Wednesday, February 9, 2022

TABIAT MAKAN PINANG (Part 2)

MABUK MINUM BUAH PINANG MUDA
(Areca catechu) merupakan kisah yang menarik untuk dikongsikan. Begitu juga dengan amalan makan buah pinang dan sireh serta kapor dikalangan masyarakat tertentu yang memabukkan. Apa pun pada penulis blog dimana buah pinang adalah buah pinang yang belum matang (masih mempunyai kulit hijau) dan bijinya masih berair adalah buah dari pokok pinang serbaguna. Lazimnya hasil penelitian penulis blog mendapati dimana penghasilan pokok pinang memang banyak bergantung kepada kesuburan pokok dan kadar kerosakan akibat penyakit dan perosak. Sebanyak 6-7 tandan buah mampu dihasilkan dalam setahun sepokok dengan setiap tandan mempunyai 50 - 400 biji buah pinang. Bilangan buah yang bersaiz kecil dan besar banyak bergantung kepada cuaca dan pembajaan. Buah yang banyak lazimbya bersaiz kecil dan buah yang sedikit bersaiz besar. Tahun ke 10-15 merupakan puncak penghasilan buah pinang sehingga ia optima ketika berumur 40 tahun. Buah pinang masak (berwarna oren kemerahan dengan bijinya yang keras) sering dihidangkan dengan dibelah menggunakan kacip dan dimakan bersama sirih dan seberapa barang lain setepak termasuk gambir dan kapur. Dilaporkan juga dimana air dari buah pinang muda dipercayai mampu mengubati darah dalam air kencing serta mengurangkan rabun bila dititik pada kornea. Abu buahnya yang dibakar boleh digunakan untuk membersihkan gigi secara kadar sederhana. Pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan zaman dulu dikawasan masyarakat tradisional. Pokok pinang merupakan tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30 meter dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang yang telah matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya. Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan kalangan masyarakat Cina memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog pernag beberapa kali membuat tinjauan dan pemantauan dikawasan kebun pinang di beberapa lokasi termasuk terbaru di Labis, Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar. Usahawan yang menanam seluas 2 hektar pokok pinang di ZPM Bukit Mambai, Segamat ini dilihat mendapati memang hasil buah pinang yang masak banyak sepanjang tahun. Kebanyakan hasil ini dituai dan diproses sebelum dihantar kepada pemborong di Pulau Pinang dan Singapura. Potensi tanaman pokok pinang agak kurang dil\lihat di Malaysia dimana tanaman ini dilaporkan memang ada tumbuh dibeberapa kampung sebagai tanaman tradisi dahulu sahaja. Artikel subuh ini jam 3.30 pagi dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai kes kejadian makan pinang dan sireh serta keburukan perkara amalan tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Cara memakannya adalah dengan mengupas dulu kulit pinangnya dan kemudian bijinya dipecahkan untuk dikunyah dimana kulitnya boleh dibuang. Biji pinang ini kemudian diletak diatas daun sirih ini disapukan dengan kapur makan  (Sila lihat foto disebelah). Langkah seterusnya pasti memasukkan gabungan tersebut kedalam mulut dan dikunyah dengan seni tersendiri (nyentel). Biasanya beberapa minit kemudian apabila ir liur dengan biji pinang, sireh dan kapor sudah sebati dan sudah merasa cukup, bolehlah kemudian dibuang cairannya keluar dari mulut (Critt!!!...) maka keluarlah ludah berwarna kemerahan keatas tanah atau kakilima. Apa pun kalangan pemakan tegar akan menelanya sahaja ciran tersebut kedalam perit!. Wartawan tersebut yang sudah faham akan penerangan diberikan mengikuti cara makannya makan dia pun mula makan dan mengunyah. Dia merasa kesat dan pedas bercampur aduk di dalam mulut. Dakwanya dimana kesan campuran buah sirih dan serbuk yang terbuat dari kulit kerang itu mengeluarkan cairan yang menjelma menjadi merah darah. Dia tahu dimana cecair tersebutlahh yang sering dibuang dan mewarnai jalan-jalan kakilima dan kawasan lapang di banyak lokasi dan sudut kota. Bagaimana pun dilaporkan dimana kesan kejadian berikutnya sungguh di luar dugaannya. Dakwanya hanya berselang sekitar tiga minit kemudian dan semasa dia berjalan untuk kembali menuju hotel tempat menginap dia sudah mula rasa kepala berpusing seakan bumi seperti sedang berputar. Dia terhoyong hayang ditepi jalan dan kemudian perutnya pun mual dan berasa mahu muntah. Orang-orang yang berada melihatnya di sekitar dan sebelumnya sempat memperhatikan wartawan tersebut kali pertama ujirasa dan belajar mengunyah sirih hanya tersenyum melihatnya.

