Sunday, December 19, 2021

PELANDUK - KENALI DIA

PELANDUK
(Tragulus spp.) atau Kancil merupakan sejenis haiwan mamalia yang kecil dan banyak diperkatakan didalam cerita dongeng kepandaiannya di zaman kanak-kanak lagi. Cerita 'Sang Kancil' dengan pelbagai variasi kisahnya memang merupakan satu ingatan kepada kita semua. Bagaimana pun setelah dewasa kebanyakan pembaca blog hanya dapat melihatnya semasa melawat di Zoo sahaja. Memang sukar untuk anda berpeluang melihat pelanduk hidup liar di hutan. Pelanduk dilaporkan sejenis haiwan berkaki empat dari rumpun ungulat berjari genap dalam keluarga Tragulidae yang terletak di bawah genus Tragulus. Lazimnya haiwan yang didakwa 'cerdik' ini mempunyai berat sekitar 0.7 - 8.0 kg seekor. Bagi ukuran badannya pla cuma sekitar 40 -75 cm dimana ia dikelaskan sebagai haiwan ungulat yang kecil sekali di dunia. Taburan pelanduk terhad kepada Asia Selatan dari China selatan jauh (Yunnan selatan) hingga Filipina dan Pulau Jawa. Sesetengah spesis pelanduk kurang dikenali akan tetapi semuanya adalah dipercayai bersifat nokturnal (aktif waktu malam) dan makan daun-daun, buah-buahan, rumput dan lain-lain tumbuhan dalam semak hutan yang tebal.  Pelanduk dilaporkan hidup secara bersendirian atau ianya berpasangan. Biasanya pelanduk jantan tumbuh gigi taring panjang dimana sama ada [elanduk jantan atau pun betina tidak tumbuh tanduk yang digunakan untuk bertarung. Tidak seperti ahli Tragulidae yang lain dimana lazimnya pelanduk tidak kelihatan belang atau tompok yang jelas pada bahagian belakan. Membuat beberapa rujukkan dimana pelanduk pada asalnya hanya dikenali dua spesis iaitu dalam genus Tragulus iaitu Tragulus napu (Dikenali sebagai Napuh) yang agak besar saiznya dan Tragulus javanicus (di kenali sebagai Kancil atau pelanduk Jawa) yang saiznya agak kecil. Bagaimana pun kemudian pada tahun 2004, genus Tragulus nigricans dan Tragulus versicolor dipecahkan dari Tragulus napu dan Tragulus kanchil dan Tragulus williamsoni dipecahkan dari Tragulus javanicus. Di Malaysia pelanduk adalah haiwan yang dilindungi dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 atau P.U. (A) 345 dibawah Jabatan Perhilitan dimana pesalah boleh dihukum. Artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai info pelanduk untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Penulis blog pernah makan daging pelanduk di zaman kanak-kanak dan remaja berpuloh tahun dahulu di kampong. Biasanya memburu haiwan (menembak) dengan mesti mendapatkan lesen sekitar RM50.00 seekor daripada pihak berkuasa seperti didalam akta. Sesiapa juga yang membunuh haiwan ini dengan sengaja dan di tangkap pihak berkuasa adalah menjadi kesalahan. Memang sukar untuk mendapatkan bekalan daging mentah pelanduk kecuali mungkin jika ada yang diimport dari luar negara. Makanan berasaskan daging pelanduk juga memang sukar dicari untuk dinikmati di negara kita. Bagaimana pun melalui layaran di laman Facebook sesekali ada terjumpa resepi masakan daging pelanduk. Antara resepi yang popular dilaporkan dalam fb seperti daging pelanduk panggang, daging pelanduk masak kari, daging pelanduk masak rendang, serunding daging pelandok dan sebagainya. Dilaporkan daging pelanduk lembut dan tulangnya juga boleh diratah. Merujuk kepada
http://nordin-dunia ternakan anda.blogspot.com/ dimana ada dilaporkan harga daging pelanduk yang belum diproses adalah RM 75 sekilogram sementara daging pelanduk yang siap diproses pula berharga RM100 sekilogrram (Harga pada tahun 2013 semasa artikel tersebut di posting). Diluar sana mungkin ada kemungkinan pemburu pelanduk yang aktif menjadikan haiwan liar menjadi punca pendapatan mereka termasuk pelanduk secara sah. 

