Tuesday, February 8, 2022

INDUSTRI PADI VS PERUBAHAN IKLIM (Part 2)

PERUBAHAN IKLIM
(Climate change) merupakan antara salah satu isu utama yang mempengaruhi industri pertanian seluruh dunia dalam beberapa dekad ini sering diperkatakan. Pada penulis blog kepentingan dimana sektor pertanian yang membekalkan makanan kepada manusia memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan makanan terjamin. Memang wajar agar keprihatinan semua pihak memahami bagaimana kesan perubahan iklim terhadap industri pertanian telah mendorong ramai saintis dan pakar seluruh dunia untuk menangani masalah ini dengan pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif. Dalam beberapa persidangan dan seminar yang saya hadiri dimana salah satu isu yang menjadi fokus kajian adalah kesan perubahan iklim terhadap sektor tanaman padi yang merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Penulis blog juga merujuk kepada laporan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Jabatan Pertanian Malaysia dimana kini dianggarkan pengeluaran tahunan tanaman padi adalah sebanyak 1.975 juta tan pada tahun 2018 dan meningkat kepada sebanyak 2.343 juta tan pada tahun 2020 (Sumber: Laporan Statistik Tanaman Subsektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Daripada jumlah ini dilaporkan sebanyak 70 - 75% hasil padi adalah daripada pengeluar tempatan dan negara mengimport bagi mencukupkan keperluan beras negara setiap tahun. Dalam pada itu sekiranya terdapat atau berlaku penurunan dalam keseluruhan pengeluaran memang ianya akan memberikan kesan yang signifikan terhadap rantaian permintaan dan penawaran pasaran. Tanaman Padi (Oryza sativa) di Malaysia biasanya akan ditanam bawah suhu optimum 24 - 34 °C dengan purata hujan tahunan tidak kurang daripada 2,000 mm. Jika berlaku peningkatan suhu melebihi had toleransi maka kesannya ia boleh memberi kesan buruk kepada proses fotosintesis dan seterusnya pastinya akan mempengaruhi hasil pengeluaran hasil tuaian padi. Selain itu juga penulis blog faham dimana apabila berlaku peningkatan kadar hujan berisiko yang menyebabkan banjir dimana isu ini akan mempengaruhi produktiviti padi. Sering dilaporkan di media perdana dimana pesawah menanggung kerugian besar akibat padi yang tenggelam dan rosak disebebkan banjir seperti berlaku saban tahun. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan bagaimana isu perubahan iklim yang menjejaskan penghasilan padi dan adaptasi bagaimana perlu dilakukan di Malaysia untuk menanangi isu ini bagi dijadikan bahan rujukkan semua.

Semua kawasan tanaman padi perlukan sistem p
engurusan air sebagai strategi adaptasi dalam pengeluaran padi. Sering dilaporkan apabila musim kemarau tiba di beberapa kawasan jelapang padi akan kekurang air sehingga talirair yang sepatutnya menghantar air menjadi kering (Sila lihat foto disebelah). Kejadian kemarau teruk pada 2015 - 2016 dengan ciaca panas  melampau menyebabkan pesawah menghadapi masaalah kekurangan pendapatan kerana masaalah bekalan air yang terjejas teruk terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Biasanya apa yang berlaku adalah aktiviti penanaman padi dalam keadaan tanah tepu dapat menjadi teknik adaptasi yang efektif dan lestari dimana ini dilaporkan sekali gus dapat menjimatkan air serta mengurangkan pembebasan gas rumah kaca (GHG) di samping mengekalkan hasil padi yang tinggi. Apa pun apa yang berlaku di Malaysia dimana 75% air tawar sedia ada telah digunakan untuk sistem pengairan pertanian terutamanya untuk pengairan padi yang ditanam secara air yang bertakung. Oleh itu perlu ada strategi dan juga adaptasi bagaimana melalui sistem penggunaan air dalam pengeluaran padi telah dihasilkan untuk mengurangkan input air bagi pengairan dan mengurangkan gas metana (CH4). Beberapa laporan kajian awal pengurusan air menunjukkan bahawa sistem pengairan dalam keadaan tepu dilaporkan tidak menyebabkan penurunan yang signifikan terhadap perkembangan dan pertumbuhan fisiologi tanaman untuk varieti tempatan termasuk bagi varieti padi MR297. Keadaan tepu terbukti dapat mengekalkan kadar kelembapan tanah yang serupa seperti yang diperlukan oleh tanaman dalam keadaan bertakung. DIlaporkan dimana hasil tuaian tinggi dicatatkan 7.4 - 9.2 tan sehektar dan tidak signifikan antara kedua-dua kaedah pengurusan air ini. Dilaporkan dimana kajian skala rintis masih dilakukan di utara negeri Kedah untuk menilai keberkesanan pendekatan penjimatan air pada skala yang lebih besar.

