Sunday, April 24, 2022

JENIS KELADI DI MALAYSIA - KENALI DIA (Part 1)

TANAMAN KELADI 
(Colocasia esculenta dan Xanthosoma spp.) merupakan salah satu jenis tanaman kontan jenis ubian yang kaya dengan makronutrien dan sesuai untuk dijadikan sumber makanan alternatif karbohidrat selain beras dan gandum. Penanaman keladi di Malaysia adalah seluas 320 hektar pada tahun 2021 dengan penghasilan sebanyak 3,347 metrik tan. Kawasan utaman tanaman keladi di Malaysia adalah Sarawak (353 ha dengan hasil 1,451 metrik tan) diikuti dengan Negeri Johor (147 hektar dengan hasil 1,389 metrik tan) dan Sabah (100 hektar 320 metrik tan). Kebanyakan keladi digunakan sebagai pasaran domestik sahaja (Sumber: Booklet ststistik tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia tahun 2021). Keladi biasanya sesuai untuk direbus, digoreng atau boleh juga dihidangkan sebagai makanan pencuci mulut. Pada penulis blog snek kerepek keladi merupakan makanan kegemaran sejak dahulu. Dalam kes lain dilaporkan diamana ada juga penggunaan ubi keladi yang sudah dipelbagaikan menjadi produk seperti filem yang boleh dimakan sebagai pembungkusan. Filem ini dilaporkan boleh dimakan yang berasaskan karbohidrat seperti kanji telah banyak dikaji secara intensif. Penanaman keladi di Malaysia banyak ditumpukan dikawasan tanah gambut khususnya gambut dalam yang terdpat di Sarawak, Johor, Sabah dan Selangor. Hasilan keladi akan dituai dan dipasarkan dalam bentuk keladi segar dan bertahan sehingga sebulam lamanya bergantung kepada beberapa faktur. Harga keladi juga kini tidak semurah dahulu kerana bila meninjau kaladi dipasaraya mencecah belasan ringgit sebiji. Penulis blog memang gemar makan keladi goreng yang dicicah dengan sambal kicap seperti artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Bagaimana pun makanan ini semakin jarang disajikan disebabkan kekurangan bekalan keladi segar dipasaran. Petani yang berminat menanam keladi boleh mendapatkan beberapa jenis atau varieti keladi untuk ditanam. Artikel subuh ini dari tingkat 12, Hotel Thistle, Johor Bahru menghadap Selat Johor dan Singapura saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis keladi yang mungkin ramai kurang mengenali untuk dijadikan bahan rujukkan teknikal oleh semua pembaca.

Petani di Malaysia yang sering menanam keladi memilih beberapa jenis keladi yang mudah ditanam dan boleh dipasarkan. Paling popular dahulu adalah Keladi Cina dimana jenis ini sesuai untuk dimakan dimana cara memakannya memang ia boleh dipelbagaikan. Pada penulis blog paling suka adalah Goreng Keladi yang sesuai dimakan dengan cicah sambal kicap (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada ia enak dengan memberikan rasa lemak, masin, pedas selalunya makanan ini memang mengenyangkan. Varieti keladi masih lagi belum didaftarkan didalam Senarai Pendaftaran Varieti di Janatan Pertanian dari apa yang penulis blog sering melihat. Penanaman keladi selalunya dilakukan pada tanah gambut terutama gambut dalam yang luas di Sarawak, Johor, Sabah dan juga Selangor bersama dengan tanaman lain seperti ubikayu, pisang, tebu dan sayur-sayuran. 
Penanaman keladi juga dijalankan secara monokrop dan juga secara tanaman campuran dengan mana selalu bercampur bersama tanaman makanan lain. Pasaran keladi adalah untuk bekalan domestik dan juga dieksport keluar negara terutama ke Singapura.  Keladi mengandungi banyak zat mineral dan vitamin seperti Thiamin, Riboflavin, Zink, Posforus, Kalium, Manganese dan juga Zat Besi. Kandungan vitamin pula seperti Vitamin C, Niacin, B6 dan juga asid Oksalik. Keladi mempunyai sumber Kanji yang sangat tingggi. Dibeberapa negara seperti Irian Jaya, Papua New Guinea, Timor Leste dan beberapa masyarakay di Afrika menjadikan keladi sebagai makanan ruji mereka. Ini telah menjadikan tanaman keladi amat penting dinegara mereka dengan ditanam untuk sumber makanan negara. Keperluan benih keladi dalam 1 ekar sebanyak 8,000 benih keladi. Jika dibeli seunit benih ini dengan harga RM 0.30 sen (8,000 X RM 0.30 maka keperluan kos benih adalah sebanyak RM 2,400). Apa pun jika menanam keladi cina tidak menggunakan batas atau ikut keluasan tanah keperluan anak benih sebanyak 18,000 pokok. Tanaman keladi dituai apabila cukup umurnya. Harga ladang keladi mawar sekitar RM3.50 - RM4.00 sekilogram diimana ia menjadi mahal dipasaran runcit.

