Thursday, March 10, 2022

JENIS-JENIS UDANG - APA DIA? (Pt 2)

UDANG
(Prawn) merupakan sejenis hidupan krustacea yang mana ia banyak di buru untuk dijadikan makanan yang kaya dengan protin dan chitin. Dalam habitat semulajadi biasanya udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar atau air payau. Pada masa ini dilaporkan dimana udang air masin dan udang air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara sebagai satu komoditi penting dimana ia mampu untuk memberikan pulangan baik kepada penternak industri. Dilapor di Malaysia dimana aktiviti ternakan udang komersil dilakukan dibeberapa negeri tetapi terkini ia luas diusahakan di Pahang dan Sabah untuk pasaran domestk dan eksport terutama jenis udang harimau (tiger prawn). Ladang ternakan udang dilapor memerlukan kos pembangunan dan penyelenggaraan yang tinggi serta risiko yang terbaik untuk ianya berjaya sebelum memberikan pulangan baik. Dalam banyak maklumat teknikal dimana penulis blog dapati dimana udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun bentuk udang selalu kelihatan seakan ia sama sahaja dengan udang-udang lain akan tetapi jenis udang berbeza dengan udang lain dari segi struktur insangnya, bentuknya, makannya, saizya, harganya dan banyak faktur lain mengenai udang itu sendiri. Makanan dan khasiat udang banyak diperkatakan kerana keenakannya, khasiatnya dan ancamannya jika dimakan berlebihan. Ini adalah kerana uudang adalah dikenalpasti sebagai sumber protein yang tinggi dan juga kolesterol. Bagaimana pun secara teorinya udang mempunyai protein yang sangat tinggi dan ianya penting untuk menyokong dan juga membantu membina sel-sel baru tumbesaran. Ianya juga sangat penting dan dapat membantu menggantikan sel-sel tisu yang telah rosak. Selain itu terdapat juga bahan Omega-3 pada udang dimana ia juga penting untuk menyokong kesihatan jantung dengan cara mengurangkan kandungan lemak dalam saluran darah. Terdapat banyak perdebatan mengenai kendungan kolesterol yang tinggi didalam udang. Ini kerana ada laporan mendakwa kadar kolesterol boleh menurun apabila seseorang makan udang dan ia dikaitkan juga apabila kadar kolesterol dapat menurun serta boleh meningkatkan aliran hempedu dan melegakan hati jika makan udang. Walau pun ada dakwaan dimana makanan laut boleh juga dapat menurunkan tekanan darah dan menghilangkan sakit kepala tetapi kenyataannya ramai yang merasai sebaliknya. Udang juga didakwa akan dapat memberi kesan sistem pencernaan berfungsi dengan baik, menghilangkan pedih ulu hati dan gastrik. Fungsi yang lain adalah dapat meningkatkan kadar metabolisme dan berat badan yang seimbang. Sebaiknya makan udang dengan jumlah berpatutan dan elaan makan berlebihan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapa jenis udang yang sesuai untuk diketahui pembaca semua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(6) Udang Minyak
Udang Minyak 
 merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut. Kenapa diberikan nama sebagai 'udang minyak' pada penulis blog memang masih belum diketahui. Udang Minyak ini biasanya akan dijual diantara RM70 - RM80 sekilogram dan memang ramai mengemari makan udang ini.

(7) Udang Karang
Udang Karang (Thymopsis spp) atau Lobster ini adalah udang yang berada dikawasan batu karang didalam laut. Ia merupakan jenis udang yang paling mahal dimana dijual diantara RM80 - RM250 sekilogram bergantung kepada jenis dan juga lokaliti. Penulis blog beberapa kali menikmati lobster semasa naik kapalterbang 'Business Class' dan semasa jamuan ketika membuat lawatan ke Labuan dan ke Tawau Sabah. Keunikan udang ini adalah kerana ia mempunyai isi yang kenyal dan enak dimakan.

(8) Udang Bemban
Udang Bemban atau juga dipanggil sebagai Udang Rotan adalah sejenis udang laut yang rupanya seakan berbelang-belang dan amat mudah dikenali. Di Kuala Sepetang, Taiping, Perak baru-baru ini penulis blog membeli 3 kilogram udang segar ini yang dijual semurah RM20 sekilogram udang bemban segar dan enak digoreng atau dibakar untuk dinikmati. Walau pun kulitnya agak keras sedikit tetapi isinya enak dimakan begitu sahaja selepas dibakar.

(9) Udang Kertas
Udang Kertas (Metapenaus intermedius) merupakaj sejenis udang yang diminati dikalangan pengguna di Malaysia. Udang yang berada didasar laut pesisir pantai ini adalah yang paling lazim dijual di pasar dengan harga sekitar RM30 sekilogram bergantung kepada saiz, jenis dan juga musim. Setiap 500 gram udang kertas ada sekitar 45 ekor udang untuk harga bagi saiz sederhana. Udang ini banyak dimasak sebagai ramuan untuk pelbagai makanan yang popular. 

(10) Udang Lipan
Udang Lipan dari order Stomatopoda mempunyai bentuk paling unik kerana ia mempunyai bentuk dibahagian kepala seperti kepala lipan. Selain nama u
dang Lipan ia juga dipanggil sebagai udang mentadak atau udang ronggeng (Mantis shrimp) iaitu merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut yang diberi nama kerana bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30cm panjang sehingga 38 cm dengan banyak jenis diseluruh dunia habitatnya. Ia pempunyai kulit luar karapas yang menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segmen pertama toraks. Udang lipan terdapat dalam pelbagai warna iaitu dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang. Harga udang lipan agak murah iaitu diantara RM18 - RM20 sekilogram. Atikel ini ditulis dalam 3 segmen yang perlu dibaca bersama iaitu Part 1, Part 2 dan Part 2. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SPESIS UDANG... BANYAK JENISNYA...
UDANG LAUT... AIR TAWAR PUN ADA...
KAYA PROTEIN... KOLESTEROL JUGA...
MEMBACA ARTIKEL... KENAL JENISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Suite 2-12, Meru Golf Resort,
Meru, Ipoh,
Malaysia.
(3 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.