Friday, March 11, 2022

JENIS-JENIS UDANG - APA DIA? (Pt 3)

UDANG
(Prawn) merupakan sejenis hidupan krustacea yang mana ia banyak di buru untuk dijadikan makanan yang kaya dengan protin dan chitin. Dalam habitat semulajadi biasanya udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar atau air payau. Pada masa ini dilaporkan dimana udang air masin dan udang air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara sebagai satu komoditi penting dimana ia mampu untuk memberikan pulangan baik kepada penternak industri. Dilapor di Malaysia dimana aktiviti ternakan udang komersil dilakukan dibeberapa negeri tetapi terkini ia luas diusahakan di Pahang dan Sabah untuk pasaran domestk dan eksport terutama jenis udang harimau (tiger prawn). Ladang ternakan udang dilapor memerlukan kos pembangunan dan penyelenggaraan yang tinggi serta risiko yang terbaik untuk ianya berjaya sebelum memberikan pulangan baik. Dalam banyak maklumat teknikal dimana penulis blog dapati dimana udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun bentuk udang selalu kelihatan seakan ia sama sahaja dengan udang-udang lain akan tetapi jenis udang berbeza dengan udang lain dari segi struktur insangnya, bentuknya, makannya, saizya, harganya dan banyak faktur lain mengenai udang itu sendiri. Makanan dan khasiat udang banyak diperkatakan kerana keenakannya, khasiatnya dan ancamannya jika dimakan berlebihan. Ini adalah kerana uudang adalah dikenalpasti sebagai sumber protein yang tinggi dan juga kolesterol. Bagaimana pun secara teorinya udang mempunyai protein yang sangat tinggi dan ianya penting untuk menyokong dan juga membantu membina sel-sel baru tumbesaran. Ianya juga sangat penting dan dapat membantu menggantikan sel-sel tisu yang telah rosak. Selain itu terdapat juga bahan Omega-3 pada udang dimana ia juga penting untuk menyokong kesihatan jantung dengan cara mengurangkan kandungan lemak dalam saluran darah. Terdapat banyak perdebatan mengenai kendungan kolesterol yang tinggi didalam udang. Ini kerana ada laporan mendakwa kadar kolesterol boleh menurun apabila seseorang makan udang dan ia dikaitkan juga apabila kadar kolesterol dapat menurun serta boleh meningkatkan aliran hempedu dan melegakan hati jika makan udang. Walau pun ada dakwaan dimana makanan laut boleh juga dapat menurunkan tekanan darah dan menghilangkan sakit kepala tetapi kenyataannya ramai yang merasai sebaliknya. Udang juga didakwa akan dapat memberi kesan sistem pencernaan berfungsi dengan baik, menghilangkan pedih ulu hati dan gastrik. Fungsi yang lain adalah dapat meningkatkan kadar metabolisme dan berat badan yang seimbang. Sebaiknya makan udang dengan jumlah berpatutan dan elaan makan berlebihan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapajenis udang yang sesuai diketahui pembaca semua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(11) Udang Pasir
Udang Pasir (Penaeus orientalis) meru[akan jensi udang yang banyak dijumpai dikawasan perairan pantai yang berlumpur. Lazimnya udang ini berwarna coklat dan juga pada bahagian ekornya berwarna coklat kekuningan. Ia mempunyai bentuk kelapa yang leper dengan bentuk ekornya seperti kipas. Ia dipukat oleh nelayan pesisir pantai dimana harga udang ini adlaah antara yang murah dipasaran iaitu diantara RM10 - RM20 sekilogram dipasaran. Enak dimasak sebagai ramuan sayuran dan sebagainya. Udang ini adalah jensi udang yang popular diproses menjadi udang kering yang harganya berlipat kali ganda.

