Monday, February 28, 2022

BUAH TIN DAN KISAH-KISAH DI MEDIA (PART 4)

TANAMAN BUAH TIN
(Ficus carica) di Malaysia merupakan salah satu daripada jenis tanaman yang sering dibincangkan di media. Pokok tin juga merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”. Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel subuh yang dingin ini saya menulis kisah-kisah yang menarik dari media tempatan mengenai tanaman dan buah tin dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan pembacaan dan rujukkan semua pembaca.

Dari Kedah dilaporkan dimana 'Buah tin lumayan di komersilkan' walau pun masih 
ramai orang yang tidak begitu mengetahui tentang buah tin, apatah lagi khasiat yang ada kaitan dengannya. Bernama melaporkan dimana buah tin ini dipercayai boleh merawat pelbagai jenis masalah kesihatan termasuk masaalah keradangan, kelumpuhan, penyakit hati, masalah pernafasan dan penyakit kulit. Buah tin sememangnya masih asing di negara ini tetapi hasil penyelidikan Datuk Syed Elias Syed Ahmad sebagai salah seorang perintis tanaman buah tin di Malaysia mendapati buah ini boleh ditanam dalam iklim khatulistiwa dan boleh dituai sepanjang tahun. Hasil usaha gigih beliau kini membolehkan sesiapa sahaja menanam buah tin yang berasal dari Asia Barat dan selatan Eropah ini di belakang rumah mereka. Syed Elias yang begitu komited dengan kerja-kerja penyelidikan buah tin ini berkongsi pengalamannya dengan Bernama (Sila lihat foto disebelah)Berdasarkan minat mendalam Syed Elias terhadap buah tin ini bermula sewaktu beliau berkunjung ke Turki pada 2008 diman adia masih ingat pertama kali terpandang buah yang dijual di sepanjang lebuh raya di Turki. Dakwanya sewaktu lawatan ke Tunisia dan Turki dia terjumpa dengan buah ini sebagai buah tin dan rasa kagumnya dengan buah tin itu membuatkannya lakukan penyelidikan tentang buah tin sekembalinya ke tanah air. Dia dakwa pernah membeli buah tin dengan begitu banyak untuk penyelidikannya dimana hasil usaha penyelidikannya sejak kira-kira lapan tahun lalu kini dia berjaya menanam pelbagai jenis spesies buah tin. Terdapat pelbagai jenis buah tin dan mempunyai warna yang berbeza seperti merah, hitam, hijau, kuning serta perang. Dia yang turut mempunyai ramai peminat yang berkongsi kesungguhan yang sama dalam tanaman buah ini kini mempunyai dua buah ladang buah tin, satu di belakang rumah dan satu lagi di Janda Baik, Pahang. Dalam pada itu buat masa ini dia juga menjual buah tin yang dihasilkan ke pasaran luar negara dimana permintaan adalah memang tinggi tetapi bekalan tidak mencukupi. Masalah bekalan buah tin boleh diatasi sekiranya lebih ramai penduduk tempatan menanam buah ini dan juga masyarakat tempatan masih ramai yang belum biasa dengan buah tin. Diharap juga pihak MAFI berminat dalam penanaman buah tin. Menanam pokok buah tin memang banyak cabaran, satu dari-padanya ialah membina rumah hijau untuk membolehkan pokok menghasilkan buah. Memang mahal untuk membuat rumah hijau tetapi ia perlu untuk melindungi pokok dari hujan kerana ia akan boleh merencatkan perkembangan buah. MAFI dipohom agar dapat menyediakan peruntukan untuk penanam buah tin dalam membina rumah hijau dan juga membantu penanam buah tin mempromosikan buah itu di Malaysia yang memang ada nilai besar dalam pasaran. Dia yang telah pun menghabiskan banyak masa untuk mengusahakan ladang di samping menghasilkan buku yang mengandungi banyak maklumat mengenai buah tin dijual di kedai buku di seluruh negara dengan harga RM399.

Kisah bagaimana 'Buah Tin memberi nafas baru' dan menjadikan sumber rezeki dalam media tempatan wajar dikongsikan. Bagi usahawan Mohd Hisham dari Simpang Empat, Alor Setar, Kedah yang mana berpegang kepada peribahasa ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ maka seorang lelaki bertekad melaburkan wang simpanannya sebanyak RM70,000 untuk memulakan perusahaan tanaman pokok tin. Dia dakwa mempunyai pengalaman pernah gagal dalam pelbagai bidang telah mengajarnya untuk memperoleh ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan sesebuah perusahaan. Dia yang pernah gagal menjadi pengu-saha pakaian terpakai, kedai permainan video, tanaman cili dan gagal masuk New Zealand untuk bekerja sebagai pemetik buah epal akibat masalah visa. Kini daia sudah bangkit daripada semua kegagalan itu dan timbul ilham untuk mengusahakan tanaman pokok tin danimana didakwa semakin berhasil. Sebelum memulakan projek tanaman pokok tin dengan kaedah tut setahun lalu, beliau melengkapkan dirinya dengan ilmu dan membuat kajian mengenai varieti tumbuhan itu. Dia yang mula mengkaji dan mencari pembekal keratan batang (benih) pokok tin yang berkualiti di serata dunia sebelum membelinya secara terus atau melalui pos. Anak pokok dan keratan batang yang dibeli boleh mencecah ribuan ringgit dan ia perlu dijaga sehingga beberapa bulan sebelum membesar dan boleh dijadikan keratan batang seterusnya untuk proses semaian. Dia juga menukar varieti bersama beberapa orang rakan yang turut sama mengusahakan tanaman ini dan sehingga kini hampir 300 varieti anak pokok tin dari seluruh dunia yang bermutu dapat dihasilkan. Antara varieti yang dihasilkan ialah BTM6, SuperJumbo, Albacor, Kerem, Dalmatie, Turca, Crotia, White Syria, Panache Tiger, Green Jordan, Jin Ao Fen, Napoli-tana negra, Sitcelis dan Breva Negra. Semua pokok-pokok itu berasal dari Palestin, Arab Saudi, Iraq, Iran, Syria, Turki, Jordan, Portugal, Australia, New Zealand dan Itali. Dia juga menggalakkan orang ramai mengusahakan tanaman itu kerana penjagaannya tidak sukar dan berpotensi untuk maju. Pengusaha hanya perlu pastikan pembajaan yang cukup, tanah yang sesuai serta mendapat pencahayaan yang cukup dan apabila besar boleh dijadikan semaian dan ditanam di sekeliling rumah. Walaupun Malaysia beriklim tropika dan lembap, namun cuaca panas dan kering yang sering melanda membolehkan ia ditanam dan tumbuh subur. Dia juga pernah dicemuh kononnya pokok tin tidak boleh hidup di Malaysia dan pekerjaan sia-sia dan sekarang ini pokok-pokok induknya di sini seperti ‘emas’ apabila menjadi sasaran pencuri. Kini sebatang anak pokok tin dijual antara RM80 hingga RM500 mengikut saiz dan jenis, manakala harga bagi sekilogram buah tin mentah mencecah RM80 hingga RM180 sekilogram. Selain buahnya boleh dimakan begitu saja, ia juga boleh dijadikan produk hiliran seperti halwa, aiskrim dan produk kecantikan, manakala daunnya boleh dijadikan minuman kesi-hatan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. 

