Wednesday, April 6, 2022

KESAN PEMBAJAAN DAN HORMON NANAS MD2 (PART 2)

VARIETI NANAS MD2
(Ananas comosus) merupakan varieti nanas yang popular dan mempunyai permintaan pasaran yang baik di dalam dan luar negara dimana industri ini diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Nanas MD2 yang didaftarkan dengan kod AC 9 bawah Daftar Varieti Tanaman Kebangsaan, Jabatan Pertanian merupakan nanas hibrid yang berkualiti tinggi dengan ciri sedikit aroma yang mana penulis blog terlibat proses pendaftaran ini. Selain dari pengurusan input yang baik serta penggunaan sumber anak benih yang berkualiti sangat penting untuk menjamin hasil nanas MD2 yang dihasilkan dimana saya ada menulis lebih dari 260 artikel berkaitan nanas didalam blog ini. Di Malaysia apa yang saya ingin perkatakan adalah dimana pengeluaran bahan tanaman nanas menggunakan kaedah tisu kultur sering dikaitkan dengan masalah 'variasi somaklonal'. Keadaan ini telah menyebabkan pihak MAFI dan Jabatan Pertanian mengeluarkan arahan agar penggunaan benih nanas kultur tisu MD2 tidak digalakkan. Apa yang berlaku menyebabkan morfologi bentuk buah nanas MD2 daripada bahan pembiakan benih sulur TC akan turut terkesan dengan disebabkan oleh faktor aplikasi kadar baja dan hormon yang berbeza yang diberikan. Kadar baja makro nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) yang sesuai untuk tanaman nanas MD2 yang disyorkan adalah 300 kg N, 250 kg P2O5 dan 595 kg K2O/ha. Dalam pada itu juga penggunaan 90 mL ethrel/18 L dengan cara kombinasi pemberian 50 mL isi padu bagi setiap pokok menunjukkan peratus kejayaan pembentukan buah silinder bagi nanas MD2 adalah pada tahap tinggi. Ini juge telah menyebabkan ramau pengusaha tanaman nanas MD2 masih dalam dilema untuk menggunakan bahan tanaman tersebut sehingga kajian lanjut berkaitan masalah variasi somaklonal diperoleh. Skim pengesahan bahan tanaman nanas yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian menyenaraikan beberapa ciri bagi MD2 yang diklasifikasikan sebagai bahan tanaman yang tulen. Ketulenan varieti nanas boleh dikenal pasti iaitu berdasarkan ciri morfologi sesuatu varieti yang telah sedia ada dan sudah ditetapkan. Apa pun perbezaan antara varieti boleh dilihat pada sifat pertumbuhan pokok, posisi duri pada margin daun serta morfologi buah, daun, jambul dan bentuk buah. Nanas MD2 sangat mudah dikenal pasti apabila mengalami variasi somaklonal. Ia sangat jelas dilihat pada pembentukan buah yang berbentuk lebih lonjong dan jambul berbilang. Ciri asal nanas MD2 mempunyai bentuk buah yang silinder dan jambul yang normal. Daripada penelitian penulis blog di banyak ladang, didapati penggunaan sulur yang tulen juga boleh menghasilkan bentuk buah yang lonjong atau boleh dikategorikan sebagai berlakunya keadaan variasi somaklonal. Ini kerana variasi pada tanaman boleh berlaku sama ada akibat faktor fenotipik atau genotipik. Faktor genotipik adalah perubahan yang berlaku dalam sel tanaman manakala faktor fenotipik adalah faktor luaran seperti cuaca, air dan kesan penggunaan input pertanian seperti baja atau hormon. Artikel subuh ini dalam blog pertanian "Anim Agro Technology" saya ingin berkongsi info hasil laporan kajian oleh MARDI yang ditulis semula mengenai bagaimana kesan pembajaan dan menghormon nanas MD2 terhadap kualiti buah nanas yang dihasilkan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog memang banyak menulis tentang ciri-ciri nanas MD2 tulen yang mana terlibat semasa penyediaan dokumen teknikal di Jabatan Pertanian dan LPNM sedia ada. Apa pun sudah ada piawaian buah nanas MD2 untuk pasaran eksport dimana kini pengeluaran hasil