Sunday, April 3, 2022

KERISIK DAN FAKTA DI MEDIA

KERISEK KELAPA
(Coconut paste) merupakan salah satu produk berasaskan kelapa selain daripada produk santan, air kelapa, minyak kelapa dara, minyak masak dan sebagainya. Kelapa (Cocos nucifera) adalah sejenus tumbuhan serba guna yang mana ianya daripada keluarga Arecaceae. Kerisek merupakan sejenis rempah yang dibuat daripada kelapa. Didalam kaedah penyediaan produk kerisek secara tradisional lazimnya kelapa matang diambil isinya dan ia kemudian ia diparut atau dikukur seterusnya akan digoreng (tanpa minyak). Kelapa parut ini kemudiannya digiling hingga lumat dan lembap. Kerisik tadisional yang asli akan berwarna coklat gelap dimana ia enak jika terus digunakan sebagai bahan masakan. Kerisek sebenarnya boleh dibuat sendiri atau dibeli dari kedai-kedai runcit. Kerisik digunakan untuk beberapa masakan tradisional seperti rendang dan laksa serta beberapa resepi lain bagi tujuan menambah kenakan masakkan tersebut. Kajian menunjukkan penggunaannya amat popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan Singapura sejak dulu. Kini enghasilan kerisek telah dikomersilkan dengan menggunakan mesin dan peralatan yang moden untuk menghasilkan produk kerisek yang banyak dengan kawalan kualitii yang baik. Kerisek yang dijual dipasaran kini perlukan sijil Mesti dan Halal untuk menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Kini selain daripada industri kelapa tempatan, pengilang produk kerisek sering menggunakan kelapa yang diimport dari Indonesia sebagai bahan asas membuatnya. Artikel pada subuh Selasa ini saya happy menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang beberapa fakta dalam media temptan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan nda semua.

Memang ia adalah fakta apabila beberapa portak berita laporkan dimana '
Kilang kerisik, kicap berkulat diarah tutup' dimana dipaparkan foto keadaan tong yang ada menyimpan kerisik yang meloyakan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun memang menjijikan apabila keadaan kotor di kilang memproses kerisik yang diarahkan tutup. Kisah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini memang jijik dan kotor bila pemeriksaan dipremis itu ujud keadaan empat buah kilang memproses makanan di sekitar Mengkuang Titi, Sungai Lembu dan Tanah Liat di sini yang diarahkan tutup 14 hari oleh pihak berkuasa selepas pemeriksaan Ops Tegar. Bagi Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (JKN) Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid dakwa empat buah kilang terbabit terdiri daripada dua buah kilang membuat kerisik, sebuah kilang kicap dan sebuah kilang mi. Apa pun pemeriksaan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang serta Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mendapati kesemua kilang tersebut beroperasi tanpa mengikut piawaian kebersihan yang ditetapkan. Di kilang membuat kerisik di Mengkuang Titi didapati kawasan sekitar serta lantai kilang sangat kotor. Lebih menjijikkan, bekas menyimpan kerisik yang telah siap dimasak juga dalam keadaan berkulat. Selain itu ada bangkai tikus juga ditemui selain didapati beberapa ekor anjing sedang berkeliaran di premis tersebut ketika pemeriksaan. Ketika serbuan di kilang kerisik itu dilihat sekumpulan pekerja dipercayai warga asing melarikan diri meninggalkan mesin menanggal kulit kelapa ke kawasan ladang sawit di belakang kilang berkenaan selepas menyedari kehadiran penguatkuasa. Pemeriksaan di kilang memproses kicap pula mendapati dimana pekerja kilang telah menggunakan bungkusan plastik yang telah reput dalam bekas menyimpan kacang soya. Kebersihan kilang juga amat teruk dengan struktur bangunan dan sistem perparitan yang kotor. Pemeriksaan mendapati pekerja kilang membiarkan kicap yang sudah siap diletakkan di luar bangunan dan terdedah kepada bahan asing. Pemeriksaan pada tempat menyimpan bahan mentah iaitu kacang soya juga didapati ia diisi dalam beg plastik untuk proses pengampaian. Mengikut undang-undang, penggunaan plastik dalam proses seperti pengampaian tidak dibenarkan. Semua produk yang dikeluarkan oleh dua kilang kicap dan kerisik itu mempunyai cop halal manakala kilang mi mempunyai salinan sijil halal.  