Wednesday, December 8, 2021

HARGA MAKANAN NAIK DI MALAYSIA (Part 2)

MEDIA MELAPORKAN
di Malaysia dimana sepanjang 2021 negara mengalami kenaikan harga makanan antaranya ayam, telur ayam, minyak masak, roti dan sayur-sayuran yang menjadi isu semasa paling banyak dipaparkan. Isu ini juga menyebabkan kegelisahan kepada rakyat terutama dari golongan bawahan yang terjejas pendapatan berkurangan pendapatan akibat pandemik covid19 yang sudah dua tahun melanda. Media laporkan dimana sebagai contoh harga ayam proses meningkat dengan mendadak sepanjang 2021 dimana ia telah mencecah RM10 sekilogram walau pun sebelum ini harganya hanya sekitar RM7 - RM8 sekilogram. Penulis blog yang menulis banyak mengenai teknologi pertanian dengan lebih dari 6,760 artikel merasakan sesuai ditulis tajuk diatas yang banyak hubungkaitnya dengan sektor pengeluaran makanan. Apa pun seperti mana yang diterangkan oleh media tempatan dimana pihak kementerian dan agensi berkaitan telah pun menyatakan antara punca utama kenaikan harga ayam adalah kerana kenaikan harga dedak menyumbang kepada kenaikan harga ayam hidup di peringkat penternakan. Akibat yang berlaku adalah dimana kemudiannya meningkatkan harga ayam proses di peringkat borong dan juga runcit yang pengguna beli di pasar-pasar. Apa pun mungkin masih ramai yang tidak sedar bahawa Malaysia mengimport hampir 100% keperluan membuat dedak untuk membuat makanan ayam dari luar negara seperti jagung bijirin, kacang soya dan sebagainya. Tahun 2020 sahaja dilaporkan Malaysia telah pun mengimport sebanyak 3.85 juta tan jagung bijirin dengan nilai RM3.3 bilion dan 732 ribu tan kacang soya dengan nilai RM1.3 bilion dari negara pengeluar seperti Argentina, China dan Brazil. Penulis blog percaya kadar kebergantungan Malaysia kepada pengimportan komoditi jagung dan kacang soya memberi kesan kepada harga ayam apabila harga jagung naik meningkat mendadak terutamanya sejak wabak Covid-19 melanda. Merujuk kepada data FAOStat dimana kalau pun sebelum ini sekitar harga dunia jagung bijirin adalah sekitar USD300 - USD400 satu metrik tan sepanjang tahun 2 lepas tetapi terkini harga tersebut telah meningkat sehingga setinggi USD800/mt sekarang harganya adalah sekitar USD600/mt. Begitu juga dengan komoditi kacang soya yang mana harga sebelum ini sekitar USD900-USD1,000/mt pada dua tahun dulu tetapi pernah mencecah setinggi USD1,700/mt dan sekarang kekal tinggi iaitu pada harga USD1,200/mt. Artikel pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai isu harga bahan makanan naik di Malaysia seperti dilaporakn banyak media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog ini semua.

Kerajaan juga melihat bagaimana untuk menggalakkan pertanian sayur yang mempunyai nisbah kebergantungan import yang tinggi seperti cili dan kobis bulat. Dalam Bajet 2022 dilaporkan dimana kerajaan mengumumkan insentif di bawah Program Jaminan Bekalan Makanan Negara dan Program Galakan Usahawan Tekno PKS bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Dalam program tersebut kerajaan juga bercadang membenarkan tanah-tanah terbiar dan tidak dibangunkan yang dimiliki Kerajaan Persekutuan dan juga tanah rizab Melayu untuk disewakan kepada golongan belia dan berpendapatan rendah bagi projek pertanian untuk meningkatkan hasil pertanian di samping memberi peluang mereka menjana pendapatan dan secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan negara kepada import bahan makanan. Projek berimpak tinggi dengan teknologi moden perlu dilaksanakan seperti projek TKPM, Vertical Farming, Fertigasi, Organic farming dan sebagainya agar produktiviti dan kualiti dipertingkatkan (Sila lihat foto disebelah). Beberapa 
insentif lain seperti program pembiayaan berjumlah RM1.25 bilion di bawah Agrofood Facility yang disediakan oleh Agrobank dan BNM didalam melengkapkan usaha jangka panjang kerajaan untuk ianya dapat menstabilkan harga makanan dengan memastikan pembekalan yang mencukupi di dalam pasaran. Walau pun ada pakar ekonomi yang nyatakan jika semua ini dilihat terlalu perlahan maka kerajaan melalui syarikat pelaburan miliknya boleh melabur di dalam penghasilan baja di dalam negara untuk kurangkan kos baja. Jika tiada teknologinya sebaiknya kerajaan perlu melabur di dalam syarikat-syarikat pengeluar baja di luar negara untuk memindahkan teknologi ke dalam negara di samping memastikan bekalan baja dari luar negara tidak putus dan harganya berpatutan. 

