Wednesday, February 2, 2022

ISU PEKERJA ASING SEKTOR PERTANIAN

ISU PEKERJA ASING
dalam pelbagai sektor di Malaysia merupakan salah satu isu nasional yang berlanjutan sejak lama dahulu. Penulis blog yang terlibat dengan sektor pertanian lebih 38 tahun mendapati dimana isu kekurangan pekerja ladang tidak berkesudahan diman keadaan ini lebih teruk akibat pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia. Apa tidaknya pengalaman penulis blog sendiri yang pernah menjadi pakar perunding diladang pertanian seluas 4,000 ekar bermasaalah apabila ramai pekerja asing negara jiran yang pulang tidak dapat kembali bertugas diladang tersebut. Pihak pengurusan ladang terpaksa menilai semula operasi ladang dengan menggunakan pekerja tempatan dan orang asli akan tetapi ada masaalah lain dihadapi seperti produktiviti dan kehadiran.  Masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan Malaysia bagaikan tidak berpenghujung lagi terutamanya dalam sektor industri kelapa sawit meskipun pelbagai usaha telah diambil oleh syarikat-syarikat terbabit dan pihak berkuasa demi menjaga kepentingan hampir setengah juta pekebun kecil. Menurut data industri pertanian dimana sekitar 75 peratus pekerja dalam sektor minyak sawit adalah tenaga kerja asing dan pada masa ini (tahun 2020) dimana terdapat kekurangan sekitar 37,000 pekerja dalam industri berkenaan yang boleh memberi kesan kepada jumlah pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) negara sebanyak sebanyak 25 peratus. Kerja pemetik buah kelapa sawit merupakan perkerjaan yang mesti dilakukan mengikut jadual tuaian diladang sawit tanpa rehat (Sila lihat foto disebelah). Jika keluasan ladang sawit mencecah ribuan ekar cuba bayangkan apabila ketiadaan pekerja ladang untuk memetiknya walau pun harga sawit sudah mencapai agak tinggi masa ini. Ketika usaha giat terus dilaksanakan bagi mengakhiri kebuntuan ini kesan dari penularan COVID-19 menyebabkan keadaan kembali kepada asal. Bukan sahaja industri tidak dapat membuat sebarang rancangan untuk menyelesaikan masalah ini akan tetapi mereka juga tidak boleh membawa masuk jumlah pekerja asing yang diperlukan kerana sempadan telah ditutup. Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan isu nasianal negara iaitu kekurangan tenakerja asing dalam sektor pertanian yang menjejaskan industri tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam pada itu penulis blog mendapati dimana keadaan menjadi lebih teruk apabila warga tempatan sendiri telah lama menjauhkan diri daripada industri ini sejak bertahun-tahun lamanya kerana pekerjaan di ladang terutama ladang kelapa sawit dianggap sebagai sejenis  pekerjaan 3D atau Dirty (kotor), Difficult (sukar) dan Dangerous (bahaya). Malah kalangan sesetengah orang menyifatkannya bekerja disektor ini akan tuurut “menjatuhkan martabat” berbanding dengan kerja di kilang atau sektor perkhidmatan. Kalangan beberapa buah syarikat-syarikat perladangan telah meminta bantuan pihak penjara dan pusat-pusat pemulihan bagi mendapatkan penduduk tempatan untuk bekerja di ladang akan tetapi dilaporkan sambutannya begitu hambar. Isu ini bagaikan memang tiada jalan pintas untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada dasar optimum bagi menanganinya. Malaysia dengan seramai 32 juta lebih penduduknya mempunyai ladang kelapa sawit. 