(12) Udang Putih
Udang Putih ini dibahagikan kepada jenis Udang Putih Kecil dan Udang Putih Besar (Penaeus indicus) dimana ia selalu berada didalam air masin. Udang putih kini telah dikomersilkan dan diternak dikawasan pinggir pantai. Penulis blog pernak melawat projek ternakan udang putih gunakan teknologi Bioflac di Pulau Kambing, Kelantan dimana teknologi ini popular di Thailand. Pada k
ebiasaannya udang putih itu menjadi buruan kepada ramai pemancing untuk dijadikan umpan memandangkan ia lebih lasak berbanding umpan lain dan sukar untuk mati. Apa pun dilaporkan dimana udang putih ini akan dijual pada harga RM45 hingga RM60 sekilogram iaitu bergantung kepada saiz iaitu sekitar 15 cm sudah boleh dijual dan ia turut mendapat permintaan daripada ramai pelanggan.

(13) Udang Kuning
Udang kuning ini agak jarang penulis blog dapat jumpa. Udang kuning ini diberikan nama kerana ia  mempunyai warna kuning pada sebahagian besar tubuhnya dan hanya bahagian ekornya sahaja yang agak gelap warnanya. Udang ini dipasaran berharga diantara RM18 - RM25 sekilogram dan ada dijual secara online dengan jumlah tempahan minima diantara 30 0 50 kilogram satu bungkusan. Tidak banyak maklumat teknikal mengenai udang kuning ini keran ayang ada banyak diperkatakan adalah masak udang kuning dalam pelbagai resepi yang menarik.

(14) Udang Merah
Udang Merah atau Udang Ros ini pula memang paling unik warnanya kerana sebahagian besar badannya adalah berwarna merah. Ia mempunyai warna badan kemerahan kerana berada jauh didalam dasar lautan yang dalam. Isinya jug aberwrna kemerahan dimana ia adalah lebih manis dengan rasanya seakan dengan udang lobster. Ia terdapat berada dibeberapa lautan seperti di Atlantik dimana selalunya agak mahal harganya. Melihat kepada foto udang merah segar disebelah mungkin ada yang menyangka ia adalah udang biasa yang telah digoreng pula. 

(15) Udang Solo
Udang Sola atau dipanggil sebagai Udang Sialor dalah jenis udang air masin atau udang laut yang agak jarang dikenali.
 
Udang Solo merupakan sejenis spesies udang yang dibuat urusniaga kerana mempunyai harga yang baik di pasaran. Ia merupakan sejenis spesies udang laut. Udang solo juga dikenali sebagai udang kepala keras di sesetengah tempat. Dari kajian dilaporkan dimana kebanyakkan udang solo menjadi rezeki kepada nelayan dipersisiran pantai. Udang yang bersaiz sederhana ini sangat sedap jika dibuat gulai atau goreng. Jika ke pantai Penarik Setiu Terengganu ada udang solo menjadi pilihan kepada pengemar celup tepung dan antara menu pilihan selain sotong dan ikan. Ciri -ciri udang solo ini adalah berkulit sedikit keras berbanding dengan udang oke atau udang putih, harga dipasaran adalah sekitar RM20-RM30.00 di pasaran tempatan. Kebanyakkan udang solo ini boleh diperolehi pada selepas musim tengkujuh diantara bulan Jan sehingga Mac dikawasan Laut China Selatan. Cara penangkapan udang solo adalah menggunakan jaring atau pun pukat tunda. sesetengah kawasan adalah salah menggunakan pukat tunda, kerana boleh menyebabkan banyak habitata kehidupan laut akan terjejas seperti penyu, batu karang dan lain-lain. 
Artikel ini ditulis dalam 3 segmen yang perlu dibaca bersama iaitu Part 1, Part 2 dan Part 2. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SPESIS UDANG... BANYAK JENISNYA...
UDANG LAUT... AIR TAWAR PUN ADA...
KAYA PROTEIN... KOLESTEROL JUGA...
MEMBACA ARTIKEL... KENAL JENISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Suite 2-12, Meru Golf Resort,
Meru, Ipoh,
Malaysia.
(3 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.