yang berkualiti tinggi sangat penting dalam aspek kawalan kualiti. LPNM dan Jabatan Pertanian sentiasa berusaha untuk memastikan hanya sumber anak benih tulen sahaja (sulur tanah disahkan dalam Skim Pengesahan Bahan Tanaman - SPBT) sahaja yang akan dibekalkan kepada petani supaya pengeluaran nanas MD2 di Malaysia mencapai piawai atau standard yang diperlukan. Benih yang diedarkan perlu mengikuti spesifikasi Piawian SIRIM dan perlu diperiksa pegawai Jabatan Pertanian dahulu. Antara ciri-ciri berkaitan nanas MD2 tulen adalah sifat pertumbuhan pokok, kedudukan duri pada daun dan bentuk buah. Selain itu penulis blog sering memeriksa beberapa ciri-ciri lain nanas MD2 tulen termasuk pada daun yang diperhatikan adalah tidak ada kehadiran antosianin iaitu pigmen berwarna seakan gabungan merah, ungu dan biru. Walau bagaimanapun jika berlaku ada juga kehadiran antosianin pada nanas MD2 maka kemungkinan ia bukan dari nanas MD2 yang tulen. Blog saya ada memberi maklumat mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada pokok nanas MD2 yang akan dijadikan sumber rujukan (Sila klik disini). Pemeriksaan awal adalah pokok induk nanas MD@ yang dilakukan dimana hanya pokok induk disahkan sahaja yang akan menghasilkan buah nanas MD2 yang berkualiti tinggi dan anakbenih sulur diperakui. Namun begitu ada beberapa pendapat saintis dimana terdapat faktor persekitaran seperti cuaca yang panas atau kurang air juga boleh mempengaruhi pembentukan dan ciri duri nanas MD2. Antaranya seperti yang penulis blog lihat terdapat duri pada  daun dimana ia menjadi tidak sekata di sepanjang daun. Ada kala dimana posisi duri pada daun boleh terbentuk secara tunggal atau gabungan beberapa posisi malahan ada yang berduri penuh. Ini selalu akan mengeirukan petani dimana penjelasan perlu diberikan kepada mereka dilapangan.

Laporan kajian MARDI mendapati dimana apabila dilakukan penilaian kadar baja NPK diberikan kepada tanaman nanas MD2 temuan kajian juga amat menarik. Tanaman nanas merupakan tanaman C4 (aktif pada malam hari) yang memerlukan nutrien yang lengkap untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik. Apa pun dengan pemberian baja yang berlebihan pada tanaman nanas MD2 penulis blog juga mendapat tahu dimana ia boleh menyebabkan buah yang dihasilkan bersaiz besar dan berbentuk lonjong. Hasil kajian MARDI juga telah berjaya mengesahkan dimana dengan beberapa kadar NPK yang diuji kepada nanas MD2 dengan menggunakan pakej pembajaan GROWPINE dapat dilihat kesannya. Formula rawatan dengan NPK adalah Rawatan T1 (N-239.51, P-183.61 K-358.62), Rawatan T2 (N-277.35, P- 204.25, K- 466.12), Rawatan T3 (N-281.65, P- 223.81, K-434.73) dan Rawatan T4 (N-338.41, P-254.77, K-595.98). Didapati dimana prestasi hasil nanas MD2 di lapangan dengan kadar baja yang berbeza Keputusan kajian menunjukkan kadar baja yang berbeza memberi kesan variasi kepada bentuk buah dan jambul nanas MD2 berbeza.  Penggunaan sulur sebagai bahan tanaman juga tidak dapat menjamin pengeluaran yang konsisten dari segi bentuk buah dan saiz jambul. Faktor pengurusan tanaman iaitu baja dan kecekapan pengambilan nutrien sangat penting bagi penanaman nanas MD2. Daripada pemerhatian hasil kajian ini dilaporkan dimana hasil buah nanas berbentuk lonjong dapat dikurangkan sekiranya baja yang optimum dibekalkan. Keadaan jambul berbilang juga dilaporkan memang mudah berlaku apabila kadar baja yang diberikan berlebihan. Pemberian gabungan urea bersama hormon aruhan pembungaan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengambilan unsur nitrogen oleh pokok nanas MD2 dimana ia memberikan satu pendekatan baru tanaman nanas.