Walaupun pemeriksaan mendapati kesemua produk dari tiga buah kilang mempunyai cop halal dan kilang mi pula hanya mempunyai salinan sijil halal, kita mendapati ia meragukan. Jabatan akan membuat aduan kepada pihak berkaitan tentang perkara itu untuk pemeriksaan lanjut. Jabatan tidak pasti sama ada sijil tersebut asli atau sebaliknya kerana berdasarkan pemeriksaan premis oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, premis ini didapati tidak mengikut standard dan tidak wajar diberikan sijil halal. Operasi dijalankan selepas membuat risikan dan intipan sejak dua minggu lalu. Daripada empat buah kilang ini, ada yang pernah diarahkan tutup serta dikenakan kompaun sebelum ini kerana kotor. Dilihat pemilik kilang masih berdegil apabila mengulangi kesalahan sama. Dalam operasi itu pihak JKN Pulau Pinang dan MBSP mengeluarkan sembilan kompaun berjumlah RM9,000 atas pelbagai kesalahan. Pemilik kilang juga perlu membersihkan premis masing-masing sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Portal berita utusan.com paparkan info dimana '
Pekerja pijak isi kelapa buat kerisik' juga berlaku di Pulau Pinang wajar dilaporkan faktanya. Berita dari Tasek Gelugor ini menyatakan dimana keadaan kotor dan menjijikkan. Itu adalah gambaran selepas kelibat seorang pekerja di sebuah kilang memproses kelapa dilihat memijak isi buah tersebut yang dijemur untuk dijadikan produk kerisik (Sila lihat foto disebelah)Pekerja itu yang juga seorang lelaki warga asing bagaimanapun cuba melarikan diri selepas melihat kehadiran beberapa anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Ketua Unit Cawangan Pe­nguatkuasaan BKKM, Mohd. Wazir beritahu dimana aktiviti pemeriksaan lanjut mendapati keadaan di kilang memproses kelapa itu agak kotor dan berbau. Kedudukan tandas pekerja pula bersebelahan dengan longgokan kelapa yang telah dikupas selain menggunakan sumber air sama untuk kegunaan tandas dan membersihkan isi kelapa. Kilang ini dikesan sudah lama beroperasi tanpa lesen dengan menggaji pekerja asing yang tidak memiliki suntikan vaksin antitifoid,” katanya selepas mengetuai Op Tegar di beberapa buah premis di sekitar Tasek Gelugor. Selain kilang memproses kelapa itu, sebuah lagi kilang iaitu kilang memproses mi sanggul diperiksa selepas risikan selama hampir dua minggu dibuat. Premis kilang itu dibina tidak jauh dari ladang khinzir dan mi yang diproses dibiarkan berselerak serta bertaburan di atas lantai dalam keadaan kotor dan dipenuhi lalat. Kilang ini pernah diperiksa pada 2012 namun pemiliknya masih berdegil dan tidak memiliki lesen walaupun beroperasi untuk tempoh agak lama. Kedua-dua kilang termasuk sebuah kedai runcit diberikan notis untuk menutup operasi selama dua minggu bagi kerja-kerja pembersihan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Dilaporkan sebanyak 16 kompaun berjumlah sehingga RM20,000 dikeluarkan terhadap ketiga-tiga premis tersebut atas pelbagai kesalahan. Ia termasuk berkaitan penyimpanan dan penyusunan makanan serta kebersihan premis. MBSP yang turut serta dalam operasi itu pula mengeluarkan dua notis bersama tiga kompaun bernilai RM500 terhadap pemilik premis berkenaan atas beberapa kesalahan berkaitan.

Salah satu kisah bagaimana 'Hasil kerisik pelbagai guna' juga memang menarik dikongsikan. 
