Friday, December 17, 2021

STATUS TERNAKAN BUAYA DI INDONESIA (Part 2)

BUAYA
(Crocodylus spp) atau 'Crocodile' merupakan sejenis haiwan atau binatang termasuk dalam kelompok reptilia yang telah hidup di planet bumi semenjak jutaan tahun lalu dimana ia sering disebut sebagai binatang purba yang masih di jumpai hingga kini. apa pun binatang ini tersebar hampir di seluruh dunia dimana ia dapat ditemukan di kawasan berpaya, sungai yang besar dan juga dapat kita temukan di danau-danau besar. Sebagaimana binatang reptilia lainnya seperti ular, penyu, kura-kura didapati haiwan jenis buaya juga terus berkembang biak dengan bertelur. Telur buaya akan diletakan disarang yang telah dibuat dari timbunan daun-daun kering kemudian dicampur dengan lumpur. Kedudukan sarang telur bagi buaya selalunya memang berada dipinggiran sungai atau pada lopak-lopak tanah kering yang terdapat dipinggiran danau atau paya (rawa). Dalam waktu kurang lebih tiga bulan biasanya telur-telur buaya tersebut menetas dimana induknya yang akan selalu menjaga dan menunggu disekitar sarang membawa anak-anak buaya yang baru lahir (baby crocodile) ke tempat yang berair. Masa inilah induk buaya menjadi ganas kepada sesiapa yang cuba mendekatinya dan anak-anaknya. Anak-anak buaya setelah berada di dalam air sebagai habitatnya secara naluri mereka dapat mencari makan sendiri dengan menangkap mangsanya seperti pepatung atau capung, belalang, katak dan kodok, ikan dan binatang air lainnya. Kajian saintis mendapati dimana makanan buaya tergantung dari usianya serta ukuran tubuhnya. Dilaporkan makanan buaya yang lebih dari satu meter panjangnya sudah boleh menangkap kura-kura, tikus, musang atau ikan yang agak berukuran besar. Dalam pada itu bagi buaya yang telah dewasa dengan panjang badan diatas tiga meter dapat menangkap babi hutan, rusa bahkan bisa juga menyerang manusia. Mungkin binatang ini masih wujud sampai sekarang ini dari perubahan zaman ke zaman adalah disebabkan jenis makanannya yang cukup bervariasi.
Penulis telah merujuk beberapa sumber dimana mendapati terdapat lima jenis buaya yang hidup di perairan Indonesia dan mungkin sama beberapa spesis terdapat di Malaysia iaitu dikenali dengan Buaya Muara (Crocodylus porosus), Buaya Siam (Crocodylus siamensis), Buaya Rawa (Crocodylus palustris), Buaya Irian (Crocodylus novaguineae) serta Buaya Senyulong atau Buaya Julung atau Buaya Supit (Tomistoma schelegelii). Artikel malam rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai industri ternakan buaya di Indonesia sebagai salah satu pengeluaran produk asas buaya di dunia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 

Penting dimana bagi tujuan memonitor jumlah stok buaya yang hidup liar atau yang diternak di Indonesia perlu dilakukan oleh pihak berkuasa melibatkan banyak pihak. Survei terperinci perlu dijalankan di lapangan sehingga ke lokasi habitat buaya yang diduga masih terdapat populasi buaya. Kerja ini termasuk di kawasan rizeb konservasi dimana ia  perlu dilakukan pengumpulan data asas terhadap keadaan dan keberadaan buaya serta teknik pemeliharaan buaya. Ia termasuk juga bagaimana teknik pemeliharaan induk buaya dijalankan penternak, proses tumbesaran anak-anak buaya dan juga proses penetasan telur-telur buaya secara alami atau semulajadi dilapangan. Walau pun telah ada kaedah moden bagi menetaskan telur buaya dengan menggunakan mesin penetasan akan tetapi perkara penting dilihat adalah bagaimana memelihata anak buaya yang baru menetas serta bagaimana kaedah pemberian makanan yang terbaik (Sila lihat foto disebelah). Apa pun jika makanan dan cara dalam memelihara anak-anak buaya tersebut tidak dijalankan dengan bail dilaporkan anak-anak buaya boleh sakit atau mati akibat dari seranggan perosak dan penyakit. Lazimnya dilaporkan kadar kejayaan daripada telur buaya menjadi anak buaya sehingga menjadi buaya dewasa adalah sangat rendah peratus kejayaannya. Ada laporan dimana kurang dari 5-10% buaya yang survive sehingga dewasa bergantung kepada spesis, habitat dan ancaman pemangsa. Antara musuh yang selalu menjadi gangguan seperti biawak, ikan besar dan sebagainya yang memakan telur buaya dan anak-anak buaya.