Pada tahun 2019 seluas 5.74 juta hektar kelapa sawit telah ditanam (Data yang telah ditentusahkan) dan ia turun naik bergantung kepada pembukaan kawasan baru, penebangan pokok tua dan juga pertukaran kepada tanaman lain dan penempatan atau urbanisasi. Jenis kelapa sawit yang ditanam sekarang kebanyakannya adalah dari Hibrid Tenera dimana potensi hasil adalah sekitar 4.0 metrik tan sehektar. Selain itu kelapa sawit mampu menghasilkan sebanyak 0.5 metrik tan minak isirong (oil palm kernel) dan sebanyak 0.6 metrik tan oil palm kernel. Keperluan pekerja dikawasan sawit sama ada disektor pekebun kecil atau estet swasta memerlukan tenaga kerja yang mencukupi. Malaysia secara strukturnya bergantung kepada tenaga kerja asing terutamanya pekerja berkemahiran rendah dan berkos rendah, dan ini bukan hanya dalam sektor pertanian akan tetapi berlaku di keseluruhan pelbagai sektor lain. Masalah ini penulis blog lihat lebih meruncing dalam sektor kelapa sawit kerana ia terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing dan oleh itu biasanya ia akan mengambil masa yang lama untuk membetulkannya.

D
alam pada itu dilihat dimana ianya juga merupakan isu struktur dan tiada jumlah insentif yang boleh membantu untuk cuba menyelesaikannya. Malaysia terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan yang telah berkembang pesat daripada ekonomi berpendapatan rendah kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Kini bagi ekonomi berpendapatan tinggi dimana beberapa negara perlu menjana lebih banyak pekerjaan dengan nilai tambah yang tinggi iaitu pekerjaan itu mestilah berkemahiran dan perlu ada pelaburan besar untuk meningkatkan akan kepakaran serta kemahiran serta inovasi dalam produktiviti. Bagi industri minyak kelapa sawit dimana perkara ini tidak banyak berlaku dan mungkin banyak penyebabnya. Walaupun terdapatnya teknologi akan tetapi apa yang berlaku adalah kadar penggunaannya tidak begitu meluas. Sebaliknya jika dibanding dengan negara jiran Indonesia yang mempunyai populasi yang sangat besar tetapi jumlah pekerjaan yang tersedia pula terlalu rendah. Kerajaan Indonesia telah pun membenarkan rakyatnya mencari peluang pekerjaan di luar negara dan Malaysia adalah antara destinasi memandangkan jaraknya yang dekat. Mereka sama ada menjadi pembantu rumah atau pekerja berkemahiran rendah di sini seperti buruh pertanian dan pekerja ladang. Mereka dilaporkan memang rajin bekerja dimana jika mereka ini datang dari industri yang sama (perladangan) serta didapati merupakan antara pekerja perladangan terbaik di dunia. Malaysia akan sentiasa dibanjiri oleh pekerja Indonesia dimana akan terus berlaku sekiranya kerajaan Indonesia memutus untuk berbuat sesuatu perkara lain mengenainya. Di Indonesia pula tidak berhadapan dengan isu kekurangan pekerja kerana jumlah penduduknya yang ramai dan di dua kawasan utamanya yang menanam kelapa sawit seperti di Sumatera dan Kalimantan memang tiada industri lain kecuali pembalakan dan perladangan. Pada masa ini banyak perladangan amat memerlukan pekerja seperti dakwaan oleh Estet United Plantations Bhd yang penulis blog beberapa kali kesana dan berpangkalan di Perak dimana syarikatnya sedang berhadapan kekurangan tenaga kerja yang teruk, tidak seperti sebelumnya. Estet ini mempunyai kira-kira 15 peratus pekerja tempatan dan 85 peratus pekerja asing. Bagaimana pun dikatakan sejak Malaysia menutup secara sementara sempadannya bagi mengekang penularan COVID-19 pengurusan estet telah diberi keutamaan untuk mengambil pekerja rakyat Malaysia. Akan tetapi malangnya didakwa minat mereka untuk menyertai dan bekerja dalam sektor pertanian memang tidak ada. Penulis blog mengakui akan kes seperti ini berlaku dibanyak estet lain diseluruh segara. Walaupun pada hakikatnya kemudahan pekerja akan ditawarkan kediaman percuma, air percuma, elektrik percuma, perubatan percuma serta peluang memperoleh gaji 50-60 peratus lebih banyak daripada upah minimum tanpa perlu membayar rumah, air, elektrik dan perubatan tetapi tidak menarik pekerja tempatan. Dilaporkan dimana setakat ini kurang daripada 60 penduduk Malaysia telah menyertai syarikat itu tetapi tiada seorangpun yang bersedia untuk melibatkan diri dalam operasi penuaian. Pihak estet telah merayu kepada kerajaan untuk setidak-tidaknya kerajaan dapat membenarkan sektor itu mengambil pekerja asing untuk kerja-kerja penuaian tandan sawit yang disifatkan amat penting memandangkan kerugian tanaman telahpun dapat dilihat di kawasan perladangan.