(1) Keladi Cina
Keladi cina (
Colocasia esculenta) adalah salah satu jenis keladi yang sangat sejak dulu dipercayai dan popular di tanam oleh petani kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Ini kerana semasa perayaan Tahun Baru Cina adalah waktu rezeki kepada pengusaha keladi cina kerana masa ini harga keladi naik mendadak sehingga RM9 hingga RM 12.50 sekilogram untuk dijadikan makanan seperti kuih tradisional mereka. Keladi ini dilaporkan memang sangat digemari oleh pengguna tempatan di Malaysia kerana faktor keenakannya dengan dan ia selalu disediakan melalui pelbagai resepi dihasilkan seperti kerepek keladi, bubur keladi, kuih keladi dan sebagainya. Mudah dibeli dipasaraya, pasar basah dan juga gerai-gerai tepi jalan yang berhampiran dengan kawasan penanaman jkeladi cina. 
Keladi mawar yang dijaga baik boleh di tuai selepas 6.5 - 7 bulan selepas ditanam. Kelewatan dalam menuai atau dituai selepas 7 bulan akan menyebabkan kualiti buah menurun dimana kejadian buah terlalu matang akan menyebabkan keladi tersebut menjadi keras.


(2) Keladi Mawar
Keladi Mawar (
Colocasia esculenta) merupakan jenis keladi yang semakin popular dikalangan petani dan pengguna. Ini kerana ia bersaiz besar, agak tahan lama selepas dipetik dan enak untuk dijadikan keladi goreng, rebus atau dibuat kerepek. Ia seakan sama dengan Keladi Cina sekali pandang cuma berlainan sedikit pokoknya. Keldi ini mampu mencapat berat 2.5 kg sebiji bergantung kepada jeis tanam dan amalan agronmi yang dilakukan di tanah gambut. Benih keladi mawar diantara jenis keladi yng gk sukar untuk mendapatkannya dengan kuantiti yang banyak. Petani yang banyak menanam keladi mawar dari apa yang penulis blog pernah membuat tinjauan adalah di Johor, Melaka dan Selangor. Kawasan tanah gambut selelunya dipilih sebagai sesuai untuk penanaman kelado mawar ini. Bagaimana pun ada kalangan petani Cina yang telah menanam keladi mawar dikawasan tanah mineral semasa tinjauan dilakukan di Pahang.

(3) Keladi Minyak
Keladi Minyak (Colocasia esculenta) juga menupakan jenis keladi yang popular ditanam dan dijual di negara kita. Keladi Minyak diberikan nama berkemungkinan ciri daunnya yang kelihatan berkiat seakan ada minyak. Apa pun m
emeandangkan sejak dulu dimana pemintaan terhadap keladi minyak adalah tinggi maka tidak hairanlah jika sekilo keladi mentah sekarang berharga sampai RM 5.00 hungga RM 8.00 sekilo dipasaran dan apabila diproses menjadi snek keripik keladi berharga sampai RM 12.00 hingga RM18.00 sekilogram. Kerepik keladi minyak diantara kerepik yang diminati kerana warna dan bentuk uratnya. Memang dilaporkan tanaman keladi minyak digemari oleh petani asalkan mampu untuk mendapatkan kuantiti benih yang banyak bagi penananam secara komersil. 
 
(4) Keladi Hitam
Keladi Hitam (Colocasia esculenta) memang berlainan diantara pokok yang menghasilkan umbisi yang boleh dimakan dengan pokok keladi hitam untuk tanaman hiasan. Perbezaan ketara pada jenis ini dimana batangnya agak berwarna kehitaman dari pangkal pokok (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog sering juga melihat keladi hitam ditanam dengan skala agak luas di Johor dan Sarawak. Daripada pemerhatian penulis blog mendapati dimana keladi hitam ini mempunyai warna batang yang sedikit gelap. Ia juga dilihat mempunyai saiz ubi yang sederhana besar dan kebiasaannya di masak bersama batangnya sekali. Biasanya bahagian batangnya juga boleh dimakan dan boleh diolah sebagai masak lemak ataupun dijadikan makanan sebagai masakan singgang batang keladi. Penulis blog suka dengan makanan ini dimana ianya memang sungguh menyelerakan. 
Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KELADI ... BANYAK JENISNYA...
TANAH GEMBUR... SESUAI LOKASINYA...
KELADI MAWAR... KELADI MAWAR JUGA...
MUDAH DITANAM... HASILNYA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2118, Pullman Waterfront Miri Hotel,
Miri, Sarawak,
Malaysia.
(27 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.