Thursday, March 17, 2022

PENYELIDIKAN PERTANIAN DI IPTA

PENYELIDIKAN PERTANIAN
(Agriculture Research Activity) merupakan satu aspek penting didalam membangunkan sektor pertanian disemua negara. Terdapat beberapa pihak yang menjalankan aktiviti penyelidikan sebagai teras aktiviti mereka seperti MARDI, PORIM, LGM, LKM, FRIM, swasta dan sebagainya yang masih diberikan bajet setiap tahun untuk terlibat dalam penyelidikan pertanian. Walau pun ada banyak laporan akan kejayaan aktiviti penyelidikan pertanian telah dilaporkan oleh media tempatan tetapi penulis blog juga masih merasakan ianya jauh daripada keperluan sebenar hasil penyelidikan. Ini kerana ada banyak sebab terkait dengan hasil temuan penyelidikan yang masih belum disebarkan atau digunakan oleh 'stakeholder' dalam sektor pertanian di negara ini. Malaysia masih lagi tergolong dalam kelompok negara-negara membangun dan sumber pertanian masih lagi ada memberi impak yang besar kepada negara. Walaupun negara mungkin akan mencapai taraf negara maju dalam beberapa dekad yang akan datang akan tetapi dilihat hasil negara yang berasaskan pertanian seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko masih relevan kepada pembangunan negara. Kini untuk meneruskan tradisi tersebut peranan beberapa pihak termasuk universiti tempatan untuk mengeluarkan tenaga mahir khasnya dalam aspek modal insan sangat relevan kepada kita. Kajian hala tuju terhadap aspek penyelidikan dan juga penerbitan ini seterusnya akan memberi petujuk kepada kita arah sebenar yang dilalui pada sepuluh tahun yang lepas dan akan mengambil kira aspek-aspek yang perlu dimajukan untuk mencapai matlamat negara maju khasnya dalam aspek pertanian. Arah penyelidikan ke arah teknologi tinggi dan intensif modal serta nilai tambah yang tinggi akan dapat mempercepat perjalanan kemajusan sektor pertanian yang sedang dituju. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh ini saya paparkan mengenai penyelidikan pertanian oleh universiti dan institusi tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Penyelidikadan kajian dalam sektor pertanian merupakan salah satu aktiviti yang agak jarang diketengahkan dalam media tempatan. Ini kerana suatu asas penyelidikan ini selalunya akan juga mengambil masa yang agak lama dimana ia diasaskan dari beberapa keperluan dalam industri pertanian. 
Kajian yang dijalankan ini selalunya berasaskan fakta sebenar didalam penyelidikan dan akhirnya maklumat penerbitan yang telah dihasilkan akan digunakan oleh stakeholder. Antara beberapa IPTA yang dilaporkan ada menjalankan penyelidikan di Malaysia seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Dalam laporan oleh sekumpulan pakar yang dibentangkan dimana aktiviti penyelidikan atau 'reseacch' ini dijalankan di setiap universiti berdasarkan pada beberapa kategori seperti jenis penyelidikan (asas atau gunaan), lapangan penyelidikan (pertanian, ternakan, akuakultur dan sains pemakanan dan jumlah bajet (mengikut lapangan penyelidikan, mengikut universiti, mengikut tahun). IPTA terlibat juga boleh mendapatkan pembiayaan dari dalam atau dari luar negara (kerajaan atau swasta) dimana jumlah penerbitan setiap universiti mengikut kategori penyelidikan pertanian seperti Sains Pertanian, Sains Ternakan, Sains Makanan dan Sains Akuakultur akan dibentangkan. Apa pun dilaporkan dimana sehingga kini aktiviti penyelidikan di bawah kategori pertanian adalah yang tertinggi diikuti dengan penyelidikan di bawah kategori sains ternakan, bidang sains akuakultur dan sains makanan. Penyelidikan asas masih menerajui keseluruhan penyelidikan khasnya dalam bidang pertanian. Pecahan penyelidikan asas dan gunaan mengikut kategori penyelidikan aSeperti yang dijangkakan, penyelidikan dalam bidang Sains Pertanian mendominasi keseluruhan aktiviti penyelidikan (asas dan gunaan) diikuti bidang Sains Ternakan dan Sains Makanan. Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengungguli penyelidikan tersebut di dalam aspek penyelidikan asas dan gunaan. Manakala Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendominasi dalam bidang penyelidikan Sains Akua kultur. UPM telah dilaporkan telah mendahului jumlah keseluruhan penyelidikan dengan 79.5% diikuti dengan UMS (12.6%) UMT (3.38%) UDM (2.48%) dan UMK (2.03%) dalam RMK11.