Dalam portal
sinarharian.com ada artikel betajuk 'Tanaman buah tin boleh jana pendapatan mudah' yang diusahakan oleh Teo Ban Chuan di Ipoh, Perak telah menunjukkan hasil buah yang berkualiti.  Penanaman buah tin dengan kaedah pertanian moden dijangka dapat memberi pulangan lumayan kepada petani kecil kerana kini permintaan terhadap buah berusia ribuan tahun itu meningkat saban tahun namun pasaran tempatan tidak dapat memenuhi ‘kelopongan’ itu. Sejajar dengan saranan kerajaan negeri yang mahukan tanah kosong dimanfaatkan untuk projek pertanian dimana bekas pekerja binaan Teo Ban Chuan (50 tahun) berjaya menjadikan kawasan pembuangan sampah di Bercham di sini, yang seluas 0.1 hektar sebagai tapak penanaman bagi 233 pokok buah tin miliknya. Penanaman buah tin secara dasarnya dapat menjana pendapatan isi rumah ataupun pekebun kecil dengan mudah. Buah ini dijual segar dengan harga RM35 sekilogram. (Penulis blog dapati rata-rata buah tin dijual sekitar RM50 - RM80 sekilogram). Bagi kawasan seluas suku ekar dimana ia boleh menjana sebanyak RM1,050 sebulan jika ditanam dengan kaedah rumah hijau. Penanaman buah tin dapat mengeluarkan hasil dengan cepat sekali gus membantu petani kecil menjana pendapatan. Projek percubaan yang diusahakan Februari 2020 ini bakal mengeluarkan hasil kerana ia tanaman yang tidak bermusim. Pokok ini tidak memerlukan kawasan yang luas dan tidak mengambil masa yang lama untuk dituai. Ia sudah mula mengeluarkan hasil pada bulan kelima penanamannya dan dianggarkan boleh memperoleh sekitar 150 buah setiap hari. Ban Chuan dakwa peluang bertani itu wajar direbut dalam usaha meningkatkan ekonomi keluarga terutama negara dalam fasa pemulihan wabak Covid-19.  Pokok ini memerlukan disiplin yang tinggi dengan kaedah penjagaan sama seperti sayur-sayuran tanpa melibatkan kerja-kerja berat. Dalam tempoh jangka panjang, tanaman buah tin berpotensi menjadi salah satu pengeksport terbaik berikutan permintaan tinggi dari negara-negara Islam. Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica antara buah sunnah disebut dalam al-Quran yang beri manfaat dari sudut kesihatan. Buah yang mempunyai teksturnya yang lembut dan rasa lemak manis, diperkaya dengan antioksidan, vitamin, potasium dan serat yang baik untuk membantu menjaga kesihatan badan. Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk pembaca semua. Wasallam!..
POKOK BUAH TIN... ADA DI MALAYSIA... 
TEKNOLOGI TANAM.. SUDAH DISEDIA...
BUAH SEGAR..RM80/KG ITU HARGA...
MENJADI PILIHAN... ORANG BERADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana Off Jalan Istana,
Bulit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia. 
(24 Rajab 1443H).

Sunday, February 27, 2022

BUAH TIN DAN KISAH-KISAH DI MEDIA (PART 3)

TANAMAN BUAH TIN
(Ficus carica) di Malaysia merupakan salah satu daripada jenis tanaman yang sering dibincangkan di media. Pokok tin juga merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”. Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel subuh yang dingin ini saya menulis kisah-kisah yang menarik dari media tempatan mengenai tanaman dan buah tin dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan pembacaan dan rujukkan semua pembaca.

Kisah kejayaan pengusaha buah tin dipaparkan dalam hmetro.com dengan tajuk '
Nikmat petik buah syurga setiap hari' yang patut dijadikan tauladan. Dilaporkan setelah empat tahun mencari rezeki di negara asing, usahawan berusia 36 tahun bernama Mohamad Hafids Arifin mengambil keputusan untuk mengubah kerjayanya kepada penanaman 'buah syurga' atau buah tin (Sila lihat foto disebelah). Dia mengakui pada awalnya keluarga sukar untuk menerima keputusannya berhenti kerja demi mengusahakan ladang di Felda Sungai Tengi Selatan. Bagaimanapun, kini mereka antara insan yang paling banyak memberi sokongan kepada saya untuk terus berjaya walau pun melalui masa sukar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata dimana bidang pertanian adalah hobinya, namun disebabkan oleh kekangan masa maka baharu kini dia mampu untuknya merealisasikannya sebagai satu pekerjaan hakiki. Kerjaya sekarang ini memenatkan akan tetapi saya dapat mencapai kepuasan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Jika diberi peluang untuk kembali bekerja seperti dulu memang dia pun lebih memilih kehidupan sekarang. Dakwanya dulu dia hanya bekerja untuk orang akan tetapi sekarang kerja sendiri dapat mengambil pekerja untuk sama-sama mengusahakan ladang buah tin ini dakwanya yang pernah bekerja di Dubai dan Iraq. Dia berkongsi pengalaman dimana dia jarang mengambil masa peribadi untuk menikmati keindahan alam sebelum menceburi bidang pertanian. Kini dia sudah dapat mengambil masa melihat langit sambil memetik buah-buah di ladang. Mempunyai lebih 1,200 pokok buah tin di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, Selangor yang mampu mengeluarkan 20 hingga 35 kilogram buah sehari (Sila lihat foto paling bawah). Memang seronok melihat hasil tanamannya itu mengeluarkan buah yang segar dan memberikan khasiat baik kepada manusia. Modal yang awal dikeluarkan bagi mengusahakan ladang buah tin ini agak tinggi dan terlalu peribadi untuk dikongsikan. Memang dia kini tidak lokek berkongsi pengetahuannya bahawa perusahaan ladang buah tin ini antara satu cabang baharu di Malaysia. Malah masih tidak ramai petani dan usahawan di negara ini mengusahakan penanaman buah berkenaan. Bagaimanapun, sekarang mereka tidak perlu risau lagi kerana ladang berada dalam rumah hijau dan dilindungi daripada cuaca dan serangga perosak. Di Malaysia memang pengusaha boleh memetik buah tin setiap hari kerana cuaca yang panas dan sesuai dengan pertumbuhannya sepanjang tahu. Dia mula mengusahakan ladang buah tin di Janda Baik, Pahang pada 2018 dimana dia kemudian membuka sebuah lagi ladang di Felda Sungai Tengi Selatan pada 2019 yang mempunyai keluasan tiga per empat ekar dan tiga rumah hijau. Pada masa akan datang ladang di Felda Sungai Tengi Selatan bakal dibuka bagi agropelancongan selepas tamat PKP kelak.

Kisah beliau di laporkan oleh beberapa media lain antaranya bertajuk 'Guna sistem teknologi fertigasi' untuk menanam pokok buah tin. Buah ti yang rasanya yang lemak manis dan berair menyebabkan buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica digemari ramai tidak kira tua atau muda. Buah tin juga antara 'superfruit' yang sesuai dinikmati setiap hari kerana kaya dengan khasiat antioksidan, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan serat. Pokok tinpula yang biasanya hidup subur di negara empat musim selain rantau Asia Barat dan selatan Mediterranean kini sudah di tanam di Malaysia.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilaporkan pokok tin mula ditanam beberapa pengusaha persendirian dan syarikat swasta secara komersial di negara ini. Antaranya adalah suarikat AFTA BENEFIGS Sdn Bhd yang mengusahakan ladang buah tin di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Baharu, Selangor. Mengikut eksekutif Jualan Pemasarannya, Siti Fatimah  dakwa ladang berkenaan dibuka sejak lebih setahun lalu dan menempatkan kira-kira 1,200 pokok tin di dalam tiga rumah pelindung hujan. Antara produk dihasilkan adalah varieti Masui Dauphin yang lebih besar dan produktif berbanding jenis lain (Sila lihat foto disebelah). Ia adlah jenis pokok tin yang ditanam berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun iaitu Masui Dauphin. Varieti itu menjadi pilihan kerana ia lebih produktif dan mampu menghasilkan buah dua kali setahun dalam masa dua kali kitaran buah. Saiz buah tin varieti Masui Dauphin juga lebih besar berbanding varieti lain dan harganya juga mampu mencecah RM80 sekilogram. Apa pun varieti Masui Dauphin juga sesuai ditanam di negara ini kerana mendapat cahaya panas hampir sepanjang tahun. Biasanga sepokok pohon tin varieti itu boleh menghasilkan lebih tiga kilogram buah dalam satu kitaran. Secara purata, ladang ini menghasilkan puluhan kilogram buah tin dalam sehari dimana selain dijual secara segar kini buah tin yang dihasilkan turut diproses menjadi jus, minuman sedia diminum dan buah kering. Memang bukan saja buah tin mempunyai nilai komersial malahan daunnya juga boleh digunakan untuk membuat teh yang dipercayai dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah.

