara serta dipulihara akan menjadi khazanah dan tempat tinggal hidupan liar serta perlindungan flora yang hebat. Selalu dinyatakan dimana 'Hutan Penstabil Suhu Dunia' yang unik. Dengan sifatnya yang melakukan fotosintesis maka hutan menggunakan karbon dioksida dapat menyejukkan suhu bumi. Suhu setempat juga dapat dikawal melalui penanam pokok yang besar,terutama di kawasan Bandar. Hutan penting sebagai agen penyejuk serta menyederhanakan kawasan yang panas. Dengan pembalakan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan suhu dunia bertambah panas. Fenomena pemanasan global dimana ia biasanya dikaitkan dengan kesan rumah hijau dan pertambahan karbon dioksida sering dibincangkan dalam banyak forum.


Kepentingan hutan didalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan 
kepelbagian biologinya apabila hutan merupkan khazanah Negara yang sangat bernilai. Beberapa penyelidikan tentang perubatan sebenarnya masih meluas dan berpotensi untuk dimajukan. Kini dengan nilai perubatan yang sangat tinggi hanya sebahagian kecil sahaja khasiat perubatan hutan diketahui serta dikaji dimana diantaranya kehebatan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang popular itu dan ia memang masih banyak lagi sebenarnya yang belum diterokai dan dikaji. Kepentingan hutan memang dikaitkan sebagai faktur untuk bencana dan pencegahan banjir. Dalam kes dimana disebabkan aktiviti pembalakan yang berleluasa Thailand dimana pada tahun 1988 telah menyebabkan berlaku kes banjir yang dashyat di Bangkok. Ia dikaitkan apabila hutan di sebelah utara negara itu sudah dimusnahkan secara meluas. Hutan berfungsi untuk menahan air larian permukaan bila tanah tidak lagi mampu menampung jumlah air hujan yang turun. Jadi jika hujan turun dengan lebat sekali pun hutan akan menyerap air dengan baik kerana titisan air hujan akan turun dengan perlahan-lahan akibat rintangan daun, ranting, batang pokok serta humus yang begitu tebal di kawasan tanah hutan dimana dengan ini banjir akan dapat dielakkan. Ramai tahu dimana kepentingan hutan adalah berkait dengan komuniti Orang AsliSejak sekian lamanya hutan merupakan tempat tinggal orang asli serta bumiputera di Kepulauan Borneo dimana walaupun bersama dengan arus kemodenan akan tetapi kepentingan hutan masih merupakan tempat tinggal ramai kaun pribumi di seluruh dunia. Hutan juga didakwa mampu menjadi tempat tinggal yang sangat sebati dengan kehidupan pribumi seperti memburu dan bercucuk tanam. Hutan merupakan perlindungan yang unik sehingga melahirkan budaya hidup dan adat yang unik menjadi satu daripada kebanggaan budaya. Aspek 'agro-forestry' kini semakin popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong asing. Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat. Konsep eko-pelancongan sangat bertepatan di mana di Malaysia ada hutan hujan tropika yang hebat termasuklah hutan paya bakau yang mampu dalam menyerlahkan suasana alam semulajadi kepada pelancongan. Hutan juga mampu menjana kepada Ekonomi Negara. Ini apabila dilakukan aktiviti pembalakan secara terancang boleh menjamin kelangsungan hutan negara. Pemuliharaan hutan sangat perlu dilakukan dimana kaedah pembalakan secara terpilih atau menebang pokok yang betul-betul matang sahaja perlu dilaksanakan. Penanaman semula hutan perlu terus dijalankan secara kerap. Kawasan hutan simpan dan taman negara memerlukan pemantaun yang lebih kerap dan terancang.Kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air perlu dipantau,tindakan undang-undang perlu tegas.Undang-undang perlu digubal untuk menjamin kawasan hutan atau kawasan tadahan air terpelihara. Hutan juga dilaporkan mampu untuk menjadi sumber makanan kepada penduduk tempatan. Hutan sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagi sumber makanan seperti buah-buahan (terutama untuk buah nadir) dan bebeapa jenis sayuran dan ulaman (petai, jering, kerdas) dan sebagainya. Keberadaan buah-buah atau tumbuhan di dalam hutan boleh menjadi sumber makanan melalui kajian serta penyelidikan yang mendalam.

