Monday, April 25, 2022

JENIS KELADI DI MALAYSIA - KENALI DIA (Part 2)

TANAMAN KELADI 
(Colocasia esculenta dan Xanthosoma spp.) merupakan salah satu jenis tanaman kontan jenis ubian yang kaya dengan makronutrien dan sesuai untuk dijadikan sumber makanan alternatif karbohidrat selain beras dan gandum. Penanaman keladi di Malaysia adalah seluas 320 hektar pada tahun 2021 dengan penghasilan sebanyak 3,347 metrik tan. Kawasan utaman tanaman keladi di Malaysia adalah Sarawak (353 ha dengan hasil 1,451 metrik tan) diikuti dengan Negeri Johor (147 hektar dengan hasil 1,389 metrik tan) dan Sabah (100 hektar 320 metrik tan). Kebanyakan keladi digunakan sebagai pasaran domestik sahaja (Sumber: Booklet ststistik tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia tahun 2021). Keladi biasanya sesuai untuk direbus, digoreng atau boleh juga dihidangkan sebagai makanan pencuci mulut. Pada penulis blog snek kerepek keladi merupakan makanan kegemaran sejak dahulu. Dalam kes lain dilaporkan diamana ada juga penggunaan ubi keladi yang sudah dipelbagaikan menjadi produk seperti filem yang boleh dimakan sebagai pembungkusan. Filem ini dilaporkan boleh dimakan yang berasaskan karbohidrat seperti kanji telah banyak dikaji secara intensif. Penanaman keladi di Malaysia banyak ditumpukan dikawasan tanah gambut khususnya h=gambut dalam yang terdpat di Sarawak, Johor, Sabah dan Selangor. Hasilan keladi akan dituai dan dipasarkan dalam bentuk keladi segar dan bertahan sehingga sebulam lamanya bergantung kepada beberapa faktur. Harga keladi juga kini tidak semurah dahulu kerana bila meninjau kaladi dipasaraya mencecah belasan ringgit sebiji. Penulis blog memang gemar makan keladi goreng yang dicicah dengan sambal kicap seperti artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Bagaimana pun makanan ini semakin jarang disajikan disebabkan kekurangan bekalan keladi segar dipasaran. Petani yang berminat menanam keladi boleh mendapatkan beberapa jenis atau varieti keladi untuk ditanam. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" dari tingkat 12, Hotel Thistle, Johor Bahru menghadap Selat Johor dan Singapura saya menulis mengenai beberapa jenis keladi yang mungkin ramai kurang mengenali untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam kategori tanaman singkat masa atau tanaman kontan dilaporkan dimana keladi ada bahagian dan jenis yang boleh dimakan dan ada pula yang tidak boleh dimakan. Keladi juga boleh dijadikan sumber makanan tambahan kepada makanan manusia akan tetapi ada beberapa negara yang makanan rujinya adalah keladi. Memang terdapat banyak jenis pokok keladi di dunia dan hanya beberapa spesis sahaja yang mana ia dilaporkan boleh dijadikan makanan dan tidak beracun. Ada keladi yang biasanya dimakαn ubinya sahaja dan ada yang boleh dimαkan ubi bersama batangnya. Dalam sesetengah jenis keladi pada pengetahuan penulis blog dimana bahagian batangnya boleh menyebabkan alahan dan kegatalan tetapi ubinya selamat untuk dimakan. Apa pun keupayaan untuk mengenalpasti jenis keladi yang boleh dimakan adalah agak mencabar kerana pokok keladi ini tidak banyak perbezaan antara satu sama lain. Kebolehan untuk membezakan keladi-keladi ini adalah satu kemahiran yang istimewa bagi penduduk luarbandar atau kampong sejak dahulu. Memang jika pandai ada hampir semua bahagian tumbuhan keladi dari jenis yang boleh digunakan sebagai makanan. Walau bagaimanapun dalam banyak penyataan dimana bahagian yang paling sesuai dan sering dimakan adalah umbinya. Umbi keladi mempunyai potensi sebagai sumber karbohidrat di beberapa negara dan penduduk tempatan sejak dulu. Ddapati di beberapa lokasi di Malaysia dimana keladi dimakan sebagai makanan tambahan setelah diproses menjadi berbagai hidangan. Keladi boleh dimakan seperti keladi rebus, keladi kukus, keladi goreng dan keripik keladi dan sebagainya.