Dalam pada itu dilaporkan daun pokok tin diproses menjadi teh dengan kerjasama kumpulan peneroka wanita di sekitar Felda Sungai Tengi Selatan. Batang pokoknya pula dijual sebagai benih dengan harga RM5 sekaki sementara anak pokok dijual antara RM35 hingga RM125 sepokok. Bagi tujuan untuk memaksimumkan pengeluaran maka ladang berkenaan menggunakan teknologi tanaman moden sistem fertigasi. Teknologi fertigasi yang kini digunakan membolehkan pokok tin di ladang itu mendapat air dan baja dua kali sehari (Sila lihat foto disebelah). Pokok tin ditanam di dalam Rumah Pelindung Hujan (Rumah Hijau) dan ia perlu terpelihara daripada serangan serangga perosak atau air hujan berlebihan. Bagaimana pun jika cuma terkena tempias air hujan berlebihan selalunya akan ada pokok yang akan diserang karat daun. Sebaiknya kes tersebut dan semua masalah itu dapat dikawal dengan segera yang perlu memeriks tanaman tersebut sekerap mungkin. Berbeza juga dengan ladang buah tin varieti lain yang sedia ada di negara ini, syarikat tersebut turut mempromosikan konsep semasa iaitu agropelancongan dengan menawarkan pengalaman memetik buah dan menikmatinya secara segar di ladang berkenaan. Mengulas lanjut mengenainya dimana pihaknya mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman memetik dan menikmati buah tin segar di ladang itu. Dakwanya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ladang ini tidak putus-putus dikunjungi pengunjung dari seluruh negara yang mahu merasai sendiri pengalaman memetik dan menikmati buah berkenaan secara secara segar. Apa pun melihat semua potensi yang ada maka syarikat kini merancang menjadikan ladang ini sebagai pusat sehenti yang bukan saja berfungsi sebagai ladang tanaman malah pusat pembelajaran dan lokasi tumpuan program agro -pelancongan. 
Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk pembaca semua. Wasallam!..
POKOK BUAH TIN... ADA DI MALAYSIA... 
TEKNOLOGI TANAM.. SUDAH DISEDIA...
BUAH SEGAR..RM80/KG ITU HARGA...
MENJADI PILIHAN... ORANG BERADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana Off Jalan Istana,
Bulit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia. 
(24 Rajab 1443H).

Saturday, February 26, 2022

BUAH TIN DAN KISAH-KISAH DI MEDIA (PART 2)

TANAMAN BUAH TIN
(Ficus carica) di Malaysia merupakan salah satu daripada jenis tanaman yang sering dibincangkan di media. Pokok tin juga merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”. Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel subuh yang dingin ini saya menulis kisah-kisah yang menarik dari media tempatan mengenai tanaman dan buah tin dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan pembacaan dan rujukkan semua pembaca.

Dilaporkan dimana sudah dibuktikan '
Tanam pokok tin secara komersial' sudah menjadi kenyataan. Siapa sangka bermula sebagai hobi menanam cili di belakang rumah mendorong lelaki ini beralih arah ke tanaman pokok tin. Ini kerana kelebihan buah tin yang tercatat dalam al-Quran menarik minat Fahmie Abu Bakar (37 tahun) yang menanamnya secara komersial di ladangnya di Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Kini selepas lebih tiga tahun mengusahakan tanaman itu maka dia sudah mempunyai lebih 2,500 pokok tin membabitkan 50 jenis (Sila lihat foto disebelah)Beliau yang sebelum ini bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpaksa melepaskan jawatan kerana minat mendalam terhadap bidang pertanian, selain tidak cukup masa bersama keluarga. Bertitik tolak dari situ, beliau membuka sebuah kedai menjual peralatan pertanian dengan menubuhkan syarikat Formeniaga pada tahun 2009 dengan berniaga secara dalam talian. Selepas beberapa tahun membuka kedai itu, dia terfikir apakah tanaman yang boleh diusahakan bagi mengembangkan perniagaannya. Buat permulaan modal untuk membuka kedai pertanian sebanyak RM10,000. Sepanjang berniaga peralatan dan produk pertanian dimana dia kumpul duit untuk menanam pokok tin yang sudah nampak potensi pokok tin sangat cerah kerana ia makanan sunah. Dulu dia banyak mendapatkan maklumat mengenai pokok tin di Internet termasuk media sosial seperti Facebook. Dia juga sanggup ‘terbang’ ke beberapa negara seperti Jepun, China, India dan Thailand untuk mengutip ilmu sebanyak mungkin bagi diadaptasikan apabila balik ke Malaysia. Kebunnya yag terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan mudah dikunjungi. Pengurus Formeniaga dakwa selepas beberapa tahun membuat kajian mengenai pokok tin, akhirnya dia nekad mengusahakan tanaman itu dengan mengimport anak benih dari Indonesia, Turki, Amerika Syarikat dan Thailand. Kini sudah ada lebih 50 jenis pokok tin sudah ditanam diantaranya Matsui Dauphine, Brown Turkey (BT), Brown Turkey Modified 6 (BTM 6), Taiwan Golden Fig (TGF), Rimada, Turka dan Ponte Teresa

Pokok tin boleh dibiak menerusi keratan batang, kaedah tut berakar dan teknik menggunakan kaedah in vitro atau tisu kultur. 
Paling mudah untuk menggandakan pokok ini atau nama saintifiknya Ficus carica ialah menerusi keratan batang. Ada beberapa usahawan buah tin yang menjadikan pengeluaran bahan tanaman atau anakbenih tin sebagai sumber utama pendapatan selain daripada penjualan buah tin. Kepelbagaian varieti ini yang membolehkan pengguna memilih apa yang hendak dibeli dan harganya pula pun bukan murah. Dalam tempoh tiga hingga enam bulan dia dakwa berdasarkan kepada pengalamannya maka ia menghasilkan buah. Pokok tin memerlukan cahaya matahari cukup dan keadaan kering untuk tumbuh subur dimana kini dia dibantu oleh 15 orang pekerja. Dilaporkan dimana tanaman pokok tin ini memang tidak sesuai diletak di bawah naungan tanaman lain. Dari pengalaman didapati dimana bahagian akar pokok tin tidak tahan jika terendam air terlalu lama sehingga boleh selalu menyebabkan pokoknya mati. Tetapi perlu dijaga dengan baik agar ia sering diairi kerana ia memang memerlukan air yang cukup. Pokok tin juga perlu sentiasa dibekalkan nutrien dengan membaja secukupnya. Walaupun pokok ini kini dilaporkan sudah ada 2,000 jenis akan tetapi sebenarnya tidak semua sesuai ditanam di negara ini yang mempunyai suhu panas dan udara lembap sepanjang tahun. Benih pokok tin dijual antara RM80 hingga RM12,000 sepokok 
mengikut saiz dan jenis varieti pokok. Benih yang mahal biasanya unik dengan ciri yang menarik untuk peminatnya sahaja. Buah tin ini dilaporkan mempunyai pelbagai khasiat termasuk untuk penyakit diabetes. Kini dia sudah berjaya memproses daunnya untuk digunakan untuk diproses menjadi teh (Sila lihat foto disebelah). Syarikatnya turut menghasilkan beberapa produk lain berasaskan buah tin diantaranya buah segar, jem, acar dan ais krim (Sila lihat foto paling bawah). Dilaporkan Syarikat Formeniaga turut menganjurkan kursus asas memanam pokok tin, kursus fertigasi dan pengurusan ladang kepada mereka yang berminat menceburi bidang pertanian. bagi tujuan mendapat maklumat lanjut boleh layari Facebook Formeniaga. Penulis blog pernh membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha ini beberapa tahun dulu.

