Saturday, April 2, 2022

KAPOR PERTANIAN DAN PENGAPURAN - APA DIA?

APAKAH DIA KAPOR PERTANIAN?
. Kapur pertanian adalah sejenis bahan yang digunakan untuk menaikkan skala pH tanah atau yang lebih mudah difahami ialah untm memulih kemasaman tanah. Pada amnya penulis blog faham dan belajar dimana memang terdapat dua kumpulan serbuk kapur yang digunakan dalam pertanian. Satu daripadanya ialah Kapur Magnesium dan satu kumpulan lagi ialah Kalsium Hidrosida. Bagaimana pun sebaiknya untuk mengetahui perbezaan dan kelebihan tiga jenis serbuk kapur yang digunakan adalah boleh teruskan membaca artikel ini untuk lebih memahaminya. Serbuk Kalsium karbonat atau batu kapur dihasilkan daripada memproses batu kapur atau batu marmar secara mengisarnya sehingga halus dan ia bertukar fizikal menjadi serbuk halus. Batu kapor adalah keras dan diproses dengan teknik yang betul (Sila lihat foto diatas). Proses ini lazimnya adalah lebih mudah dan menjimatkan belanja dimana lazimnya serbuk Kalsium karbonat atau batu kapur yang digunakan lambat bertindakbalas didlam tanah dimana ia selalunya memerlukan beberapa bulan untuk dapat menaikkan skala pH (mengurangkan kemasaman tanah berasid) tahan lama didalam tanah. Selalunya penggunaan serbuk Kalsium karbonat (CaCO3) perlu dilakukan dua tiga bulan sebelum kerja menanam dilakukan kerana pada peringkat awal bahan Kalsium karbonat mengeluarkan suhu panas yang boleh mengakibatkan pokok mati. Untuk tujuan mempercepatkan tindak balas menaikkan skala nilai pH tanah (mengurangkan kemasaman) tanah sebaiknya Kalsium karbonat perlu menjalani rawatan tambahan sehingga bertukar kepada Kalsium oksida (CaO2). Proses ini dijalankan dengan memanskan Kalsium karbonat sehingga melebihi 600 darjah celcius dan selanjutnya air akan dipercikkan sedikit demi sedikit kepada kalsium dioksida supaya berubah menjadi kalsium hidroksida. Proses ini memerlukan suhu yang amat tinggi dan hasilnya ialah bahan Kalsium hidroksida dimana ia tidak mengeluarkan sebarang tindak balas haba sewaktu penggunaannya di ladang. Amalan oleh petani menggunakan Kalsium karbonat untuk menaikkan skala pH biasanya akan memberi kesan melecur kepada akar dan kadang kala boleh membunuh pokok. Satu lagi kelebihan kalsium hidrosida ialah mudah larut dalam air dan bertindak dengan lebih cepat. Apa pun artikel dalam blog "Anim Agro Technology" pagi Jumaat ini saya menulis mengenai kapor pertanian dan akriviti pengaouran untuk bahan rujukkan semua.

Ada kalangan pembaca dan petani yang bertanya kepada saya yang mana satu perlu digunakan kalsium karbonat atau kalsium hidrosida?. Dilaporkan dimana kegunaan bagi kedua dua bahan ini adalah sama tetapi mempunyai kelebihan yang berbeza. Pemilihan yang mana lebih sesuai adalah bergantung kepada cara, masa dan tujuan penggunaan. Sekiranya menggunakan serbuk kalsium karbonat biasanya kesan dan tindakannya adalah lebih lambat berbanding menggunakan kalsium hidrosida tindakannya segera. Kini terdapat satu lagi produk serbuk kapur yang baru diperkenalkan dalam pasaran dimana serbuk kapur ini dihasilkan daripada kalsium karbonat yang mengandungi unsur magnesium. Serbuk kapur itu tidak lain tidak bukan adalah dinamakan 'dolomite' yang mana ia mengandungi kedua-dua unsur Kalsium (Ca) dan juga unsur Magnesium (Mg). Penulis blog ada membuat tinuajan ke kilang dolomite di Perlis dan melihat bagaimana ia diproses sehingga dibungkus untuk pasaran (Sila lihat foto disebelah). Harga pasaran dolomite lazimnya adalah lebih mahal daripada harga kalsium karbonat tetapi lebih murah daripada kalsium hidrosida. Menyentuh mengenai kapur pertanian dan juga aktiviti pengapuran dimana secara umum unsur-unsur zat  essential di dalam tanah akan berada pada keadaan tersedia yang mudah diserap oleh tanaman pada tahap kemasaman tanah sekitar pH diantara pH5.0 sehingga pH7.0. Tahap keasidan atau kemasaman tanah yang optima untuk tanaman sayuran berada pula adalah sekitar pH5.5 - pH6.5 dimana ia boleh dicapai melalui aktiviti pengaporan (liming). Apa pun di Malaysia dilaporkan dimana sebahagian besar tanah untuk selalunya berada pada tahap keasidan di bawah pH 5.5 bahkan pula ada banyak juga jenis tanah yang berada pada tahap kategori masam dan sangat masam. Oleh karena itu untuk dapat meningkatkan ketersediaan unsur-unsur zat makanan bagi tanaman sayuran sering disyorkan untuk meningkatkan pH tanahnya dengan cara pengapuran dengan menggunakan kapur pertanian semasa kerja penyediaan tanah. Kapur pertanian merupakan hasil proses untuk  menghancurkan batu kapor sehingga menjadi bahan halus atau serbuk.  