Penulis blog amat gembira dengan hasil laporan kajian MARDI ini dalam menilai akan k
esan pembajaan dan hormon terhadap morfologi tanaman nanas. Dilaporkan dimana kesan pembajaan dan hormon pembungaan terhadap morfologi bentuk buah nanas MD2 sangat penting kerana ia akan mempengaruhi bentuk buah yang dihasilkan. Ciri nanas MD2 yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk tujuan eksport keluar negara hasil promosi MAFI dan LPNM serta atache pertanian negara terlibat memrlukan buah nanas MD2 yang mempunyai bentuk buah yang silinder dengan anggaran berat 1.8 - 2.0 kg/biji. Dalam tinjauan penulis blog ke Ladang JTP di Ladang Ulu Tiram dan Ladang Felda Nitar, Mersing dimana meraka berjaya menghasilkan buah berkualiti intuk pasaran eksport. ini kerana amalan pembajaan dan hormon yang dijalankan sudah sesuai dengan pakej untuk pasaran eksport (Sila lihat foto disebelah). Nanas jenama MELITA sudah dieksport melalui pelabuhan PTP semala beberapa tahun. Dalam pada itu dinyatakan dimana jika diteliti akan keadaan daun yang hijau kekuningan selalunya akan menghasilkan buah yang silinder. Simptom daun kekuningan di peringkat penuaian menunjukkan penggunaan nutrien yang efisien semasa peringkat awal pertumbuhan adalah cekap sehingga proses reproduktif dalam menghasilkan buah nanas MD2 yang berkualiti berjaya. Berbanding dengan nanas MD2 yang mana ia berbentuk lonjong selalunya akan terhasil jika dilihat dimana dengan keadaan warna daun hijau pekat. Keadaan ini juga membuktikan pokok nanas telah menerima baja yang lebih daripada keperluan sepatutnya dan menyebabkan gangguan terhadap bentuk buah nanas MD2. Pembentukan jambul nanas MD2 pula akan berganda juga boleh berlaku jika aplikasi pembajaan dan hormon berlebihan. Keadaan jambul berganda. Semasa peringkat penuaian apabila pokok nanas MD2 mengeluarkan buah berbentuk lonjong atau mempunyai jambul berganda sebenarnya ia masih boleh dijual di pasaran tempatan akan tetapi mungkin berlainan harga dari jenis buah bentuk selinder. Bagaimana pun lazimnya buan seperti ini disyorkan untuk diproses menjadi produk hiliran seperti buah potong, jus nanas, kuih muih kerana ianya tidak sesuai untuk pasaran eksport. Sebagai kesimpulan dimana aplikasi kadar baja dan hormon yang digunakan untuk meningkatkan hasil dan kualiti nanas MD2 sangat penting kerana mempengaruhi bentuk buah dan jambul nanas MD2 yang ditanam walaupun benih sulur yang disahkan tulen digunakan. Walau betitu penulis blog dapati dimana sekiranya baja dan hormon yang digunakan optimum maka isu kejadian bentuk buah yang lonjong dan jambul berbilang boleh dikurangkan atau boleh dielakkan. Faktor pengurusan pembajaan dan aplikasi hormon yang tidak sekata juga boleh menyebabkan kecekapan pengambilan nutrien berbeza-beza bagi setiap pokok nanas MD2 yang ditanam. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!.
NANAS MD2... ADA AMALAN AGRONOMI...
MEMBAJA BETUL... HASIL BERKUALITI...
GUNA GROWPINE... TEKNOLOGI MARDI...
MENGHORMON NANAS... ADA TEKNOLOGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Ramadan 1443H).
Posted from:
Room 1238, LeMerridien, Kota Kinabalu,
Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu.
Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.