Kehebatan kisah buah tin menyebabkan akhbar melaporkan sudah '
Cinta buah tin' yang dibuktikan oleh seorang guru agama di Ulu Chepor, Ipoh, Perak. Guru ini percaya kepada pepatah Melayu ada menyebut berbudi pada tanah pasti akan ada hasilnya dan jika disulami dengan rasa cinta terhadap tanaman itu, pasti pulangannya tidak mengecewakan. Guru agama bernama Hawari Wanik (32 tahun) yang kini bergelar usahawan buah tin dengan mengusahakan ladang dikenali sebagai Ipoh Figs Farm di kawasan perkelahan Ulu Chepor seluas 0.40 hektar di Ipoh, Perak sejak 2017 (Sila lihat foto disebelah). Menurut guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah itu dimana dia telah mula untuk mengusahakan tanaman buah tin pada 2014 bermula dengan 50 pokok pelbagai variasi di dalam pasu tepi rumah selepas ‘jatuh cinta’ dengan keunikan dan khasiat buah tersebut. Dia yang mula menanam secara suka-suka dekat kuarters dan tidak ada halangan dimana bila buah tin dah masak dia hanya makan sendiri sahaja dan kemudian menjual anak pokok serta benih secara dalam talian sebelum ia semakin mendapat sambutan. Bermodalkan RM60,000 menggunakan duit simpanan dan keuntungan daripada hasil jualan secara dalam talian itu, Hawari mengambil langkah berani mengusahakan tanaman buah dengan nama saintifik Ficus carica secara besar-besaran empat tahun lalu. Pada peringkat permulaan semasa mengusahakan aktiviti ini adalah secara bersendirian iaitu dengan membina sebuah rumah pelindung hujan dan menanam sebanyak 336 anak pokok dari 20 varieti. Antara jenis pokok buah tin yang ditanam adalah Masui Dauphine, Constantine De Algerie, Super Red Hybrid, Long Neck Yellow, Moulinat dan Bardissot Negra Rimada. Kemudian apabila melihat potensi buah itu maka dua orang rakannya iaitu Khairil Amri Abdul Rahman dan Mohd Hafiz Helmi Md Hashim turut sama melabur bagi mengembangkan sayap perniagaan selain menubuhkan Persatuan Figgers Malaysia yang dianggotai pengusaha tanaman pokok buah tin komersial seluruh negara. Kini dengan usaha sama ini maka sebanyak RM30,000 dikeluarkan untuk membina rumah pelindung hujan yang kedua dan setakat ini kami menanam lebih 500 anak pokok buah tin terdiri daripada 70 varieti di kedua-dua buah rumah hijau itu.  Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk pembaca semua. Wasallam!..
POKOK BUAH TIN... ADA DI MALAYSIA... 
TEKNOLOGI TANAM.. SUDAH DISEDIA...
BUAH SEGAR..RM80/KG ITU HARGA...
MENJADI PILIHAN... ORANG BERADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana Off Jalan Istana,
Bulit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia. 
(24 Rajab 1443H).

Friday, February 25, 2022

BUAH TIN DAN KISAH-KISAH DI MEDIA (PART 1)

TANAMAN BUAH TIN (Ficus carica) di Malaysia merupakan salah satu daripada jenis tanaman yang sering dibincangkan di media. Pokok tin juga merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”. Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel subuh yang dingin ini saya menulis kisah-kisah yang menarik dari media tempatan mengenai tanaman dan buah tin dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan pembacaan dan rujukkan semua pembaca.

Kisah pertama mengenai bagaimana 'Buah tin cepat tuai' seperti laporan hmetro.com wajar dikongsikan. 
Dilaporkan dimana tiada yang menyangka di sebalik kesibukan aktiviti seharian di Kajang, Selangor terdapat kebun seluas kira-kira 1.5 hektar yang ditanam pelbagai tanaman bernilai tinggi termasuk buah tin yang diusahakan bekas pengurus teknologi maklumat sejak 13 tahun lalu. Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica biasanya banyak ditanam di kawasan Asia Barat. Ia dipercayai kaya dengan zat antioksidan, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potasium dan serat yang dapat membantu menjaga kesihatan badan. Teksturnya yang lembut dan rasa lemak manis antara faktor mengapa ia digemari ramai. Meskipun mempunyai permintaan tinggi terutama untuk dipasarkan secara segar, tetapi masih tidak ramai yang berani untuk mencuba untuk menanamnya di negara ini. Kelebihan yang ada pada buah bernilai tinggi itu turut mendorong Marzuki Safiee, 60, untuk mengusahakannya di Taman Agro Fertigasi (TAF), Sungai Ramal, Kajang. Dilaporkan selain buah tin, Marzuki turut mengusahakan tanaman anggur dan rock melon serta, sayuran bernilai tinggi seperti asparagus, bayam brazil, cili, kuchai, kailan serta banyak lagi. Marzuki berkata, tanaman yang diusahakannya menggunakan konsep memaksimumkan ruang yang terhad untuk mendapat hasil dengan lebih cepat. Gabungan ilmu pengetahuan dan penggunaan teknologi moden menghasilkan tanaman yang lebih banyak, berkualiti dan cepat dituai. Terdapat lebih ribuan pokok daripada 450 jenis pokok tin dalam koleksinya namun hanya kurang 12 jenis yang dikomersilkan untuk pasaran di dalam negara ini. Ketika ini, hanya buah tin merah, kuning, hitam dan hijau yang dijual kepada orang ramai dan pemborong runcit. Setiap jenis mempunyai berat berbeza iaitu 80 hingga 90 gram (g) bagi buah tin merah, 70g hingga 80g buah tin hijau dan kuning manakala berat buah tin hitam adalah sekitar 60g hingga 70g sahaja. Apa lebih menarik dimana pokok itu tidak memerlukan kawasan luas atau masa lama untuk dituai kerana sudah mula mengeluarkan hasil pada bulan keempat hingga keenam penanamannya. Dia menggunakan pelbagai kaedah penanaman seperti tut dan setiap pokok mampu didalam usaha mengeluarkan sehingga 150 buah (Sila lihat foto disebelah). Biasanya ketika musim buah tin berbuah, dia memperoleh sekitar 30 hingga 40 kilogram (kg) sehari dan pernah mencapai sehingga 70kg sehari. Selain berubah warna, buah yang sudah masak ranum juga senang dikenal pasti kerana biasanya ia akan pecah sedikit di bahagian bawah. Kita di Malaysia bertuah kerana faktor cuaca panas hampir sepanjang tahun turut membantu dalam tuaian hasil tanaman dimana dia turut menjual hasil tanaman buah tin kepada orang ramai dan pemborong runcit dari seluruh negara. Kebanyakan benih pokok tin diimport khas dari negara eropah terutama Sepanyol, Itali dan Perancis. Benih berkualiti tinggi dari Amerika Syarikat turut menjadi pilihan Marzuki untuk ditanam di taman agro berkenaan. Berbanding pokok tanaman bernilai tinggi lain, pokok tin mudah dijaga dan jarang diserang penyakit atau kulat. Bagaimanapun, ia bergantung kepada cara penjagaan dan kaedah tanamannya kerana jika sambil lewa menjaganya, pasti kualiti buah yang dihasilkan juga tidak seberapa. Di TAF pokok tin ditanam di dalam rumah pelindung hujan khas selain mendapat bekalan baja fertigasi serta air yang mencukupi.
 