Bagaimana pun adalah lebih baik untuk mengetahui mengenai haiwan pelanduk dan beberapa fakta menarik mengenainya. Beberapa sumber menyatakan terdapat beberapa fakta menarik yang penulis blog akan kongsikan kali ini mengenai pelanduk. Pertama adalah dimana haiwan pelanduk mempunyai rupabentuk yang unik iaitu seakan-akan gabungan diantara Tikus dengan Rusa. Sesiapa sahaja yang kali pertama melihat pelanduk mungkin berkata ini sekali pandang kepala dan mukanya seperti tikus dan cara pergerakannya. Bagaimana pun bila melihat warna bulu dan corak pada badannya pula dari sudut tertentu seakan-akan ia ada seekor rusa pula (Sila lihat foto disebelah). Dalam beberapa kisah dimana pelanduk atau kancil dilaporkan suka makan timun dan dalam bahasa Inggeris haiwan ini diberikan nama chevrotain dan 'mouse deer' yang bermakna 'tikus rusa'. Biarpun ia mirip tikus dan rusa sebenarnya haiwan pelanduk tidak berada di keluarga yang sama dengan mereka. Pelanduk memiliki keluarga sendiri yang terdiri dari berbagai spesis dan salah satunya adalah kancil. Memang pelandk berkerabat dengan rusa tetapi ia dari keluarda Tragulidae. Keluarga pelanduk terbahagi kepada tiga genus iaitu Hyemochus, Moschiola dan Tragulus. Spesis Kancil termasuk dalam genus Tragulus. Walau pun pelanduk terbahagi dalam tiga genus berbeza sebenarnya mereka adalah mirip satu sama lain. Pelanduk juga adalah jenis haiwan mamalia yang membiak secara  paling primitif apabila dilaporkan ia memiliki ciri kuno seperti salah satu bilik perut yang tidak terbentuk sempurna untuk mencerna bahan tanaman dan juga tidak tumbuh tanduk selama jutaan tahun.

Melihat bentuk fizikal pelanduk yang berjalan memang mempersonakan. Dari youtube negara jiran ada kisah menarik bagaimana penternakan pelandok ini dijalankan dan menarik ditonton. Dilihat walau pun pelanduk kelihatan kecil dan comel akan tetapi sebenarnya haiwan ini mempunyai taring. Walau pun pelanduk dilihat sebagai haiwan jinak tetapi bagi pelanduk jantan ia selalunya mempunyai gigi taring yang lebih panjang dan kelihatan sedikit menyembul keluar dari mulut atas berbanding dengan pelanduk betina. Taring ini biasanya akan digunakan untuk mereka semasa bertarung sesama mereka. Bagaimana pun kewujudan taring pelanduk ini tidak dapat melindungi mereka dari haiwan pemangsa atau predator. Pelanduk juga sejenis haiwan yang mampu beranak berterusan dan menjaga anaknya. Dilaporkan  pelanduk betina akan terus menjaga anak-anaknya sampai matang secara seksual selama lima hingga sembilan bulan. Setelah itu, anak-anaknya baru memulakan hidup sendiri. Terdapat beberapa spesies pelanduk termasuk kancil dimana yanga betina boleh mengawan lagi hanya beberapa jam setelah melahirkan anaknya. Pelanduk merupakan haiwan kecil yang sering dimangsa oleh predatornya. Disebabkan ia berukuran kecil dan tidak mempunyai tanduk untuk melindungi dirinya juga membuat pelanduk jadi sasaran menarik dan mudah predator di alam liar. Oleh karena itu pelanduk yang  menjadi haiwan pemalu dan selalu waspada sehinggakan ada beberapa spesis menjadi nokturnal (hanya aktif malam) untuk bertahan hidup. Mereka biasanya hidup menyendiri dan akan saling bertemu pada musim mengawan. Apa pun penulis blog rasa terkejut apabila dilaporkan pelanduk mampu mengetukkan kaki tujuh kali dalam sesaat!. Kebolehan ini walau pun pelanduk sebagai haiwan yang pemalu dan pencinta keamanan akan tetapi ia juga dilaporkan akan bertukar menjadi sikap agresif bila terancam. Pelanduk jantan boleh mengetukkan kaki empat sampai tujuh kali dalam satu saat. Teknik ini mereka gunakan untuk mengusir predator yang mendekati atau memberitahu kawan-kawannya akan bahaya yang datang. Sifat ini dipercayai dijadikan cerita dongeng kanak-kanak bagaimana ia menipu sang buaya untum melintasi sungai sehingga keseberang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMA PELANDUK... KANCIL SAMA...
HAIWAN KECIL... PEMALU SIFATNYA...
IA NOKTURNAL... MALAM AKTIFNYA...
DIKEBUN BINATANG... UNTUK LIHATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.