Tuesday, February 22, 2022

MENGKUANG - KISAH MENARIK

POKOK MENGKUANG ((Pandanus artocapus) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Pandanaceae iaitu sama dengan keluarga pokok pandan. Terdapat lebih dari 600 spesis pokok pandan atau mengkuang diseluruh dunia daripada yang renek sehingga yang amat tinggi sehingga lebih 60 kaki. Pokok Mengkuang Laut juga di panggil sebagai Mengkuang Laut, Pandan Pundak (Malaysia), Screw Pine (English),  Pandan Degat (Filipina), Mengkuang (Indonesia), Ketaki atau Keura (India) dan Vacouet (Perancis). Pokok ini banyak tumbuh dikawasan Asia Tenggara dan kawasan kepulauan Pasifik secara liar terutama dikawasan lembap berair terutama dikawasan tepi pantai dan tepi sungai. Mengkuang banyak digunakan bahagian daun untuk dibuat anyaman menjadi Tikar, Alatan Aksessori seperti Beg Tangan, Beg Duit, Kotak, Bakul, Hiasan Dinding dan banyak produk kraftangan yang lain. Pokok Mengkuang tumbuh dengan ketinggian 1-5 meter dimana daun yang berduri sepanjang 1-3 meter terbit dari pangkal batang. Daunnya berwarna hijau gelap dengan lebar 5-10 cm dan mempunyai duri tajam dibahagian tepi daun serta bahagian bawah atau tulang daun. Bahagian dalam daun adalah berwarna putih yang berair.  Mengkuang yang tumbuh dikawasan kampong jarang-jarang dapat menghasilkan bunga dan buah kerana daunnya sering dikutip untuk menghasilkan anyaman. Jenis mengkuang laut sering kita lihat ditepi pantai menghasilkan buah yang unik berwarna kemerahan dan apabila gugur akan dibawa arus untuk tumbuh dikawasan lain. Akar pokok mengkuang terdiri daripada akar serabut yang kukuh dikelilingnya dan juga mempunyai akar udara pada spesis tertentu. Artikel malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa kisah mengenai pokok dan daun mengkuang dalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah bagaimana 'Tikar mengkuang masih dapat sambutan' dalam portal  hmetro.com wajat dikongsikan kali ini. Kisah dari Kulim, Kedah menyatakan tikar mengkuang anyaman Munah Othman (64 taahun) yang mula dihasilkan sejak 30 tahun lalu di Kampung Baru Selama Estet di Bandar Baharu, Kulim masih mendapat sambutan dan menerima permintaan dalam kalangan peminat tikar itu (Sila lihat foto disebelah). Dia yang mampu menghasilkan antara 10 hingga 15 keping tikar mengkuang pelbagai saiz sebulan secara tradisional yang dijual pada harga bermula RM65 hingga RM180 dari rumah. Pada mulanya dia anyam tikar mengkuang ini untuk kegunaan sendiri dan tidak sangka pula ada orang yang datang ke rumah saya berminat dengan tikar mengkuang yang saya anyam sendiri ini malah belum ada lagi pelanggan yang minta kurang harga kalau beli tikar mengkuangnya. Proses menganyam tikar itu bermula seawal 8.30 pagi dengan bantuan suaminya yang menyaksikan mereka masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan daun mengkuang. Daun mengkuang ini ada duri dan insiden terkena duri sehingga luka jari-jemari dan tangan itu perkara biasa dimana mereka akan mencari daun mengkuang ini dalam hutan lebih kurang dua atau tiga jam. Ada kala mereka dapatkan daun mengkuang daripada pokok yang ditanam di sekitar rumahnya ini tetapi tidak mencukupi. Sekitar 120 helai daun mengkuang boleh menghasilkan dua keping tikar bersaiz besar. Membuat tikar mengkuang ini kena teliti dan perlu banyak bersabar kerana ada masa tertentu sahaja kerja menganyam boleh buat untuk elak daun keras (pada tengah hari misalnya, daun akan menjadi keras dan menyukarkan kerja menganyam).  