Menarik kerana dilaporkan 'Buah tin bukan tanaman 3T' dimana ia pokok memerlukan penjagaan rapi dalam memastikan ia dapat mengeluarkan buah.  Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica biasanya didapati dari ladang negara empat musim seperti Turki, Australia dan rantau Eropah. Apa pun bagi rakyat Malaysia pula dimana mereka mengenali buah tin kering sebagai salah satu cenderahati daripada mereka yang pulang dari Tanah Suci selepas menunaikan umrah atau haji. Kini dengan perkembangan teknologi terkini maka buah itu boleh didapati secara segar apabila ada inisiatif usahawan tani tempatan seperti pengasas Mutiara Figs Sdn Bhd iaitu Mohd Hilmi Yusoff mula menanamnya sejak 2017. Bagi meneruskan legasi itu kini tiga anaknya turut mengusahakan tanaman buah tin termasuk Aliyaa Suraiya berperanan sebagai pengarah yang serius mengembangkan hasil produk daripada ladang berkeluasan dua ekar untuk pasaran tempatan serta pasaran import menerusi produk siap. Ketika ini ladang buah tin yang menempatkan lebih 3,000 pokok buah tin dengan hampir 300 spesies (Sila lihat foto disebelah). Bagi menjamin kualiti dan impak positif buat masyarakat mengenai buah 'syurga' ini kini mereka turut bekerjasama dengan beberapa buah institusi akademik. Wartawan dibawa menjengah ladang pengasasnya untuk melihat kepelbagaian variasi buah tin yang terdapat di rumah hijau berkenaan. Menanam buah tin ini memang perlu ada ilmu dan tahu penjagaannya. Maklumlah pokok buah ini bukannya tanaman iklim Malaysia dan ada teknik tertentu. Penjagaannya 'manja' dan jika faham mudahlah ia hidup dan berbuah. Perlu ingat ia bukanlah buah jenis tanaman 3T - Tanam, Tunggu dan Tuai. Banyak penjagaan yang diperlukan dan penting memastikan medium untuk tumbuh-tumbuhan itu sesuai kerana ia boleh mati kalau terlalu banyak disiram. Kini buah tersebut kebanyakannya diimport maka perlu teknologi disesuaikan dengan persekitaran Malaysia. Tanah perlu sangat poros, jika tidak akarnya boleh menjadi busuk dengan mudah. Dilaporkan dimana latar belakang mereka semuanya arkitek dan sudah beralih menjadi usahawan tani kerana minat terhadap tanaman buah tin. Cara tanam mengamalkan sistem rumah hijau dengan adanya teknologi kawalan suhu selain tidak menggunakan sebarang racun perosak sebagai amalan ladang lestari. Cara ini adalah penting selain meningkatkan produk pertanian berkualiti premium selain melihat ia antara usaha mengurangkan jejak karbon dalam industri pertanian tempatan.

Kisah yang ke 3 pula agak berlainan apabila 'Buah tin tak laku dijual' dilaporkan dalam akhbar sama. Bagi mohamad Qayyum tidak isu dapat memasarkan buah tin yang jumlah pengeluarannya 250 kilogram seminggu di ladang di Kampung Sungai Soi, Kuantan, Pahang memang satu perkara yang kritikal (Sila lihat foto disebelah).  Dia dakwa sebahagian buah tin yang kini sudah pun berada di kemuncak pengeluarannya terpaksa disedekahkan berikutan tidak dapat dipasarkan sejak berlaku perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Pengurus ladang Profigs ini mendakwa terdapat sebanyak 319 pokok yang lebat mengeluarkan buah dan mencapai pengeluaran hingga 250 kilogram (kg) seminggu. Dia dakwa sebelum ini dia memang tidak pernah menghadapi masalah untuk memasarkan buah tin jenis Masui Dauphine dimana permintaan begitu tinggi hingga ada ketika tidak mencukupi tetapi apabila PKP berlaku sebaliknya pula susah dijual. Katanya selain pasar raya dan peruncit yang membeli setiap minggu dan juga kehadiran pelancong tempatan serta luar negara ke ladangnya pada hujung minggu melancarkan lagi aktiviti jualannya. 
Sejak PKP dilaksanakan dia hanya mampu menjual beberapa kilogram sahaja buah tin seminggu sedangkan pengeluaran kini mencapai 20 kg seminggu iaitu harga semasa ialah RM80 kg.  Bagi dapat mengelak buah rosak maka dia telah mengambil keputusan untuk sedekahkan sebahagian buah yang masak kepada penduduk kampung dan rakan. Dakwanya lagi dalam keadaan sekarang dia berharap ada pihak dapat tampil untuk membantunya memasarkan buah tin bagi mengelak terus menanggung kerugian kerana pokok tin memang memerlukan perbelanjaan tinggi terutama perlukan disiram air baja setiap hari. Kini dia bukan sahaja tidak dapat memasarkan buah tin tetapi juga produk hiliran lain iaitu jem buah tin dan teh daun tin termasuk benih pokok berkenaan dimana pengguna tidak dapat keluar rumah bersama keluarga untuk membeli barangan. Selepas PKP pula isu tersebut masih berlaku kerana umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Ia menjadi faktor yang menyebabkan buah tin tidak dapat dipasarkan dalam jangka masa panjang yang akan menyebabkan kerugian kepadanya termasuk enam pengusaha komersial tanaman berkenaan di seluruh negara. Bagaimana pun kini dia hanya bergantung sepenuhnya kepada jualan secara pesanan atau tunai ketika penghantaran (COD), proses menghantar akan segera dilakukan bagi menjamin kualiti buah tin yang hanya mampu bertahan selama seminggu dalam peti sejuk. Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk pembaca semua. Wasallam!..
POKOK BUAH TIN... ADA DI MALAYSIA... 
TEKNOLOGI TANAM.. SUDAH DISEDIA...
BUAH SEGAR..RM80/KG ITU HARGA...
MENJADI PILIHAN... ORANG BERADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana Off Jalan Istana,
Bulit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia. 
(24 Rajab 1443H).

Thursday, February 24, 2022

FAKTA MENARIK BURUNG GAGAK

BURUNG GAGAK
(Corvus spp) atau Crows adalah burung yang besar daripada keluarga Corvidae iaitu dalam order Passeriformes dimana ia dikenali sebagai burung yang orang benci. Terdapat 4 kumpulan burung gagak didunia iaitu Burung Gagak China, Burung Gagak Amerika, Burung Gagak Asia dan Burung Gagak Gerhasi Yangtze. Bandar Kelang di Selangor pernah digelar 'Bandar Gagak Yang Kotor' dulu dimana ada banyaknya burung gagak berterbangan bebas dibandar tersebut mengutip makanan. Gagak hidup dibanyak kawasan diseluruh dunia terutama dikawasan pelabuh-pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu yang berwarna hitam ini mampu terbang dan selalu dilihat akan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar dari gagak betina. Gagak menghasilkan bunyi yang kuat terutama apabila berkumpulan dan menemui makanan untuk direbut. Memang sebahagian besar gagak adalah berwarna hitam dengan gloss jernih. Kenapa gagak dengan warna hitam?. Apakah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia?. Warna hitam pada bulu burung gagak ini untuk perlindungan sehingga ia mampu menghilangkan diri dalam kegelapan malam dari musuh-musuhnya seperti burung hantu dan burung helang. Burung hantu adalah aktif di malam hari dan predator lainnya. Gagak memakan hasil pertanian tanaman makanan, buah-buahan, cacing, serangga, siput, telur burung lain, ikan, bangkai binatang yang dibunuhnya di jalanan dan menyimpannya sebagai makanan dan kemudian menyembunyikannya dibawah daun. Ia menyimpan makananya agar tidak diketahui musuh-musuhnya. Gagak merupakan haiwan yang tidak lupa untuk menjaga keselamatan dan kecukupan makanan terhadap anggota keluarganya. Gagak juga tidak membiarkan pelanggaran wilayah kekuasaannya kepada musuh atau mereka yang mendekati sarangnya. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah mengenai beberapa fakta mengenai gagak yang jarang kita mengetahunya untuk dijadikan bahan rujukkan kepada pembaca semua.