Dalam pada itu penulis blog pernah juga dimaklumkan jumlah bajet untuk aktiviti penyelidikan yang diterima oleh universiti tempatan terlibat adalah seiring dengan jumlah penyelidikan yang telah mereka dijalankan. Peruntukan bajet  untuk penyelidikan paling besar dilaporkan kepada pihak UPM. Di UPM kategori penyelidikan yang berasaskan Sains Pertanian telah didakwa mendapat peruntukan RMK11 tertinggi (RM33juta) diikuti dengan Sains Ternakan (RM14.8juta), Sains Akuakultur (RM1.4juta) dan Sains Makanan (RM670 ribu). Didapati bahawa UPM mendahului sektor pertanian dan ternakan manakala UMS mendahului sektor akua kultur. Penaja Penyelidikan Agensi kerajaan adalah penaja utama keseluruhan penyelidikan yang dijalankan di universiti tempatan. Didapati 63.1% adalah daripada sumber agensi kerajaan diikuti oleh sumber peruntukan universiti sendiri 30.9%, agensi swasta tempatan 4.8% dan dana daripada luar negara 1.1%. Dalam masa sama penerbitan hasil daripada temuan penyelidikan yang dibuat dinilai melalui penghasilan penerbitan seperti jurnal, laporan, buku dan paten. Selalunya  parameter bagi penyelidikan, bahan penerbitan yang perlu dihasilkan adalah berasaskan lapangan penyelidikan seperti dilaksanakan. Dilaporkan dimana dalam jangka masa sepuluh tahun yang lalu sejumlah 444 kajian telah dijalankan oleh universiti tempatan dan telah menghasilkan sebanyak 3,800 bahan penerbitan. Selalunya jumlah penerbitan mempunyai korelasi yang tinggi dengan penyelidikan. Laporan penerbitan yang berasaskan bidang Sains Pertanian adalah tertinggi diikuti dengan laporan penerbitan bidang Sains Ternakan, bidang Akuakultur dan bidang Sains Makanan. Didapati UPM mendahului universiti yang lain bagi kategori penerbitan berasaskan jurnal berwasit dan lain-lain.  

Paling terlihat dari aktiviti penyelidikan adalah diadakan program pembentangan hasil penyelidikan melalui seminar, persidangan dan konferensi diperingkat nasional atau antarabangsa. Kaedah ini  merupakan kategori yang terbanyak dalam siri penerbitan yang dihasilkan di setiap universiti. Dilaporkan di Malaysia dimana kalangan IPTA terlibat mereka telah mengklasifikasikan penerbitan kepada beberapa kategori seperti penerbit profesional, penerbit yang membuat keuntungan, penerbit tempatan dan penerbitan yang hanya menggunakan Bahasa Melayu. 
Dilaporkan peratusan kategori tersebut berasaskan kategori jurnal berwasit, jurnal tidak berwasit, buku dan bab dalam buku, prosiding dan lain-lain. Dilaporkan juga dimana sebilangan besar penerbit jurnal adalah daripada kategori profesional (prosiding) dan jurnal berwasit yang tertinggi didaftar adalah daripada kategori penerbit yang mengenakan bayaran kepada pelanggan (profit making) yang didaftar diluar negara (87.6%), diikuti berwasit tempatan (11.9%) dan berwasit Bahasa Melayu (0.5%).  Mengikut Analisa SWOT punca kekuatan (STRENGTH) adalah dimana universiti tempatan mempunyai kekuatan tenaga pengajar dan pengalaman untuk menghasilkan penyelidikan yang bermutu dan inovasi ke arah pemodenan sektor pertanian negara. Penyelidikan berbentuk sains gunaan adalah seimbang dengan penyelidikan asas dengan nisbah 2:1 (gunaan : asas).  UPM dulu asalnya cuma Kolej Pertanian Malaya kini aktiviti ini diteruskan Fakulti Pertanian selepas penutupan Fakulti Pertanian di Universiti Malaya telah dilaporkan mengungguli kesemua jenis penyelidikan dan penerbitan. Rekod pencapaian negara dalam bidang yang pengkomersialan pertanian seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan lain-lain lagi bermula daripada pembelajaran dan penyelidikan asas yang bermula di universiti. 

