Wednesday, March 16, 2022

PENGAIRAN TANMAN DURIAN

TANAMAN DURIAN
(Durio zibethinus Murr.) merupakan diantara tanaman buah-buahan yang dikomersilkan di Malaysia dimana ia merupakan buah tropika yang terluas diusahakan. Buah durian adalah d antara spesies buah-buahan yang sangat popular dan banyak ditanam di Malaysia. Penulis blog (foto diatas) telah menulis lebih daripada 500 artikel mengenai durian dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Foto diatas merupakan salah satu kebun durian komersil di Simpang Pertang, Negeri Sembilan dimana pokok durian Musang King yang berumur 5 tahun sudah berhasil. Petani ini mempunyai lebih 100 ekar tanaman durian Musang King dan Black Thoran didalam 7 buah kebun miliknya. Secara tradisional apa yang penulis blog ;ihat dimana pokok durian ditanam daripada baka biji benih di kawasan dusun di kampung. Bagaimana pun kin petani durian komersil akan mencantumkan pokok dikebun dengan varieti disyorkan untuk mendapatkan pokok berkualiti. Dahulu lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak seragam serta tidak pasti kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran yang baik dalam kategori 'Durian Kampong'. Penulis blog dapati dimana Jabatan Pertanian Malaysia telah mengenal pasti dan mengumpul koleksi klon durian semenjak tahun 1934 dan sehingga sekarang telah mendaftarkan lebih dari 241 varieti durian. Saya yang terlibat didalam semakan semua sisten pendaftaran ini memang ada menulis semua varieti tersebut didalam blog ini. Walau bagaimanapun memang hanya sebilangan kecil sahaja varieti durian yang disyorkan untuk ditanam secara komersil iaitu ia berdasarkan kepada ciri-ciri buah tersebut iaitu mutu buah yang tinggi, hasil yang banyak dan kesesuaian dengan agroiklim Malaysia. Durian merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agro Makanan (2011-2020) dan didalam Dasar AgroMakanan Negara (DAM) dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan dan eksport. Keluasan kawasan durian di Malaysia adalah seluas 76,972 hektar dengan menghasilkan sebanyak 400,636 metrik tan buah segar pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Ststistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Dahulu banyak hasil durian segar dieksport ke Singapura akan tetapi kini ia sudah dieksport ke China, Jepun dan beberapa buah negara lain. Persaingan yang hebat juga dijangka akan terus dihadapi dengan negara jiran khususnya Thailand terutama untuk pasaran eksport ke China dan Singapura. Rakyat Malaysia juga sering membeli buah durian dari Thailand di pasaraya dan pasar buah-buahan. Dalam masa yang sama Malaysia juga mengimport lebih kurang 15,000 hingga 25,000 metrik tan durian dari negara jiran Thailand yang bernilai lebih RM24 juta setahun. Penggunaan dalam negara dan eksport serta pengeluaran untuk gantian import boleh dipertingkatkan lagi sekiranya durian yang dihasilkan berkualiti tinggi. Kawasan-kawasan durian sedia ada perlu dipulihkan dengan varieti durian yang disyorkan Jabatan Pertanian dan bermutu tinggi serta ditentukan pengamalan pengurusan ladang yang baik (MyGAP). Langkah ini akan dapat menentukan penghasilan yang tinggi dan berkualiti unutuk pasaran domestik dan juga pasaran eksport. Artikel yang ke 6,965 pada petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis berkaitan  pengairan tanaman durian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Adalah perlu difahami dimana air (water) merupakan salah satu daripada keperluan asas untuk tanaman pokok durian selain daripada udara dan tanah. Keperluan air merupakan salah satu faktor utama untuk meningkatkan tumbesaran pokok dan juga dalam pengeluaran bunga dan buah durian. Amalan agronomi tanaman durian penting mengujudkan sistem pengurusan air yang berkesan sejak mula menanam sehingga peringkat pokok matang kerana kajian membuktikan dimana hasil pengeluaran buah akan dapat dipertingkatkan sehingga sebanyak 50% apabila air mencukupi. Selain daripada itu apa yang penulis blog banyaj buat tinjauan dimana air juga dapat mengurangkan kematian pokok terutamanya di peringkat awal pertumbuhan.  Kefahaman memberikan persekitaran yang betul diperingkat awal penanaman termasik meletakkan jaring hitam (black netting) dipangkal pokok, menjaga rumpai disekeliling kebun (elakkan daripada tanah tiada rumput langsung) dan juga memasang sistem pengairan yang berfungsi sepanjang masa (Sila lihat foto disebelah). Penulsi blog yang banyak menulis tentang sistem pengairan tanaman mendapati dimana ada beberapa jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman durian secara komersil. Selalunya pengusaha durian komersil akan mekihat dahulu topografi, kos, jenis tanah, vatieti durian dan beberapa faktur lain didalam memilih sistem pengairan tersebut. Di antaran sistem pengairan yang sering diginakan bagi tanaman durian adalah Sistem pengairan titis, Sistem pengairan mikro dan Sistem pengairan renjis