Antara fakta menarik mengenai burung gagak pastinya tahu dimana b
urung Gagak, burung yang paling disalah anggap sebagai 'menakutkan' dan 'kotor' di seluruh dunia. Bagaimana pun dilaporkan gagak adalah spesis haiwan yang pintar selepas dibuat beberapa eksperimen dijalankan terhadap spesis ini. Sering dikatakan gagak seringkali disalah anggap sebagai haiwan pengotor, perosak sampah, pemakan bangkai malah dikaitkan dengan ilmu hitam. Dilaporkan dimana gagak dapat menentukan sesuatu sebab dan akibat. DI New Zealand kajian dijalankan bagaimana ditempatkan di dalam sangkar di mana sebuah batang kayu akan muncul celahan sangkar itu. Saintis menggunakan dua senario iaitu yang pertama ada seorang manusia memasuki tempat sangkar itu sebelum batang kayu itu bergerak dan pergi selepas itu. Kedua ada manusia itu tidak memasuki sangkar berkenaan. Didapati dimana pada mulanya burung gagak lebih santai setelah manusia pergi iaitu dengan menghubungkan pergerakan tongkat dengan ada kehadiran manusia dengan betul. Mereka mencari makanan dan bersikap normal. 
Pada kes kedua dimana burung gagak tidak memiliki referensi lain untuk kehadiran batang kayu dimana ia menjadikan burung gagak itu kelihatan berwaspada. Ahli Biologi tersebut iaitu Alex Taylor menyatakan kajian ini adalah ciri menunjukkan bahawa burung gagak bereaksi dengan cara yang sangat mirip dengan manusia dalam situasi yang menyebabkan mereka membuat pertimbangan asas mengenai agen penyebab yang tersembunyi.

Dalam kes kedua dimana fakta burung gagak faham paras air. Kajian dijalankan seperti dalam cerita kanak-kanak yang selalu kita dengar atau baca yang tajuknya ‘Gagak yang bijak’ dan sekali gus kajian membuktikan dimana haiwan ini memang bijak. Dalam kajian ini ada diletakkan dengan tabung yang mana para saintis memutuskan bahawa gagak di New Zealand bukan sahaja dapat membezakan perbezaan antara air dan pasir tetapi mereka juga memahami proses seperti pemindahan air. Ujian ini melibatkan tiub yang berisi air dan makanan yang terapung di luar jangkauan. Burung gagak memenuhi tiub dengan batu yang cukup atau barang berat lain untuk memastikan makanan itu berada dalam jangkauan mereka. Saintis juga diberikan dengan senario yang berbeza, seperti tabung dengan permukaan air yang berbeza. Burung gagak menunjukkan keutamaan untuk tabung yang akan memberi mereka makanan dengan jumlah kerja yang boleh dilakukan paling sedikit. Bagaimana pun peringkat kajian dan juga kejayaan ditemui seakan serupa dengan kisah didalam buku kanak-kanak berusia tujuh tahun. Penyelidik bagaimana pun msih teruskan kajian saintifik berkait dengan fakta ini.

Fakta bagaimana burung gagak simpan dendam dan sampaikan dendam kepada gagak lain. 
Mungkin pembaca blog ini tidak pernah terfikir mengapa penyelidik gagak kadang-kadang memakai topeng semasa menjalankan kajian mengenai burung gagak. Ini kerana burung gagak didakwa dapat mengenali wajah manusia, terutama wajah manusia yang telah melakukan kesalahan terhadap mereka.
Oleh itu sebaiknya jika anda cuba merakam bagaimana burung gagak bertindak balas terhadap rangsangan negatif (seperti ditangkap dan ditanda) sebaiknya tidak perlu untuk melakukannya menggunakan wajah sebenar dari dilihat gagak. Sekiranya cuba melakukannya dan dilihat gagak maka didakwa anda akan dimarahi oleh kawanan gagak setiap kali anda menghampiri. Kajian ini dijumpai dan diperincikan oleh ahli biologi John Marzluff dalam kajiannya pada tahun 2011. Beberapa tahun kemudian barulah dia mendapat tahu bahawa burung gagak tidak hanya menyimpan dendam itu dimana burung ini akan juga memberitahu burung gagak lain tentang perkara berkenaan. Dilaporkan dalam dua minggu pertama setelah gagak ditangkap ada sekitar 26 peratus burung gagak memarahi manusia yang memakai topeng berkenaan. Sekitar 15 bulan kemudian dilaporkan angka itu adalah 30.4 peratus. Tiga tahun selepas tangkapan itu dimana tiada apa-apa sebarang tindakan terhadap gagak-gagak itu maka dilaporkan jumlah burung gagak yang memarahi manusia yang memakai topeng itu telah meningkat menjadi 66 peratus. Keunikan ini masih dilakukan kajian lanjut.

 
Siapa sangka jika jika burung gagak dilapor mengadakan pengebumian untuk kawan mereka yang mati. 
Didakwa ketika seekor burung gagak mati maka burung gagak lain sering diperhatikan akan berkumpul dan mengeluarkan siulan yang kuat seperti manusia. Walau pun sebabnya tidak diketahui sehingga pada tahun 2015 dimana saintis penyelidik burung gagak bernama Kaeli Swift berjaya menumpukan penyelidikan untuk mencuba dan mengetahui mengapa. Sebagai kesimpulannya telah diterbitkan laporan yang diterbitkan dalam jurnal Animal Behavior dimana burung gagak berkumpul di sekitar gagak yang mati ialah untuk belajar tentang bahaya. Dilaporkan dimana di Kota Chatham, Ontario yang berada di bawah jalan migrasi gagak dimana mereka berada di sekitar kota ini dalam perjalanan tersebut. Setiap usaha untuk mengusir mereka telah gagal ini termasuk menembak ke arah mereka dengan menggunakan senapang khas. Burung gagak dilaporkan akan cepat terbang dengan cukup tinggi untuk mengelakkannya daripada terkena tembak. Seterusnya dilaporkan dimana burung gagak dapat untuk menyelesaikan teka-teki kompleks. Kajian yang unik dan mengagumkan ini dilakukan sebagai sebahagian daripada program BBC Two yang disebut 'Inside the Animal Mind' yang menguji gagak dengan teka-teki haiwan paling kompleks yang pernah dicipta. Kajian ini tidak menggunakan burung gagak makmal tetapi hasilnya burung gagak yang ditangkap dari persekitaran liar satu demi satu dan disimpan selama tiga bulan sahaja. Didapati teka-teki itu melibatkan lapan langkah individu yang harus diselesaikan dalam urutan yang sangat spesifik untuk melepaskan hadiah berbentuk makanan. Gagak itu harus mengumpulkan alat, kemudian menggunakannya untuk menyelesaikan langkah teka-teki seterusnya seperti yang disiarkan oleh program tersebut!. Memang pembaca ada yang rasa kurang percaya akan fakta mengenai gagak ini. Burung gagak sememangnya spesis haiwan yang bijak namun disalah erti yang disebabkan tabiat dan cara penampilannya. Sebenarnya banyak lagi penyelidikan lain yang membuktikan gagak bijak seperti antaranya yang menarik ialah dilihat gagak menggunakan ostracism sosial untuk menghukum rakannya yang mementingkan diri dimana spesis haiwan itu juga boleh melakukan kawalan kendiri. Gagak didakwa mampu untuk merancang masa depan mereka selain mengingati individu yang membuat baik kepada mereka dan cara mereka dalam berkomunikasi ialah menggunakan gerak isyarat. Bagaimana pun uniknya fakta dimana belum ramai berminat menjadikan burung gagak sebagai haiwan peliharaan (pet). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BURUNG GAGAK... BANYAK FAKTA...
HAIWAN PINTAR... ANDA PERCAYA?...
KEBUMIKAN RAKAN...SEPERTI CERITA...
BANYAK KAJIAN... SAINTIS LAKUKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(19 Rejab 1443H).

