Sunday, April 17, 2022

BAGAIMANA KAWAL SIPUT BABI? (Part 1)

HAIWAN SIPUT BABI
( Achatina fulica) merupakan sejenis haiwan dari kumpulan siput didalam keluarga Achatininae yang mudah kita jumpa dikawasan kebun dan keliling rumah yang ada tumbuh-tumbuhan. Siput ini merupakan siput diatas tanah atau atas daratan walau pun banyak kumpulan siput lain yang hidup didalam air serta mempunyai organ seperti hidupan lain didalam air. Penulis blog amat kenal akan siput ini iaitu semenjak kecil lagi kerana dikawasan rumah di kampong dulu memang mudah hendak jumpa siput babi terutama ada dikawasan lembab seperti dicelah-celah pokok keladi, pokokk pisang dan dan pokok bunga. Semasa membuat rujukan mendapati siput babi ini dinamakan Giant African Snail yang tergolong dalam kumpulan Moluska (mollusca) dimana ia bergerak menggunakan organ perut dan sangat perlahan. Kita tentu masih ingat certia Sang Siput berlumba dengan Sang Arnab dimana kita tahu yang siput bergerak sangat lambat tetapi akhirnya diceritakan arnab tertidur dan siput menang dalam perlumbaan ini. 'Siput Babi' tidak diketahui bagaimana ia mendapat nama. Kalau difikirkan kaitan antara siput babi dengan babi, mungkin ini berlaku kerana babi suka akan makan siput ini didalam keadaan ekosistem atau saya agak ada orang terpijak dan sangat geli akan siput ini dan dia menyumpah 'Babi kau' lalu jadilah haiwan ini digelar 'siput babi'. Siput ini mempunyai cengkerang yang besar pada belakangnya berwarna coklat terang dengan ada coklat kekuningan yang terang berjalur-jalur atau selari. Warna cengkerang bergantung kepada lokaliti, jenis permakanan dan spesis. Cengkerang yang berbentuk piramid ini mempunyai bucu hujung yang tirus berbentuk spiral. Cengkerang ini mempunyai 7-9 pusingan apabila siput babi cukup dewasa. Fungsi cengkerang (conical shell) ini adalah sebagai perumah , pelindung, dan simpanan makanan yang keras dan tahan lama. Saiz cengkerang ini lazimnya sekitar 5-10 cm panjang tetapi ada yang mencecah sehingga 15 cm. Anggaran berat siput babi diantara 80 - 150 gram. Saya sudah ada menulis mengenai keterangan siput babi sebelum ini dan ianya boleh diakses dengan pautan berikut (Sila klik disini)
Artikel yang ke 7,007 ini pada kedinginan malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis bagaimana cara mengawal siput babi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 

Kebanyakan mereka yang mempunyai kawasan rumah sama ada di kampong atau dibandar dan mempunyai tanah untuk cucuktanam berkemungkinan akan berjumpa dengan haiwan siput terutama jenis Siput Babi. Sama seperti penulis blog yang tinggal di Putrajaya dan ada beberapa pasu ditanam dengan tanaman ulam-ulaman dan bahan masakan dimana ia mungkin sama dengan pembaca semua akan marah apabila  setelah penat-lelah bercucuk tanam kemudian hasilnya hilang sebab dimakan oleh siput. Peliknya dilihat pada siang hari sebelumnya keadaan tanaman sihat menghijau dan suka melihatnya akan tetapi pada esok paginya semua dirosakkan oleh haiwan yang aktif malam hari ini iaitu Sang Siput (Sila lihat foto disebelah). Memang 'sakit hati' betul dibuatnya kerana kehadiran siput ini atau dikenali sebagai siput babi tidak pernah muncul sebelum ada tanaman. Dilaporkan dikalangan penduduk kawasan perumahan dan peminat tanaman dikawasan keliling rumah mereka akan cupa menghapuskannya. Sebelum pembaca blog hilang sabar dengan semua keberadaan siput yang ada dekat taaman atau kebun adalah igalakkan membaca artikel ini sehingga selesai. Mana tahu kelak akan ada idea bagaimana untuk mengawal masaalah haiwan tersebut. Mungkin juga ramai akan rasa 'geli' melihat siput kerana ia berlendir. Ada juga sesekali dilihat saiz siput babi ini yang bersaiz besar (XXL) dimana dilaporkan ada kalangan peminat yang mengambil siput ini untuk dijadikan makanan lazat. Berikut saya kongsikan beberapa teknik mengawal siput babi yang mingkin ada dikawasan rumah atau kebun agar serangan dapat dikurangkan atau dihapuskan terus.

(1) Gunakan Racun Kimia
Penulis blog semasa belajar dahulu pernah dimaklumkan dimana cara paling senang kawal populasi siput dengan racun kimia antaranya jenama 'Siputox'. Racun siput ini boleh dibeli di kedai-kedai hardware atau beli secara on-line saja berharga RM8.50 satu pek 500 gram sahaja (Sila lihat foto disebelah). Cara ini dilaporkan palng mudah, sangat berkesan dan mudah dibeli. Bagaimana pun pastikan membaca peraturan mengguna seperti ditulis pada label. Pembaca boleh menggunakan jenis racun siput yang lain asalkan ia mengandungi bahan aktif yang di luluskan oleh pihak berkuasa. Jika menggunakan satu jenis sahaja berkemungkinan siput ini akan menjadi kebal dan perlulah digantikan dengan jenama yang lain.

