Tuesday, April 5, 2022

KESAN PEMBAJAAN DAN HORMON NANAS MD2 (PART 1)

VARIETI NANAS MD2
(Ananas comosus) merupakan varieti nanas yang popular dan mempunyai permintaan pasaran yang baik di dalam dan luar negara dimana industri ini diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Nanas MD2 yang didaftarkan dengan kod AC 9 bawah Daftar Varieti Tanaman Kebangsaan, Jabatan Pertanian merupakan nanas hibrid yang berkualiti tinggi dengan ciri sedikit aroma yang mana penulis blog terlibat proses pendaftaran ini. Selain dari pengurusan input yang baik serta penggunaan sumber anak benih yang berkualiti sangat penting untuk menjamin hasil nanas MD2 yang dihasilkan dimana saya ada menulis lebih dari 260 artikel berkaitan nanas didalam blog ini. 
Di Malaysia apa yang saya ingin perkatakan adalah dimana pengeluaran bahan tanaman nanas menggunakan kaedah tisu kultur sering dikaitkan dengan masalah 'variasi somaklonal'. Keadaan ini telah menyebabkan pihak MAFI dan Jabatan Pertanian mengeluarkan arahan agar penggunaan benih nanas kultur tisu MD2 tidak digalakkan. Apa yang berlaku menyebabkan morfologi bentuk buah nanas MD2 daripada bahan pembiakan benih sulur TC akan turut terkesan dengan disebabkan oleh faktor aplikasi kadar baja dan hormon yang berbeza yang diberikan. Kadar baja makro nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) yang sesuai untuk tanaman nanas MD2 yang disyorkan adalah 300 kg N, 250 kg P2O5 dan 595 kg K2O/ha. Dalam pada itu juga penggunaan 90 mL ethrel/18 L dengan cara kombinasi pemberian 50 mL isi padu bagi setiap pokok menunjukkan peratus kejayaan pembentukan buah silinder bagi nanas MD2 adalah pada tahap tinggi. Ini juge telah menyebabkan ramau pengusaha tanaman nanas MD2 masih dalam dilema untuk menggunakan bahan tanaman tersebut sehingga kajian lanjut berkaitan masalah variasi somaklonal diperoleh. Skim pengesahan bahan tanaman nanas yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian menyenaraikan beberapa ciri bagi MD2 yang diklasifikasikan sebagai bahan tanaman yang tulen. Ketulenan varieti nanas boleh dikenal pasti iaitu berdasarkan ciri morfologi sesuatu varieti yang telah sedia ada dan sudah ditetapkan. Apa pun perbezaan antara varieti boleh dilihat pada sifat pertumbuhan pokok, posisi duri pada margin daun serta morfologi buah, daun, jambul dan bentuk buah. Nanas MD2 sangat mudah dikenal pasti apabila mengalami variasi somaklonal. Ia sangat jelas dilihat pada pembentukan buah yang berbentuk lebih lonjong dan jambul berbilang. Ciri asal nanas MD2 mempunyai bentuk buah yang silinder dan jambul yang normal. Daripada penelitian penulis blog di banyak ladang, didapati penggunaan sulur yang tulen juga boleh menghasilkan bentuk buah yang lonjong atau boleh dikategorikan sebagai berlakunya keadaan variasi somaklonal. Ini kerana variasi pada tanaman boleh berlaku sama ada akibat faktor fenotipik atau genotipik. Faktor genotipik adalah perubahan yang berlaku dalam sel tanaman manakala faktor fenotipik adalah faktor luaran seperti cuaca, air dan kesan penggunaan input pertanian seperti baja atau hormon. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya ingin berkongsi info hasil laporan kajian oleh MARDI yang ditulis semula mengenai bagaimana kesan pembajaan dan menghormon nanas MD2 terhadap kualiti buah nanas yang dihasilkan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog banyak menulis bagaimanakah c
iri-ciri nanas MD2 tulen yang mana terlibat semasa penyediaan dokumen teknikal di Jabatan Pertanian dan LPNM sedia ada. Apa pun sudah ada piawaian buah nanas MD2 untuk pasaran eksport dimana kini pengeluaran hasil yang berkualiti tinggi sangat penting dalam aspek kawalan kualiti. LPNM dan Jabatan Pertanian sentiasa berusaha untuk memastikan hanya sumber anak benih tulen sahaja (sulur tanah disahkan dalam Skim Pengesahan Bahan Tanaman - SPBT) sahaja yang akan dibekalkan kepada petani supaya pengeluaran nanas MD2 di Malaysia mencapai piawai atau standard yang diperlukan. Benih yang diedarkan perlu mengikuti spesifikasi Piawian SIRIM dan perlu diperiksa pegawai Jabatan Pertanian dahulu. Antara ciri-ciri berkaitan nanas MD2 tulen adalah sifat pertumbuhan pokok, kedudukan duri pada daun dan bentuk buah. Selain itu penulis blog sering memeriksa beberapa ciri-ciri lain nanas MD2 tulen termasuk pada daun yang diperhatikan adalah tidak ada kehadiran antosianin iaitu pigmen berwarna seakan gabungan merah, ungu dan biru. Walau bagaimanapun jika berlaku ada juga kehadiran antosianin pada nanas MD2 maka kemungkinan ia bukan dari nanas MD2 yang tulen. Blog saya ada memberi maklumat mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada pokok nanas MD2 yang akan dijadikan sumber rujukan (Sila klik disini).  Pemeriksaan awal adalah pokok induk nanas MD@ yang dilakukan dimana hanya pokok induk disahkan sahaja yang akan menghasilkan buah nanas MD2 yang berkualiti tinggi dan anakbenih sulur diperakui. Namun begitu ada beberapa pendapat saintis dimana terdapat faktor persekitaran seperti cuaca yang panas atau kurang air juga boleh mempengaruhi pembentukan dan ciri duri nanas MD2. Antaranya seperti yang penulis blog lihat terdapat duri pada  daun dimana ia menjadi tidak sekata di sepanjang daun. Ada kala dimana posisi duri pada daun boleh terbentuk secara tunggal atau gabungan beberapa posisi malahan ada yang berduri penuh. Ini selalu akan mengeirukan petani dimana penjelasan perlu diberikan kepada mereka dilapangan.