(5) Keladi Musang
Keladi Musang (Xanthosoma violaceum) merupakan sejenis keladi yang dikaitkan denggan haiwan musang (civet). Keladi ini dilihat mempunyai umbisi dan akar diperdunya yang seakan 'misai musang' semasa ianya dicabut dari tanah (Sila lihat foto disebelah). Ramai kalangan pekebun dilapor yang tidak mengenali akan kewujudan keladi musang kerana ianya sukar untuk mendapatkan benihnya. Bagaimana pun keladi ini mempunyai saiz sederhana dimana kandungan karbohiderat dan amilos didalamnya agak tinggi. Di laporkan keladi musang ini juga agak sukar dijual dipasar atau pun gerai kerana ia memang langka. Biasanya keladi ini boleh di rebus atau digoreng sementara batangnya boleh dijadikan sayuran yang enak.


(6) Keladi Putih
Keladi Putih (Colocasia esculenta) merupakan sejenis keladi yang sering ditanam dan di gunakan untuk pelbagai jenis masakan. Apa yang pasti mengenai ciri keladi ini adalah kerana ia mempuyai batang yang berwarna keputihan (perdu batang) dan isi keladinya juga agak putih warnanya. 
Batang dan umbisi keladi putih paling sesuai dijadikan sayuran kerana tidak gatal. Umbisi keladi putih agak kenyal dan kurang empuk berbanding keladi cina atau keladi mawar. Ia sangat sesuai dibuat pengat kerana tidak hancur dan dijadikan keladi goreng dengan memotongnya nipis-nipis. Keseluruhan batang keladi putih boleh dijadikan sayuran kerana ianya tidak gatal.

(7) Keladi Telur 
Keladi Telur (Xanthosoma sagittifolium) merupakan salah satu jenis keladi yang selalu ditanam dikalangan penduduk kampong terutama di Johor. Selangor Sarawak, Sabah dan Perak. 
Keladi ini dipanggil sebagai 'Keladi Telur' kerana bentuknya agak bulat bujur seperti telur yang melekat pada bahagian bawah umbisi (Sila lihat foto diatas). Jenis keladi ini memang paling unik dikalangan jenis ubi keladi yang boleh dimakan (edible yam). Bergantung kepada saiz umbisi lazimya satu kilogram sekitar 6-8 biji sahaja. Buah yang segar boleh bertahan selama 2-3 minggu sebelum ianya menjadi kurang enak jika direbus akibat terlalu lama disimpan. Bagaimana pun jika disimpan didalam peti ais ia lebih tahan lama.

(8) Keladi Udang 
Keladi Udang (Colocasia esculenta) adalah sejenis keladi yang unik kerana ia diberikan nama apabila secara umum pokoknya akan tumbuh membengkok seakan seekor udang (Sila lihat foto disebelah). Buahnya juga bersaiz sederhana besar dimana batangnya berwarna hijau muda dibhagian atas dan keputihan (krim) di bahagian bawahnya. Ia mudah ditanam dan agak cepat berhasil dengan penjagaan yang baik. Keladi ini sesuai untuk direbus, di goreng dan juga dijadikan snek kerepek. Keladi udang sering dijual dipasar malam, pasar tani dan juga beberapa premis pasaraya. Penulis blog yang pernah menanam 
3 perdu keladi ini yang ditanam sudah membiak banyak kerana ia sesuai berada ditempat lembab dan berair. Ada petua dimana kalau ianya ditanam ditempat berair keladi akan jadi gatal. Keladi ini pula agak sejuk dimana kata orang tua-tua ia tidak baik untuk mereka yang mengalami sakit-sakit urat walau pun ubinya juga sering dibuat pengat.

(10) Keladi Bentan 
Keladi Bentan (Colocasia esculenta) merupakan sejenis keladi yang agak jarang dikomersilkan kerana kesukaran untuk mendapatkan anakbenihnya. Ciri keladi bentan ini umbisinya seakan sama dengan jenis keladi cina, keladi mawar dan juga beberapa jenis keladi lain. Ia di kategorikan sebagai jenis keladi yang bersaiz besar jika ditanam dikawasan tanah gambut yang subur. Keladi ini enak direbus dan digoreng mahu pun dijadikan snek kerepek yang garing. 
Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KELADI ... BANYAK JENISNYA...
TANAH GEMBUR... SESUAI LOKASINYA...
KELADI MAWAR... KELADI MAWAR JUGA...
MUDAH DITANAM... HASILNYA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2118, Pullman Waterfront Miri Hotel,
Miri, Sarawak,
Malaysia.
(27 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.