Wednesday, February 23, 2022

SENGATAN SERANGGA DAN KISAHNYA

SENGATAN DAN GIGITAN SERANGGA
(Insect bites and stings) merupakan satu perkara semulajadi yang dilakukan oleh serangga untuk mempertahankan diri atau mendapatkan makanan mengikut kehendak biologi serangga tersebut. Dari segi ilmu Entomologi, terdapat dua perkara yang berkait dengan perkara tersebut iaitu Sengatan (Insect Stings) dan juga Gigitan (Insect bites) walau pun kedua-duanya melibatkan penggunaan organ khusus (Ovipositor atau hornet). Kesan dari sengatan dan gigitan ini kepada manusia dan tumbuhan memang signifikan sehingga ada yang menyebabkan kesan kesakitan, lumpuh, lebam, bengkak, warna merah, luka, hasil tanaman rosak dan banyak simptom lagi. Sesetengan kesan ini kepada manusia yang terkena gigitan seperti gigitan Nyamok Aedes yang membawa kuman berpenyakit seperti 'denggi berdarah' amat merbahaya sehingga boleh membawa maut jika tidak dikawal dan dirawat. Serangga memang berada disekeliling manusia dan kawasan tenaman dengan beribu-ribu spesis dimana sebahagiannya memang mengancam kesihatan, keharmonian manusia serta kerosakan tanaman. Ancaman yang sama oleh serangga yang menyengat dan mengigit juga berlaku kepada hidupan haiwan ternakan, tanam-tanaman dan hidupan lain. Antara serangga yang menyengat ini seperti Lebah Madu (Apis spp), Tebuan (Vespa tropica tropica), Kala Jengking, Lipan dan sebagainya. Sengatan oleh Lebah Madu Tempatan (Apis cerana), Lebah Madu Impot (Apis melifera) atau Lebah Madu Hutan (Apis dosrsata) sering dikaitkan dengan pertahanan koloni lebah dari serangan atau gangguan oleh manusia, burung, binatang lain yang mendekati sarangnya (haif lebah). Uniknya setiap kali lebah madu itu menyengat akan meninggalkan sengatnya (ovipositor) pada badan mangsa dan melekat serta mengepam venom kedalam badan mangsa yang mana ia menyebabkan kesakitan dan mangsa akan lari. Kala Jengking pula mempunyai organ sengat yang mengandungi venom dibahagian belalai dibelakangnya yang mempunyai tahap kebisaan tinggi. Lipan juga mempunyai gigitan berbisa hasil dari venom yang dimasukkan kedalam tubuh mangsa setelah bahagian kulit dikoyakkan melalui gigitan dan selalunya amat menyakitkan. Artikel malam ini saya menulis dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dalam media tempatn berkaitan sengatan dan gigitan serangga untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Kisah bagaimana 'Tiga kanak-kanak maut disengat tebuan di Dungun' menarik dan berkait dengan artikel ini.
Dilaporkan kes kematian Nur Nazihah Mohd Sabri (8 tahun) yang disengat tebuan semalam adalah merupakan kes kematian kedua yang berlaku terhadap kanak-kanak di Dungun. Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, SUPT Baharudin Abdullah berkata dimana kes pertama yang berlaku pada Ogos 2017 yang membabitkan kematian dua beradik. Dua kes (kematian) berlaku di Dungun, babitkan kematian tiga kanak-kanak. Kejadian sebelum ini dilaporkan berlaku pada 8 Ogos 2017 mengorbankan Iffah Darwisha Abdul Wahab, 3, dan kakaknya, Irdina Batrisyia, 8. Kedua-dua beradik itu diserang ratusan tebuan ketika sedang bermain di hadapan rumah mereka di Kampung Batu Tiong, jam 6.30 petang. Bagaimanapun, Iffah Darwisha disahkan meninggal dunia pada malam itu ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Dungun. Manakala kakak mangsa iaitu Irdina Batrisyia yang kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu pula meninggal dunia dua hari selepas itu. Selain kes kematian dua beradik terbabit, kes sengatan tebuan itu juga turut mengorbankan seorang mandor ladang Risda, Mohd Taufik Jusoh (26 tahun). Kejadian itu berlaku pada Mei 2011 ketika mangsa menunggang motosikal diserang tebuan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ladang Risda Kampung Sedang. Mangsa yang berasal dari Kampung Batu 48 itu disengat di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun dan meninggal dua jam kemudian. Penting bagi umum menyedari bahaya serangan tebuan dan kerjasama semua pihak amat penting bagi mengelak kejadian sama berulang. Polis minta kerjasama ibu bapa mengambil perhatian serius dengan mengawasi anak-anak mereka setiap masa. Lebih baik sekiranya kita sentiasa membuat pemeriksaan persekitaran kediaman dan kawasan semak berhampiran rumah dan segera lapor kepada pihak berkuasa sekiranya terjumpa dengan sarang tebuan.

