Tuesday, February 8, 2022

INDUSTRI PADI VS PERUBAHAN IKLIM (Part 1)

PERUBAHAN IKLIM
(Climate change) merupakan antara salah satu isu utama yang mempengaruhi industri pertanian seluruh dunia dalam beberapa dekad ini sering diperkatakan. Pada penulis blog kepentingan dimana sektor pertanian yang membekalkan makanan kepada manusia memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan makanan terjamin. Memang wajar agar keprihatinan semua pihak memahami bagaimana kesan perubahan iklim terhadap industri pertanian telah mendorong ramai saintis dan pakar seluruh dunia untuk menangani masalah ini dengan pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif. Dalam beberapa persidangan dan seminar yang saya hadiri dimana salah satu isu yang menjadi fokus kajian adalah kesan perubahan iklim terhadap sektor tanaman padi yang merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Penulis blog juga merujuk kepada laporan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Jabatan Pertanian Malaysia dimana kini dianggarkan pengeluaran tahunan tanaman padi adalah sebanyak 1.975 juta tan pada tahun 2018 dan meningkat kepada sebanyak 2.343 juta tan pada tahun 2020 (Sumber: Laporan Statistik Tanaman Subsektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Daripada jumlah ini dilaporkan sebanyak 70 - 75% hasil padi adalah daripada pengeluar tempatan dan negara mengimport bagi mencukupkan keperluan beras negara setiap tahun. Dalam pada itu sekiranya terdapat atau berlaku penurunan dalam keseluruhan pengeluaran memang ianya akan memberikan kesan yang signifikan terhadap rantaian permintaan dan penawaran pasaran. Tanaman 
Padi (Oryza sativa) di Malaysia biasanya akan ditanam bawah suhu optimum 24 - 34 °C dengan purata hujan tahunan tidak kurang daripada 2,000 mm. Jika berlaku peningkatan suhu melebihi had toleransi maka kesannya ia boleh memberi kesan buruk kepada proses fotosintesis dan seterusnya pastinya akan mempengaruhi hasil pengeluaran hasil tuaian padi. Selain itu juga penulis blog faham dimana apabila berlaku peningkatan kadar hujan berisiko yang menyebabkan banjir dimana isu ini akan mempengaruhi produktiviti padi. Sering dilaporkan di media perdana dimana pesawah menanggung kerugian besar akibat padi yang tenggelam dan rosak disebebkan banjir seperti berlaku saban tahun. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan bagaimana isu perubahan iklim yang menjejaskan penghasilan padi dan adaptasi bagaimana perlu dilakukan di Malaysia untuk menanangi isu ini bagi dijadikan bahan rujukkan semua.

Di Malaysia dilaporkan dimana memang s
ebilangan besar kawasan jelapang padi adalah bergantung kepada struktur pengairan untuk bekalan air. Lebihan air yang terhasil daripada pola hujan yang tidak normal selalunya akan turut ianya membebankan infrastruktur pengairan dan saliran yang ada untuk membuang lebihan air dari sawah. Jika berlaku keadaan suhu tinggi yang melampau akan menyebabkan kekeringan berpanjangan (kemarau) dimana berlaku kesan daripada perubahan iklim. Kajian pakar berjaya mengunjurkan memang terdapat potensi berlakunya peningkatan keadaan kemarau di jelapang padi negara seperti yang sering berlaku di Kedah pada masa dulu dan juga pada beberapa dekad akan datang. Pakar-pakar pertanian negara perlu menyusun langkah-langkah kolektif oleh semua pihak didalam menghasilkan strategi yang sesuai dan kaedah adaptasi yang tepat bagi menangani masalah ini dangan berkesan. Kementerian Pertanian melalui MARDI, Jabatan Pertanian, MADA, KADA, semua IADA telah dilapor menjalankan beberapa kajian dan strategi sesuai untuk menangani masalah ini untuk dirancang perlaksanaannya. Antaranya adalah bagaimana strategi didalam pengurusan air dan dapat menggunakan varieti padi sesuai serta bagaimana cara untuk pengenalpastian varieti padi tempatan yang tahan kemarau dengan hasil yang tinggi. 