Di negara Indonesia dilaporkan model untuk pemeliharaan buaya yang cukup baik semasa ini masih merujuk kepada teknologi yang dijalankan oleh pihak 'Crocodile farming' iaitu ladang buaya terbesar di Thailand yang terletak di Samut Prakan, Thailand. Dilaporkan teknik penternakan disana menggunakan kolam pembesaran anak-anak buaya yang berbentuk segi empat termasuk tempat untuk buaya berjemur dimana dilihat pada setiap kolam pemeliharaan induk buaya akan disediakan sarang tempat bertelur. Lazimnya sarang untuk bertelur ini berbentuk persegi empat terbuat dari tembok dengan luas antara 10 sampai 15 meter persegi dimana ia di lengkapi dengan pintu masuk dan didalamnya telah pun ada disediakan kawasan timbunan sampah atau anak-anak kayu (serasah) untuk buaya membuat sarangnya sendiri (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya apabila induk betina buaya telah bertelur kemudian apa yang dilakukan adalah penternak akan keluarkan induk buaya betina ini memalui pintu khas dan kemudian pintunya ditutup sehingga induk buaya hanya menunggu di luar sahaja sekitar sangkar. Telur tersebut biasanya akan dibiarkan menetas sendiri atau menggunakan alat mesin penetasan yang disediakan. Anak-anak buaya yang baru lahir akan dipelihara dengan disimpan didalam kotak-kotak pemeliharaan bayi buaya (baby box). Model yang diamalkan untuk tempat bertelur di Thailand telah diubahsuai oleh Syarikat Ternakan Buaya PT. Perhutani di Blanakan, Subang, Jawa dengan menempatkan sarang peneluran disekitar kolam induk. Apa yang dilakukan dimana untuk meningkatkan kadar daya penetasan terbaik dimana ada peranan mesin yang mana ia adalah sangat penting disebabkan ia mampu untuk dapat meningkatkan daya tetas (hatching rate) mencapai 90%. Ini adalah jauh lebih baik jika ia dibandingkan dengan cara membiarkan telur buaya ini menetas sendiri di sarangnya yang hanya memiliki daya penetasan cuma 40 - 60% sahaja. Antara sebab kegagalan penetasan secara semulajadi ini adalah disebabkan oleh faktur perubahan (fluktuasi) suhu dan juga kelembaban serta akibat oleh kekerapan hujan yang turun menyebabkan sarang buaya manjadi basah. 

Teknologi didlam penternakan buaya perlu diikuti SOPnya bagi menentukan kejayaan terbaik. Antara langkah-langkah yang diperlukan untuk melestarikan populasi buaya di habitat asal mahu pun yang diternak didalam kandang pastinya akan dapat menjamin ketersediaan bahan asas untuk mengembangkan industri kulit buaya. Beberapa tindakan yang perlu dilakukan termasuk apabila dihabitat asal dimana terjadinya penangkapan populasi buaya secara besar-besaran dalam berbagai ukuran, baik anak buaya akibatnya dimana buaya muda dan induknya di ambil yang akan menyebabkan berlaku kemerosotan jumlah populasi. Kalau pun berlaku proses pembiakan seulajadi akan tetapi pertambahan populasi buaya tersebut menjadi lmbat bahkan apabila berlaku apa yang dikatakan 'over harvesting'. Lama kelamaan jika tiada kawalan maka apa yang berlaku adalah kekurangan induk buaya janta dan betina untuk mengawan dan membiak dihabitat asal atau semulajadinya. Pemerintah Indonesia perlu segera melakukan inventarisasi jumlah stok buaya di habitat asal baik diluar maupun di dalam kawasan konservasi. Pemerintah juga perlu melakukan aktiviti pemantauan (monitoring) perkembangan kegiatan penternakan buaya samaada oleh penternak berskala besar atau pun penternak individu kecil-kecilan. Cara ini diperlukam untuk mengetahui perkembangan jumlah stok yang diternak, perkembangan teknologi baru penternakan buaya untuk meningkatkan kelangsungan hidup (survival rate) anak-anak buaya, tahap kadar pertumbuhan, sistem dan cara pemberian makanan dan teknik kawalan penyakit buaya. Aspek pengembangan dalam perdagangan kulit buaya terutama untuk di eksport ke luar negara atau untuk ianya memenuhi keperluan industri kulit domestik juga merupakan komoditi potensi yang mampu untuk menghasilkan pendapatan kepada negara. Dilaporkan dimana dari jumlah buaya yang diternak dimana sebanyak 10% harus dilepaskan kembali ke habitan asalnya sebab keujudan buaya sudah pun dimasukkan di dalam Apendik II CITES. Pemerintah Indonesia perlu secara terus menerus melaporkan keadaan jumlah atau stok buaya di habitat asal, stok hasil restoking di habitat asal dan juga kegiatan jumlah penjualan kulit buaya ke IUCN.Perlu dilakukan kajian dan pengembangan buaya baik dalam bidang keilmuan dan teknologi pemuliaan, bioteknologi, teknik penternakan dan teknik penyamakan. Pertemuan atau pun cara komunikasi ilmiah dalam bentuk perbincangan, seminar atau simposium tentang penternakan buaya perlu dilakukan secara terus menerus sehingga komunikasi dan informasi dalam teknologi, pengetahuan, pengalaman pengurusan menternak buaya akan tersebar melalui khdmat pakar-pakar yang terlibat dalam industri ini. Perlu ditambah baik aitiviti peningkatan kemampuan oleh SDM berupa pelatihan tenaga terampil terutama tentang cara-cara pengendalian dan konservasi serta teknik penangkaran yang baik, termasuk kemampuan teknik penyamakan, serta kemampuan didalam menciptakan inovasi produk-produk baru kulit buaya yang berkualiti. Usaha penternakan buaya di Indonesia merupakan usaha yang produktif kerana kulit buaya memiliki nilai ekonomi cukup tinggi. Selain itu teknologi didalam pemeliharaan dan pembesaran anak-anak buaya tidak terlalu rumit dan mudah dikuasai. Apabila berbagai isu penternakan buaya dapat dikurangkan seperti ketersediaan stok anak-anak buaya, jumlah induk produktif cukup, menguasai teknik memproses kulit buaya, menghasilkan produk kulit berkualiti dengan banyak model berjenama maka ia akan memungkinkan Indonesia sebagai salah satu negara penghasil produk-produk dari bahan kulit buaya dengan kualiti nombor satu di dunia. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaity Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TERNAK BUAYA... DI NEGARA INDONESIA...
INDUSTRI DIKAWAL... PIHAK BERKUASA...
POTENSI BAIK... DIAMBIL KULITNYA JUA...
BAHAN EKSPORT... MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.