Kisah bagaimana ia adalah 'Lebih sakit daripada sengatan 12 tebuan' berkaitan dengan kesakitan sengatan oleh obor-obor. 
Media hmetro.com nyatakan dimana ada terjumpa obor-obor Portuguese Man O’ War di mana seorang nelayan mendakwa disengat spesis itu semalam semasa menjala di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman, Terengganu. Bagi nelayan Rahaisham A Ghani (50 tahun) telah mendakwa sengatan obor-obor itu lebih sakit daripada jika disengat 12 tebuan yang dirasainya suatu ketika dahulu. Dakwanya kesakitan tersebut hanya Tuhan yang tahu dimana dia terpaksa menggunakan pukat untuk mencabut obor-obor itu yang melekat kuat di lengan sebelah kanan 
(Sila lihat foto disebelah).  Dia dakwa jantungnya juga berdegup kencang ketika itu dan sudah fikir akan mati sahaja. Beliau yang tinggal di Kampung Titian Berayun Kijal, Chukai bagaimana pun bertahan. Dilaporkan dia bersama menantunya menjala di pantai itu kira-kira 10 malam dan mahu membuang ikan yang tersangkut pada jala sebelum, berasa sesuatu melekat di lengannya. Kemudian dia segera dibawa menantu ke Klinik Kesihatan Kijal sebaik obor-obor itu dicabut. Sampai klinik saja saya terus muntah, namun klinik tidak dapat beri ubat apa-apa kerana bimbang mudarat dimana sebaliknya terus dikejarkan segera ke Hospital Kemaman. Kesakitan ditanggung semakin berkurangan apabila meletakkan air liur di kesan sengatan obor-obor itu. Dia dibenarkan pulang ke rumah kira-kira 1 tengah hari tadi selepas benar-benar stabil. Menurut kenyataan oleh Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali (rakan penulis blog) dimana ada aduan mangsa menjadikannya individu pertama di Terengganu yang disengat obor-obor itu. Dinasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati selepas obor-obor itu dikesan terdampar di pantai di Marang, Setiu, Besut dan Kemaman dan boleh menyengat.

Kisah bagaimana berlaku kejadian '
Nyawa diragut bisa sengat tebuan' apabila seorang lelaki warga emas meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK), Kelantan selepas bertarung nyawa selama empat hari akibat disengat lebih 200 ekor tebuan. Mangsa Mohd Ghazali Awang (67 tahun) disengat tebuan ketika membersih kebunnya dengan cara dia menggunakan jengkaut di Kampung Kuala Betis, Gua Musang pada waktu pagi. Mangsa berada dalam keadaan kritikal ketika menerima rawatan awal di Hospital Gua Musang (HGM) selama tiga hari. Bagaimanapun mangsa kemudian dirujuk ke HKK sebelum meninggal dunia. Mangsa dilaporkan ke kebun menggunakan kenderaan berasingan untuk membersih kebun yang ditanam pelbagai tanaman.  Namun dengan tiba-tiba sarang tebuan sebesar tayar kereta terjatuh ketanah. Tebuan yang terganggu itu berjumlah sekitar lebih 200 ekor terus menyerang mangsa. Dilaporkan ada sebanyak 24 sengatan yang sangat teruk di bahagian kepala dan bakinya 200 sengatan dibahagian badan (Sila lihat foto disebelah). Tebuan merupakan antara serangga yang boleh menyebabkan maut jika jumlah sengtan banyak. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SENGATAN SERANGGA.. IA BISA...
SERANGAN TEBUAN... MAUT ADA...
JIKA DISENGAT...RAWATAN SEGERA...
MEMBACA ARTIKEL... KINI WASPADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(20 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.