Tuesday, February 1, 2022

TANAMAN SIREH DAN KISAH MENARIK

TANAMAN SIREH
(Piper betle) merupakan sejenis tanaman dari kumpulan herba iaitu dari keluarga Piperaceae yang tumbuh di negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu dan India di negara kita dalam adat istiadat perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai daun pelbagai guna membantu kesihatan manusia. Daun Sireh dilaporkan mempunyai satu komponen penting dalam aktiviti makan daun sireh bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu. Masyarakat India menggunakan daun sireh dalam banyak acara keagamaan mereka. Nama beberapa jenis daun sireh adalah seperti Sirih Tempatan, Sireh Jawa, Sireh Belanda, Sireh Hitam dan Sireh Cengkih. Pokok sireh dipercayai berasal dari Malaysia walau pun terdapat juga di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan saya lihat banyak di Myanmar. Sireh juga dipanggil Ikmo (Filipina), Trau (Vietnam), Pu (Laos), Paan (Hindu) dan Plu' (Thailand). Orang lelaki Myanmar memakan sireh dengan kapor sebagai satu kemestian apabila daun ini bersama kapor dijual di merata penjuru semua pekan di negara tersebut semasa saya melawat Myanmar pada 2009. Kajian saya dari laporan statistik jabatan berkaitan tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman sireh di Malaysia tetapi saya anggarkan sekitar 80-90 hektar CHE. Kebanyakan pokok sireh ditanam secara kecil-kecilan di kawasan keliling rumah walau pun beberapa kali saya melawat kebun tanaman sireh secara monokrop di Johor Bahru, Seremban dan di Selangor dan Perak. Kebanyakan penanam sireh secara monokrop adalah bangsa India bersama-sama dengan tanaman bunga melur dan pokok pisang. Sireh adalah tumbuhan yang mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan khusus yang rumit. Tanaman sireh tidak mempunyai banyak masaalah serangan penyakit dan serangga perosak. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Tecnology"  beberapa kisah menarik dalam media tempatan berkaitan dengan tanaman sireh bagi bahan rujukkan dan bacaan kepada semua.

Dalam portal hmetro.com dengan kisah bertajuk 'Sirih gading tahan lasak' wajar ditulis semua untuk dikongsikan. Ruangan deko dalam berita tersebut dinyatakan
berkenaan beberapa tanaman hiasan popular dalam kalangan masyarakat di negara kita. Ia dijadikan tanaman untuk tujuan menghiasi sudut dalaman atau dijadikan penyeri laman rumah. Kini dilaporkan dipilih satu lagi tanaman hiasan yang mudah untuk ditanam dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Tumbuhan hijau menjalar yang satu ini sering anda lihat menghiasi taman dan tandas awam, pejabat, ruang kediaman atau pagar dan pintu laman. Bentuk daunnya seakan-akan daun sirih tetapi ada antaranya jenis bertompok putih, membuatkan tumbuhan hiasan ini digelar sirih gading. Sirih gading atau nama lainnya 'Golden pothos' atau 'Money plant' menjadi pilihan kerana ia adalah memang tahan lasak. Hanya berbekalkan air biasanya tanaman sirih gading mampu untuk terus hidup subur dan menjalar hingga ke beberapa meter ukurannya selain dipercayai mempunyai pertumbuhan yang begitu pantas sekali. Bagi penulis blog yang ada beberapa pasu jenis sireh ini dirumah endapati dimana selain keindahannya, sirih gading sering kali dipilih menjadi hiasan kerana keberkesanannya menjadi penyerap kepada wap kimia seperti toksik udara dalam ruang umum yang dikeluarkan elemen tertentu termasuk penutup lantai, bahan pencuci, pelekat dan bahan binaan. Selain itu, daunnya berbentuk hati, bertangkai dan berwarna belang kuning cerah hingga kuning pucat. Daun tumbuh berselang-seling di batangnya. Di habitat asalnya, tanaman ini tumbuh menjalar pada batang pohon lain. Dilihat dimana tanaman ini mampu tumbuh setinggi 20 meter dengan batang berdiameter hingga 4cm. Kemampuan bertahan hidup sirih gading yang luar biasa membuatkan ia mampu dalam menumbuhkan akarnya dari hujung batang yang baru dipotong. Tanaman ini menarik diletakkan di ruang dalaman rumah seperti di dalam balang kaca lutsinar dengan sedikit isian air. Biarkan beberapa minggu supaya dedauannya mula menjalar keluar dari balang dan berjuntaian sedikit. Perlu selalu dicantas bahagian yang terlalu panjang supaya ia tumbuh seimbang. Bagi hiasan halaman pula letakkan pohon ini berhampiran pagar atau tembok yang membolehkan dedaunnya memanjat, sekali gus menghasilkan sentuhan seni taman semula jadi. Daun yang tumbuh sihat dan kelihatan berkilat dan bersinar. Sementara penyelenggaraannya juga tidak sukar. Jika ditanam di dalam ruang kediaman, ia hanya perlu dikeluarkan sesekali untuk mendapatkan cahaya matahari supaya warna daunnya tetap menarik. Tahukah anda betapa hebatnya sirih gading ini hingga disenaraikan antara 15 tanaman hiasan yang begitu efektif dalam menyerap racun.