Terdapat garispanduan berkaitan dengan p
akej pembajaan standard nanas MD2 dalam manual di LPNM dan Jabatan Pertanian Malaysia. Nanas MD2 pada penulis blog memang sudah dikategorikan sebagai nanas yang mempunyai tempoh matang yang sederhana iaitu 15 bulan sebelum hasil dapat dituai. Bagi kaedah pembajaan biasa selalunya kekerapan membaja adalah sebanyak tiga kali iaitu pada tempoh 3, 6 dan 9 bulan menggunakan baja sebatian NPK Hijau 15:15:15 dan baja sebatian NPK Biru 12:12:17:2. Kadar baja adalah sebanyak 20 gram sepokok bagi setiap kali pembajaan. Apa pun terdapat beberapa kaedah pembajaan yang mana ia memerlukan pembajaan secara manual bagi setiap tempoh pembajaan dan melibatkan masa dan kos yang tinggi kerana pembajaan perlu dilakukan bagi setiap pokok. Kelemahan pembajaan secara manual ini adalah penerimaan jumlah baja adalah tidak sekata bagi setiap pokok kerana bergantung kepada faktor kecekapan buruh semasa aktiviti membaja dijalankan. Bagaimana pun kini teknologi pembajaan nanas sudah banyak diubah suai mengikut pakej Tanaman Nanas Tanah Mineral dan pakej Tanaman Nanas Tanah Gambut yang memang agak berlainan. Penggunaan baja semburan atau Baja Foliar kepada tanaman nanas MD2 khususnya semakin popular dilakukan penanam nanas untuk mendapatkan buah yang berkualiti. Terdapat banyak jenis baja semburan (cecair) dipasaran yang menjadi pilihan petani dimana mereka dapati aplikasi ini amat signifikan didalam menghasilkan buah yang berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. Pihak LPNM dan Jabatan Pertanian menggalakkan penggunaan baja foliar untuk tanaman nanas MD2 dimana pakej aplikasinya juga sudah disediakan untuk panduan.

M
erujuk kepada kajian oleh penyelidik MARDI dimana mereka membangunkan pakej pembajaan GROWPINE terhadap nanas MD2 untuk dikongsikan temuan kajian. Apa pun dilaporkan dimana teknologi baja GROWPINE telah ada dan sudah dibangunkan dengan tujuan mengurangkan kekerapan pembajaan bagi semusim penanaman nanas daripada tiga kali kepada sekali pembajaan sahaja semusim penanaman. Bagi varieti nanas MD2 pakej baja GROWPINE yang digunakan adalah jenis Baja Nuget 1 dengan formulasi NPK iaitu 10.9: 13.9: 10.4 (atau dipanggil sebagai BN1) dan juga aplikasi jenis Baja Nuget 2 dengan formulasi NPK 8.8: 4.8: 25 unsur TE iaitu Zn, Cu, B (atau ringkasnya sebagai BN2). Jenis baja permulaan ialah GROWPINE padat  dengan kadar NPK12:8:16. Kaedah pembajaan ini sangat menjimatkan masa dan kos upahkerja membaja memang dapat dikurangkan dengan signifikan. Pembajaan yang rutin bagi baja makro tidak lagi diperlukan sepanjang musim penanaman nanas MD2 kecuali jika petani menjalankan aktivitii semburan baja foliar. Semburan foliar masih boleh dilakukan serentak semasa semburan racun serangga dan kulat bagi kawalan penyakit. Walau bagaimana pun dilaporkan dimana untuk semburan bersama baja bio bagi tanaman nanas MD2 adalah masih tidak disyorkan. Gerak kerja pengurusan pembajaan dan penanaman sulur adalah seperti dalam dengan menimbang baja mengikut bilangan pokok nanas bagi setiap batas  dan diikuti dengan menabur baja yang telah ditimbang secara sekata di atas batas penanaman. Seterusnya opetani perlu menggaul baja yang ditabur dengan menggunakan jentera atau jika keadaan baja yang telah digaul dengan tanah. Proses penting seterusnya adalah aktiviti memasang plastik sungkupan pada batas dengan teknik yang betul. Akhir sekali adalah aktiviti menanam anak sulur nanas tulen secara padat di atas plastik sungkupan. Pastikan tidak ada lubang di pcak diatas plastih tersebut kerana semasa hujan ia menjadi 'cawan' yang boleh menyebabkan anakbenih nanas MD2 terendam dan mati. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!.
NANAS MD2... ADA AMALAN AGRONOMI...
MEMBAJA BETUL... HASIL BERKUALITI...
GUNA GROWPINE... TEKNOLOGI MARDI...
MENGHORMON NANAS... ADA TEKNOLOGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.