Didalam mengkaji tentang pengurusan air (water menagement) apa yang perlu dilakukan adalah untuk menilai berkaitan kemampuan varieti padi tempatan untuk hidup dan bertahan dalam keadaan air yang terbatas. Perkara ini bertujuan untuk menyasarkan pencapaian jangka pendek di mana sekiranya musim panas dan kering berlaku secara tiba-tiba dalam dua tahun ke hadapan maka sekurang-pesawah sudah mempunyai cadangan varieti sedia ada yang boleh ditanam bagi mengelakkan kerugian. Strategi dalam sasaran jangka pertengahan pula adalah untuk mengenal pasti mana-mana varieti padi yang mempunyai sifat tahan kemarau bertujuan untuk memperkenalkan varieti tersebut di lokasi yang mempunyai masalah pengairan dan saliran serta kekurangan sumber air secara berterusan dalam lima tahun ke hadapan. Kemungkinan cara ini pendapat penulis blog akan dapat menyelesaikan banyak masalah kekurangan air terutama penanaman padi di kawasan luar jelapang padi. Memang pesawah dikawasan luarjelapang padi terutama yang bergantung kepada air hujan (rain fed area) sering berlaku kes kekurangan air sebagai salah salah satu masalah utama. Pihak MAFI perlu memikirkan strategi jangka panjang didalam usaha untuk menghasilkan varieti padi baru dengan sifat tahan kemarau. Proses ini hanya boleh dilakukan melalui kaedah pembiakbakaan dibantu teknologi penanda molekular. Kajian berterusan dalam bidang ini dengan proses pengenalpastian gen tahan kemarau yang berkaitan untuk disesuaikan ke dalam varieti padi sedia ada. Kajian-kajian ini akan memberi kesan yang besar terhadap penghasilan varieti padi baharu yang toleran kepada kemarau pada pada masa akan datang. Pelaksanaan strategi yang berjaya memerlukan pendekatan kolektif antara semua pihak yang terlibat. Penyelidik, agen pengembangan pertanian dan pihak swasta serta pembuat dasar perlu bekerjasama untuk memastikan hasil penyelidikan dapat memenuhi keperluan petani dan juga masyarakat.

MAFI juga telah mengeluarkan info penting mengenai u
njuran iklim dan jangkaan hasil pengeluaran padi di Malaysia untuk dirujuk. Penulis blog merujuk beberapa laporan tersebut diantaranya daripada laporan dalam Third National Communication (TNC) dan Second Biennial Update Report (BUR) yang mana ia telah melaporkan bahawa potensi penurunan hujan berlaku sehingga 36.3% untuk jangka masa unjuran 2010 - 2100. Ia adalah hasil kajian simulasi untuk tahun 2030, 2040 dan 2050 dengan cara iaitu menggunakan model simulasi tanaman (CERES-Rice) yang dilakukan bersama dengan senario perubahan iklim masa hadapan yang ditambah baik daripada model iklim global menunjukkan bahawa kawasan jelapang padi mungkin menghadapi penurunan yang signifikan dalam pengeluaran purata hasil padi sewaktu luar musim. DIjangka dimana tempoh tahun 2040 dijangkakan berlaku penurunan yang paling ketara iaitu lebih daripada 10% untuk kedua-dua musim (Musim Utama dan Luar Musim). Dalam pada itu juga dinyatakan unjuran bagi tahun 2030 dan 2050 akan berlaku pengurangan sekitar 5 - 9%. Hasil rendah yang diunjurkan pada tahun 2030 adalah disebabkan oleh gabungan kesan corak taburan hujan pada suhu purata selama tempoh penanaman. Berdasarkan pemerhatian dan data unjuran tersebut maka semua pihak sebaiknya dapat memberikan lebih fokus utama adaptasi yang bertumpu pada kesan daripada kekurangan air dimasa hadapan. Artikel ini ditu;is dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel-artikel ini memberi bahan rujukkan yang terbaik untuk pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PERUBAHAN IKLIM... BERLAKU JUGA...
TANAMAN PADI... TERJEJAS HASILNYA...
PERLU DI KAJI... KAEDAH ADAPTASINYA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAMLAH ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(6 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.