Dilaporkan dimana aktiviti pengapuran tanah dimulai lama dahulu dimana ia berlaku semasa sektor pertanian yang begitu cepat berkembang dengan istilah “revolusi hijau”. Dengan pertimbangan ketersediaan sumber bahan asasnya yang melimpah maka bekalan kapur pertanian yang hingga kini digunakan adalah Kalsium karbonat (CaCO3) dan Dolomite (CaMg(CO3)2). Produk Kalsium karbonat yang beredar di pasaran ada tidak sebenarnya dijual sebagai Kalsium karbonat (CaCO3) akan tetapi mengandungi juga bahan Magnesium karbonat (MgCO3) tetapi dengan peratusan kadar yang lebih kecil daripada produk Kalsium karbonat. Produk berjenama Dolomit akan mengandungi unsur magnesium karbonat dengan kadar sehingga 18%. Kegunaan kapur pertanian di dalam tanah bertujuan untuk ianya meningkatkan pH tanah dan sebagai sumber unsur Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg). Jika jumlah ion hidrogen di dalam larutan tanah semakin besar maka tahap keasidan atau kemasaman tanahnya akan semakin naik atau dengan kata lain pH tanahnya akan semakin turun. Dalam pada itu peranan kapur pertanian dalam proses menaikkan pH tanah dan juga sebagai sumber unsur kalsium dan magnesium yang tersedia perlu diberikan. Ia secara sederhana berfungsi sebagai agen dimana ion hidrogen di dalam larutan air tanah akan bertindakbalas dengan ion karbonat (CO3 yang terkandung kalsium kalsit dan dolomit) menjadi air (H2O) dan gas kabon dioksida (CO2). Keadaan ion ini di dalam larutan air tanah akan digantikan oleh ion kalsium (Ca) dan magnesium (Mg) iaitu sehingga kedua unsur zat tersebut berada dalam bentuk tersedia yang mudah untuk ia diserap oleh akar tanaman. 