Selepas makan pinang dan sireh kemudian didakwa kepala jadi pusing dan memang melayang rasanya. Penjual tersebut juga ada menyatakan dimana jika tidak betul ada kes dilaporkan ia akibatnya memang cukup fatal dimana kalangan yang abilnya ada yang hampir sepanjang hari harus menahan rasa pusing kepala dan rasa mual. Menurut seorang warga tempatan Dian Hendrina Kandipi yang berada dilokasi menyatakan dimana adalah diingatkan agar lain kali harus berhati-hati dalam mengambil daun sirih dan buah pinang terutama bagi mereka yang belum terkebiasa. Beliau menceritakan dimana perlu waspada mengambil daun sireh kerana keranya adalah 'keras' dan kalau hendak mencuba juga cuma makan buahnya sahaja tanpa daun sireh dan kapor. Dilaporkan dimana kalangan orang Papua mereka juga ada menyebutnya sebagai 'mabuk pinang' dan apabila mereka yang mabuk itu sudah istirehat maka keadaannya juga akan kembali normal. Kalangan penggemar sirih biasanya akan membuang kunyahan pertama sampai ketiga ketika sudah berwarna merah untuk menghindari kepala pusing dan perut mual. Mereka selanjutnya akan mengunyah sirih dalam waktu lama seakan-akan seperti memakan gula-gula. Timbul juga pertanyaan adakah makan buah pinang perkara yang menyihatkan atau membahayakan?. Dilaporkan bagi kalangan masyarakat Papua, mengunyah sirih diyakini akan dapat menguatkan gigi dan menjaga sistem pencernaan kerana mengunyah daun sirih dan biji pinang boleh menyebabkan pengeluaran air. Air liur mengandungi bermacam jenis protein dan mineral yang baik untuk menjaga kekuatan gigi serta mencegah penyakit gusi. Selain itu didakwa kalangan mereka dimana air liur juga senantiasa membersihkan gigi dan gusi dari sisa-sisa makanan atau kotoran yang menempel.

Merujuk kepada satu laporan kajian bertajuk “Pinang Dalam Kehidupan Orang Papua di Kota Jayapura,” yang ditulis oleh Yuliana dalam sebuah thesis PhD Universiti Hasanudin, Makassar dimana dilaporkan buah pinang adalah 'bentuk pertemanan' sebab buah ini bagi orang Papua (terutama anak muda) sangat efektif sebagai kaedah terbaik untuk mencari teman. Dilaporkan melalui buah pinang dimana seseorang yang baru datang ke Papua misalnya akan lebih mudah memperolehi teman. Meskipun pendatang ini sekedar turut serta merasakan buah yang memerahkan mulut ini apabila dicampur dengan kapur, namun cara itu telah menjadi signal yang kuat akan adanya keinginan untuk dapat diterima sebagai teman (kawan). Sebagai simbol berteman disebabkan buah pinang merupakan alat perkenalan di setiap berlaku perjumpaan. Apa pun aktiviti mengunyah pinang bersama juga tidak sekedar memberikan kenikmatan secara individu akan tetapi berlaku di dalamnya tercipta rasa lebih akrab, mesra atau solidariti sesama orang Papua yang merupakan sebagai nilai positif. Selain itu buah pinang juga bagi orang Papua merupakan sebagai buah yang mempunyai fungsi integrasi dan fungsi politik. Fungsi tersebut ditunjukkan dalam cara kehidupan kolektifnya yang menempatkan pinang sebagai medium yang sesuai untuk digunakan. Bagi orang Papua dimana buah pinang adalah kerukunan dimana ia boleh menyelesaikan sebarang konflik diantara mereka untuk berdamai. Melihat kebiasaan mengunyah pinang yang sudah tidak bisa dipisahkan dari kehidupan sehari-hari warga Jayapura dan juga Papua secara keseluruhan, Yuliana menyarankan agar pemerintah dan lembaga terkait berperan aktif dalam menyediakan lebih banyak lagi tempat-tempat seperti bak pasir dan kantong plastik, ruang-ruang khusus bagi para penikmat pinang sebagaimana ruang khusus bagi para perokok. 

Dalam masyarakat tempatan aktiviti bersosial berterusan bersama buah pinang didakwa nenverikan nilai baik dari segi kesihatan, ekonomi, sosial, dan budaya. Hal tersebut dimaksudkan terutama agar tradisi mengunyah pinang di bumi Cenderawasih dapat tetap bertahan. Namun begitu bukan bermakna mengunyah sirih pinang tidak boleh menimbulkan efek negatif terhadap kesehatan. Kajian oleh pihak Alcohol and Drug Foundation (ADF) Australia dimana kesan dari sirih pinang terhadap kesihatan berbeza-beza pada setiap individu bergantung berat badan dan keadaan kesihatan seseorang dan dos penggunaannya. Ada kalangan mereka yang makan sirih pinang boleh menyebabkan kes 'euforia ringan' dan nyaman, menjadi lebih waspada, jantung berdegup lebih cepat, tekanan darah meningkat, wajah jadi memerah dan merasa hangat dan juga berpeluh. Mereka yang baru pertama kali mencuba sirih pinang pula biasanya akan merasakan kepala pening (pusing), sakit perut, muntah dan bahkan berlaku kes gangguan jiwa. Sementara untuk kesan dalam masa jangka panjang, ADF Australia menyatakan bahawa sirih pinang mengakibatkan perubahan kesihatan gigi dan gusi kerana ia menjadi coklat kemerahan, menyebabkan luka pada gusi dan mulut, kanser, maag, penyakit jantung dan boleh menyebabkan ketagihan (Sila lihat foto disebelah)Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

BUAH PINANG... ADA YANG GUNA...
ADA PRODUK... DARI PINANG MUDA...
DENGAN SIREH... MERAH CAIRANNYA...
BOLEH MABUK... MEMANG MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.