Kempen dalam kesedaran umum dalam menjadikan hutan perlu dipulihara demi keseimbangan alam sering dipaparkan kepada umum. Keunikan b
iodiversiti telah dipilih sebagai tema bagi Hari Alam Sekitar Sedunia saban tahun. Hari Alam Sekitar Sedunia akan diraikan bagi menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat seluruh dunia tentang kepentingan untuk menjaga dan memulihara hutan dan juga alam sekitar. Biodiversiti mencakupi semua spesies tumbuhan dan haiwan di bumi ini serta ekosistem yang melibatkan semuanya membentuk komuniti yang saling berkaitan. Dalam konservasi peringkat antarabangsa telah mengenal pasti 17 negara- negara yang memiliki kepelbagaian biologi pada 1998 dan sebilangan besar daripada negara-negara tersebut terletak di kawasan iklim tropika atau subtropika termasuk Malaysia. Apa pun  Malaysia adalah negara bertuah kerana terpilih di antara 17 negara-negara kepelbagaian biodiversiti tersebut. Istilah tersebut merujuk kepada salah satu kumpulan negara yang menyimpan sebahagian besar spesies Bumi dan jumlah spesies endemik yang tinggi. Klasifikasi ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana sebilangan kecil negara termasuklah Malaysia dimana ia  memegang sebahagian besar didalam kepelbagaian biologi, sekali gus bertanggungjawab politik dalam pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar. Hutan hujan tropika merupakan gedung kepada khazanah negara yang tidak ternilai dan berharga. Namun, sebahagian besar spesies flora dan fauna ini terancam akibat perubahan iklim serta kesan pemanasan global. Apa pun sejak kebelakangan ini dilaporkan keprihatinan dan kesedaran masyarakat seluruh dunia terhadap isu-isu alam sekitar seperti perubahan iklim dan pemanasan global semakin terserlah. Sebagai contoh dimana perkara ini dapat dilihat menerusi peningkatan dan penglibatan masyarakat seluruh dunia dalam aktiviti seperti penanaman pokok bagi melestarikan alam sekitar. Aktiviti penanaman pokok secara besar-besaran acap kali dijalankan serta semakin mendapat sambutan di hati masyarakat seluruh dunia. Masyarakat mengambil peluang untuk turut serta dalam aktiviti penanaman pokok yang dianjurkan bagi mendekatkan diri mereka dengan alam sekitar serta menambah ilmu pengetahuan berkaitan alam sekitar. Perkara ini membuktikan bahawa masyarakat memahami tanggungjawab masing-masing terhadap aspek kelestarian alam sekitar. Senario ini adalah suatu perkembangan positif yang harus dipraktikkan dan diteruskan pada masa akan datang.

Kefahaman kepentingan hu
tan sebagai khazanah alam perlu dipelihara secara mampan demi memacu pembangunan sosio-ekonomi negara dan menyumbang kepada kestabilan persekitaran buat generasi akan datang. Hutan adalah khazanah alam yang perlu dipelihara secara mampan demi memacu didalam pembangunan sosio-ekonomi negara dan menyumbang kepada kestabilan persekitaran buat generasi akan datang. Kempen sering dilakukan demi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai perihal pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Mungkin masih ramai lagi yang kurang cakna dengan kepentingan menjaga hutan. Kempen dan saranan tersebut mampu untuk membawa satu isyarat penting kepada dunia bahawa isu kelestarian alam sekitar termasuk masalah yang berkaitan perhutanan perlu diselesaikan secara tuntas. Isu perhutanan sering kali dikaitkan dengan aspek keluasan kawasan hutan. Pada 1946 dilaporkan sebanyak 77.07% daripada keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia dilitupi hutan. Kemudian pada 1992 dilaporkan Malaysia bersama-sama negara dunia lain berjanji ingin memberikan komitmen untuk mengekalkan sekurang- kurangnya 50 peratus daripada tanah negara sebagai kawasan berhutan. Namun pada 2019 dilaporkan dimana hanya 43.4 peratus kawasan hutam yang berada di Semenanjung Malaysia. Walau pun ada pihak yang berpendapat bahawa kita perlu berbangga kerana negara kita masih berjaya mengekalkan kawasan berhutan yang secara relatifnya luas jika dibandingkan dengan negara lain. Kalangan mereka berpendapat aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram masih terkawal. Satu lagi pihak berpendapat bahawa masalah berkaitan perhutanan di negara adalah begitu serius sehingga mendatangkan bencana alam seperti banjir besar, tanah runtuh dan lain-lain. Tatkala satu dunia masih bergelut mendepani pandemik Covid-19 dilaporkan masih ada juga pihak yang mengambil peluang menceroboh kawasan hutan. Contohnya pada Mac 2021 telah menyaksikan penangkapan beberapa individu yang membersihkan hutan dengan tujuan menanam pokok getah dan buah-buahan. Pada sekitar April 2022 pula ramai dikejutkan dengan berita ada pihak yang menebang pokok, membakar dan meratakan tanah untuk tujuan pertanian tanpa kebenaran. Terdapat juga kilang papan haram yang beroperasi dalam hutan untuk memproses balak. Kegiatan haram ini jika tidak dikawal rapi akan memberikan implikasi buruk kepada iklim negara kita dan dunia. Dampak yang ketara daripada aktiviti penerokaan tanah secara haram yang berleluasa bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada sumber pendapatan kerajaan, malah rakyat juga menanggung kesengsaraan apabila kegiatan haram ini acapkali dikaitkan dengan gangguan bekalan air. Di Raub, Pahang pula ada pihak yang mendakwa aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah secara haram mengakibatkan air menjadi keruh terutama ketika musim hujan dan menyebabkan gangguan bekalan air di daerah terbabit. Kegiatan haram yang berlaku di hutan juga akan memberikan kesan kepada suhu di sesuatu kawasan. Lihat sahaja di Cameron Highlands yang berlaku peningkatan suhu yang sedikit sebanyak ada kaitannya dengan perubahan guna tanah akibat daripada kegiatan penebangan hutan semula jadi di sana. Peningkatan suhu yang berlaku di daerah itu sudah pasti memberi kesan negatif kepada dua sektor ekonomi di sana iaitu sektor pertanian dan pelancongan. Jika penebangan hutan dilakukan tanpa kawalan, kesan perubahan iklim di daerah itu mungkin akan mengurangkan hasil tanaman kerana jangka masa kitaran tanaman yang singkat mungkin akan berlaku disebabkan peningkatan suhu di kawasan terbabit. Selain itu berlaku kes peningkatan suhu di kawasan terbabit juga berkemungkinan akan mengurangkan daya tarikan pelancong yang selama ini berkunjung ke kawasan berkenaan kerana faktor iklimnya yang dingin. Sebenarnya memang ada banyak inisiatif yang dijalankan kerajaan demi memastikan keselamatan hutan di negara kita terkawal. Antaranya dimana kerajaan sudah melaksanakan pindaan ke atas Akta 313 demi meningkatkan penguatkuasaan dan kadar hukuman bagi membendung kesalahan hutan. Selain itu juga kerajaan kini juga sudah menubuhkan war room yang bertindak sebagai bilik gerakan untuk memperkasa aktiviti pemantauan sumber hutan negara.  Kerajaan juga sudah mengadakan aktiviti penguatkuasaan seperti risikan, rondaan di kawasan hotspot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan menggunakan helikopter dan dron untuk memantau kawasan pembalakan haram. Tanpa mengetepikan pembangunan, semestinya pemeliharaan dan pemuliharaan hutan patut dijadikan agenda utama kerajaan. Maksudnya, perlu ada keseimbangan yang dinamik antara pembangunan dan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan semula jadi. Aktiviti pengezonan kawasan dan pembangunan yang membabitkan konsep guna semula kawasan yang sudah dibangunkan mungkin berupaya untuk mengekalkan kelestarian hutan negara. Selain daripada pentingnya untuk meningkatkan pemberat hukuman kepada pesalah yang menceroboh hutan, kerajaan juga dinasihatkan untuk sentiasa berkomunikasi dengan rakyat dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama melontarkan idea demi membangunkan sesebuah kawasan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pe,baca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA HUTAN... HUTAN TROPIKA...
BANYAK KEPENTINGAN.. SILA BACA....
PERANAN HUTAN... BIODIVERSITI SAMA...
MEMBACA ARTIKEL...KINI  FAHAM JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ta,an Cendana, Jalan Istana,
Bukit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(28 Syawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.