Kebanyakan pengurusan estet dikatakan berusaha untuk mematuhi dengan ketat prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dalam mengendalikan ujian COVID-19 sebelum berlepas dan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan semua pekerja ini akan dikuarantinkan selama 14 hari dan sekali lagi mengambil ujian terakhir COVID-10 selepas 14 hari atau 5 hari (arahan terkini 2022). 
Hanya sekiranya mereka negatif COVID-19 dimana estet akan mempertimbangkan membawa mereka ke kawasan ladang untuk memulakan pekerjaan. Semua syarikat perladangan yang dipertimbangkan untuk kebenaran khas ini sudah tentunya akan sanggup untuk membayar semua perbelanjaan tersebut. Dalam pada itu dilaporkan pihak estet Sime Darby Plantation juga mencari calon pekerja di penjara dan pusat pemulihan dadah sebagai sebahagian daripada usahanya mendapatkan lebih ramai pekerja tempatan bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja asing. Di Malaysia diketahui dimana Kumpulan perladangan berasaskan kelapa sawit itu kini berhadapan dengan kekurangan seramai 2,500 pekerja atau 10 peratus daripada tenaga buruh asing di Malaysia berikutan pandemik itu. Pernah ditimbulkan isu adakah bekerja di ladang kelapa sawit sesuai untuk rakyat Malaysia?. Beberapa pakar telah telah melakukan kajian secara rawak untuk mengetahui apakah rakyat Malaysia sanggup untuk bekerja di ladang penanaman kelapa sawit terutamanya pada ketika pandemik covid19 dan akan datang. Ia berkait apabila dilaporkan wujud kadar pengangguran dalam negara telah meningkat berikutan penutupan perniagaan yang terjejas teruk akibat pandemik. Salah satu temuan kajian mendapati responden yang baru menganggur tidak dapat dirinya untuk membayangkan dirinya bekerja dalam sektor perladangan kelapa sawit meskipun berhadapan masa sukar selepas syarikat hotel terdahulunya memberhentikan sebilangan besar pekerja termasuk dirinya. Dakwanya dia merasa pekerjaan itu tidak sesuai dengannya dan dia tidak mempunyai sebarang pengalaman bekerja di ladang kelapa sawit. Tambahan pula saya sudah berkeluarga dan tidak sanggup tinggal berjauhan dengan mereka. Temuan lain mendapati dimana calon yang telah berjaya berjaya ditemuduga kemudial gagal melaporkan diri diestet apabila merasakan kurangnya aktiviti berbentuk hiburan bekerja di ladang kerana pada kebiasaannya kawasan perladangan terletak di luar bandar dan kurang rangkaian  internet. Dia masih tidak dapat menggambarkan untuk tinggal di kawasan estet yang agak jauh ke bandar untuk membeli barang runcit dan membeli belah. DIa kemudian lebih rela bekerja sebagai pemandu Grab, Foodpanda, Grabfood atau di kilang kerana berada dibandar. Kajian ini memberikan temuan yang mana mungkin tidak semuanya benar untuk mengatakan rakyat Malaysia tidak mahu “mengotorkan tangan” mereka dengan bekerja di kawasan perladangan tetapi banyak kebenarannya. Difikirkan perlu ada kaedah sesuai sebagai cara penyelesaian jangka pendek sehinggalah kepada cara penyelesaian jangkapanjang. Pelan tindakan yang lebih baik dan bersesuaian serta wajar serta memperuntukkan pelaburan yang diperlukan untuk penambahbaikan produktiviti dan penerapan teknologi holistik tercapai jika kecukupan tenagakerja ini dapat dipenuhi. Semuga artikel ini memberikan satu penjelasan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PEKERJA ASING... SEKTOR PERTANIAN...
75% JUMLAHNYA..SANGAT KEKURANGAN..
IA BERMASAALAH... PEKERJA TEMPATAN...
PERLU DIATASI... ADAKAN PERANCANGAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1443H).
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2022!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.