Perubahan iklim terutama kekurangan air dan suhu panas menjadikan perlu ada pengenalpastian varieti padi tempatan dengan ciri tahan kemarau. Kajian mengenai varieti padi tahan kemarau perlu dilakukan berdasarkan ciri-ciri morfologi, sifat fisiologi dan kajian genotip padi tersebut. Kajian awal yang dijalankan MARDI seperti dilaporkan ada mendapati dimana sebilangan varieti padi sedia ada mempunyai persamaan morfologi dari segi pencirian tahan kemarau dengan varieti kawalan toleran iaitu Vandana. Varieti tersebut ialah Dular, CI-9534, Moroberekan dan Basmati 5854. Proses didalam usaha pengenalpastian varieti tahan kemarau turut dilakukan bagi varieti yang dikeluarkan oleh MARDI yang mana ia adalah dilaporkan berdasarkan sifat morfologi, lima varieti padi dikeluarkan MARDI berpotensi untuk tujuan peningkatan pengeluaran hasil bawah tekanan kemarau yang menyerupai varieti kawalan toleran, Dular iaitu MR 269, MRQ 76, MR 253, MRQ 74 dan MARDI 284 (Rajah 3). Berdasarkan kajian berkait dengan genotip dilaporkan varieti MRQ 74 dan varieti MRQ 76 menunjukkan persamaan dengan kebarangkalian yang tinggi dengan varieti kawalan toleran, Moroberekan dan Vandana. Kajian ini turut mengetengahkan MRQ 76 sebagai varieti yang berpotensi tahan kemarau kerana varieti ini dilaporkan mempunyai tiga gen tahan kemarau dan juga menunjukkan ciri morfologi yang baik pada hasil bijirin serta indeks panikel. Dalam progeam pembiakbakaan berbantukan penanda untuk penghasilan varieti padi tahan kemarau Pada masa kini MAFI melaporkan pihak MARDI melakukan proses asimilasi beberapa indikator yang berkaitan dengan hasil pengeluaran bawah tekanan kemarau. Hasil akhir kajian ini didakwa akan dapat memberikan impak yang besar untuk mengatasi isu keselamatan makanan terutamanya penanaman padi bawah cuaca melampau.

Dalam pada itu kesan perubahan iklim ini juga dirasai di beberapa kawasan padi terutamanya di pantai timur semenanjung seperti negeri Kelantan dan Terengganu yang terdedah kepada potensi akan berlakunya kemarau. Kemarau yang terjadi pada tahun 2014/2015 telah memberi kesan kepada hampir 8,000 pesawah terutama di kawasan-kawasan KADA. Pelaksanaan strategi jangka pendek melalui aktiviti penanaman varieti MR297 dapat diaplikasi di kawasan yang terkesan. Namun begitu didapati dimana strategi jangka sederhana juga dapat diusulkan untuk memperkenalkan penanaman varieti padi khusus iaitu MRQ 76 dengan tahap kecekapan toleransi kemarau di daerah luar jelapang. Kaedah ini dilaporkan akan dapat membantu meningkatkan lagi akan kebolehupayaan para pesawah di kawasan luar jelapang untuk menanam padi yang kebanyakannya bertumpu di kawasan terpencil. Kemajuan yang berterusan untuk dapat penghasilan varieti padi termaju yang tahan kemarau nanti diharapkan dapat membuahkan hasil dalam beberapa tahun akan datang. Varieti ini kelak mungkin akan dapat juga untuk diperkenalkan di seluruh negara sebagai salah satu strategi adaptasi jangka panjang. Pihak MAFI menyatakan dimana kerja penyelidikan semasa berjalan dengan baik dalam menangani masalah perubahan iklim yang berkaitan dengan industri padi tempatan. Pendekatan yang diambil sama ada untuk jangka masa pendek, sederhana atau jangka masa panjang dapat mengatasi masalah yang mungkin dihadapi. Kaedah dan teknologi yang dibangunkan bagi tanaman padi kelak akan dapat memberikan peluang dan pilihan yang lebih sesuai kepada penggubal dasar dan pemain industri. Fasa penyelidikan seterusnya adalah untuk membina asas yang kuat untuk kolaborasi antara semua pihak yang terlibat dalam proses tersebut. Ini termasuk pembuat dasar, pemegang taruh, golongan akademik, komuniti agroperniagaan dan para pesawah. 
Artikel ini ditu;is dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel-artikel ini memberi bahan rujukkan yang terbaik untuk pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PERUBAHAN IKLIM... BERLAKU JUGA...
TANAMAN PADI... TERJEJAS HASILNYA...
PERLU DI KAJI... KAEDAH ADAPTASINYA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAMLAH ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(6 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.