Pengalaman lebih 20 tahun mengusahakan perniagaan santan kelapa memberi idea kepada pasangan yang menetap di Seberang Jaya, Pulau Pinang mempelbagaikan penggunaan kelapa dengan menghasilkan produk kerisik. Apa yang unik kerisik diusahakan pasangan suami isteri bersama tiga pekerja itu bukan saja boleh digunakan dalam masakan kari dan rendang, bahkan dapat dipelbagaikan untuk beberapa masakan lain. Bagi usahawan Muhammad Mahatma (55 tahun) bersama isteri Nhajmun Sindar Madar (47 tahun) mengambil inisiatif mempelbagaikan jenis perniagaan dengan membabitkan diri dalam pembuatan kerisik di sebuah kilang yang disewa melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Kubang Menerong, Tasek Gelugors selama hampir lima tahun lalu. Apa pun kejayaan itu diperoleh selepas Muhammad diang­kat menjadi usahawan bimbingan PERDA hingga membolehkan dia dan isteri menerajui perniagaan kerisik di bawah syarikat Nuur Anniesak Trading. Selaku pemilik dia mengusahakan pembuatan kerisik selepas pulang menjual santan di Pasar Awam Seberang Jaya dan Pulau Tikus, Georgetown. Dia yang terbabit dalam perniagaan menjual santan lebih 20 tahun dan mendapat idea menjual kerisik selepas mendapati ada pelbagai kegunaan yang boleh dihasilkan menggunakan kelapa. Dia mencuba dan bantuan PERDA membolehkan memulakan perniagaan ini yang kini sudah dijalankan hampir lima tahun dengan pasaran membabitkan kawasan di sekitar negeri di utara khususnya Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Produk kerisik resipi keluarganya itu turut mendapat permintaan di negeri pantai timur iaitu Pahang serta Kelantan dan kini dalam proses berbincang dengan ejen di Terengganu.Produk Kerisiknya mula mendapat perhatian sejak saya bertemu seorang cef yang memperkenalkan beberapa resipi meng­gunakan kerisik dalam pelbagai jenis masakan selain kari dan rendang. Dia mula mempelajari cara memasak pelbagai jenis resipi dengan memasukkan kerisik diusahakan kami dan tidak sangka rasanya begitu lain hingga mendapat idea mempromosi produk ini kepada pengguna Facebook. Apabila saya meletakkan satu resipi setiap hari di laman sosial itu, bermakna saya perlu menyediakan 365 resipi setahun. Antara masakan yang boleh menggunakan produknya ialah ikan kerisik masak enam rasa, ayam goreng berempah kerisik, ikan rebus kerisik, telur goreng kerisik dan biskut kerisik. Kini kaedah perkongsian itu menjadikan permintaan terhadap produknya kini meningkat dan mengeluarkan kira-kira 30,000 peket kerisik sebulan dengan memperoleh keuntungan RM12,000 berbanding pada awal pembabitannya dalam perniagaan itu yang hanya mengeluarkan kira-kira 5,000 peket kerisik sebulan. Penggunaan kelapa mawar menyebabkan kerisik ini mendapat permintaan kerana rasa dan baunya wangi dan bekalan kelapa itu diperoleh daripada pembekal tempatan serta dari Perak dan Kelantan. Pembungkusan menggunakan kerajang aluminium berbanding plastik biasa menyebabkan kerisiknya diminati kerana produk itu tahan lama dan boleh digunakan selama setahun. Ketika ini dia dalam proses menghasilkan produk minyak kelapa dara yang akan dipasarkan tidak lama lagi. Penulis blog agak hairan kerana kebetulan fakta mengenai kerisek ini semuanya dari Pulau Pinang. Semuga artikel ini memberi info berguna ke[ada semua pembaca blog anim agro kali ini.Wasallam!!
NAMA KERISEK... ASALNYA KELAPA...
PENYEDAP MAKANAN...DIJUAL JUGA...
KISAH KOTOR... DIKILANG JIJIKNYA....
BUAT SENDIRI... LEBIH JAMINANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.