Menarik kisah dari UMP, di Pekan, Pahang dimana '
Penyelidik UMP cipta mesin pemotong daun mengkuang' untuk dijadikan bahan rujukkan. Berita BH menyatakan sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan mesin pemotong daun mengkuang bagi mengelakkan pengusaha produk berkenaan tercedera akibat tertusuk duri ketika memotong daun berkenaan. Mesin berkenaan mampu menghasilkan kepingan daun mengkuang dengan masa lebih singkat dan memaksimumkan lagi kapasiti pengeluarannya. Inovasi berkenaan yang dijangka mampu menjana sumber ekonomi masyarakat luar bandar, dihasilkan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UMP. Idea untuk menghasilkan mesin itu bermula setelah mereka bertemu pengusaha mengkuang di negeri itu yang mengalami isu kesukaran memotong daun berkenaan termasuk mengalami kecederaan berikutan durinya tajam. Mesin itu beroperasi menggunakan motor elektrik serta mata pisau mudah dipasang dan menerusi maklum balas diterima daripada pengusaha mengkuang, ia lebih cepat serta cekap berbanding proses menjangka atau memotong secara manual dengan  menggunakan tangan. Pengusaha di sekitar daerah ini seperti di Tasik Chini yang menghasilkan produk cenderahati memberikan maklum balas positif dan mereka turut untuk memberikan cadangan penambahbaikan ke atas peralatan itu. Fasa pertama projek ini sudah disiapkan menerusi pembinaan prototaip, kini kami dalam fasa kedua dan dijangka siap pada penghujung tahun ini, membabitkan beberapa perkara iaitu penambahbaikan, termasuk menjadikannya murah untuk dimiliki, mampu mengeringkan dan mewarnakan daun mengkuang. Mesin ini akan diperluaskan ke seluruh negara dan membantu produk berasaskan mengkuang dari negara ini menembusi pasaran antarabangsa yang menjanjikan pendapatan lumayan. Mesin ini dianggarkan dijual pada harga RM2,000 hingga RM5,000 seunit iaitu mampu dimiliki semua pengusaha. Ia menggunakan aluminium berkualiti serta motor elektrik berkuasa tinggi yang mampu bertahan lama.

Kisah bagaimana 'Tikar mengkuang, tempok daun salak kraf tangan Orang Asli' di Gua Musang, Kelantan menarik untuk dikongsikan. Dilihat dimana kelincahan jemarinya menganyam daun mengkuang dan daun salak untuk dihasilkan tikar serta tempok (aksesori dipakai di kepala) cukup mengagumkan. Malah di seluruh dinding rumahnya juga dilitupi anyaman kulit pokok bertam. Kemahiran dimiliki wanita Orang Asli dari Kampung Podek iaitu Rosnah Pedik (58 tahun) sejak di usia remaja lagi (Sila lihat foto disebelah). Dia dakwa walaupun majoriti dari masyarakat Orang Asli di kampung itu sudah tinggal di rumah batu, tetapi masih ramai mengekalkan struktur binaan tradisional sama ada daripada buluh atau kulit pokok bertam.
Dua bahan ini mampu menyerap haba dan menjadikan suasana dalam rumah dingin serta selesa menyebabkan saya memilih menganyam kulit pokok bertam untuk dijadikan dinding. Kepandaian dimilikinya itu bagaimanapun tidak menarik minat anaknya untuk mempelajari kecuali anak kelimanya yang sedikit sebanyak membantunya menghasilkan barangan anyaman jika menerima tempahan. Biasanya bagi membuat tikar mengkuang, dia mengambil masa sehingga 10 hari untuk menyiapkannya. Ini disebabkan proses penyediaan yang memakan masa disebabkan perlu direndam dengan pewarna sebelum dijemur kering, anyaman juga lazimnya dilakukan pada waktu pagi atau malam. Daun mengkuang lebih lembut dan mudah dianyam berbanding waktu lain. Dia juga menghasilkan beg tangan dimana untuk penghasilan tempok daripada daun salak masa diperlukan tidak lama iaitu sehari sahaja. Rosnah yang menerima Anugerah Kreatif sempena program Kelantan Exchange 2021 anjuran Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) sering membawa hasil anyamannya itu di mana-mana ekspo atau program.  Dia akan menjual tikar mengkuang ini antara RM40 hingga RM80 bergantung kepada corak, manakala tempok pula dijual pada harga RM30 sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini/ Wasallam!!!.
DAUN MENGKUANG... TANAJ DURINYA...
BOLEH DIANYAM... PRODUK BERHARGA...
ADA MESIH INOVASI... DARI UMP SANA...
ORANG ASLI... JADIKAN HASIL UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bukit Beruang, Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.