(2) Kutip Siput sehingga habis
Cara paling mudah untuk mengawal populasi siput babi dikawasan keliling rumah adalah dengan mengutipnya semua yang ada dikawasan tanaman. Bagaimana pun perlu ada keberanian untuk memegang siput ini (jangan geli atau takut) dan kena rajin membuat pemantauan (surveilance) selalu.

Mencari dimana siput bersembunyi mudah sahaja kerana ia akan bersembunyi ditempat yang lembap, sejuk dan merupakan haiwan yang lambat bergerak. Jika sudah tahu akan bekas laluan siput maka ini menjadikan lebih mudah mencari kawasan persembunyiannya. Kumpulkan siput tersebut dan dimusnahkan dengan pelbagai cara seperti membakarnya, menghancurkannya atau diberikan kepada haiwan peliharaan yang suka memannya seperti itek. Ada kalangan orang yang suka makan siput ini sebagai menu yang enak.


3) Gunakan Kulit Telur
Ramai pembaca mungkin terkejut apabila kulit telur ayam boleh digunakan sebagai teknik kawal siput. Dilaporkan memang ada banyak jenis serangga atau haiwan perosak yang sifatnya tidak sukakan kulit telur ayam sebenarnya. Memang semua orang akan membeli telur ayam dan selepas digunakan kulitnya akan dibuang. Penulis blog dapat petua dimana sebaiknya kulit telur ayam ini dikeringkan dulu kulit telur dengan menjemur bawah cahaya matahari atau letak je dalam oven sekejap. spsbils psdti sudah kering maka di
hancurkan kulit telur ayam tersebut menjadi kepingan kecil-kecil supaya ada bucu dan bahagian tepi atau sisi yang tajam. Seterusnya kepingan ini bolehlah letakkan pada sekitar tanaman yang siput selalu datang untuk menyerang. Dilaporkan apabila permukaan kulit telur ayam yang tajam ini ada maka biasanya ia tidak disukai oleh siput dan mengelakkan diri dari melalui kawasan tersebut. Dalam kes lain penulis blog pasti kulit telur yang diletkkan dikeliling tanaman juga berfungsi sebagai baja yang kaya dengan unsur Kalsium (Ca) kepada tanaman.

4) Pasang Perangkap Siput
Kaedah 
yang praktikal, mudah dan boleh dilakukan adalah dengan memasang 'perangkap siput'. Ia adalah satu kaedah kawalan yang disediakan untuk memerangkap siput dimana pembaca blog boleh membuatnya sendiri dirumah. Perangkap Siput DIY mudah dibuat dengan menggunakan bekas sama ada baldi, balang atau bekas lain yang sesuai dan diisikan dengan air. Kemudian dimasukkan jus anggur buah anggur atau kordial anggur didalamnya dan juga setengah sudu yis serta bahan satu sudu besar gula. Bekas ini boleh diletakkan diatas laluan siput dekat tanaman atau ditanam dala tanah (Sila lihat foto disebelah). Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana perangkap ini menjadi akan menyebabkan siput tertarik dengan bau yis dan akan pergi memanjat bekas tersebut atau masuk kedalamnya. Akhirnya semua siput tersebut akan masuk kedalam perangkap dan tenggelam. Petua lain untuk memerangkap siput ialah dengan meletakkan tepung jagung ke dalam bekas yang rata dan letakkan kobis segar di situ. Bila siput pergi untuk memakan kobis maka lazimnya ia akan terkena tepung jagung yang akan mengembang dan menyebabkan siput tersebut akan akhirnya mati.

5) Gunakan Tembaga
Penulis blog agak terkejut setelah berkunjung kerumah rakan di Raub, Pahang semasa bertugas di Pahang dahulu apabila melihat banyak duit syiling 20 sen tembaaaga diletakkan dikawasan rumah yang ada tanaman. Dia dakwa dimana teknik kawalan siput yang ini paling murah, mudah dan mudah dilaksanakan dari serangan siput ayng serius sebelumnya. Dia lakukan demikian apabila membaca laporan menyatakan bahawa memang s
iput tidak suka pada logam sebab bila lendirnya yang melekit tersebut terkena logam maka haiwan siput itu akan terkejut macam kena renjatan eletrik. Akhirnya siput akan beredar atau cabut lari dengan cepat klokadi lain. Kalau ada masa boleh dapatkan logam tembaga terpakai yang kadang kala ada dijual di kedai-kedai yang menjual racun perosak. 
Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN SIPUT... ROSAKAN TANAMAN...
MAKAN TANAMAN...JALAN PELAHAN... 
PERLU DIKAWAL... PETUA DI AMALKAN... 
BACA ARTIKEL... MUDAH FAHAMKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(13 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.