Wednesday, February 23, 2022

SENGATAN SERANGGA DAN KISAHNYA

SENGATAN DAN GIGITAN SERANGGA
(Insect bites and stings) merupakan satu perkara semulajadi yang dilakukan oleh serangga untuk mempertahankan diri atau mendapatkan makanan mengikut kehendak biologi serangga tersebut. Dari segi ilmu Entomologi, terdapat dua perkara yang berkait dengan perkara tersebut iaitu Sengatan (Insect Stings) dan juga Gigitan (Insect bites) walau pun kedua-duanya melibatkan penggunaan organ khusus (Ovipositor atau hornet). Kesan dari sengatan dan gigitan ini kepada manusia dan tumbuhan memang signifikan sehingga ada yang menyebabkan kesan kesakitan, lumpuh, lebam, bengkak, warna merah, luka, hasil tanaman rosak dan banyak simptom lagi. Sesetengan kesan ini kepada manusia yang terkena gigitan seperti gigitan Nyamok Aedes yang membawa kuman berpenyakit seperti 'denggi berdarah' amat merbahaya sehingga boleh membawa maut jika tidak dikawal dan dirawat. Serangga memang berada disekeliling manusia dan kawasan tenaman dengan beribu-ribu spesis dimana sebahagiannya memang mengancam kesihatan, keharmonian manusia serta kerosakan tanaman. Ancaman yang sama oleh serangga yang menyengat dan mengigit juga berlaku kepada hidupan haiwan ternakan, tanam-tanaman dan hidupan lain. Antara serangga yang menyengat ini seperti Lebah Madu (Apis spp), Tebuan (Vespa tropica tropica), Kala Jengking, Lipan dan sebagainya. Sengatan oleh Lebah Madu Tempatan (Apis cerana), Lebah Madu Impot (Apis melifera) atau Lebah Madu Hutan (Apis dosrsata) sering dikaitkan dengan pertahanan koloni lebah dari serangan atau gangguan oleh manusia, burung, binatang lain yang mendekati sarangnya (haif lebah). Uniknya setiap kali lebah madu itu menyengat akan meninggalkan sengatnya (ovipositor) pada badan mangsa dan melekat serta mengepam venom kedalam badan mangsa yang mana ia menyebabkan kesakitan dan mangsa akan lari. Kala Jengking pula mempunyai organ sengat yang mengandungi venom dibahagian belalai dibelakangnya yang mempunyai tahap kebisaan tinggi. Lipan juga mempunyai gigitan berbisa hasil dari venom yang dimasukkan kedalam tubuh mangsa setelah bahagian kulit dikoyakkan melalui gigitan dan selalunya amat menyakitkan. Artikel malam ini saya menulis dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dalam media tempatn berkaitan sengatan dan gigitan serangga untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Kisah bagaimana 'Tiga kanak-kanak maut disengat tebuan di Dungun' menarik dan berkait dengan artikel ini.
Dilaporkan kes kematian Nur Nazihah Mohd Sabri (8 tahun) yang disengat tebuan semalam adalah merupakan kes kematian kedua yang berlaku terhadap kanak-kanak di Dungun. Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, SUPT Baharudin Abdullah berkata dimana kes pertama yang berlaku pada Ogos 2017 yang membabitkan kematian dua beradik. Dua kes (kematian) berlaku di Dungun, babitkan kematian tiga kanak-kanak. Kejadian sebelum ini dilaporkan berlaku pada 8 Ogos 2017 mengorbankan Iffah Darwisha Abdul Wahab, 3, dan kakaknya, Irdina Batrisyia, 8. Kedua-dua beradik itu diserang ratusan tebuan ketika sedang bermain di hadapan rumah mereka di Kampung Batu Tiong, jam 6.30 petang. Bagaimanapun, Iffah Darwisha disahkan meninggal dunia pada malam itu ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Dungun. Manakala kakak mangsa iaitu Irdina Batrisyia yang kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu pula meninggal dunia dua hari selepas itu. Selain kes kematian dua beradik terbabit, kes sengatan tebuan itu juga turut mengorbankan seorang mandor ladang Risda, Mohd Taufik Jusoh (26 tahun). Kejadian itu berlaku pada Mei 2011 ketika mangsa menunggang motosikal diserang tebuan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ladang Risda Kampung Sedang. Mangsa yang berasal dari Kampung Batu 48 itu disengat di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun dan meninggal dua jam kemudian. Penting bagi umum menyedari bahaya serangan tebuan dan kerjasama semua pihak amat penting bagi mengelak kejadian sama berulang. Polis minta kerjasama ibu bapa mengambil perhatian serius dengan mengawasi anak-anak mereka setiap masa. Lebih baik sekiranya kita sentiasa membuat pemeriksaan persekitaran kediaman dan kawasan semak berhampiran rumah dan segera lapor kepada pihak berkuasa sekiranya terjumpa dengan sarang tebuan.

Kisah bagaimana ia adalah 'Lebih sakit daripada sengatan 12 tebuan' berkaitan dengan kesakitan sengatan oleh obor-obor. 
Media hmetro.com nyatakan dimana ada terjumpa obor-obor Portuguese Man O’ War di mana seorang nelayan mendakwa disengat spesis itu semalam semasa menjala di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman, Terengganu. Bagi nelayan Rahaisham A Ghani (50 tahun) telah mendakwa sengatan obor-obor itu lebih sakit daripada jika disengat 12 tebuan yang dirasainya suatu ketika dahulu. Dakwanya kesakitan tersebut hanya Tuhan yang tahu dimana dia terpaksa menggunakan pukat untuk mencabut obor-obor itu yang melekat kuat di lengan sebelah kanan 
(Sila lihat foto disebelah).  Dia dakwa jantungnya juga berdegup kencang ketika itu dan sudah fikir akan mati sahaja. Beliau yang tinggal di Kampung Titian Berayun Kijal, Chukai bagaimana pun bertahan. Dilaporkan dia bersama menantunya menjala di pantai itu kira-kira 10 malam dan mahu membuang ikan yang tersangkut pada jala sebelum, berasa sesuatu melekat di lengannya. Kemudian dia segera dibawa menantu ke Klinik Kesihatan Kijal sebaik obor-obor itu dicabut. Sampai klinik saja saya terus muntah, namun klinik tidak dapat beri ubat apa-apa kerana bimbang mudarat dimana sebaliknya terus dikejarkan segera ke Hospital Kemaman. Kesakitan ditanggung semakin berkurangan apabila meletakkan air liur di kesan sengatan obor-obor itu. Dia dibenarkan pulang ke rumah kira-kira 1 tengah hari tadi selepas benar-benar stabil. Menurut kenyataan oleh Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali (rakan penulis blog) dimana ada aduan mangsa menjadikannya individu pertama di Terengganu yang disengat obor-obor itu. Dinasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati selepas obor-obor itu dikesan terdampar di pantai di Marang, Setiu, Besut dan Kemaman dan boleh menyengat.

Kisah bagaimana berlaku kejadian '
Nyawa diragut bisa sengat tebuan' apabila seorang lelaki warga emas meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK), Kelantan selepas bertarung nyawa selama empat hari akibat disengat lebih 200 ekor tebuan. Mangsa Mohd Ghazali Awang (67 tahun) disengat tebuan ketika membersih kebunnya dengan cara dia menggunakan jengkaut di Kampung Kuala Betis, Gua Musang pada waktu pagi. Mangsa berada dalam keadaan kritikal ketika menerima rawatan awal di Hospital Gua Musang (HGM) selama tiga hari. Bagaimanapun mangsa kemudian dirujuk ke HKK sebelum meninggal dunia. Mangsa dilaporkan ke kebun menggunakan kenderaan berasingan untuk membersih kebun yang ditanam pelbagai tanaman.  Namun dengan tiba-tiba sarang tebuan sebesar tayar kereta terjatuh ketanah. Tebuan yang terganggu itu berjumlah sekitar lebih 200 ekor terus menyerang mangsa. Dilaporkan ada sebanyak 24 sengatan yang sangat teruk di bahagian kepala dan bakinya 200 sengatan dibahagian badan (Sila lihat foto disebelah). Tebuan merupakan antara serangga yang boleh menyebabkan maut jika jumlah sengtan banyak. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SENGATAN SERANGGA.. IA BISA...
SERANGAN TEBUAN... MAUT ADA...
JIKA DISENGAT...RAWATAN SEGERA...
MEMBACA ARTIKEL... KINI WASPADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(20 Rejab 1443H).