Seperti saya nyatakan dimana pemilihan jenis sistem pengairan durian adalah bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta modal kos pembangunan. Penelitian penulis blog di Daerah Raub dan Bentong di Pahang semasa bertugas mendapati dimana biasanya jenis sistem pengairan yang sesuai digunakan untuk membangunkan industri dusun durian adalah sistem pengairan titis. Ini juga adalah kerana jika hendak dibandingkan dengan sistem pengairan yang lain dilaporkan dimana sistem pengairan titis adalah sangat cekap dan memang ia tidak mahal dari segi kos pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan. Perlu difahami dimana bukan sahaja pokok durian perlu ada sitem pengairan dari mula menanam akan tetapi sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok durian telah matang iaitu terutamanya semasa peringkat berbunga dan berbuah (Sila lihat foto disebelah). Kini dengan teknologi moden dimana cara pegunaannya boleh diperluaskan kepada menjalankan kerja amalan agronomi lain seperti untuk cara pembajaan, mengawal kelembapan tanah, mengawal suhu persekitaran dusun dan di dalam tanah. Sebelum memasang sistem pengairan titis perlu dipastikan komponen-komponen penting  utama yang terdapat di dalam sistem pengairan titis iaitu faktur sumber air, rumah pam, enjin atau motor-pam, penyuntik baja, alat penapis, sistem paip, tiub high density polythene dan tiub low density polythene. Reka bentuk sistem pengairan bagi setiap dusun durian bergantung kepada faktur 'potential evapotranspiration rate', jenis tanah, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, jenis tanaman, jarak tanaman, jenis paip dan tiub, jenis penyebar, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta sistem pengendalian. Dalam operasi sistem pengairan titis biasanya  faktor utama yang perlu diambil kira adalah kualiti air. Walaupun alat penapis yang digunakan mempunyai kemampuan menapis sehingga 250 mesh akan tetapi ia masih lagi terdapat partikel halus di dalam air yang boleh menembusi sistem penapisan dan mengakibatkan sistem pengairan titis tersumbat. Sebaiknya disyorkan agar rawatan di kawasan sumber air adalah sangat mustahak untuk mengurangkan kos penyelenggaraan. 

Pengairan untuk tanaman durian selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang. Ini adalah untuk mengelakkan proses penyejatan yang berlaku di waktu tengahari serta ia dapat meningkatkan kecekapan pengairan dan menentukan supaya air yang dibekal tidak menjadi panas akibat terkena cahaya matahari. Merujuk kepada beberapa kajian yang dimana bagi pokok baru ditanam perlukan 1 unit penyebar setiap pokok dengan  kadar air setiap penyebar sebanyak 5 liter satu jam untuk jangkamasa pengairan selama 1 jam. Bagi pokok durian ditanam diperingkat belum matang diperlukan dua (2) penyebar sepokok dengan kadar air setiap penyebar sebanyak 5 liter sejam untuk jangkamasa pengairan selama 2 jam. Bagi pokok durian matang pula (sudah berbunga dan berbuah) maka dipasang 2 penyebar setiap pokok dengan kapasiti air sebanyak 5 liter sejam untuk jangkamasa pengairan selama lima (5) jam. Bagaimana pun kajian menyatakan dimana jangkamasa pengairan setiap hari untuk tanaman durian bergantung kepada keluasan zon akar, faktor tanaman, isi padu akar, keupayaan pegangan air bagi tanah, jenis tanah, jumlah penyebar setiap pokok, kadar alir air setiap penyebar dan peringkat pertumbuhan pokok. Bagi kawasan durian yang ditanam di tempat yang curam pula sebaiknya akan berlaku masalah saliran yang timbul pada permulaan kawasan tersebut dibuka seperti tersumbat, paip bocor, kerosakkan semasa pengungganan jentera dans sebagainya. Pastikan tangki digunakan mencukupi untuk jumlah air yang diperlukan dan sering emnjalankan pemeriksaan sistem pengaira ini (Sila lihat foto disebelah). Penebangan pokok-pokok dan pembersihan kawasan akan mendedahkan tanah tersebut kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Adalah disyorkan bahawa kerja-kerja penyediaan permukaan tanah dibuat pada musim panas. Sekiranya teres dibuat di kawasan tanah curam yang telah dibuka, penanaman penutup bumi hendaklah dibuat dengan segera bagi tujuan untuk mengawal hakisan tanah. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAM DURIAN... AIR DIBERIKAN...
DARI TANAM... PERLU DIPASANG..
PENGAIRAN TITIS.. JADI PILIHAN...
ADA AIR... KUALITI BUAH DIJAMIN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Syaaban 1443H).
Posted from,
Room 101, Deluxe Superior,
KOSMA Hotel, Kuantan,
Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.