Analisa SWOT juga dilaporkan diantara punca kelemahan (WEAKNESS) penyelidikan di IPTA adalah dalam menghasilkan teknologi siap agar ianya dapat dikomersialkan masih lagi kurang berbanding dengan jumlah dan kos penyelidikan yang telah diberikan. IPTA terlibat dakwa kerana sektor swasta dan industri masih lagi kurang memberi peruntukan penyelidikan kepada universiti tempatan. Aktiviti jaringan dengan universiti luar negeri juga masih lagi kurang dilaksanakan bagi mendapatkan teknologi baru dalam jaringan penyelidikan bersama dimana ia perlu ditingkatkan lagi. Memang secara teorinua hasil temuan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang kreatif mampu menaikkan taraf ekonomi berasaskan pertanian untuk dijadikan pemangkin enjin ketiga pembangunan (third engine of growth). Penyelidikan dan inovasi juga dilihat mampu meningkatkan 'competative edge' pengeluaran negara dalam isu globalisasi dan perdangan bebas serta peneraju dunia dalam bidang pertanian. Kekurangan makanan dunia dan jumlah bill import yang besar bahan makanan haiwan dan manusia ke Malaysia perlu diambil peluang melalui aktiviti penghasilan teknologi dan inovasi oleh universitiuniversiti tempatan. Peningkatan populasi global yang bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia telah memberi peluang yang besar kepada keperluan pengeluaran makanan tempatan. Sebagai Ancaman (THREATS) dalam penyelidikan di IPTA bagi sektor pertanian kurang mendapat penekanan oleh pihak kerajaan dan swasta dimana perkara ini didakwa telah mengakibatkan dana yang terhad. Jumlah kawasan pertanian baru untuk tujuan pengeluaran tanaman terus berkurangan disebabkan kawasan premium telah digunakan untuk tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah. Penulis blog sempat meninjau bagaimana pengusaha durian di Raub, Pahang membuat kajian mengeksport pes durian ke USA (Sila lihat foto disebelah). Pengusaha terlibat masih tidak mendapat apa-apa korelasi atau pun bantuan dari pihak IPTA dalam menjayakan program ini. Bagaimana pun mungkin masih wujud persepsi dan salah terhadap bidang pertanian dan kekurangan minat di kalangan ketua kerajaan di Malaysia sejak beberapa tahun dulu yang telah memberi hala tuju yang negatif terhadap sektor pertanian negara. Pernah dilaporkan jelas dalam media massa tempatan dimana seorang Perdana Menteri dulu mendakwa tahukan semua bahawa 'satu ekar sawah padi jika dibangunkan dengan kilang elektronik mampu hasilkan ratusan juta sebagai perbandingan'. Penyelidikan berasaskan pertanian (perladangan dan bioteknologi) telah menyumbangkan lebih kurang 75% daripada keseluruhan aktiviti diikuti dengan penyelidikan dalam bidang ternakan dan akuakultur. Antara masaalah utama yang dihadapi universiti dakwa mereka dilaporkan isu kekurangan tanah dan ladang untuk kajian berbentuk komersial serta latihan pelajar secara hand’s on sedangkan kebanyakan IPTA mempunyai tanah yang luas. Dalam strategi masa hadapan bajet yang lebih besar khasnya daripada sektor swasta untuk membolehkan kajian berbentuk komersial, mampan, praktikal dan jaringan dengan pihak swasta untuk mempercepat perpindahan teknologi antara kedua belah pihak. Penyelidikan disarankan lebih banyak berbentuk sains gunaan dan bukan hanya untuk kepentingan penyelidik sahaja. Kategori penyelidikan perlu memberi tumpuan (fokus) penyelidikan kepada beberapa bidang yang penulis blog fikit termasuk bidang biak baka (Plant breeding), Kejenteraan Pertanian. Keselamatan Makanan, Integrasi Pertanian. ICT, Perlindungan Tanaman (crop protection), Fisiologi tumbuhan (Plant physiology), Aspek Pengurusan sisa serta aspek pengurangan kos makanan ternakan. Pada masa akan datang perlu diadakan lebih banyak forum interaktif antara universiti tempatan dan luar negara serta pihak swasta untuk mempercepat perpindahan teknologi. Sebailnya penyelidikan ini melibatkan pensyarah jemputan daripada sektor swasta di universiti tempatan dan skema penggalakan pertukaran kakitangan sektor swasta dan universiti. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PENYELIDIKAN DI IPTA... APA CERITA...
BAJET DIBERI... HASILNYA KEMANA...
DIBUAT PENERBITAN... SIAPA BACA...
PERLU PERBAIKI... CARA LAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11m Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syaaban 1443H).
Posted from:
Room 311, Family Room,
Home 2 Hotel, Chukai,
Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.