Apa yang harus difahami tentang kapur pertanian yang beredar di pasaran adalah mestinya “jaminan kandungan bahan kimia” dalam bahan kapurnya. Biasanya hanya disebutkan kadar Kalsium (Ca) dan juga kadar unsur magnesium (Mg) yang terkandung di dalamnya. Produk Kapor disebelah menunjukkan terkandung sebanyak 15-20% unsur MgO dan 31-32% unsur CaO dertulis pada labelnya. Maklumat ini akan menjadi penting jika dihubungkan dengan penanaman sayuran pada musim tertentu. Sebagai contoh dimana jika penanaman sayuran dijalankan pada musim hujan selalunya berkalu keadaan dimana tanaman sayuran ini akan hanya memperolehi penyinaran matahari yang rendah. Akibatnya adalah dimana proses fotosintesis berlaku dengan lambat. Oleh itu bagi tujuan untuk meningkatkan proses fotosintesis pada musim hujan sebaiknya diusahakan dengan cara bagi meningkatkan jumlah butir klorofil di dalam daun. Teknik sesuai adalah dengan pemberian kapur pertanian yang kandungan magnesiumnya tinggi yang merupakan satu cara yang paling tepat dilakukan. Cara ini disebeban unsur zat Magnesium (Mg) dalam kapor (dolomite) adalah merupakan komponen penting dalam pembentukan butiran klorofil. Perkara lain yang harus diperhatikan tentang kapur pertanian yang berada di pasaran adalah “jaminan kehalusan partikel” bahan kapurnya. Jaminan kehalusan bahan kapur biasanya dinyatakan dalam sukatan atau nilaian unit “Mesh”. Misalnya ukuran kehalusan bagi 10 mesh bermakna bahan batu kapor yang dihancurkan dan ditapis akan melepasi saringan yang memiliki lubang sebanyak 10x10 dalam 1 inci persegi. Biasanya semakin tinggi ukuran mesh maka semakin halus ukiran hablur bahan kapurnya. Semakin halus bahan kapur maka akan semakin cepat bertindakbalas dengan akar tumbuhan di dalam tanah. Adalah disyorkan agar dilihat akan piawaian kehalusan bahan kapur yang dijual untuk tanaman sayuran adalah diatas 60 mesh sesuai dengan tahap umur sebagai tanaman yang relatif umurnya pendek. Penggunaan  kapur pertanian yang paling berkesan dengan menaburkan  secara merata ke seluruh permukaan tanah sebelum kerja penyediaan tanah. Ini akan membolehkan kapur akan boleh bertindakbalas di lapisan ppembajakan tanah sehingga pada paras kedalaman 20 cm iaiatu diseluruh kawasan zon ada perakaran tanaman. Sebaiknya bahan kapur akan cepat bertindakbalas di dalam tanah adalah tanah yang dalam keadaan lembab. Jika keadaan tanahnya kering dimana perlu ingin segera aktiviti penanaman dimulakan sebaiknya perlu dilakukan penyiraman air ke seluruh permukaan tanah setelah selesai kerja penyediaan tanah. 


Dalam menjawab persoalan lazim seperti apakan kegunaan kapor pertanian ini sangat penting untuk tanaman wajar dijelaskan. Pada penulis blog sebenarnya peranan serbuk kapur sangat tinggi dalam bidang pertanian terutama di Malaysia bagi petani yang mengusahakan tanaman makanan. Ini adalah kerana pengapuran akan dapat mengurangkan kadar pH tanah dari berasid kepada tanah lebih sedia untuk menyerap unsur nutrien. Kapor juga akan membekalkan kepada tanah dan tanaman kandungan Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg) kepada tanah dan kapor juga berperanan untuk ianya membenarkan air memasuki tanah berasid dengan baik. Aktiviti pengaporan juga akan memudahkan akar tanaman menyerap nutrien dalam tanah. Tanpa serbuk kapur dalam tanah akan menyebabkan akar tanaman sukar menyerap makanan dalam tanah. Sebab itu walaupun sudah banyak baja lain ditabur pada batas tanaman tetapi tanaman tersebut tidak membesar dengan baik malah pertumbuhannya mungkin terbantut dan daun warna kekuningan. Pokok mula berbunga atau berbuah walaupun belum matang setelah aplikasi pengapuran. Terbaik dimana pengapuran menyebabkan ia akan meningkatkan aktiviti bakteria dalam tanah. Ia berlaku jika kadar PH tanah sangat rendah dimana kandungan nutrien seperti Kalsium, Fosforus dan Magnesium juga rendah dalam tanah. Ini bermakna kandungan Manganese (Mn) dan jula bahan Aluminium (Al) yang tinggi sangat bertoksid kepada tanaman. Nilai pH pada kadar pada pH7.0 ialah berkeadaan neutral, nilai pH di bawah 7.0 pula adalah keadaan berasid manakala nilai pH melebihi 7.0 pula adalah beralkali. Namun sesetengah pakar mengatakan pH4.0 hingga pH6.5 adalah PH neutral dan keadaan ini amat sesuai tanaman membesar. ini bermaksud tanaman boleh tumbuh pada nilai pH 4.0 hingga pH6.5 dengan baik dan subur. Bagi jensi tanah banah beralkali tidak perlu ditabur dengan serbuk kapur akan tetapi ia perlu ditabur sulfur untuk mengurangkan kealkalian tanah itu. Penulis blog mengesyorkan agar petani dan pemeriksa untuk membeli Peter PH dalam cara untuk mendapatkan nilai pH tanah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
KEPENTINGAN KAPOR...PERLU DIGUNA...
KERJA MENGAPOR...TANAH SUBURNYA...
BAHAN KALSIUM... MAGNESIUM ADA...
TANAH SUBUR... TANAMAN SIHATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.