Memang kebergantungan yang tinggi kepada produk import membawa risiko kepada negara didalam melaksanakan dasar keselamatan makanan negara. Jika berlaku masaalah seperti halangan eksport daripada negara pengeksport dimana mereka juga mahu memberi keutamaan kepada rakyat di negara mereka seperti mana berlaku tahun lepas apabila Vietnam menghalang daripada beras mereka untuk dieksport ke negara luar maka jaminan bekalan makanan negara akan terjejas. Beberapa dasar-dasar kerajaan yang diumumkan dan dilaksanakan adalah demi Keselamatan dan Kedaulatan Makanan (Food Security and Sovereignty) untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi pada harga yang terus berpatutan bagi menampung keperluan pengguna di Malaysia. Dalam membincangkan isu ini kaedah penyelesaian terbaik adalah menyediakan pekerjaan dan juga dapat meningkatkan pendapatan isi rumah dan rakyat di negara kita untuk mereka menampung kenaikan kos sara hidup. Dengan Inisiatif Jamin Kerja yang diumumkan dimana sebanyak 600 ribu peluang pekerajaan akan diwujudkan termasuk insentif peningkatan kemahiran yang boleh membantu rakyat meningkatkan kemahiran dan seterusnya pendapatan mereka. Disamping itu Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sedang menjalan sesi libat urus bersama pemegang taruh untuk menaikkan gaji minimum tahun depan (2022). Kenaikan harga makanan perlu ditangani untuk mengurangkan beban kepada pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang terkesan teruk dengan krisis ekonomi akibat wabak Covid-19. Harga kawalan dan subsidi adalah langkah jangka pendek sebagai “stop-gap measures” tetapi isu dalam kenaikan harga ini hanya boleh diselesaikan melalui aktiviti pengurangan kebergantungan import dan juga meningkatkan pendapatan isi rumah yang memerlukan komitmen, dasar dan pelaburan oleh Kerajaan.

Media tempatan melaporkan aktiviti dimana KPDNHEP komited pantau punca kenaikan harga barangan di pasaran dan akan memanggil pihak syarikat untuk memperoleh maklumat mengenai punca kenaikan harga produk berkenaan. Kerajaan akan laksanakan libat urus, kajian dan bertanya kepada syarikat atau sesiapa yang mana menjadi punca kenaikan itu.
Isu harga ayam dan sayur-sayuran dimana berlaku apa yang didakwa sebagai peningkatan kos operasi syarikat didalam penternakan, kos import, kenaikan harga baja dan racun didakwa diantara punca yang menyumbang kepada kenaikan harga produk itu di pasaran ketika ini. bagaimana pun kajian awal oleh pihak KPDNHEP hasil pemantauan dan kajian didapati punca kenaikan harga ayam dan telur ayam ini adalah disebabkan oleh kenaikan kos operasi syarikat ternakan ayam. Ini kerana sebahagian besar kos operasinya melibatkan kos makanan dengan hampir 100 peratus diimport dari negara asing seperti jagung dan soya. Untuk hasil produk sayuran yang dihasilkan iaitu keluaran tempatan yang harganya naik berpunca dari akibat harga baja dan racun sebagai input untuk pengeluaran hasil buah-buahan dan sayur-sayuran dilaporkan telah naik mendadak. Kerajaan akan teruskan usaha untuk mengawal harga jualan serta harga runcit khususnya di peringkat pengeluaran. Dilaporkan dimana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui berlakunya kenaikan harga barangan ketika ini dan kerajaan menerusi beberapa kaedah sedang berusaha untuk mengatasinya.
Beliau nyatakan diantara usaha yang akan diambil kerajaan termasuklah menghentikan sementara eksport ikan serta membawa masuk bekalan ayam sejuk beku dari luar negara sebagai usaha mengawal kenaikan harga barang yang sedang berlaku. Dia mengakui terdapat kenaikan harga barang ketika ini dan juga faham rakyat sedang marah. Apa pun sebagai permulaan kerajaan akan menghentikan eksport ikan keluar negara termasuk memenuhi pasaran dengan bekalan ikan sejuk beku Q’fish daripada LKIM. Kerajaan juga telah membawa masuk bekalan ayam sejuk beku dari luar negara bagi memenuhi permintaan pengguna sekaligus membolehkan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan ketika berbelanja. Terkini sebanyak 200 kontena ayam sejuk beku sudah dibawa masuk dalam usaha untuk membanjiri pasaran dengan ayam luar yang lebih murah daripada ayam tempatan. Pengguna haruslah mempunyai kuasa untuk membuat pilihan. PM nyatakan dimana kerajaan menerusi MAFI dan KPDNHEP juga akan mengkaji semua rantaian orang tengah yang dilihat turut menyumbang kepada kenaikan harga barangan yang dirasakan terlalu mendadak. Tindakan akan diambil kepada peniaga yang dikesan mengambil kesempatan dengan menaikan harga sekaligus membebankan pengguna. 
Artikel ini terdiri dari dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PRODUK ASAS MAKANAN... NAIK HARGA...
AYAM DAN SAYUR... IA TERLIBAT SAMA...
AMAT TERKESAN... RAKYAT TERSIKSA...
PERLU DIATASI... PELBAGAI CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(! Jamadilawal 1443H).
Posted from:
Umbut Bayu, Kuala Abang,
Kuala dungun, Dungun,
 Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.