Tuesday, February 22, 2022

MENGKUANG - KISAH MENARIK

POKOK MENGKUANG ((Pandanus artocapus) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Pandanaceae iaitu sama dengan keluarga pokok pandan. Terdapat lebih dari 600 spesis pokok pandan atau mengkuang diseluruh dunia daripada yang renek sehingga yang amat tinggi sehingga lebih 60 kaki. Pokok Mengkuang Laut juga di panggil sebagai Mengkuang Laut, Pandan Pundak (Malaysia), Screw Pine (English),  Pandan Degat (Filipina), Mengkuang (Indonesia), Ketaki atau Keura (India) dan Vacouet (Perancis). Pokok ini banyak tumbuh dikawasan Asia Tenggara dan kawasan kepulauan Pasifik secara liar terutama dikawasan lembap berair terutama dikawasan tepi pantai dan tepi sungai. Mengkuang banyak digunakan bahagian daun untuk dibuat anyaman menjadi Tikar, Alatan Aksessori seperti Beg Tangan, Beg Duit, Kotak, Bakul, Hiasan Dinding dan banyak produk kraftangan yang lain. Pokok Mengkuang tumbuh dengan ketinggian 1-5 meter dimana daun yang berduri sepanjang 1-3 meter terbit dari pangkal batang. Daunnya berwarna hijau gelap dengan lebar 5-10 cm dan mempunyai duri tajam dibahagian tepi daun serta bahagian bawah atau tulang daun. Bahagian dalam daun adalah berwarna putih yang berair.  Mengkuang yang tumbuh dikawasan kampong jarang-jarang dapat menghasilkan bunga dan buah kerana daunnya sering dikutip untuk menghasilkan anyaman. Jenis mengkuang laut sering kita lihat ditepi pantai menghasilkan buah yang unik berwarna kemerahan dan apabila gugur akan dibawa arus untuk tumbuh dikawasan lain. Akar pokok mengkuang terdiri daripada akar serabut yang kukuh dikelilingnya dan juga mempunyai akar udara pada spesis tertentu. Artikel malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa kisah mengenai pokok dan daun mengkuang dalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah bagaimana 'Tikar mengkuang masih dapat sambutan' dalam portal  hmetro.com wajat dikongsikan kali ini. Kisah dari Kulim, Kedah menyatakan tikar mengkuang anyaman Munah Othman (64 taahun) yang mula dihasilkan sejak 30 tahun lalu di Kampung Baru Selama Estet di Bandar Baharu, Kulim masih mendapat sambutan dan menerima permintaan dalam kalangan peminat tikar itu (Sila lihat foto disebelah). Dia yang mampu menghasilkan antara 10 hingga 15 keping tikar mengkuang pelbagai saiz sebulan secara tradisional yang dijual pada harga bermula RM65 hingga RM180 dari rumah. Pada mulanya dia anyam tikar mengkuang ini untuk kegunaan sendiri dan tidak sangka pula ada orang yang datang ke rumah saya berminat dengan tikar mengkuang yang saya anyam sendiri ini malah belum ada lagi pelanggan yang minta kurang harga kalau beli tikar mengkuangnya. Proses menganyam tikar itu bermula seawal 8.30 pagi dengan bantuan suaminya yang menyaksikan mereka masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan daun mengkuang. Daun mengkuang ini ada duri dan insiden terkena duri sehingga luka jari-jemari dan tangan itu perkara biasa dimana mereka akan mencari daun mengkuang ini dalam hutan lebih kurang dua atau tiga jam. Ada kala mereka dapatkan daun mengkuang daripada pokok yang ditanam di sekitar rumahnya ini tetapi tidak mencukupi. Sekitar 120 helai daun mengkuang boleh menghasilkan dua keping tikar bersaiz besar. Membuat tikar mengkuang ini kena teliti dan perlu banyak bersabar kerana ada masa tertentu sahaja kerja menganyam boleh buat untuk elak daun keras (pada tengah hari misalnya, daun akan menjadi keras dan menyukarkan kerja menganyam).  

Menarik kisah dari UMP, di Pekan, Pahang dimana '
Penyelidik UMP cipta mesin pemotong daun mengkuang' untuk dijadikan bahan rujukkan. Berita BH menyatakan sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan mesin pemotong daun mengkuang bagi mengelakkan pengusaha produk berkenaan tercedera akibat tertusuk duri ketika memotong daun berkenaan. Mesin berkenaan mampu menghasilkan kepingan daun mengkuang dengan masa lebih singkat dan memaksimumkan lagi kapasiti pengeluarannya. Inovasi berkenaan yang dijangka mampu menjana sumber ekonomi masyarakat luar bandar, dihasilkan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UMP. Idea untuk menghasilkan mesin itu bermula setelah mereka bertemu pengusaha mengkuang di negeri itu yang mengalami isu kesukaran memotong daun berkenaan termasuk mengalami kecederaan berikutan durinya tajam. Mesin itu beroperasi menggunakan motor elektrik serta mata pisau mudah dipasang dan menerusi maklum balas diterima daripada pengusaha mengkuang, ia lebih cepat serta cekap berbanding proses menjangka atau memotong secara manual dengan  menggunakan tangan. Pengusaha di sekitar daerah ini seperti di Tasik Chini yang menghasilkan produk cenderahati memberikan maklum balas positif dan mereka turut untuk memberikan cadangan penambahbaikan ke atas peralatan itu. Fasa pertama projek ini sudah disiapkan menerusi pembinaan prototaip, kini kami dalam fasa kedua dan dijangka siap pada penghujung tahun ini, membabitkan beberapa perkara iaitu penambahbaikan, termasuk menjadikannya murah untuk dimiliki, mampu mengeringkan dan mewarnakan daun mengkuang. Mesin ini akan diperluaskan ke seluruh negara dan membantu produk berasaskan mengkuang dari negara ini menembusi pasaran antarabangsa yang menjanjikan pendapatan lumayan. Mesin ini dianggarkan dijual pada harga RM2,000 hingga RM5,000 seunit iaitu mampu dimiliki semua pengusaha. Ia menggunakan aluminium berkualiti serta motor elektrik berkuasa tinggi yang mampu bertahan lama.

Kisah bagaimana 'Tikar mengkuang, tempok daun salak kraf tangan Orang Asli' di Gua Musang, Kelantan menarik untuk dikongsikan. Dilihat dimana kelincahan jemarinya menganyam daun mengkuang dan daun salak untuk dihasilkan tikar serta tempok (aksesori dipakai di kepala) cukup mengagumkan. Malah di seluruh dinding rumahnya juga dilitupi anyaman kulit pokok bertam. Kemahiran dimiliki wanita Orang Asli dari Kampung Podek iaitu Rosnah Pedik (58 tahun) sejak di usia remaja lagi (Sila lihat foto disebelah). Dia dakwa walaupun majoriti dari masyarakat Orang Asli di kampung itu sudah tinggal di rumah batu, tetapi masih ramai mengekalkan struktur binaan tradisional sama ada daripada buluh atau kulit pokok bertam.
Dua bahan ini mampu menyerap haba dan menjadikan suasana dalam rumah dingin serta selesa menyebabkan saya memilih menganyam kulit pokok bertam untuk dijadikan dinding. Kepandaian dimilikinya itu bagaimanapun tidak menarik minat anaknya untuk mempelajari kecuali anak kelimanya yang sedikit sebanyak membantunya menghasilkan barangan anyaman jika menerima tempahan. Biasanya bagi membuat tikar mengkuang, dia mengambil masa sehingga 10 hari untuk menyiapkannya. Ini disebabkan proses penyediaan yang memakan masa disebabkan perlu direndam dengan pewarna sebelum dijemur kering, anyaman juga lazimnya dilakukan pada waktu pagi atau malam. Daun mengkuang lebih lembut dan mudah dianyam berbanding waktu lain. Dia juga menghasilkan beg tangan dimana untuk penghasilan tempok daripada daun salak masa diperlukan tidak lama iaitu sehari sahaja. Rosnah yang menerima Anugerah Kreatif sempena program Kelantan Exchange 2021 anjuran Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) sering membawa hasil anyamannya itu di mana-mana ekspo atau program.  Dia akan menjual tikar mengkuang ini antara RM40 hingga RM80 bergantung kepada corak, manakala tempok pula dijual pada harga RM30 sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini/ Wasallam!!!.
DAUN MENGKUANG... TANAJ DURINYA...
BOLEH DIANYAM... PRODUK BERHARGA...
ADA MESIH INOVASI... DARI UMP SANA...
ORANG ASLI... JADIKAN HASIL UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bukit Beruang, Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1443H).