Kisah mengenai 'Keseronok di kebun herba' memang sesuai dijadikan contoh kepada pembaca semua. 
Bagi indicidu Ana Halim yang tinggal di Teluk Intan, Perak apabila dia menjalankan aktiviti bertani sebagai mata pencarian. Selain sayur-sayuran hijau, tanah di belakang rumahnya juga turut dijadikan kebun herba. Antara tumbuhan yang hidup subur seperti sireh, serai, pokok kari, kantan, halia, lengkuas dan kunyit. Dia menanam herba di dalam pasu dimana diantara pokok yang dipilih seperti sireh, kari, daun sup dan serai kerana memang ia senang hidup. Kii mereka sudah membeli tanah dari nurseri berhampiran secara berdikit-dikit dan dicampurkan dengan tanah asal. Kebanyakan benih herba pula saya ambil dari kampung halaman. Kos terlibat tidaklah terlalu banyak iaitu hanya membabitkan tanah bakar dan benih yang dibeli secara beransur-ansur mengikut keperluan. Ada sesetengah pokok herba akan mati selepas satu tempoh dan perlu ditanam semula. Kos lain sekadar pembelian baja antara RM5 sehingga RM10 saja sebulan. Tanaman dijaga dimana aktiviti memberikan baja dan mencabut rumput. Selain baja saya turut amalkan petua tradisional seperti menyiram dengan air basuhan beras sekali sebulan. Siraman pula perlu dilakukan setiap hari khasnya tanaman dalam pasu. Antara serangga perosak seperti ulat dan siput babi yang gemar memakan pucuk muda perlu dibuang segera kerana boleh merosakkan tanaman. Dia juga mengakui sejak dia mengusahakan tanaman herba, sedikit sebanyak ia menjimatkan perbelanjaan harian apatah lagi pada waktu harga barang mentah semakin tinggi dan ada kalanya tidak munasabah. Sebagai contoh adlah seperti bunga kantan saja boleh mencecah RM5 sekuntum dan sangat mahal apabila tiba musim perayaan serta daun pandan dan kunyit pula berharga RM1 sehelai. Kalau menanam sendiri dapatlah menjimat­kan kos selain tidak perlu ke kedai runcit atau pasar raya semata-mata untuk membeli keperluan. Kawasan ruang tanah atau kawasan luar rumah untuk menempatkan tanaman perlu juga diambil perhatian dengan menanam tanaman herba yang menyeronokkan. 

Kisah menarik mengenai kejayaan 'UMP Hasilkan sanitizer daun sireh' memang wajar untuk dikongsikan kali ini. Beberapa media tempatan memberikan laporan mengenai d
aun sirih yang suatu ketika dulu cukup dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu kerana dijadikan kudapan serta bahan penjagaan kesihatan atau kini hanya menjadi penyeri atau hiasan set hantaran untuk majlis perkahwinan sudag ada produk hebat. Dilaporkan satu inovasi oleh penyelidik daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP) diketuai pensyarahnya, Datin Prof Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim bakal mengubah persepsi masyarakat moden kepada sirih kerana ia kini boleh dijadikan cecair pembunuh kuman atau 'sanitizer'. Ia berbeza dengan cecair pembunuh kuman sedia ada dalam pasaran kerana dapat mengelakkan masalah kulit merengsa berikutan penggunaan etanol iaitu bahan kimia alkohol yang asasnya dari petroleum. Didakwa dimana penyelidikan serta usaha inovasi itu dijalankan sejak 2008 apabila mereka mahu mencari formula khas yang boleh menjadi antiseptik untuk digunakan dalam kehidupan harian. Mereka menggunakan daun binahong dalam menghasilkan produk seperti sabun dan krim, bagaimanapun ia dianggap kurang berjaya kerana tidak kelihatan menarik yang mungkin menyebabkan ia sukar dipasarkan. Penyelidikan lanjutan untuk menghasilkan produk antiseptik mampu dipasarkan dan akhirnya berjaya membangunkan inovasi sanitizer diperbuat daripada daun sirih. Hasil maklum balas adalah positif dan antaranya kulit pemakai lembap apabila memakainya tidak merengsa seperti produk lain. Penyelidikan lanjutan sedang dibuat bagi mempelbagaikan perasa kerana setakat ini hanya ada perasa lemon. Kini statusnya adalah dalam proses mendapatkan pensijilan halal bagi cecair pembunuh kuman terbabit dan ia perlu melalui pelbagai proses termasuk perakuan pengurusan amalan terbaik daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Produk ini bakal menjadi salah satu produk pertama mendapat pensijilan halal bagi produk cecair pembunuh kuman sekiranya berjaya dimana pengguna tidak lagi perlu was-was menggunakannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN SIREH... MUDAH SAHAJA...
BENIH DIAMBIL... TANAH DISEDIA...
SIRAM SELALU... PERLU DIBAJA...
PRODUK BARU... KENALAH RASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.